Parit Buntar merupakan sebuah bandar yang terletak di daerah Kerian di negeri Perak. Ianya juga bersempadan dengan Nibong Tebal di Pulau Pinang dan Bandar Baharu di Kedah.

Ada beberapa tempat pelancongan yang menarik di Parit Buntar. Antaranya ialah Taman Rekreasi Pinggiran Sungai Kerian, Medan Selera Jambatan Parit Buntar-Bandar Baharu & Menara Jam Parit Buntar.

Sambil melancong, semestinya anda mahu mencari tempat makan menarik di Parit Buntar, bukan? Berikut kami senaraikan 9 tempat makan best sekitar sini.

Teruskan membaca untuk mengetahui dengan lebih lanjut!

#1 Nasi Kandar Ali

Alamat: 11, Jalan Kelicap, Pekan Baru, 34200 Parit Buntar, Perak Darul Ridzuan

Waktu Operasi: Setiap hari, 7 malam – 3 pagi

Mahu menikmati nasi kandar sesedap yang di Pulau Pinang? Jangan risau, di Parit Buntar pun ada! Restoran Nasi Kandar Ali ini menyediakan nasi kandar yang agak terkenal sekitar sini.

tempat makan parit buntar

Imej via Foursquare

Ada berbagai jenis lauk-pauk yang disediakan. Antara yang wajib anda cuba ialah ayam madu, kari sotong, gulai telur puyuh, ayam masak merah dan banyak lagi.

Jangan lupa untuk tambah sayur bendi & telur masin bersama. Kalau dinikmati bersama kuah campur yang membanjiri nasi kandar, pasti lebih menyelerakan!

#2 Restoran Balak Inn

Alamat: Jalan Sempadan, Kampung Permatang Tok Mahat, 34200 Parit Buntar, Negeri Perak

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Jumaat, 1 tengah hari – 12 tengah malam

Bila sesetengah restoran cuma menyajikan beberapa jenis menu sahaja, semestinya anda sebagai pelanggan akan merasa frust yang tak terkira, bukan?

Jangan bimbang, kerana kalau anda singgah di Restoran Balak Inn, perkara sebegitu tidak akan berlaku. Kerana restoran ini ada menyediakan beraneka jenis menu!

tempat makan parit buntar

Imej via Foursquare

Ada variasi jenis nasi goreng yang boleh dipesan. Kurang menggemari nasi? Cubalah Char Kuey Teow di sini. Selain itu, minuman pencuci mulut yang manis ini juga wajib dicuba – ABC.

#3 Brader’s Cafe Parit Buntar

Alamat: 55, Jalan Perwira, pusat bandar baharu, 34200 Parit Buntar, Negeri Perak

Waktu Operasi:  Setiap hari kecuali isnin, 8 pagi – 11 malam

Anda peminat tegar  Chicken Chop? Ada satu restoran di Parit Buntar yang wajib anda terjah untuk menikmati menu tersebut – Brader’s Cafe Parit Buntar!

Yang menarik tentang restoran ini ialah di papan tandanya jelas terpampang moto “Chicken Chop Terbesaq”, menunjukkan yang saiz hidangan Chicken Chop di sini bukan biasa-biasa.

tempat makan parit buntar

Imej via Instagram

Dan ternyata, ianya tidak mengecewakan kerana saiz Chicken Chop di restoran ini agak besar. Ianya juga rangup dan sos lada hitam yang disediakan memang enak. Rugi tak cuba!

#4 Fruit King

Alamat: 1420, A9, Kampung Permatang Tok Mamat, Kampung Permatang Tok Mahat, 34200 Parit Buntar, Negeri Perak

Waktu Operasi: Setiap hari, Selasa – Sabtu (12 am – 12 pm, 5 pm – 12 am), Ahad (12 am – 12 pm) dan Isnin (5 pm – 12 am)

Bila anda lihat nama restoran ini, pasti anda tak akan terfikir yang ianya sebenarnya terkenal dengan burger. Di Fruit King, burger yang akan ada jumpa bukan biasa-biasa ya!

fruit king

Imej via Instagram

Restoran ini menyediakan burger yang bersaiz besar. Bukan sahaja menjanjikan kekenyangan, malah keenakkan juga terjamin. Kalau makan beramai-ramai pun pasti kenyang.

Selain itu, makanan Barat lain juga turut disediakan di restoran ini. Nasi goreng Chicken Chop merupakan antara menu yang wajib cuba, pasti sedap!

