Mencari tempat makan romantik di Penang?

Penang memang kaya dengan pelbagai jenis tempat makan. Dari masakan kampung, makanan Barat, fine dining, pencuci mulut, semuanya ada. Tidak keterlaluan jika kami katakan yang ianya memang syurga makanan!

Ini termasuklah tempat makan romantik. Berikut kami senaraikan 10 tempat makan romantik di Penang yang wajib anda serbu. Teruskan membaca!

#1 Ferringhi Garden

Alamat: 34, Jalan Batu Ferringhi, Kampung Batu Feringgi, 11100 Batu Ferringhi, Pulau Pinang

Waktu operasi: Setiap hari, 5 pm – 12 am

Ini merupakan antara restoran yang paling popular di Batu Ferringhi – Ferringhi Garden Restaurant. Melihat restorannya dari luar sahaja pasti akan buat ramai tertarik untuk singgah di sini.

Imej via Foursquare

Restoran Ferringhi Garden ini menyajikan makanan Barat seperti stik dan makanan laut yang segar-segar. Konsep dekorasi moden yang diketengahkan memang santai, sesuai disinggah oleh anda dan pasangan.

#2 Jawi House & Cafe Gallery

Alamat: 85, Lebuh Armenian, George Town, 10200 Penang Malaysia, Pulau Pinang

Waktu operasi: Setiap hari ecuali Selasa, 11 am – 9.30 pm

Dekorasi restoran yang klasik dan santai pasti mampu membangkitkan aura romantis. Jadi, restoran Jawi House & Cafe Gallery ini memang sesuai disinggah jika anda ingin menjamu selera dalam suasana yang romantik.

Imej via Foursquare

Jenis hidangan yang disajikan di sini ialah hidangan tempatan. Nasi briyani dan roti jala bersama kuah kari ayam merupakan menu istimewa yang wajib anda cuba.

#3 Lagenda House & Cafe

Alamat: 2, Lebuh Carnarvon, George Town, 10100 George Town, Pulau Pinang

Waktu operasi: Setiap hari, 12 – 11 pm

Satu lagi tempat makan romantik di Penang yang menyajikan masakan tempatan ialah Lagenda House & Cafe. Tidak dinafikan, kafe ini merupakan antara kafe yang paling terkenal di George Town.

tempat makan romantik penang
Imej via Foursquare

Selain daripada pilihan makanan yang sedap dan beraneka, dekorasi kafe ini juga cantik dan santai. Anda boleh cuba menu istimewa seperti set nasi ayam penyet. Paling menarik, hidangan sampingan mereka disajikan dalam congkak!

#4 Kota Dine & Coffee

Alamat: Fort Cornwallis, Jalan Tun Syed Sheh Barakbah, George Town, 10200 George Town, Pulau Pinang

Waktu operasi: Setiap hari, 10.30 am – 10 pm

Ingin menjamu selera bersama pasangan di kafe yang ringkas namun masih romantik? Singgah sahaja di Kota Dine & Coffee. Konsep hidangan di Kota Dine & Coffee ini memang menarik.

Imej via Foursquare

Kafe ini menggabungkan selera tempatan dan Barat, sama seperti slogannya ‘when Franics Meets Rempah’. Cara hidangan menu di sini memang cantik, jangan lupa cuba nasi lemak dan creme brulee mereka!

#5 Halab Penang

Alamat: 381, Chulia St, Georgetown, 10200 George Town, Penang

Waktu operasi: Setiap hari, 10.30 am – 11 pm

Terletak di Jalan Chulia, Halab Penang merupakan restoran makanan Syria yang wajib anda serbu persama pasangan anda. Selain daripada menyajikan makanan rab yang asli dan enak, restoran ini juga santai dan selesa.

tempat makan romantik penang
Imej via Foursquare

Antara menu yang boleh anda pesan di sini ialah shawarma, hummus dan roti pita, nasi Arab dan krep. Saiz hidangan juga besar, jadi kekenyangan pasti dijamin. Memang puas hati!

