Zulyahya Steamboat Ipoh cukup terkenal dengan artis yang bernama Zulyahya! Benar, ini adalah perniagaan yang dijalankan oleh beliau.
Terletak di Meru Raya, Ipoh Perak, Zulyahya Steamboat Ipoh ini sangat menarik untuk dikunjungi oleh para penggemar steamboat. Bukan sahaja Buffet steamboat BBQ, tetapi anda boleh mendapatkan makanan Ala Carte, Western dan Nasi Talam juga di sini.
Dengan kepelbagaian menu makanan di restoran steamboat BBQ dan Shellout ini, anda boleh menikmati apa sahaja yang anda suka seakan-akan syurga makanan. Makanan yang disediakan di Zulyahya Steamboat Ipoh ini juga sangat segar dan menyelerakan terutamanya makanan laut.
Steamboat disajikan bersama kuah sup dan tomyam menaikkan lagi aroma dan keenakannya. Anda boleh mengambil apa sahaja seperti ayam, sotong, udang, ketam, kerang, bebola ikan, bebola daging, daging segar dan banyak lagi menu steamboat. Pelbagai jenis siput dan kerang juga boleh anda pilih.
Bukan sahaja steamboat, Zulyahya steamboat Ipoh ini juga mempunyai shellout! Para penggemar shellout boleh terus memesan shellout di sini. Harga makanan di sini sangat berbaloi dan berpatutan dengan kuantiti makanan yang anda makan.
Buat penggemar steamboat pula, anda boleh makan unlimited di sini untuk semua jenis bahan steamboat yang ada. Harga Promosi serendah RM 32 sahaja untuk seorang makan steamboat puas-puas!
Selain daging, ayam dan makanan laut, tanpa sayur-sayuran memang tak lengkap makanan steamboat kita. Ramai yang makan steamboat memang gemar untuk makan sayur. Zulyahya Steamboat Ipoh ini juga menyediakan banyak pilihan sayur-sayuran yang fresh.
Antara menu pilihan lain yang boleh anda nikmati di sini adalah seperti Gulai Kawah Kambing Batang Pisang, Nasi Lauk Campur Tengahari, makanan Western, menu lauk bakar iaitu Ikan Bakar serta Ayam Bakar.
Selain itu, menu berkuah seperti Laksa Utara, Mee Bandung dan lain-lain lagi juga terdapat di sini. Nasi ayam penyet, nasi lemak dan juga kuewtiaw juga tersedia. Banyak pilihan selain dari steamboat pun ada rupanya.
Pada waktu tengahari, anda boleh makan sotong bakar, ikan bakar dan lauk pauk nasi campur yang disajikan bersama ulam-ulaman. Terdapat 10 jenis sambal dan air asam pilihan untuk dimakan bersama ulam-ulaman. Menarik bukan?
Suasana di Zuyahya Steamboat Ipoh ini sangat selesa kerana mempunyai kemudahan tandas, surau dan tempat makanannya juga besar ruangnya. Jika anda datang beramai-ramai pun tidak mengapa.
Agak menarik lagi, staff restoran steamboat Ipoh ini sering membantu pelanggan, sangat bagus. Malah, anda juga boleh berhibur sambil makan kerana dapat mendengar nyanyian lagu yang berkonsepkan rohani seperti nasyid. Konsep hiburan seperti ini sangat susah untuk ditemui pada restoran yang lain.
Sekali sekala jalan Ipoh, Zulyahya Steamboat ini adalah tempat makan steamboat terbaik boleh anda kunjungi.
Jom baca juga tempat makan menarik di Restoran Muhammad Chow, Kelate Kitchen dan The Haunted Cafe Bunian.
Lokasi: No 1, 1A & 1B, Jln Meru Bestari A8, Bandar Meru Raya, 30020 Ipoh, Perak
Waktu Operasi: 4 Petang – 12 Malam
No Telefon: 013-5030075