10 Tempat Makan Western di Kota Bharu Yang Wajib Singgah
Mencari tempat makan western di Kota Bharu? Kota Bharu merupakan ibu negeri Kelantan yang kaya dengan berbagai tarikan. Tempat makan yang beraneka genre…

Mencari tempat makan western di Kota Bharu?
Kota Bharu merupakan ibu negeri Kelantan yang kaya dengan berbagai tarikan. Tempat makan yang beraneka genre makanan merupakan antara keistimewaan bandar ini. Tidak hairanlah ramai pengunjung memuji makanan di kota ini.
Ini termasuklah dengan tempat makan western. Untuk itu, berikut kami senaraikan 10 tempat makan western di Kota Bharu untuk anda. Teruskan membaca!
#1 BĀO BĀO
Alamat: 271, Jalan Dusun Muda, Bandar Kota Bharu, 15200 Kota Bharu, Kelantan
Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Selasa, 1 – 11 pm
BĀO BĀO Cafe – nama kafe yang menjadi sebutan ramai penduduk di KB. Ianya merupakan kafe moden yang menyajikan hidangan Barat yang lazat-lazat. Konsep dekorasi kafe yang santai juga merupakan tarikan utamanya.

Imej via Foursquare
Antara hidangan yang boleh anda nikmati di sini ialah Flame Grilled Beef, Salted Egg Yolk Pasta, Smoked Duck Aglio Olio dan Crispy Chicken. Untuk minuman, kami sarankan agar anda cuba Black Sugar Latte mereka yang manis dan pekat.
#2 Cafe Jiran Kota Bharu
Alamat: Lot 485 Kampung Teluk Baru, Jalan Demit, 15200 Kota Bharu, Kelantan
Waktu Operasi: Setiap hari, 5 pm - 12 am
Jika anda baca ulasan di Internet, kebanyakan pelanggan memang memuji Cafe Jiran Kota Bharu ini. Bukan sahaja terkenal dengan makanan Barat yang beraneka, malah rasanya juga sedap-sedap belaka.

Imej via Foursquare
Menu-menu yang boleh anda cuba ialah Garlic Bread with Mushroom Soup, Chickenn Chop, Aglio Olio dan Fish and Chips. Saiz makanan yang sederhana serta harga yang berpatutan juga merupakan antara faktor kafe ini kerap disinggah ramai.
#3 The Bold Lab
Alamat: PT 2497, Kg. Cherang, Jalan Abdul Kadir Adabi, Taman Kenangan, 15200 Kota Bharu, Kelantan
Waktu Operasi: Setiap hari, 10 am – 11 pm
Kafe The Bold Lab yang terletak di Taman Kenangan ini juga merupakan antara tempat makan western di Kota Bharu yang sedap. Kafe ini menyajikan pelbagai jenis hidangan Barat yang pasti menambat hati anda.

Imej via Foursquare
Antara menu yang boleh dicuba ialah Grilled Chicken Chop, Fish and Chips, Australian Beef Burger, Chamchurri Salmon with Mango dan banyak lagi. Pasti ada nama menu yang tidak pernah dicuba, bukan? Jika berpeluang ke sini, lekaslah cuba sebelum rugi!
#4 D’Apple Cafe & Restaurant Kota Bharu
Alamat: 275, Jalan Parit Dalam, Seksyen 8, 15000 Kota Bharu, Kelantan
Waktu Operasi: Setiap hari, 5 am - 11.30 pm
Restoran D’ Apple Cafe ini merupakan antara restoran yang terkenal dengan sajian tempatan dan Barat. Terletak di Jalan Parit Dalam, restoran ini dibuka seawal ja, 5 pagi. Jika lapar pada waktu tersebut, singgah sahaja di sini!

Imej via Foursquare
Untuk makanan Barat, kami sarankan agar anda cuba ialah Chicken Chop Crispy, Lamb Chop Sizzling, Steak dan Spaghetti Bolognese. Untuk minuman pula, anda wajib pesan teh tarik madu, capuccino ice blended, boba brown sugar roasted dan jus buah.
#5 Sweetheart Coffee Shop
Alamat: Jalan Sultan Ibrahim, Bandar Kota Bharu, 15050 Kota Bharu, Kelantan
Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Ahad, 11 am - 11 pm
Kafe hipster yang berkonsepkan santai dan moden yang terletak di Jalan Sultan Ibrahim ini terkenal dengan makanan Barat dan minuman yang sedap dan pelbagai.

