Nama Floyds Kitchen Melaka ini pasti sudah terbiasa didengari oleh penduduk Melaka. Biasalah, kalau restorannya popular, pasti penduduk sekitarnya pernah terdengah tentangnya.

Adakah anda bercadang untuk melancong ke Melaka? Alang-alang, singgah sahaja di restoran yang namanya semakin menjadi sebutan ramai ini. Kalau tak datang, memang rugi!

floyds kitchen melaka

Imej via Foursquare


Agaknya mengapa restoran Floyds Kitchen Melaka begitu popular dan menu apa yang boleh dicuba di sini? Teruskan membaca untuk mengetahui dengan lebih lanjut!

Cheezy Nachos, Pembuka Selera Kegemaran Ramai

Tak lengkaplah sesuatu hidangan kalau tiada pembuka selera. Ada yang menggemari pencuci mulut sebagai pembuka selera mereka, namun berbeza dengan kebanyakan pelanggan di restoran ini.

Untuk pembuka selera, ramai pengunjung mencadangkan Cheezy Nachos. Jika anda peminat tegar makanan yang berkeju, inilah menu yang wajib anda pesan bersama. Dijamin sedap tak terkira!

cheesy nachos floyd kitchen melaka

Imej via Foursquare

Gambar tidak menipu ya, kejunya memang sebanyak ini! Walaupun kuantiti kejunya banyak, ianya tidak memuakkan. Malah, kelazatannya akan buat anda terleka dan tak sedar yang tortilla sudah habis dikunyah.

Chicken Chop, Menu Yang Serba-Serbi Sempurna

Kalau menu ini tiada dalam senarai makanan Barat, memang pelik. Tetapi jangan risau, kerana restoran ini ada menyajikan Chicken Chop yang juga merupakan menu terlaris di sini.

chicken chop

Imej via Instagram

Kami nak ingatkan anda terlebih dahulu, Chicken Chop di sini bukan sebarang Chicken Chop. Kalau dah laris menunya, pasti ada keistimewaanya yang tersendiri.

Menu ini berjaya menambat perhatian ramai kerana ayamnya yang rangup di luar dan lembut di dalam. Sos lada hitam yang disediakan juga menggandakan lagi keenakkanya. Anda pasti akan menggemarinya!

Salad, kentang putar dan jagung bakar juga turut disajikan bersamanya. Kalau anda menikmati hidangan ini dengan perut kosong pun, pasti akan kenyang!

Hidangan Pasta Yang Bukan Biasa-Biasa

Ini merupakan salah satu hidangan berat yang boleh anda nikmati di restoran ini – pasta! Restoran ini juga ada menyediakan beberapa jenis pasta yang pasti cocok dengan citarasa anda!

Antara yang anda boleh cuba ialah Seafood Aglio Olio, Spaghetti Marinara,  Spaghetti Chicken Carbonara dan Spaghetti Meatball Bolognese.

aglio olio floyds kitchen melaka

Imej via Foursquare

Untuk Seafood Aglio Olio, makanan laut yang disajikan bersama ialah udang dan kupang. Kuantitinya agak banyak, memang memuaskan hati!

Banyak Lagi

Bukan Cheezy Nachos sahaja hidangan berkeju yang digilai ramai, malah Mac & Cheese juga turut menerima tempias yang sama. Jumlah kejunya juga memang banyak!

mac and cheese floyds kitchen melaka

Imej via Foursquare


Hidangan yang bersaiz sederhana ini mempunyai rasa lemak berkrim yang sangat mengasyikkan. Bukan sahaja menyelerakan, malah mengenyangkan!

Kesimpulan

Sudah tak sabar-sabar mahu serbu restoran Floyds Kitchen Melaka? Alang-alang melancong ke Melaka, serbu sahaja restoran ini andai berpeluang.

Berikut kami sertakan alamat dan waktu operasi restoran. Singgah pada waktu yang bersesuaian kerana dikhuatiri ruang dalam restoran dan ruang parkir penuh.

Alamat: No 5, Jln Lagenda 3, Taman 1 – Lagenda, 75400 Melaka

Waktu Operasi: Setiap hari, Isnin – Khamis (4.30 petang – 11 malam), Jumaat (2.30 petang – 11.30 malam) manakala Sabtu & Ahad (12.30 tengah hari – 11.30 malam)

Mencari lebih banyak tempat makan menarik di Melaka? Klik sahaja di link di bawah. Selamat menjamu selera!

Tempat Makan Best di Melaka

Penulis: Nurul Hani

Berminat untuk berkongsikan tempat makan menarik berbagai genre di seluruh Malaysia.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.