#6 Nona Bali

Alamat: No 25 Lebuh Sungai Pinang, 5, Karpal Singh Dr, 11600 George Town

Waktu operasi: Setiap hari, 11:30 am – 2 pm, 6 – 10 pm

Selalu menikmati makanan Barat dan tempatan sahaja? Ingin mencuba selera baru? Singgah sahaja di restoran nona Bali untuk menikmati hidangan Bali yang asli dan sedap. Tak perlu jauh-jauh ke Bali, di Penang pun ada!

Imej via Foursquare

Restoran ini menyajikan pelbagai jenis hidangan. Anda boleh cuba Sate Lilit, Kukus Injin dan Bebek Mentunu. Restoran ini juga cantik dan bersih, sesuai buat anda yang ingin menjamu selera dalam suasana yang penuh romantis.

#7 Harvest In Café

Alamat: 10, Jalan Irrawaddy, George Town, 10050 George Town, Pulau Pinang

Waktu operasi: Setiap hari, 11 am – 3 pm, 6 – 10 pm

Harvest In Café merupakan kafe comel yang agak popular di George Town. Terletak di Jalan Irrawaddy, kafe serba putih ini memang cantik dan romantis. Kafenya juga bersih.

tempat makan romantik penang
Imej via Foursquare

Pilihan menu di sini juga berbagai. Anda boleh cuba Honey Oat Chicken dn Bombay Chicken – dua menu yang terlaris di sini. Selain itu, sup cendawan mereka juga mendapat sambutan yang hangat pasti anda dan pasangan akan turut menggemarinya.

#8 Ferringhi Coffee Garden

Alamat: Kampung Batu Feringgi, 11050 Batu Ferringhi, Penang

Waktu operasi: Setiap hari, 7.30 am – 10 pm

“Suasana yang baik dan minuman yang enak” – salah satu ulasan yang ditinggalkan oleh pengunjung Ferringhi Coffee Garden. Jelas menunjukkan yang kafe ini memang menjadi tumpuan ramai di George Town.

Imej via Foursquare

Kafe ini dikelilingi dengan pokok-pokok bunga yang cantik, memang best dan menenangkan jiwa. Menu yang disajikan ialah hidangan Barat. Anda wajib cuba roti dan kopi mereka yang berbagai pilihan.

#9 Uncle Zack by the Beach

Alamat: Jalan Batu Ferringhi, 11100 Batu Ferringhi, Pulau Pinang

Ingin menjamu selera di tempat makan romantik sambil menghayati pemdangan tepi pantai yang cantik? Apa kata anda singgah di restorn Uncle Zack by the Beach ini?

Imej via Foursquare

Terletak di PARKROYAL Penang Resort, anda boleh menikmati pilihan makann laut yang berbagai dan segar-segar di sini. Konsepnya juga secara outdoor, jadi anda dapat menikmati makan malam romantik sambil menikmati bayu laut yang sejuk.

#10 The Mugshot Cafe

Alamat: 302, Chulia St, Georgetown, 10200 George Town, Penang

Waktu operasi: Setiap hari, 8 am – 12 am

Ini merupakan antara kafe hipster yang juga sesuai dijadikan port tempat makan romantik di Pulau Pinang – The Mugshot Cafe. Terletak di Jalan Chulia, kafe ini menyajikan makanan Barat.

Imej via Foursquare

Antara pilihan makanan dan minuman di sini termasuklah bagel, yogurt, kopi dan teh, Anda boleh cuba Egg & Cheese Bagels, Salmon Bagels and dan Greek Yogurt!

Kesimpulan

Sudah jumpa tempat makan romantik di Penang yang ingin anda serbu? Tempat makan yang kami senaraikan ini memang berbagai, jadi singgah sahaja di mana-mana yang anda berkenan.

Jangan berlengah lagi, lekaslah serbu jika berpeluang ke sini. Jika ada cadangan atau tambahan lain, komen sahaja di bawah. Selamat menjamu selera!

Artikel Menarik Lain

Penulis: Nurul Hani

Nurul Hani

Merupakan seorang pelajar di salah satu universiti tempatan dan berminat untuk berkongsikan tempat makan menarik di Malaysia.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.