Restoran Muhammad Chow adalah satu restoran masakan cina muslim halal dan sedap. Ramai yang menggemari masakan cina muslim bukan? Restoran ini mempunyai dua cawangan, Restoran Mohammad Chow terletak di Damansara Perdana dan juga Gombak.

Bagi penduduk Kuala Lumpur dan Selangor yang suka makanan chinese style, anda boleh ke Restoran Mohammad Chow. Jom lihat antara menu menarik di sini yang sesuai untuk seisi keluarga. Bagi mereka yang berada di Damansara, jom lihat menu yang disajikan di Restoran Muhammad Chow di cawangan Damansara.

Menu Makanan Restoran Mohammad Chow 

Menu makanan yang disajikan di Restoran Mohammad Chow ini membolehkan anda berjimat kerana mempunyai set combo. Anda juga boleh memilih mengikut jenis lauk yang anda mahukan.

restoran muhammad chow
Imej via [fb]

Antara masakan popular di Restoran Mohammad Chow adalah Butter Floss Prawn, Sweets Sour Fish Fillet, Salted Egg Squid, Marmite Chicken, Kam Heong Lala, Ying Yong Kailan, Nonya Siakap dan banyak lagi.

Imej via [fb]

Selain itu, menu yang menjadi pilihan ramai juga adalah seperti Ayam Buttermilk, Lak Chi Crab, rendang itik, claypot tofo, itik panggang, kerapu ala thai fried, sotong nyonya dan lain-lain lagi.

restoran muhammad chow
Imej via [fb]

Menu Tambahan pula adalah seperti aneka mee iaitu Hokkien Mee, Wantan Mee, Singapore Mee dan banyak lagi. Pencuci mulut yang disediakan pula adalah seperti Laici Kang dan Longan Seacoconut.

Imej via [fb]

Dengar kata, kuantiti makanan yang diletakkan di dalam pinggang untuk hidangan sangat banyak dan berbaloi. Bukan saja makanan, buah-buahan pun banyak.

restoran muhammad chow
Imej via [explorasa]

Harga Makan Di Restoran Muhammad Chow

Harga makanan di restoran Muhammad Chow ini tidaklah terlalu mahal tetapi ia setaraf restoran premium tetapi sangat berbaloi dengan makanan yang dihidangkan kepada anda. Untuk makan bersama orang penting juga tiada masalah untuk makan di sini.

Imej via [vinoth]

Suasana Di Restoran Muhammad Chow

Suasana restoran ini sangat tenang dan selesa dimana anda boleh makan bersama keluarga dan kawan-kawan tanpa ada gangguan. Ia tertutup di dalam kedai (bukan meja di luar). Jika datang beramai-ramai pun tak perlu risau kerana memang cukup tempat yang disediakan. 

Imej via [klook]

Jika ingin buat pesanan untuk tempahan diluar, pun boleh. Nak beli bungkus secara online juga tiada masalah.  Cuma perlu isikan maklumat tempahan, alamat dan membuat pembayaran secara online sahaja, anda terus akan diberi nombor tempahan. Tunggu sahaja makanan sampai ke rumah. Mudah bukan?

Selain itu, bagi mereka yang berkunjung ke restoran Muhammad Chow, tempat letak kereta juga disediakan di kawasan ini, jadi agak mudah untuk anda cari parking.  

Jom baca juga Restoran Bunian The Haunted Cafe Melaka.

Lokasi:  Perdana Business Centre, 3-1, Jalan PJU 8/5h, Damansara Perdana, 47820 Petaling Jaya, Selangor

Waktu Buka:  12 Tengahari – 11 Malam (Setiap Hari)

Telefon:  03-77316383

Penulis: Rina

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.