Mencari kedai kek di Kuala Lumpur?

Kuala Lumpur merupakan ibu negara yang sememangnya terkenal dengan pelbagai tarikan.

Baik dari segi tarikan pelancongan dan tempat makan, semuanya menarik dan pelbagai. Tidak hairanlah KL sentiasa dibanjiri dengan pelancong luar dan dalam negara.

Ini termasuklah dengan kepelbagaian kedai kek sekitar sini. Jadi berikut kami senaraikan 15 kedai kek di Kuala Lumpur. Teruskan membaca!

#1 Levain Boulangerie & Patisserie

Alamat:  7, Jalan Delima, Imbi, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Setiap hari, 7.30 am – 9 pm

Salah satu kedai kek di Kuala Lumpur yang sangat popular ialah Levain Boulangerie Patisserie. Terletak di Jalan Delima, kedai kek ini dimiliki oleh Beryl’s Chocolate & Confectionery Sdn Bhd.

Imej via Foursquare

Semestinya pencuci mulut merupakan hidangan terlaris di sini. Untuk kek, kami cadangkan agar anda cuba kek Le Sultan, Praline, Tiramisu dan Noisette. Bukan sahaja enak, malah cantik kek di sini!

Selain kek, mereka turut menyajikan hidangan pastri dan juga roti. Saiz hidangan juga agak besar dan tekstur rotinya memang lembut dan gebu. Rugi jika tak cuba.

#2 Kenny Hills Bakers, Ampang

Alamat:  241-B Lorong Nibong, Off, Jalan Ampang, 50450 Wilayah Persekutuan, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Setiap hari, 8 am – 7 pm

Jika anda berada sekitar Ampang, ini adalah kedai kek yang wajib anda lawati – Kenny Hills Bakers. Kedai kek dan pastri ini mempunyai cawangan di Ampang dan ianya merupakan antara kedai kek yang terbaik sekitar sini.

Imej via Foursquare

Kek dan pastri yang disajikan di sini ada dua jenis – kek kaunter dan kek yang disejukkan. untuk kek di kaunter, anda boleh cuba Banana Bread, Butter Cake, Classic Apple Pie dan Lemon Pistachio Loaf.

Untuk kek yang disejukkan pula, Burnt Cheesecake, Chocolate Eclair, Lemon Meringue Pie dan Pavlova merupakan antara yang terlaris. Jadi, lekaslah rebut kek-kek ini sebelum habis terjual.

#3 Der Backmeister (TTDI) – Your German Bakery

Alamat: 40, Persiaran Zaaba, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali isnin, 8 am – 5 pm

Kebanyakan kedai kek menyajikan hidangan pencuci mulut yang berasal dari Perancis. Jika anda ingin mencuba pencuci mulut German, anda wajib serbu kedai kek ini – Der Backmeister yang terletak di TTDI.

Untuk kek, kami sarankan agar anda cuba almond butter cake yang tidak terlampau manis, namun kaya dengan rasa lemak kacang badam.

Imej via Foursquare

Untuk pastri pula, anda boleh cuba Munich style Brezel, Bruschetta dan Meatloaf in Bun. Namanya pun sudah menarik, bayangkanlah sendiri kelazatannya!

#4 Paul Bakery

Alamat:  Lot 2 . 09 . 02 & S2 . 09 . 02, 168, Jln Bukit Bintang, Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Setiap hari, 10 am – 10 pm

Berada sekitar Pavilion? Jika anda ingin mencuba kek dan pencuci mulut yang enak sekitar sini, anda boleh berkunjung ke Paul Bakery.

Imej via Foursquare

Paul Bakery menyajikan pelbagai jenis pencuci mulut yang semestinya lazat. Antara jenis pencuci mulut yang disajikan ialah kek, makaron dan tart. Semuanya berasaskan pencuci mulut Perancis.

Untuk pastri, kami sarankan agar anda cuba Chocolate Eclair, Mille Feuille dan Almond Crossaint. Tekstur pastri yang gebu serta rasanya yang sedap pasti akan buat anda jatuh cinta!

