Bila kita sebut daerah Manjung, mungkin ramai yang beranggapan daerah ini tidak sepopular Ipoh dan Kuala Kangsar di Perak. Tapi, tahukah anda, terdapat beberapa tempat pelancongan yang terkenal di Perak, terletak di daerah Manjung.

Pulau Pangkor, Lumut dan Teluk Batik, ketiga-tiga tempat pelancongan ini berada di dalam daerah Manjung. Kalau dah namanya tempat pelancongan, pastinya tidak lengkap jika anda tidak mencuba makanan yang best di sini.

10 Tempat Makan Best Di Manjung, Perak

#1 Warong Manshor

Imej via foursquare

Pengunjung terutama pelancong mengenalinya sebagai sebuah warung makanan tempatan dengan harga yang murah. Di sini adalah tempat di mana orang suka bersarapan terutama makan nasi lemak. Lokasinya pula bertentangan dengan pantai. Tempat makan dengan pemandangan yang menyenangkan memang selalunya menjadi tarikan.

Alamat: Lot 4446, Teluk Nipah, 32300 Pangkor

 

#2 Daddy’s Café

Imej via foursquare

Suasananya amat menenangkan. Tambahan pula, ia berada betul-betul di pantai. Jadi, makan di sini terutama pada waktu senja turut dihidangkan dengan pemandangan langit yang indah. Makanan yang disediakan pula terdiri daripada makanan laut serta masakan barat. Pelanggan yang pernah makan di sini sering memuji kelazatan makanan mereka yang mana ikan dan yang lainnya segar-segar. Begitu juga dengan layanan kelas pertama mereka.

Alamat: Pulau Pangkor

Waktu Operasi: Setiap hari (11am – 11pm)

 

#3 Restoran D’ Warisan

Imej via foursquare

Restoran ini bukan sahaja terkenal di kalangan masyarakat tempatan, tetapi turut menerima pujian daripada pelancong asing. Pertama, D’ Warisan menyediakan kira-kira 30 jenis lauk-pauk masakan Melayu yang lazat pada harga murah. Minuman pula boleh ditambah secara percuma. Khidmat layan diri amat disukai pelanggan kerana mereka tidak perlu menunggu lama terutama ketika restoran dipenuhi pelanggan. Restoran ini luas sama ada dari segi premisnya atau pun parkirnya. Ia boleh menempatkan sehingga 200 orang pada satu-satu masa dan 50 kenderaan di bahagian parkirnya. Kemudahan lain seperti tandas yang bersih dan surau untuk umat Islam menunaikan kewajipan juga turut disediakan.

Alamat: 4240, 32200 Lumut

Waktu Operasi: Setiap hari (730am – 1am)

 

#4 Warisan Rojak Manjung

Imej via foursquare

Dahulu ia dikenali sebagai Rojak Manjung sebelum mereka menukarnya kepada Warisan Rojak Manjung. Warisan Rojak Manjung menyediakan sarapan pagi dan makan tengah hari. Antara menu mereka ialah nasi lemak, mi goreng, bihun goreng, kueytiao goreng, mi rebus, nasi campur, dan semestinya rojak. Rojak boleh didapati dalam 4 jenis set iaitu set makan seorang, dua orang, tiga orang, dan set makan empat orang. Perniagaan keluarga yang telah diusahakan sejak lama ini turut menerima tempahan bagi majlis-majlis keraian. Hubungi 012-5640021 untuk tempahan.

Alamat: Hadapan Pasar Awam Sitiawan, Pekan Tuak

Waktu Operasi: Sabtu – Khamis (730am – 530pm), ditutup pada hari Jumaat

 

#5 Horizon Garden Seri Manjung

Imej via foursquare

Susah untuk mendengar komen yang tidak bagus mengenai masakan mereka. Menu di Horizon Garden dipenuhi dengan pelbagai masakan tempatan. Jika anda datang berpasangan atau dalam kumpulan, mereka ada menyediakan beberapa set makanan untuk 2 sehingga 12 orang. Harga set bermula dengan RM57 sehingga RM197. Hiasan dalamannya kemas dan bersih. Suasananya kelihatan seperti anda sedang makan di hotel. Secara keseluruhannya, pelanggan berpuas hati dengan semua yang ada di sini termasuk layanan dari para pekerjanya.