#5 Faizal Nasi Kukus Ayam Berempah

Alamat: 34200 Parit Buntar, Perak

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Ahad, (4 – 11 pm)
Di luarnya nampak macam gerai nasi kukus biasa sahaja. Namun, gerai yang beroperasi sejak tahun 2013 ini sebenarnya sangat terkenal di Parit Buntar dengan nasi kukusnya.

tempat makan parit buntar

Imej via Foursquare

Yang istimewa tentang menu tersebut di sini ialah ayamnya rangup dan isinya lembut. Kuahnya juga tidak terlampau pekat, sesuai jika anda sukakan tekstur kuah sebegitu.

Nasinya juga dibungkus dalam daun pisang, membuatkan aromanya begitu memikat. Harganya? Cuma RM 4.50 sebungkus. Sangat murah dan berbaloi dengan kualiti yang dijanjikan.

#6 Rimbunan Emas

Alamat: No Pusat Bandar Fasa 2, 22, Lintang Bestari, 34200 Parit Buntar, Perak

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Selasa, (3.30 – 10.45 pm)

tempat makan parit buntar

Imej via Foursquare

Mencari kedai makan yang bukan sahaja menyediakan makanan Barat, malah makanan tempatan pun turut disajikan? Lekaslah serbu Kafe Rimbunan Emas jika berpeluang.

Antara menu yang boleh dinikmati ialah Nasi Goreng Lamb Grilled, Nasi Lemak, Fish and Chips dan Grilled Chicken. Hidangan-hidangan ini bersaiz besar jadi kekenyangan memang dijamin.

#7 Pak Mat Kerang Rebus

Alamat: Jalan Syarikat, Kampung Permatang Tok Mamat, 34200 Parit Buntar, Negeri Perak

Waktu Operasi: Setiap hari, (8am – 12 pm)

Nama hidangan kerang rebus mungkin kedengaran biasa sahaja. Namun jika anda mencubanya sendiri di gerai Pak Mat Rebus, anda pasti akan terpikat dengannya.

pak mat kerang rebus

Imej via Instagram

Hidangan ini dipuji ramai dek kerana kesegaran kerang yang sangat lazat dicicah bersama kuah kacang. Kadangkala kalau pesan sepinggan pun tak cukup kerana terlampau sedap!

Gerai ini juga turut menyediakan menu lain seperti nasi lemak dan roti canai. Alang-alang pesan sahaja sekali bersama kerang rebusnya, lebih meriah!

#8 Non Pak Ali Station

Alamat: Bangunan Arked MARA, A9, Kampung Permatang Tok Mamat, 34200 Parit Buntar, Negeri Perak

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Jumaat, (6 pm – 12 am)

Restoran ini wajib anda serbu jika anda menggemari makanan tempatan. Ada berbagai jenis hidangan tempatan yang disediakan di restoran Non Pak Ali Station ini.

tempat makan parit buntar

Imej via Foursquare

Antaranya ialah sate, mi kari, cendol sawit, roti telur goyang, mi goreng, nasi lemak dan banyak lagi. Ada juga menu Barat yang disediakan, anda boleh cuba bebola daging dan Chicken Chop.

#9 Dee Cendol

Alamat: Jalan Sungai, 34200 Parit Buntar, Negeri Perak

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Jumaat dan Sabtu, (12.30 – 7.30 pm)

Cuaca yang panas terik pasti membuatkan tekak anda kering. Untuk menghilangkan dahaga, cubalah cendol dan ais kacang di Dee Cendol ini. Bukan sahaja menyegarkan tekak, ianya juga enak.

cendol durian dee cendol

Imej via Foursquare

Ada beberapa jenis cendol yang boleh dicuba. Cendol durian merupakan antara yang wajib anda pesan. Anda juga boleh mencuba laksa Utara di sini, memang sedap!

Kesimpulan

Anda pasti sudah tak sabar-sabar mahu serbu tempat makan menarik di Parit Buntar yang kami senaraikan ini, bukan? Jangan lepaskan peluang ini, singgah sahaja sebelum rugi.

Kami juga ingin nasihatkan agar anda datang pada waktu yang sesuai. Kerana kebanyakan tempat makan di Parit Buntar ini memang sentiasa penuh dengan pelanggan.

Mencari lebih banyak tempat makan sekitar Perak? Klik sahaja di link di bawah ya. Selamat menjamu selera!

Tempat Makan Best Di Ipoh
Tempat Makan Best Di Teluk Intan

Penulis: Nurul Hani

Berminat untuk berkongsikan tempat makan menarik berbagai genre di seluruh Malaysia.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.