Imej via Foursquare
Makanan Barat yang wajib anda pesan ialah Chicken Chop, Spicy Olio dan Signature Tomyam Spaghetti. Untuk minuman, kopi di sini mendapat pujian ramai. Anda boleh cuba latte, capuccino, rose latte, caramel macchiato dan banyak lagi.
#6 Sani D’Cafe
Alamat: lot 2745, Kampung Dalam Kota, 16250 Wakaf Bharu, Kelantan
Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Isnin, 2 pm - 12 am manakala Rabu 2 - 11.30 pm
Anda menggemari makanan Barat yang disajikan dalam talam atau dulang? Bayangkan gabungan makanan Barat yang pelbagai dalam satu dulang, memang bikin terliur!

Imej via Foursquare
Sani D’Cafe merupakan antara kafe yang menyajikan hidangan tersebut. Hidangan yang dikenali dengan nama Western Talam ini menyajikan bebola daging, spaghetti bolognese, kentang goreng, coleslaw dan hidangan Barat lain dalam satu talam. Sangat menarik!
#7 Drum & Desk
Alamat: 2055, Lorong Taman Sari 2, Taman Sari, 15200 Kota Bharu, Kelantan
Waktu Operasi: Setiap hari, 10 am – 10 pm
Jika anda berada sekitar Taman Sari, anda wajib singgah menikmati makanan Barat di kafe Drum & Desk. Bukan sahaja terkenal dengan makanan yang sedap, malah dekorasi kafe yang cantik dan moden juga turut menarik perhatian ramai.

Imej via Foursquare
Ada pelbagai jenis hidangan yang disajikan di sini. Antaranya ialah Waffle. Crossaindwich, Pasta, Mains, Litebites dan Homemade Sourdough Sets. untuk minuman pula, kami cadangkan agar anda cuba Espresso, Picolo Latte dan Ristretto.
#8 Big Bites Cafe
Alamat: Jalan Bayam, Kampung Bayam, 15200 Kota Bharu, Kelantan
Waktu Operasi: Setiap hari, 9 am - 12 am
Big Bites Cafe juga merupakan antara tempat makan western di Kota Bharu yang menarik. Kafe yang terletak di Kampung Bayam ini terkenal dengan saiz hidangan yang besar untuk makanan Barat yang disajikan.

Imej via Foursquare
Antara hidangan enak yang boleh dicuba ialah The Big Bites Chicken Chop, Spaghetti Carbonara dan Spaghetti Bolognese. Untuk minuman, mereka menyajikan Frappe, Coffee dan Smoothies. Pilih sahaja jenis hidangan yang digemari, semuanya sedap dan menyegarkan tekak.
#9 Kopi Mesin
Alamat: Lot 572 Batu 3½, Jalan Sultan Yahya Petra, Kubang Kerian, 16150 Kota Bharu, Kelantan
Waktu Operasi: Setiap hari, 4 pm – 1 am
Nama kafe yang terletak di Kubang Kerian ini sentiasa menjadi sebutan ramai. Tidak keterlaluan jika kami katakan yang kafe Kopi Mesin ini merupakan antara kafe yang paling popular di Kelantan.

Imej via Foursquare
Makanan Barat yan wajib anda cuba di sini ialah Grilled Chicken, Aglio Olio, Spaghetti Carbonara dan Bolognaise Meatball. Untuk minuman, kopi yang boleh dicuba ialah jenis espresso, macchiato, latte dan capuccino dan Salted Caramel Frapuccino merupakan kopi yang terlaris.
#10 Mr. Cook Western Food
Alamat: Jalan Panji, Kg Rambutan Rendang, 16100 Kota Bharu, Kelantan
Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Ahad, 3 pm - 1.30 am
Stik merupakan antara jenis makanan Barat yang sangat sedap jika disediakan dengan baik. Tercari restoran atau kafe mana di kota Bharu yang menyajikan stik yang enak? Singgah sahaja di Mr. Cook Western Food untuk mencuba stik mereka.

Imej via Foursquare
Sirloin Steak merupakan hidangan terlaris di sini. Selain itu, anda juga boleh mencuba menu lain seperti Lamb Chop, Chicken Grill, Sizzling Chicken dan Spaghetti Marinara.
Kesimpulan
Sudah jumpa tempat makan Western di Kota Bharu yang ingin dikunjungi? Jika berpeluang ke sini, singgah sahaja satu persatu tempat makan yang kami senaraikan kerana semuanya memang menarik.
Semoga artikel ini memberi manfaat kepada anda dalam mencari tempat makan yang sedap. Jangan lupa kongsikan kepada rakan-rakan dan di media sosial. Selamat menjamu selera!