#5 Jaslyn Cakes

Alamat: 7A, Jalan Telawi 2, Bangsar, 59100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Isnin, 11 am – 7 pm

Satu lagi kedai kek di Kuala Lumpur yang wajib anda singgah ialah Jaslyn Cakes. Terletak di Bangsar, kedai kek ini menyajikan pelbagai jenis kek dan pencuci mulut yang enak-enak.

kedai kek kuala lumpur
Imej via Foursquare

Anda boleh cuba kek seperti Vanilla Bean Cheesecake, Earl Grey Chiffon Cheesecake, Peanut Butter Cake dan Carrot Cake. Manis dan semestinya kena dengan citarasa ramai.

Untuk pencuci mulut yang lain, Chocolate Brownies, Banana Yogurt Loaf dan Toffee Pudding merupakan antara yang laku keras.

#6 Croisserie Artisan Bakery

Alamat:  No. 14, Jalan Medan Setia 2, Bukit Damansara, 50490 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Setiap hari, 7.30 am – 8 pm

Sesetengah kedai kek menyajian beberapa jenis kek dan pencuci mulut sahaja. Namun, berlainan pula dengan Croisserie Artisan Bakery ini.

Kedai kek ini menyajikan lebih 200 jenis pencuci mulut yang terdiri daripada kek, roti dan pastri. Cukup beraneka!

kedai kek kuala lumpur
Imej via Foursquare

Untuk kek, anda boleh cuba Earl Grey Chocolate Cake, Fruit Cake dan Vanilla Cheesecake. Semuanya sedap-sedap belaka, jadi jangan lupa cuba.

#7 JUNANDUS

Alamat: No.2, J-0-6 & J-0-7, Kuchai Business Park, Jalan Kuchai Lama, Off, Jalan 1/127, Kuchai Lama, 58200 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Setiap hari, hari minggu 9 am – 6 pm manakala hujung minggu 9 am -1 pm

Ini merupakan kedai kek di Kuala Lumpur yang kerap menerima tempahan tambahan pula untuk kek hari jadi – JUNANDUS.

kedai kek kuala lumpur
Imej via Facebook

Kek yang disediakan di sini memang ada pelbagai jenis. Dari kek keju, kek krep dan kek coklat, semuanya ada. Saiz juga berbeza, bergantung kepada kemahuan pelanggan.

Kek yang boleh anda cuba ialah Red Velvet Cake, New York Cheesecake, Salted Caramel Almond Crepe Cake dan Mascarpone Tiramisu Cake. Anda juga boleh membuat tempahan jika mahu.

#8 Boite a bijoux

Alamat:  36, Jalan 25/70a, Desa Sri Hartamas, 50480 Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Setiap hari, 9 am – 10 pm

Bote a bijoux yang terletak di Desa Sri Hartamas ini memang terkenal dengan pelbagai pilihan kek, roti dan pastri yang disajikan.

kedai kek kuala lumpur
Imej via Foursquare

Keistimewaan utama kedai ini terletak pada keenakkan hidangan yang mereka sediakan. Jelas menunjukkan yang mereka mempunyai kepakaran dalam menyediakan pencuci mulut.

Untuk kek, kami sarankan agar anda cuba kek Tiramisu Mousse, Oreo Cream Cheese, Black Forest dan Fruit Diamond. Memang sedap!

#9 Baker’s Cottage

Alamat: 20, Jalan 1/76d, Desa Pandan, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Setiap hari, 9 am – 10 pm

Sesetengah kedai kek memang meletakkan harga yang agak mahal untuk kek mereka. Namun, berlainan pula dengan Baker’s Cottage yang terletak di Desa Pandan ini.

Rata-rata pelanggan yang menikmai kek di sini mengakui yang Baker’s Cottage menawarkan harga yang berpatutan untuk kek yang disediakan, sangat menarik!

Antara kek yang boleh anda cuba ialah Baked Cheese Cake, American Chocolate, Black Forest dan Red Velvet. Bersaiz besar dan semestinya lazat!

#10 Encore Malaysia

Alamat: 1, Jalan Bukit Desa 5, Taman Bukit Desa, 58100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Selasa, 11 am – 9 pm

Kafe Encore yang terletak di Taman Bukit Desa ini merupakan kedai kek dan pastri yang memang popular sekitar sini.

kedai kek kuala lumpur
Imej via Foursquare

Untuk kek, kami sarankan agar anda cuba ialah Strawberry Watermelon, Cheese Cake, Dirty Tiramisu dan Sliced Strawberries. Bukan sahaja enak, malah cantik!

