Roti bulan sabit atau Croissant adalah sejenis pastri yang cukup terkenal dan berasal daripada negara Perancis. Sebutan yang tepat dibaca sebagai “krwa’ song”. Dengan bahan campuran mudah seperti tepung gandum, mentega, telur, susu, air, dan yis ia membentuk tekstur croissant yang rangup di luar dan lembut di dalam. Seperti kebanyakkan makanan tradisi lain juga, croissant tidak ketinggalan mendapat sentuhan dan pengaruh seiringnya perubahan zaman. Pelbagai variasi croissant ada dijual sekarang dengan kelainan bentuk dan intinya. Sedap dijadikan sarapan waktu pagi bersama kopi panas, ini adalah 8 kedai croissant menarik di KL untuk anda cuba.

#1 Bread Aroma Bakery

Image via [open price]

Seperti namanya juga, setibanya anda di Bread Aroma Bakery pasti akan disajikan dengan bau pembuka selera dari pastri dan roti panas yang baru keluar dari ketuhar. Setiap hari, mereka akan membakar pelbagai jenis pastri, croissant, roti sosej, baguettles, peach pastri, roti cheese, ciabatta, dan pelbagai lagi dengan harga yang sangat berpatutan.

Berkonsepkan pembuatan yang menggunakan cara tradisional dan autentik pastri, bahan-bahan yang digunakan juga sememangnya berkualiti tinggi dan asli. Tidak kalah rasa kelazatannya dengan croissant di kafe-kafe mahal.

Image via [foursquare]

Alamat: Plaza Damas, F-0-3, 60, Jalan Sri Hartamas 1, Sri Hartamas, 50480 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Isnin – Sabtu (8.30 am – 6 pm)

#2 Croisserie Artisan Bakery

Image via [croisserie]

Jangan pening membaca menu di Croisserie Artisan Bakery. Bukan sahaja makanan yang dijual di sana kesemuanya berasal dari pastri Perancis, malah nama-nama yang diambil juga sangat asli dan unik dari Bahasa Perancis seperti pain du monde, viennoiseries, traiteur, entremet, patit gÂteau, tartes, dan bermacam-macam lagi.

Memang puas hatilah dapat rasa sendiri pelbagai menu pastri di sana. Bagi yang ingin merasa pastri dari negara matahari terbit, ada beberapa pilihan butter rools yang boleh anda cuba sendiri.

Image via [croisserie]

Alamat: No. 14, Jalan Medan Setia 2, Bukit Damansara, 50490 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Setiap hari (7.30 am – 8 pm)

#3 The Bread Shop

Image via [have halal will travel]

Jadi kedai croissant terbaik di KL, boleh. Jadi tempat port lepak, boleh. Jadi tempat para instagrammer ambil gambar, pun boleh tau! Tengok sahaja di Instagram The Bread Shop memang cantik-cantik dan unik belaka gambar yang dikongsikan.

Croissant di The Bread Shop membawa sedikit kelainan yang pasti memukau pandangan dan perut anda. Roti pastri croissant ditambah dengan kepaduan dari inti protein sama ada telur, ikan tuna, ayam dan daging, pasti menambahkan selera.

Alamat: 11, Jalan Setiakasih 5, Bukit Damansara, 50490 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Selasa – Ahad (8 am – 6 pm)

#4 Croissant Taiyaki

Image via [jessica tjs]

Croissant dalam bentuk ikan Jepun? Biar betul! Eh, memang betul pun kerana anda boleh dapatkannya di Croissant Taiyaki dengan harga bermula dari RM 7.50 sahaja.

Mungkin ramai lagi yang tidak tahu, croissant taiyaki adalah makanan tradisi yang dipanggil sebagi kek ikan Jepun. Ia biasanya berinti kacang merah dan hampir serupa dengan tekstur croissant biasa.

Image via [eatandsleep]

Alamat: Lot 1 . 13 . 01, 168, Jalan Raja Chulan, Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Setiap hari (10 am – 10 pm)

#5 Mello Yello Bakery

Image via [flickr]

Dengan mempunyai pengalaman yang meluas dalam dunia pastri dan bakeri, Mello Yello terus hadir dengan menu istimewa seperti pastri, roti, kek, sandwich, dan salad. Croissant menjadi menu popular yang sangat digemari oleh semua pengunjung kerana ia salah satu dari hasil sentuhan tangan chef yang sangat hebat.

Alamat: TTDI Plaza, C-1-1 to C-1- 9 Ground Floor, Jalan Wan Kadir 3, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Setiap hari (9 am – 10 pm)

#6 Levain Boulangerie & Pâtisserie

Image via [Layrynnbites]

Berjalan-jalan di Kuala Lumpur memang tidak sah kalau tidak singgah di Levain Boulangerie & Pâtisserie untuk beli croissant dan pelbagai jenis pastri yang ada. Ia menyajikan hidangan bukan sahaja waktu pagi tetapi tengah hari juga untuk semua pengunjung.

Bagi anda yang seorang vegetarian, jangan risau Levain Boulangerie & Pâtisserie memberi jaminan hidangan mereka sangat mesra vegetarian.

Alamat:  7, Jalan Delima, Imbi, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Setiap hari (7.30 am – 5.30/6 pm)

#7 Three Little Birds Coffee

Image via [bangsar babe]

Sebut sahaja mengenai kopi dan croissant, jangan lupa dengan Three Little Birds Coffee. Kedai yang diusahakan pada asalnya oleh pasangan tua berdekatan dengan Artisan Roast, lokasi nyaman di Sentul D7 ini telah menambat hati ramai pengemar pastri di pagi hari.

Dengan reka hiasannya yang cantik dan seperti sebuah kafe hispter, siapa pun pasti betah duduk lama-lama sambil menikmati hidangan panas dan menyelerakan di Three Little Birds Coffee.

Alamat: D7, Jalan Sentul, Sentul, 51000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Setiap hari (8 am – 6 pm)

#8 The Dough Factory

Image via [KL Foodie]

Sejak bertahun-tahun, The Dough Factory telah banyak memberi kegembiraan waktu pagi setiap orang. Kedai yang berkonsepkan urban artisan bakery dan brunch ini mewah dengan sajian pastri di pelbagai negara termasuk Perancis dan Itali sendiri.

Alamat: W.P, 32, Jalan Gangsa SD 5/3b, Bandar Sri Damansara, 52200 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Setiap hari (9 am – 5/7 pm)

Sudah tengok senarai kedai croissant menarik di KL ini, jangan lupa singgah. Buat pengemar croissant, ini waktunya untuk anda rasakan sendiri kenikmatan makan pastri seolah-olah berada di Perancis.

Artikel Menarik Lain:

Selain kedai croissant menarik di KL ini, jangan ketinggalan untuk kunjungi tempat-tempat makan sedap lagi menarik seperti yang berikut:

Penulis: Hannani Juhari

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.