Khasiat labu sememangnya sangat banyak. Labu merupakan salah satu sayur yang disukai ramai. Hal ini kerana rasa labu yang sedap dan boleh diolah menjadi pelbagai jenis masakan. Selain daripada dijadikan sebagai pencuci muluk, labu juga sesuai dijadikan sebagai sayur-sayuran. Malah terdapat juga hiasan yang dihasilkan menggunakan labu. Contohnya seperti sambutan Halloween.

Selain itu, labu sangat kaya dengan pelbagai jenis vitamin dan khasiat. Antara vitamin yang terdapat di dalam labu ialah vitamin A dan vitamin C. Tidak dinafikan khasiat yang terdapat di dalam labu sangat baik untuk membantu mencantikkan wajah serta menjaga kesihatan anda. Jom tengok pelbagai khasiat lain yang terdapat di dalam labu.

Mengawal Penyakit Diabetes

Labu merupakan salah satu sayur yang baik untuk penderita diabetes. Labu yang kaya dengan pelbagai vitamin seperti vitamin C, dikatakan sangat baik untuk mengontrol diabetes.  Bagi penderita penyakit diabetes, biji labu sangat bagus untuk mencegah perkembangan diabetes.

Kandungan kalori biji labu adalah 556 kkal dan Gi yang hanya 25 menjadikannya sangat disarankan bagi mereka yang mempunyai penyakit ini. Kandungan serat yang tinggi di biji labu membantu menormalkan kadar gula yang terdapat di dalam badan.

Mengekalkan Kesihatan Jantung

Buah labu mengandungi potasium, vitamin C dan serat yang dapat mengurangkan risiko tekanan darah tinggi dan strok. Antioksidan yang terdapat di dalam labu dapat melindungi kolestrol daripada teroksida. Hal ini dapat mengelakkan kolestrol daripada tergumpal di dalam saluran darah dan mengurangkan risiko penyakit jantung.

Selain itu, labu juga mengandungi antioksidan yang dapat melawan radikal bebas penyebab stres oksidatif. Stres oksidatif ini merupakan ketidakseimbangan kadar antioksidan dan radikal bebas di dalam badan. Stres oksidatif ini juga dapat merosakkan sel-sel sihat dan seterusnya menyebabkan peradangan kronik yang menyebabkan kerosakan jantung.

Kandungan Nutrsisi Baik Untuk Bayi

Selain dari menjaga kesihatan badan, ibu mengandung juga disarankan untuk memasukkan sayur labu sebagai menu diet mereka. Hal ini kerana, kandungan asam folat yang terdapat di dalam labu berfungsi untuk menjaga pertumbuhan saraf. Hal ini pastinya dapat menjaga kesihatan bayi di dalam kandungan.

Selain itu, nutrisi asam folat juga membantu mengurangkan risiko kelahiran bayi pramatang atau cacat. Kandungan vitamin dan mineral yang terdapat di dalam labu juga dapat menguatkan tulang dan membantu perkembangan bayi dengan lebih baik.

Meningkatkan Sistem Imunisasi

Labu sememangnya memiliki banyak khasiat yang lain. Labu yang tinggi dengan beta-karotena juga dapat ditukarkan kepada vitamin A. Vitamin A berfungsi untuk menguatkan sistem imun badan dan seterusnya melawan jangkitan. Disebabkan itu, mereka yang kekurangan vitamin A kerap mendapat penyakit.

Labu kuning yang mengandungi vitamin C juga membantu meningkatkan penghasilan sel putih. Sel putih sangat penting untuk membantu meningkatkan kekebalan tubuh. Kandungan sel darah putih juga menjadikan badan lebih cepat baik daripada penyakit dan mempercepatkan penyembuhan luka. Bagi mereka yang kekurangan sel darah putih, pengambilan labu secara berkala mungkin dapat membantu anda.

Mengurangkan Risiko Kanser

Khasiat labu yang lain ialah dapat mengurangkan risiko penyakit kanser. Kandungan karotenoid yang terdapat di dalam labu bertindak sebagai antioksidan yang dapat meneutralkan radikal bebas. Hal ini menjadikan sayur labu dapat mengurangkan risiko mendapat beberapa penyakit kanser.

Terdapat beberapa kajian yang dijalankan dan mendapati bahawa pengambilan alfa-karotena dan beta-karoteena yang tinggi dapat mengurangkan risiko kanser perut. Selain itu, terdapat juga kajian bahawa karotenoid dapat mengurangkan risiko kanser pankreas dan payu dara.