Untuk pastri pula, anda boleh pesan Mille Feuille, Choux, Almond Based Tart dan Harlequin. Memang berbagai pastri di sini, rugi jika anda tak pesan.

#11 Frisky Goat Bakery Cafe

Alamat: 72, Jalan Burhanuddin Helmi, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Setiap hari, 8 am – 9 pm manakala Jumaat – Sabtu 8 am – 10 pm

Berada sekitar Taman Tun Dr Ismail atau TTDI? Antara kedai kek yang popular di sini ialah Frisky Goat Bakery Cafe.

kedai kek kuala lumpur
Imej via Foursquare

Kedai kek ini menyajikan aneka jenis pencuci mulut dan ini termasuklah kek. Anda boleh cuba kek seperti Salted Caramel Chocolate Cake, Red Velvet Cake dan Peanut Butter Chocolate Cake.

#12 Rekindle @ Damansara Uptown

Alamat: 4, Jalan SS 21/35, Damansara Utama, 47400 Petaling Jaya, Selangor

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Rabu, 11 am – 12 am

Rekindle yang terletak di Petaling Jaya ini merupakan antara kafe yang terkenal dengan hidangan pencuci mulutnya, terutamanya kek.

Imej via Foursquare

Kek-kek yang terjual laris di kafe ini ialah Lemon Poppy Seed Cake, Salted Caramel Crepe Cake, Tiramisu Kahlua Cake, Chocolate Bailey’s Cake dan Rekindle Cheesecake. Memang berbagai dan sangat menyelerakan!

#13 Lisette’s Café & Bakery

Alamat:  No. 8, Jalan Kemuja, Bangsar, 59000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Setiap hari, 8 am – 10 pm

Di Bangsar, Lisette’s Café & Bakery ini merupakan antara kafe yang popular dan sering dibanjiri dengan orang ramai.

Menyajikan hidangan selera Barat, kafe ini turut menyediakan aneka jenis kek yang cocok dengan citarasa ramai. Ada pelbagai jenis kek yang boleh didapati di sini.

Imej via Foursquare

Antaranya ialah Chilled Strawberry Cheesecake, Pandan Gula Melaka Cake, Salted Caramel Pecan Cake dan Carrot Cake. Dijamin lazat!

#14 TK Bakery Damansara Utama

Alamat:  61, Jalan SS 21/60, Damansara Utama, 47400 Petaling Jaya, Selangor

Waktu Operasi: Setiap hari, 7.30 am – 9 pm

Satu lagi kedai kek yang popular di Damansara Utama ialah TK Bakery Damansara Utama. Dibuka seawal jam 7.30 pagi, kafe ini juga sesuai dijadikan port sarapan.

Jenis kek yang disediakan ada berbagai. Ada chiffon, cheese cake, chilled steamed cake, dry cake, log cake, sliced cake dan sandwich cake. Pilih sahaja jenis kek yang anda berkenan, semuanya sedap-sedap belaka.

#15 Feeka Coffee Roasters

Alamat: 19, Jalan Mesui, Bukit Bintang, 50200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu operasi: Setiap hari, 8 am – 11 pm

Ingin bersantai bersama keluarga atau sahabat handai sambal menikmati kek yang enak-enak di kafe yang selesa dan cantik? Feeka Coffe Roasters adalah tempat yang wajib anda kunjungi untuk tujuan itu.

Imej via Foursquare

Kafe ini menyajikan pelbagai jenis hidangan dan salah satu jenis hidangan yang popular ialah kek. Kek krep merupakan jenis kek yang mendapat sambutan ramai.

Anda boleh cuba Salted Caramel Mille Crepe Cake, Burnt Cheese Cake, Lemon Poppy Seed Cake dan Carrot Cake.

Kesimpulan

Sudah jumpa kedai kek di Kuala Lumpur yang boleh anda serbu? Singgah sahaja di mana-mana kedai kek yang kena dengan citarasa anda.

Jangan berlengah lagi, singgah sahaja jika berpeluang ke sini. Jika ada cadangan atau tambahan lain, komen sahaja di bawah. Selamat menjamu selera!

Artikel Menarik Lain:

Penulis: Nurul Hani

Berminat untuk berkongsikan tempat makan menarik berbagai genre di seluruh Malaysia.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.