Anda pernah terdengar tentang restoran Ehsan’s Shah Alam?

Kami yakin jika anda menetap sekitar situ, pasti anda pernah terdengar nama restoran ini atau pernah ke sini. Terutamanya jika anda peminat tegar naan keju.

Restoran Ehsan’s Shah Alam ini menyediakan makanan Pakistan yang sangat beraneka. Restoran ini merupakan antara restoran yang paling terkenal sekitar sini.

Ingin mengetahui dengan lebih lanjut? Teruskan membaca ya!

Naan Keju, ‘Confirm’ Tarik Habis!

Inilah dia hidangan yang paling laris di restoran Ehsan’s Shah Alam – naan keju! Semestinya ianya bukan seperti naan keju biasa yang nipis dan kurang kejunya.

ehsan's shah alam

Imej via Foursquare

ehsan's shah alam

Imej via Foursquare

Keistimewaan utama naan keju di sini ialah ketebalan rotinya dan kejunya. Hal ini dapat dibuktikan jika anda tarik roti tersebut, keju pun tertarik sekali. Panjang pula tu!

Bukan itu sahaja, dari segi rasa pula ianya sangat enak. Walaupun kejunya banyak, hidangan ini tidak memuakkan. Malah ianya sangat mengenyangkan, kalau makan seorang pun pasti puas hati.

Ada dua jenis naan keju yang disediakan – Naan Cheese Special dan Naan Cheese Garlic. Pilih sahaja yang mana anda berkenan, kedua-duanya lazat.

Murtabak Singapore, Lain Daripada Yang Lain

Tidak dinafikan, murtabak Singapore memang digemari ramai. Ketebalan saiz murtabak dan intinya yang banyak ditambah pula kuah kari yang enak menjadikan menu ini begitu istimewa.

murtabak @ ehsan's shah alam

Imej via Foursquare

Hidangan ini juga turut disediakan di Ehsan’s Shah Alam! Tetapi restoran ini ada mengubah suai resepinya, kerana murtabak ini ditambah keju sekali. Menarik bunyinya!

singaporean murtabak cheese

Imej via Instagram

Seperti naan kejunya, murtabak Singapore di sini juga kaya dengan keju. Boleh juga ditarik kejunya sama seperti naan keju, dan kelazatannya semestinya terjamin.

Ayam Tandoori, Enak Dimakan Begitu Sahaja

Dengar namanya sahaja sudah bikin terliur, inikan pula merasainya. Kami yakin pasti ayam tandoori merupakan antara makanan kegemaran anda, bukan?

Hidangan ini juga merupakan antara yang laku keras di Ehsan’s. Ayamnya yang kaya dengan rasa rempah dan kuah yogurt pudinanya melengkapkan rasa.

ehsan's shah alam

Imej via Foursquare

naan tandori

Imej via Foursquare

Ayam tandoori boleh dinikmati bersama nasi, naan atau dimakan begitu sahaja. Mengikut citarasa masing-masing. Yang pasti, kelazatannya pasti dijamin!

Banyak Lagi

ehsan's shah alam

Imej via Foursquare

Teringinkan hidangan berat? Restoran ini juga ada menyediakan hidangan berat seperti Chicken/Lamb Briyani, Nasi Lemak dan Nasi Sup Tulang. Dijamin kenyang!

Untuk hidangan roti pula, anda boleh cuba paratha, roti canai, roti banjir ‘special’ dan roti telur bawang. Kuahnya dikatakan sangat istimewa, wajib cuba!

Kesimpulan

Bagaimana? Pasti anda sudah tidak sabar-sabar mahu mencuba naan keju yang dikatakan antara yang terbaik di Shah Alam ini, bukan? Jika ya, lekaslah singgah Ehsan’s Shah Alam jika berpeluang.

Berikut kami sertakan alamat dan waktu operasi restoran. Datang pada waktu yang sesuai ya, takut berebut tempat duduk dan ruang parkir pula!

Alamat: UNIT 17, 14/1, Jalan Ikhtisas, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor

Waktu Operasi: Setiap hari, 7 am – 12 am

Mencari lebih banyak tempat makan menarik di Shah Alam? Klik sahaja di link di bawah. Selamat menjamu selera!
25 Tempat Makan Best Di Shah Alam

Penulis: Nurul Hani

Berminat untuk berkongsikan tempat makan menarik berbagai genre di seluruh Malaysia.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.