Kamunting merupakan sebuah bandar yang terletak berhampiran dengan bandar Taiping di negeri Perak. Seperti Taiping, bandar ini juga mempunyai beberapa tarikan pelancongan.

Antaranya ialah Air Terjun Bukit Jana, Taman Tasik Kemunting dan Jeti Kelip-Kelip Kampung Dew. Tempat makan di sini juga menarik dan kena dengan selera ramai.

Alang-alang berpeluang ke sini, pasti anda mencari tempat makan menarik di Kamunting, bukan? Berikut kami senaraikan 8 tempat makan best sekitar Kamunting.

Teruskan membaca untuk mengetahui dengan lebih lanjut!

#1 Wan Ikan Bakar

Alamat: Lot 5628, Kampung Pasir Berhadapan Taman Tasik, 34600 Kamunting, Perak

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Jumaat, 10 pagi – 9.30 malam

Selalunya untuk makanan tengah hari, pasti best jika anda nikmati ikan bakar bersama nasi putih panas-panas. Tambahan pula jika ikan bakar yang dijamah itu sedap, memang terbaik!

Untuk itu, singgah sahaja di restoran Wan Ikan Bakar ini. Jika anda sebutkan sahaja namanya kepada warga Kamunting, kami berani jamin yang mereka tahu kerana restoran ini sangat terkenal di sini.

tempat makan kamunting

Imej via Foursquare

tempat makan kamunting

Imej via Foursquare

Antara menu yang wajib dicuba ialah pelbagai jenis ikan bakar, sotong bakar, ayam bakar dan daging bakar. Kesemua lauk ini dibakar dengan begitu baik sampaikan aromanya mampu bikin anda terliur!

#2 Asam Pedas Kamunting

Alamat: 10, Persiaran Kamunting 2, Kampung Jana Baharu, 34600 Kamunting, Negeri Perak

Waktu Operasi: Setiap hari, 10 pagi – 4 petang

Mengidam asam pedas sesedap yang di Melaka namun anda berada jauh di Kamunting? Tak perlu susah-susah ke Melaka, kerana di Kamunting pun anda boleh menikmatinya.

tempat makan kamunting

Imej via Foursquare

Singgah sahaja di Asam Pedas Kamunting. Restoran yang menyediakan pelbagai jenis masakan kampung untuk makan tengah hari ini sangat terkenal dengan asam pedasnya.

Asam pedasnya yang secukup rasa, ditambah pula isi ikannya yang segar membuatkan ramai pelanggan menggemarinya. Selain itu, ikan bakar juga merupakan antara menu yang wajib dicuba.

#3 The BBQ Garage

Alamat62, Jalan Kamunting Lama, 34600 Kamunting, Negeri Perak

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Isnin, 4 petang – 12 tengah malam

Anda peminat tegar makanan Barat? Singgah sahaja di restoran The BBQ Garage untuk mencuba pelbagai jenis makanan Barat yang bukan sahaja enak malah berpatutan harganya di sini.

the bbq garage

Imej via Foursquare

Menu di sini terbahagi kepada beberapa jenis – Pasta Variety, Daily Variety, Chicken Variety, Meatball Variety, Premium Menu, Toast Bread, Side Order & Extra.

Antara hidangan yang ‘laku keras’ di restoran ini ialah Chicken Chop Grill, Meatball Cheesy, Beef Tenderloin & Fish & Chips. Harganya juga berpatutan dengan kualiti hidangannya. Rugi tak cuba!

# 4 Restoran Kamunting Utara

Alamat: A7, Taman Rakyat, 34600 Kamunting, Negeri Perak

Waktu Operasi: Setiap hari, 4 petang – 3 pagi

Untuk makan malam, pasti sedap jika anda makan nasi putih panas bersama ikan siakap 3 rasa, tomyam dan telur dadar, bukan? Terdengar nama menu-menu ini pun sudah bikin terliur!

Serbu sahaja Restoran Kamunting Utara untuk menjamah menu-menu tersebut. Restoran yang terletak di Taman Rakyat ini sentiasa ramai pelanggannya pada waktu malam, jelas yang ia agak terkenal di sini.

tempat makan kamunting

Imej via Foursquare

Antara menu-menu yang boleh didapati ialah sotong goreng tepung, tomyam seafood, sup kambing, Chicken Chop with Oriental Sauce dan Fish & Chip. Wah, berbagai betul menu di sini!