Meningkatkan Kualiti Tidur

Pasti ada di antara anda yang mengalami masalah tidur. Jangan risau, labu juga dapat membantu meningkatkan kualiti tidur. Air daripada labu yang direbus dapat meningkatkan kualiti tidur jika dicampurkan dengan minyak wijen. Minuman ini sangat berkesan sekiranya diminum secara berkala.

Selain itu, kandungan labu yang mempunyai zat tryptophan. Zat ini juga merupakan asam amino esensial yang dapat membantu tubuh menghasilkan hormon serotonin. Hormon ini dapat membantu badan lebih tenang dan seterusnya meningkatkan kualiti tidur anda.

Menjaga Kesihatan Kulit

Bagi para wanita, penjagaan kulit sememangnya sesuatu yang penting. Disebabkan itu, terdapat pelbagai jenis rawatan yang menggunakan sayuran semulajadi seperti tomato, timun dan pegaga.Tetapi kandungan yang terdapat di dalam labu juga ternyata dapat membantu menjaga kesihatan kulit.

Kandungan karotenoid seperti beta karotena dapat berfungsi sebagai sunblock semulajadi yang dapat melindungi kulit anda daripada sinaran UV yang berbahaya. Labu juga mempunyai vitamin C yang sangat penting untuk mendapatkan kulit yang sihat. Vitamin C berfungsi sebagai kolagen dan protein yang membantu untuk mengekalkan kesihatan kulit.

Disamping itu, kandungan vitamin C dan A juga membuatkan kulit anda menjadi lebih glowing. Terdapat pelbagai masker yang boleh dihasilkan dengan menggunakan labu. Antaranya campuran labu dengan putih telur dan yoghurt dapat membantu mengatasi kulit yang kusam.

Menurunkan Berat Badan

Sama seperti memakan ubi ungu, labu juga dikatakan dapat membantu mereka yang ingin berdiet. Kandungan serat yang terdapat di dalam labu dapat memberikan kesan kenyang yang lebih lama. Hal ini pastinya dapat membantu mereka yang ingin berdiet untuk mengurangkan pengambilan makanan.

Selain itu, kandungan kalori yang terdapat di dalam labu juga sangat rendah. Begitu juga dengan kandungan karbohidrat. Walaupun begitu, kandungan air di dalam labu sangat tinggi iaitu sebanyak 92 peratus.

Mengekalkan Kesihatan Mata

Tidak dinafikan semakin kita berumur, semakin pudar penglihatan mata kita. Tapi tahukah anda bahawa dengan memakan labu sebenarnya dapat mengurangkan risiko rabun. Labu yang kaya dengan pelbagai nutrisi terutamanya beta-karotena. Nutrisi beta-karotena ini didapati dapat mengurangkan risiko katarak mata iaitu rabun disebabkan faktor usia.

Selain itu, labu juga mengandungi vitamin A, vitamin C dan vitamin E. Vitamin C dan E yang berfungsi sebagai antioksidan dapat mencegah radikal bebas yang akan merosakkan sel mata. Disebabkan itu, labu merupakan salah satu sayuran yang perlu diamalkan.

Melancarkan Pencernaan

Bagi mereka yang selalu mengalami masalah pencernaan, anda mungkin akan suka dengan khasiat labu yang satu ini. Mengikut UCSF Health, kita perlu mengambil banyak serat bagi melancarkan sistem pencernaan. Labu dikatakan mempunyai kandungan serat yang tinggi dan baik untuk keperluan gizi anda.

Selain itu, memakan labu juga dapat mengelakkan anda dari terkena sembelit atau susah membuang air besar. Hal ini pastinya akan memudahkan anda untuk membuang air besar dengan lebih lancar. Serat yang tinggi terkandung di dalam labu membantu melancarkan fungsi usus. vitamin C dan asam folat juga membantu melancarkan proses pencernaan.

Kesimpulan

Terdapat pelbagai khasiat labu yang bukan sahaja baik untuk kesihatan malah bagi kecantikan juga. Khasiat labu tidak hanya terbatas kepada isi labu, malah kulit dan biji labu juga turut dijadikan pelbagai produk yang dapat membantu merawat penyakit seperti pesakit diabetes yang memakan biji labu.

Labu juga boleh diolah menjadi pelbagai masakan seperti pencuci mulut, sayuran, kerepek mahupun rempah ratus. Bukan sahaja rasanya yang manis, malah manfaat pengambilan labu secara berkala juga sangat banyak.

Anda juga dijemput untuk membaca artikel menarik kami yang lain seperti:

Penulis: kiraasla

Writing makes me happy!

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.