Mencari ilham menu Tealive yang best? Seperti yang kita sedia maklum, Tealive merupakan jenama rantaian kedai kafe yang menyajikan minuman teh. Menyajikan minuman teh susu mutiara atau boba, minumannya mempunyai pelbagai perisa.

Kekeringan idea kerana memikirkan menu Tealive yang best? Jangan risau, berikut kami senaraikan 10 menu Tealive yang best untuk anda. Teruskan membaca untuk mengetahui dengan lebih lanjut!

#1 Bang Bang Milk Tea

Minuman ini tidak perlu kami perkenalkan lagi, tambahan pula jika anda merupakan peminat tegar boba yang disediakan di Tealive.

Bang Bang Milk Tea merupakan versi lain untuk Original Milk Tea. Digabungkan bersama mutiara yang kenyal dan gula perang yang menggiurkan, semestinya rasa minuman ini cukup menyelerakan.

menu best tealive
Imej via Foursquare

Minuman ini mempunyai dua saiz – Regular dan Large. Berharga RM 6.50 untuk saiz Regular dan RM 7.45 untuk saiz Large, minuman gula perang ini pasti akan bikin anda ketagih!

Satu tips untuk anda – minta sahaja add-on puding untuk minuman ini. Kelembutan puding dan kemanisan gula perang untuk minuman ini pasti akan memikat hati anda.

#2 Original Milk Tea

Kurang menggemari gula perang dan inginkan rasa lemak susu yang berkrim? Pesan sahaja Original Milk Tea jika berkunjung ke Tealive.

menu best tealive
Imej via Foursquare

Bukti kehebatan minuman ini terserlah apabila ianya menduduki carta teratas untuk jenis teh susu yang terkenal di dunia. Rasanya yang manis berkrim pasti akan membuatkan anda teruja.

Untuk harganya pula, ianya berharga RM 6.50 untuk saiz Regular dan RM 7.45 untuk saiz Large. Memang berbaloi dengan keenakkan yang dijanjikan!

#3 Strawberry Pudding Smoothie

Tealive bukan sahaja menyajikan minuman teh susu, mereka juga turut menyajikan jenis minuman lain. Salah satunya ialah smoothie.

menu best tealive
Imej via Foursquare

Untuk smoothie, menu Tealive best yang wajib anda cuba ialah Strawberry Pudding Smoothie. Ianya menyajikan hidangan smoothie strawberi bersama puding lembut dan cebisan au lait dalam satu minuman.

Minuman ini berharga RM 10.60 untuk saiz Large. Jumlah gula juga tidak boleh diubah, namun jangan risau. Minuman ini tidak terlalu manis, malah ianya menyegarkan tekak.

#4 Bang Bang Chocolate

Sukakan minuman coklat? Jika anda berkunjung ke Tealive, minuman Bang Bang Chocolate ini wajib anda pesan, tambahan pula jika anda merupakan peminat coklat.

Minuman ini memang kaya dengan rasa coklat yang manis namun tidak keterlaluan. Ianya memang kena dengan citarasa dan tekak orang kita, rugi jika anda tak cuba.

Imej via Instagram

Minuman ini mempunyai dua saiz iaitu Regular dan Large. Untuk Regular, ianya berharga RM 7.90 manakala untuk Large, harganya ialah RM 8.90.

Berlainan dengan minuman boba yang lain, minuman ini sudah disediakan bersama pearl atau mutiara. Jadi, anda tak perlu minta kepada tearista jika mahukan pearl.

#5 Hazelnut Coco

Sukakan minuman kacang hazel? Kami akui yang kacang hazel mempunyai rasa kekacang yang berlemak, jadi tidak hairanlah ramai menggemarinya.

menu best tealive
Imej via Foursquare

Untuk itu, anda wajib pesan Hazelnut Coco jika anda ingin mencuba minuman koko yang cukup menyelerakan. Disajikan bersama kacang hazel panggang, minuman ini juga tidak terlalu manis, tetapi enak berkrim!

