Mencari tempat dating di Selangor?

Selangor memang kaya dengan pelbagai tarikan dan ini termasuklah dengan tempat makan yang berbagai selera. Dari street food ke hidangan fine dining, semuanya ada. Tidak hairanlah negeri ini menjadi tumpuan pelancong.

Masih tercari-cari tempat dating yang sesuai untuk anda dan pasangan? Berikut kami senaraikan 12 tempat dating di Selangor untuk anda serbu. Teruskan membaca!

#1 Fluffed Cafe & Dessert Bar

Alamat: 55, Jalan 20/7, Taman Paramount, 46300 Petaling Jaya, Selangor

Waktu Operasi: Selasa – Ahad, 1 – 9.30 pm

Ingin menikmati pencuci mulut yang berbagai jenis semasa berdating? Jika anda berada di Petaling Jaya, anda wajib singgah di kafe yang cukup terkenal ini – Fluffed Cafe & Dessert Bar.

fluffed cafe & desserts bar
Imej via Foursquare

Dari kek, wafel ke aiskrim, kami yakin anda pasti akan rambang mata dengan kepelbagaian menu di sini. Wafel dan aiskrim merupakan menu yang laku keras. Jangan lupa untuk cuba aiskrim lavender dan kek onde-onde mereka, memang terlajak sedap!

#2 One Serambi Cafe

Alamat: 1-G, D’bayu Commercial Centre, Jalan Serambi U8/21, Bukit Jelutong, 40150 Shah Alam, Selangor

Waktu Operasi: Selasa – Ahad, 9.30 am – 11 pm

Di Shah Alam, nama One Serambi Cafe ini pasti sudah tidak asing lagi bagi penduduk di situ. Kafe yang menyediakan hidangan selera Barat ini juga tempat yang sesuai dikunjungi bagi mereka yang ingin berdating kerana ianya cukup santai dan selesa.

one serambi cafe tempat dating selangor
Imej via Foursquare

Hidangan di sini juga memang berbagai pilihan. Ada pencuci mulut, hidangan berat, pasta dan juga snek yang cukup menggamit selera. Pavlova, Aglio Olio, Grilled Chicken dan Lamb Shank adalah antara hidangan terlaris di kafe ini.

#3 Bukku Cafe

Alamat: No.1, Jalan Singgahsana 4A/KU2, Bandar Bukit Raja, 41050 Klang, Selangor

Waktu Operasi: Setiap hari, 10 am – 5 pm

Kafe minimal yang terletak di Klang ini juga adalah antara tempat dating di Selangor yang patut anda singgah. Menyajikan pastri yang menjadi rebutan ramai, kafe ini juga mempunyai suasana yang nyaman, memang sesuai bagi sesiapa yang ingin bersantai.

tempat dating selangor bukku
Imej via Foursquare

Croissant adalah menu yang menjadi pilihan ramai. Anda boleh cuba Salted Egg Croissant dan Green Tea croissant yang kaya dengan rasa mentega dan cukup harum aromanya. Saiz croissant juga besar, jadi ianya memang mengenyangkan.

#4 Naj & Belle SS15 Courtyard

Alamat: SS15 Courtyard, Ss 15, 47500 Subang Jaya, Selangor

Waktu Operasi: Isnin – Jumaat (10.30 am – 10 pm), Sabtu & Ahad (10 am – 10 pm)

Naj & Belle ini bukan sahaja mempunyai cawangan di Bangsar, malah di Subang Jaya pun ada. Ini jelas membuktikan yang kafe yang terkenal dengan hidangan pencuci mulut ini memang popular di kalangan penduduk di Lembah Klang.

naj and belle
Imej via Foursquare

Watermelon Cake adalah jenis pencuci mulut yang pasti akan buat anda teringat-ingat. Jika anda tidak pernah cuba kek tembikai, inilah peluang yang patut direbut. Rasanya manis dan cukup menyegarkan, memang sesuai dinikmati semasa berdating.

#5 Denali & Pinnacles The Wanderer’s cafe

Alamat: Lot 1-4, Tingkat 1, Pusat Perniagaan Seksyen 3, off, Jalan 3/70, Seksyen 3 Bandar Baru Bangi, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

Waktu Operasi: Rabu – Isnin, 3 – 11 pm

Di Bangi, kafe ini sudah tidak asing lagi bagi penduduk di situ. Bukan sahaja sesuai disinggah oleh keluarga, malah pasangan yang berdating juga pasti akan berasa selesa semasa meluangkan masa di kafe ini.

denali and pinncales tempat dating selangor
Imej via Foursquare

Anda boleh cuba hidangan selera Barat seperti Peruvian Grilled Chicken, Alfredo, Grilled Lamb, Smoked Duck Pasta dan Fish and Chips. Rata-rata pelanggan mengakui yang daging di sini memang lembut dan juicy, saiz hidangan juga memuaskan hati.

#6 Secret Of Louisiana at the lake

Alamat:  D – 01, 1, Jalan SS 7/13a, SS7, 47301 Petaling Jaya, Selangor

Waktu Operasi: Setiap hari, 11 am – 11 pm

Menikmati hidangan yang lazat di tepi tasik – satu idea dating yang cukup romantis. Untuk tujuan itu, singgahlah menjamu selera bersama pasangan di restoran Secret of Louisiana at the lake yang terletak di Petaling Jaya.

secret of louisiana
Imej via Foursquare

Jenis hidangan yang menjadi buruan pelanggan tetapnya ialah bufet pasta. Restoran ini ada menyediakan bufet pasta, sejenis bufet ala-carte dengan pelbagai jenis hidangan pasta dengan harga rm26.90 hingga rm29.90 setiap orang. Dijamin berbaloi!

