Tertanya-tanya tentang jenis aiskrim viral Malaysia?
Aiskrim merupakan pencuci mulut beku yang sangat digemari ramai. Ianya juga mampu membuatkan sesiapa sahaja merasa gembira dan teruja setelah dinikmati, tambahan pula jika rasanya sedap.
Di Malaysia, kita juga mempunyai aiskrim viral yang tersendiri. Perisanya juga ada berbagai, ada juga yang mengolah resepi mengikut kreativiti sendiri.
Agak-agaknya ada berapa banyak perisa dan jenisnya? Jadi, berikut kami senaraikan 15 jenis aiskrim viral Malaysia untuk anda. Teruskan membaca!
Choki choki merupakan hidangan yang diperbuat daripada pes coklat biasa dan coklat susu. Ianya merupakan antara snek kegemaran ramai kanak-kanak dan dewasa.
Choki Choki juga sesuai untuk dibuat aiskrim. Anda hanya perlu mencalitkannya di sekeliling bekas aiskrim sebelum memasukkan bahan-bahan yang lain. Mudah dan sangat sedap!
Satu lagi jenis aiskrim viral Malaysia yang menarik ialah aiskrim Milo. Siapa sahaja yang tak suka Milo? Ianya sesuai digunakan untuk apa-apa resepi, ini termasuklah aiskrim.
Untuk penyediaannya, anda hanya perlu beberapa bahan sahaja seperti ais batu, milo dan susu segar.
Masukkan ke dalam bekas plastik dan bekukan semalaman. Hasilnya? Aiskrim Milo yang terlajak sedap!
Sumi juga merupakan snek yang pasti membuat anda teringat-ingat zaman kanak-kanak dahulu, bukan?
Ianya bukan sahaja enak dinikmati begitu sahaja, malah ianya sesuai dijadikan aiskrim Malaysia.
Anda hanya perlu memotong kecil sumi tersebut, kemudia mencampurkannya dengan bahan-bahan aiskrim yang lain.
Sebagai bonus, anda juga boleh tambah selasih, lebih memuaskan hati dan tekak!
Ros laici atau sirap laici merupakan minuman yang sememangnya sedap. Bayangkan jika ianya dibuat aiskrim, pasti lebih menyelerakan!
Anda hanya perlu mencampurkan susu pekat, susu sejat dan pati ros laici untuk menyediakan aiskrim ros laici ini. Jika suka, anda boleh tambahkan sumi atau nata de coco, manis dan berlemak!
Ada yang sukakan matcha di sini? Matcha ini berlainan dengan teh hijau kerana selalunya ianya akan digunakan untuk membuat minuman manis.
Selain itu, anda juga boleh membuat aiskrim Malaysia matcha. Anda hanya perlu sediakan serbuk matcha, krimer dan susu sejat sahaja untuk menyediakannya. Sangat mudah!
Melihat warna yang berwarna-warni, pasti akan membuat sesiapa sahaja tertarik. Agak-agaknya susahkah cara untuk membuat aiskrim yang diinspirasikan dari Paddle Pop ini?
Semestinya tidak. Untuk bahan-bahannya, anda hanya perlukan tepung dadih, susu cair dan gula.
Bekukan untuk beberapa jam dan aiskrim pelangi anda sedia untuk dimakan!
Jika anda pernah ke restoran Sangkaya, anda pasti menggemari aiskrim mereka yang rasanya lemak-lemak manis, bukan?
Anda juga boleh cuba buat sendiri aiskrim yang diinspirasikan dari aiskrim tersebut. Rasanya juga berkrim namun tidak memuakkan!
Untuk bahan-bahannya, anda hanya perlukan santan, susu pekat dan tepung jagung sebagai bahan utamanya. Mudah dan ringkas, rugi tak cuba.
Ada yang sukakan perisa pudina atau mint di sini? Walaupun warnanya hijau, ianya berlainan dengan matcha atau teh hijau.
Mint mempunyai rasa dan aroma yang lebih menyegarkan. Ianya juga sesuai dijadikan perisa untuk aiskrim yang manis dan berangin!
Sukakan rasa berkrim? Apa kata anda nikmati aiskrim Malaysia yang kaya dengan keju ini? Pasti bikin ketagih!
Bahan-bahannya memang ringkas – krim keju, susu cair, susu pekat dan tepung jagung. Bancuh dan bekukan, sedia untuk dinikmati dengan penuh selera.
Jenis aiskrim viral Malaysia yang seterusnya ialah aiskrim Solero lime. Jenis aiskrim ini diinspirasikan daripada aiskrim Solero daripada Wall’s.
Ianya mempunyai rasa masam manis yang memang sedap. Bahan-bahan yang digunakan agak banyak, namun mudah untuk dicari. Enak dinikmati semasa cuaca panas!
Kacang merah bukan sahaja enak untuk dijadikan inti, bubur atau dimakan begitu sahaja, ianya juga boleh digunakan untuk membuat aiskrim Malaysia.
Anda hanya perlukan bahan asas untuk membuat aiskrim Malaysia, santan, daun pandan, pati sirap dan kacang merah.
Bancuhkan bahan-bahan ini dan goncangkan bekas plastiknya supaya sebati. Bekukan semalaman dan sedia untuk dinikmati!
Aiskrim Magnum merupakan aiskrim yang disaluti dengan coklat di luarnya dan vanila di dalamnya. Tak perlu kami perkenalkan lagi, ianya sudah cukup terkenal!
Anda juga boleh membuat aiskrim Malaysia ala Magnum. Kedengaran mustahil, namun resepinya memang berhasil.
Ianya mempunyai bahan yang berasingan untuk salutan coklat dan bahagian dalamnya, namun caranya dijamin mudah!
Buah-buahan juga sesuai dibuat sebagai bahan asas untuk aiskrim Malaysia. Aiskrim jenis ini mula viral beberapa tahun dahulu dan ianya masih mendapat sambutan sehingga kini.
Bahan-bahannya juga sangat ringkas – anda hanya perlukan jelly, buah-buahan dan gula sahaja.
Masak jelly tersebut dan tuangkan bersama bahan-bahan lain ke dalam bekas plastik. Mudah, bukan? Sesuai dinikmati semasa minum petang!
Jangan terkejut, jeruk mangga juga boleh digunakan untuk membuat aiskrim Malaysia!
Anda hanya perlukan jeruk yang sudah siap disediakan, masukkan ke dalam bekas plastik dan bekukan semalaman. Rasa masamnya pasti akan menambat perhatian anda!
Rasa coconut shake yang manis, berlemak dan menyegarkan tekak membuatkan ia digemari ramai.
Bukan sahaja didapati dalam bentuk minuman, ianya juga turut dibuat aiskrim, sangat kreatif!
Anda hanya perlu sediakan coconut shake seperti biasa sebelum dibekukan semalaman, memang senang!
Bagaimana? Sudah jumpa jenis aiskrim Malaysia viral yang ingin anda tahu? Atau rambang mata kerana semuanya kelihatan enak untuk dicuba?
Tidak mengapa, cuba sahaja satu-persatu, kerana setiap jenis yang disenaraikan ini mempunyai kelazatan yang tersendiri. Selamat mencuba!
Mencari artikel lain untuk dibaca? Klik sahaja pada pautan di bawah.