Kuching merupakan ibu negeri Sarawak yang cukup kaya dengan destinasi pelancongan yang mengagumkan. Antara tempat yang boleh anda lawati ialah Muzium Sarawak, Taman Negara Bako dan banyak lagi.

Jika anda peminat tegar makanan laut, anda memang wajib singgah di No. 25 Bukit Mata Seafood Centre. Ianya merupakan salah satu restoran makanan laut yang cukup terkenal sekitar Kuching, Sarawak.

bukit mata seafood restaurant

Imej via Foursquare

Agak-agak mengapa No. 25 Bukit Mata Seafood Centre ini begitu popular di Kuching? Dan menu istimewa yang manakah yang patut dicuba? Teruskan membaca ya!

Aneka Jenis Makanan Laut, Bikin Ramai Rambang Mata

Selalunya jika singgah di sesetengah restoran, pasti ada beberapa jenis sahaja makanan laut yang boleh didapati. Pendek kata, memang takkan penuh sepinggan kerana ada sedikit sahaja.

Isu sebegini tidak akan ada hadapi, kerana restoran ini menyajikan pelbagai jenis makanan laut. Hal ini turut diakui oleh kebanyakan pelanggan yang pernah singgah di sini.

seafood

Imej via Instagram

seafood

Imej via Instagram

Antara makanan laut yang boleh didapati ialah ikan, udang, ketam, kerang dan banyak lagi.Cara masakan untuk setiap makanan laut juga berbeza, jadi pesan sahaja yang mana anda suka.

Oyster Pancake, Hidangan Kegemaran Ramai

Dalam banyak-banyak menu, ada satu menu yang cukup digemari pelanggan restoran ini dan kerap dipesan. Tak lain tak bukan, Oyster Pancake!

oyster pancake

Imej via Instagram

oyster pancake @ bukit mata seafood restaurant

Imej via Foursquare

Oyster Pancake ini merupakan hidangan Teochew yang menggabungkan telur dadar bersama tiram. Hidangan ini juga merupakan antara yang cukup terkenal di Kuching.

Menurut ramai, Oyster Pancake ini rasanya masin, tetapi tidaklah terlalu masin. Saiznya juga besar, memang sesuai jika dinikmati bersama keluarga ataupun rakan-rakan. Dijamin mengenyangkan!

Nestum Prawn, Enak Berkrim dan Tidak Memuakkan

Selain Udang Butter, hidangan ini merupakan antara hidangan yang berjaya menambat hati ramai – Nestum Prawn. Jika anda tidak pernah mencubanya, anda memang rugi!

nestum prawns @ bukit mata seafood centre

Imej via Instagram

nestum prawns @ bukit mata seafood centre

Imej via Instagram

Udang yang disaluti dengan Nestum ini sememangnya terlajak lazat rasanya. Nestum yang digunakan menambahkan kerangupan udang dan memberi rasa manis kepada udang, memang bikin kecur air liur!

Walaupun kuantiti udang agak banyak, kami yakin sepinggan pasti tidak cukup buat anda kerana keenakkannya akan bikin anda ketagih sampai nak tambah berpinggan-pinggan!

Banyak Lagi

midin

Imej via Instagram

Selain lauk, hidangan ini wajib anda cuba – Midin. Midin atau pucuk paku merupakan hidangan sayuran yang cukup terkenal di Sarawak. Jika dimakan bersama sambal belacan, memang enak!

ambal @ bukit mata seafood centre

Imej via Instagram

Ambal atau siput buluh merupakan antara makanan laut yang wajib anda tambah untuk makan malam. Ada yang dibuat sup, sambal dan kari. Pesan sahaja cara masakan yang anda teringin, semuanya sedap!

Kesimpulan

Anda pasti sudah mula berkeroncong perut dek kerana terbayang kelazatan makanan laut di restoran ini, bukan? Jangan tunggu lama-lama, lekas sahaja singgah jika berpeluang!

Kami juga ingin nasihatkan agar anda datang awal, takut berebut ruang parkir dan ruang dalam restoran. Biasalah, restoran terkenal memang selalu diserbu ramai.

Berikut kami sertakan alamat dan waktu operasi restoran. Selamat menjamu selera!

Alamat: Top Spot Car Park (Jalan Bukit Mata), 93100 Kuching, Sarawak

Waktu operasi: Setiap hari, 5 petang – 11 malam

Mencari tempat makan lain yang menarik sekitar Kuching? Klik sahaja di link di bawah!
17 Tempat Makan Menarik Di Kuching Sarawak 2019

Penulis: Nurul Hani

Berminat untuk berkongsikan tempat makan menarik berbagai genre di seluruh Malaysia.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.