Mempunyai saiz Regular dan Large, harga untuk minuman ini ialah RM 6.45 untuk saiz Regular dan RM 7.45 untuk saiz Large. Jangan lupa untuk cuba, pasti anda akan ketagih!

#6 Nishio Matcha Latte

Sukakan latte atau matcha? Gabungan kedua-dua jenis minuman ini sememangnya padu, boleh membangkitkan mood.

Imej via Foursquare

Di Tealive, antara menu Tealive yang best ialah Nishio Matcha Latte. Ianya tidak terlampau manis, namun sangat menyegarkan tekak. Jangan lupa untuk minta pearl, pasti lebih berganda keenakkannya.

Minuman ini mempunyai saiz Regular dan Large. Untuk Regular, ianya berharga RM 9.90 manakala untuk Large, ianya berharga RM 10.90. Sangat berpatutan dengan keenakkan yang dijanjikan!

#7 Mango Passion Fruit Smoothies

Satu lagi minuman jenis smoothie yang menarik di Tealive ialah Mango Passion Fruit Smoothies. Menyajikan buah mangga dan buah berangan dalam satu minuman, minuman ini sememangnya digemari pencinta buah.

Imej via Foursquare

Rasa buah yang segar dan kemanisan yang seimbang merupakan antara punca ramai pengunjung Tealive memesan minuman ini. Ianya juga sesuai dinikmati oleh sesiapa yang kurang menggemari kopi atau teh.

Minuman smoothie ini mempunyai satu saiz sahaja iaitu Large. Harga untuk saiz Large ialah RM 8.35 sahaja, sangat berbaloi. Jangan lupa untuk cuba!

#8 Coco Smoothies with Oreo Cookie Pieces

Ada peminat Oreo di sini? Kepingan biskut Oreo memang enak dijadikan tambahan dalam kebanyakan hidangan, dan salah satunya ialah smoothie.

Imej via Foursquare

Di Tealive, minuman jenis Tealive Coco yang disajikan bersama kepingan biskut Oreo hancur ialah Coco Smoothies with Oreo Pieces.

Rasa coklat yang pekat ditambah pula dengan biskut Oreo yang manis merupakan satu gabungan yang sempurna, anda wajib cuba!

Ianya merupakan minuman jenis smoothie, jadi saiz untuk minuman ini ialah Large. Harganya cuma RM 8.35, sangat berpatutan!

#9 Black Diamond Milk Tea

Black Diamond Milk Tea – satu lagi minuman yang diburu ramai peminat teh susu di Tealive. Minuman ini merupakan salah satu jenis minuman teh susu di Tealive.

black diamond tea
Imej via Foursquare

Minuman ini enak dinikmati bersama jeli karamel yang menaikkan rasa teh susu ini sendiri. Ianya juga manis, jadi anda boleh sesuaikan jumlah gula yang anda mahu.

#10 Mint Choc Smoothie Shaka Laka

Minuman smoothie ini sesuai dinikmati oleh penggemar mint atau pudina. Rasa pudina yang menyegarkan yang digabungkan dengan coklat – memang padu!

mint choc tealive
Imej via Twitter

Walaupun baharu sahaja dilancarkan pada tahun lepas, minuman ini menjadi rebutan dan namanya menjadi sebutan ramai di media sosial. Jika anda pencinta minuman perisa pudina dan coklat, ini minuman yang terbaik untuk anda.

Minuman smoothie ini mempunyai saiz Large sahaja. Harga untuk saiz Large ialah RM 10.50, memang berpatutan.

Kesimpulan

Bagaimana? Sudah jumpa minuman best di Tealive yang anda ingin cuba? Atau sudah rambang mata melihat pilihan minuman yang menarik? Semua yang kami senaraikan ini enak-enak belaka, jadi jangan lupa cuba.

Jangan lupa untuk kongsikan artikel ini di media sosial atau kepada rakan-rakan yang menggemari minuman di Tealive. Selamat mencuba!

Artikel Menarik Lain

Penulis: Nurul Hani

Berminat untuk berkongsikan tempat makan menarik berbagai genre di seluruh Malaysia.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.