#7 Upstairs Café

Alamat:  No. 12A, Jalan SS 12/1, Ss 12, 47500 Subang Jaya, Selangor

Waktu Operasi: Isnin – Sabtu, 12 – 9 pm

Suasana tempat makan memainkan peranan yang penting jika anda singgah ke situ untuk berdating. Untuk menikmati hidangan lazat-lazat di kafe yang santai suasananya, singgah sahaja di Upstairs Cafe yang terletak di Subang Jaya.

upstairs
Imej via Foursquare

Pasta dan kek merupakan jenis hidangan yang cukup menggamit selera. Spaghetti Carbonara, Aglio Olio dan Red Velvet Cupcakes adalah antara menu yang patut anda pesan. Saiz hidangan juga besar, jadi hidangannya memang mengenyangkan.

#8 BUCOLIC Cafe & Catering

Alamat: Lot 33-1 Block 6, Setia Avenue,, Jalan Setia Prima S U13/S, Setia Alam, 40170 Shah Alam, Selangor

Waktu Operasi: Jumaat – Rabu, 11 am – 8 pm

Ingin berdating di restoran yang menyediakan hidangan fine dining? Untuk itu, lekaslah singgah menjamu selera bersama pasangan di restoran BUCOLIC Cafe & Catering yang terletak di Shah Alam.

bucolic cafe tempat dating selangor
Imej via Foursquare

Hidangan di restoran ini berasaskan selera Eropah Barat yang kena dengan citarasa ramai. Pesan sahaja hidangan seperti Meatball Spaghetti, Truffle Bruschetta, Chicken Roulade dan Mushroom Soup. Suasana restoran yang santai dan kebersihan yang terjaga juga memang patut dipuji.

#9 Craveat

Alamat: Jalan Tun Teja B 35/B, Alam Impian, 40470 Shah Alam, Selangor

Waktu Operasi: Sabtu – Khamis, 11 am – 10 pm

Bukan sahaja hidangan Barat, malah masakan kampung juga boleh didapati jika anda singgah menjamu selera di restoran Craveat. Terletak di Shah Alam, restoran ini mempunyai interior yang cantik yang menjanjikan keselesaan.

craveat shah alam tempat dating selangor
Imej via Foursquare

Untuk hidangan tempatan, anda boleh cuba lauk seperti ikan keli goreng dan singgang ikan yang cukup segar. Untuk hidangan Barat pula, anda patut pesan Skillet Chicken dan Spaghetti Buttermilk with Soft Shell Crab, pasti lazat dan mengenyangkan!

#10 Polperro Steak House Seksyen 13

Alamat: No 87, Jalan Lawan Pedang 13/27, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor

Waktu Operasi: Rabu – Isnin, 12.30 am – 12 pm

Mahu menikmati stik berkualiti tinggi dan berpatutan harganya sambil berdating? Jika anda berada sekitar Shah Alam, ini adalah steakhouse yang sesuai untuk disinggah terutamanya jika anda ingin berdating – Polperro Steak House.

polperro steak shah alam
Imej via Foursquare

Stik seperti T-Bone Steak, Rib Eye Steak dan Black Pepper Steak adalah antara stik yang disediakan. Hidangan lain seperti Lamb Chop dan Golden Mushroom Chicken Chop juga turut menjadi kegemaran ramai.

#11 Meet & Dine

Alamat: Budiman Business Park, Jln Budiman, Taman Desa Baru, 43200 Cheras 9 Miles, Selangor

Waktu Operasi: Rabu – Isnin, 11 am – 10 pm

Selain daripada dekorasi restoran, persembahan hidangan juga memainkan peranan dalam memuaskan hati anda sebagai pelanggan. Restoran Meet & Dine ini bukan sahaja cantik interiornya, malah persembahan hidangannya juga patut dipuji, cukup elegan.

meet and dine cheras
Imej via Foursquare

Baked Salmon, Creamy Carbonara, Onde-Onde Cake dan Seafood Ravioli adalah antara hidangan menyelerakan yang patut anda cuba. Snek seperti Sweet Potato Fries juga terjual dengan laris, pasti anda dan pasangan akan turut menggemarinya.

#12 Ghost Chef (La Belle Saison)

Alamat: 13-G, Jalan Sungai Burung W 32/W, Bukit Rimau, 40460 Shah Alam, Selangor

Waktu Operasi: Selasa – Ahad, 12 – 3 pm, 6 – 8.30 pm

Satu lagi tempat dating di Selangor yang wajib anda kunjungi ialah restoran Ghost Chef (La Belle Saison). Restoran Eropah ini menyajikan hidangan berasaskan selera Perancis. Istimewanya, chef di restoran ini sendiri pernah menetap di Toulouse dan Paris, keaslian hidangan Perancisnya memang terjamin.

la belle saison shah alam
Imej via Foursquare

Menu-menu seperti Prawn Bisque, Chicken Liv Pâte, Shrimp Broth dan Salmon Croquette. Roti di sini juga turut menerima pujian yang tidak putus-putus, persis roti di Perancis yang rangup di luar, lembut di dalam dan kaya dengan rasa mentega.

Kesimpulan

Sudah jumpa tempat dating di Selangor yang ingin anda serbu? Tempat makan yang kami senaraikan ini memang berbagai, jadi singgah sahaja di mana-mana yang anda berkenan.

Jangan berlengah lagi, lekaslah serbu jika berpeluang ke sini. Jika ada cadangan atau tambahan lain, komen sahaja di bawah. Selamat menjamu selera!

Artikel Menarik Lain

Penulis: Nurul Hani

Berminat untuk berkongsikan tempat makan menarik berbagai genre di seluruh Malaysia.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.