#5 Raintown Brother Western

Alamat: Lorong Pk 7, 34600 Kamunting, Negeri Perak

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Selasa, 4 petang – 12 tengah malam

Satu lagi restoran yang menyediakan beraneka jenis makanan Barat di Kamunting ialah Raintown Brother Western! Agak-agak apa keistimewaan utama restoran ini?

grilled chicken chop raintown brother

Imej via Foursquare

Untuk menu yang terlaris di sini iaitu Grilled Chicken Chop, ayam yang digunakan bukan jenis yang segera. Jadi, kesegaran ayamnya dan kelembutan isinya lebih terasa. Memang istimewa!

Selain itu, anda juga boleh mencuba menu lain seperti Lamb Chop, Fish & Chip, Cheezy Chicken Chop dan banyak lagi. Saiz hidangan yang besar juga menjanjikan kekenyangan.

#6 Restoran Kemunting Timur

Alamat: 1-37, Jalan Kamunting Bandar, Taman Jana Mulia, 34600 Kamunting, Perak

Waktu Operasi: Setiap hari, 5 petang – 1 pagi

Restoran Kemunting Timur ini menyediakan variasi jenis makanan Thai. Dari makanan berat ke pencuci mulut, semuanya ada. Bukan sahaja beraneka, ianya juga sedap!

tempat makan kamunting

Imej via Foursquare

Antara menu yang boleh dicuba ialah sotong goreng tepung, daging masak merah dan sambal lala. Untuk pencuci mulut, Coconut Ice Cream merupakan antara yang terbaik di restoran ini. Manis & menyegarkan tekak!

#7 Nasi Ayam KTM

Alamat: 18, Regat Kamunting, Kampung Pinang, 34600 Kamunting, Negeri Perak

Waktu Operasi:  Setiap hari, 5 petang – 11 malam

Siapa sahaja yang tak suka nasi ayam? Kami yakin pasti ramai di kalangan pembaca yang menggemarinya, terutamanya nasi ayam Hainan. Memang menyelerakan!

nasi ayam ktm

Imej via Instagram

Antara restoran yang menyediakan nasi ayam tersedap di Kamunting ialah Nasi Ayam KTM. Ayamnya bersaiz besar dan sambal nasi ayam juga pedas dan manis. Dijamin lazat!

#8 Laksa Buyong Kamunting

Alamat: Jalan Taiping – Bagan Serai, Kampung Jana Baharu, 34600 Kamunting, Negeri Perak

Jika di Kuala Kangsar anda boleh menjamah laksa telur bersarang, di Kamunting anda boleh mencuba laksa telur goreng special Laksa Buyong Kamunting!

laksa buyong kamunting

Imej via Foursquare

Dari luarannya, gerai ini nampak seperti gerai biasa sahaja. Namun jika anda cuba laksa di gerai ini, pasti anda akan terpikat dengan keenakkannya yang luar biasa.

Laksa di gerai ini mempunyai kuah yang pekat dan ianya dihidangkan bersama telur dadar yang bersaiz besar. Hidangan ini bukan sahaja melazatkan, malah mengeyangkan!

Kesimpulan

Anda pasti sudah tak sabar-sabar mahu serbu tempat makan menarik di Kamunting yang kami senaraikan ini, bukan? Jangan lepaskan peluang ini, singgah sahaja sebelum rugi.

Kami juga ingin nasihatkan agar anda datang pada waktu yang sesuai, kerana pada waktu kemuncak selalunya ramai pelanggan yang mehyerbu. Takut nanti ruang dalam restoran dan ruang parkir penuh pula!

Mencari lebih banyak tempat makan sekitar Perak? Klik sahaja di link di bawah ya. Selamat menjamu selera!

Tempat Makan Best Di Ipoh
Tempat Makan Menarik Di Parit Buntar

Penulis: Nurul Hani

Nurul Hani

Merupakan seorang pelajar di salah satu universiti tempatan dan berminat untuk berkongsikan tempat makan menarik di Malaysia.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.