Alamat: No. 7, Persiaran PM 3/2, Pusat Bandar Seksyen 3, 32040 Seri Manjung

Waktu Operasi: Setiap hari (12pm – 330pm, 6pm – 11pm)

 

#6 Fisherman’s Cove

Imej via tripadvisor

Jom makan makanan laut dengan inspirasi masakan tempatan dan Eropah di Fisherman’s Cove. Lautan yang terbentang luas merupaka pemandangan yang menakjubkan. Tambahan pula, senibina restoran ini sangat cantik di mana sebahagian ruangnya berada di atas air. Pengunjung bukan sahaja sukakan suasananya, paling utama adalah makanan serta layanannya juga amat memuaskan hati. Pelayan yang mesra membuatkan pengunjung berasa selesa dan seronok.

Alamat: Pangkor Laut Resort, Pangkor Laut Island, 32200 Pangkor

 

#7 Iwan Grill Place

Imej via foursquare

Steak, pasta, peri-peri chicken, pizza, daging kambing, udang galah dan masakan Asia. Hidangan barat dan Asia bergabung di sini. Hasilnya sangat memuaskan. Walaupun harganya dikatakan agak mahal, tapi itu bukanlah perkara yang menjadi perbualan di kalangan para pelanggan. Kebanyakan pelanggan bersetuju yang Iwan Grill menyediakan hidangan yang lazat selama mereka makan di sana. Makanan juga dihidangkan dengan menarik. Sebab itulah ramai yang menganggap ia merupakan antara tempat makan terbaik di Manjung.

Alamat: No. 81, Persiaran PM 2/4, Seksyen 2, 32040 Sitiawan

Waktu Operasi: Setiap hari (430pm – 1159pm)

 

#8 Thainese Restaurant Manjung and Bistro

Imej via foursquare

Ada sesuatu yang unik di restoran ini. Mereka menghidangkan masakan Thai dengan Cina. Ruang restorannya luas dengan susun atur kerusi dan meja yang bagus. Kebanyakan pelanggan bersetuju yang makanan di sini semuanya sedap-sedap. Jadi, jika anda ingin bertukar selera atau memang meminati masakan Thai atau Cina, jemput datang ke Thainese Restaurant untuk merasai sendiri hidangan mereka.

Alamat: 6 – 16, Persiaran PM 2/2, Pusat Bandar Seri Manjung, Seksyen 2, 32000   Sitiawan

Waktu Operasi: Isnin – Sabtu (1pm – 1030pm), ditutup pada hari Ahad

 

#9 Harumi Restaurant

Imej via foursquare

Lupakan KFC, McDonald dan Marrybrown. Harumi adalah restoran makanan seumpama itu dengan sijil halal. Antara menu mereka ialah Faithful Nasi Lemak, Kala Burger, Harumi’s Krispy Chicken Chop dan banyak lagi. Ada pelanggan berpendapat yang ayam gorengnya mungkin lebih sedap daripada ayam goreng di restoran makanan segera terkemuka yang lain. Harganya juga dikatakan berpatutan dan murah berbanding di tempat lain. Harumi Restaurant turut memiliki beberapa cawangan lain di Seri Iskandar, Ayer Tawar, Subang Jaya, dan Cheras.

Alamat: 152 & 152A, Jalan PPMP 3/3, Pusat Perniagaan Manjung Point 3, 32040 Seri Manjung

Waktu Operasi: Setiap hari (11am – 11pm)

 

#10 Restoran Bakau D’Muara

Imej via foursquare

Sotong, ketam, siakap, jenahak, gerut, kerapu, pari. Ini sebahagian kecil makanan laut yang anda boleh dapati di Bakau D’Muara untuk dimasak buat mengisi perut yang lapar. Kata orang, makan di sini memang memberikan kepuasan. Pantas dan sedap. Pilihlah apa jua jenis masakan untuk makanan laut yang anda suka. Mungkin Ketam Black Pepper, Sotong Goreng Tepung, atau Siakap Bakar. Semuanya lazat sampai menjilat jari. Harganya pula amat berpatutan. Lokasi asal Restoran Bakau D’Muara terletak di tepi Sungai Lekir, Sitiawan yang mempunyai suasana mendamaikan. Mereka berkembang dan menambah beberapa cawangan lagi di Sitiawan dan Lumut.

Alamat: Persiaran Lumut Permai 1, 32200 Lumut

Waktu Operasi: Setiap hari (6am – 3am)

 

Penulis: anis

Seorang yang simple. Suka mencuba dan mencari tempat makan yang menarik di Malaysia.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.