Mencari tempat makan pasta di KL?

KL memang kaya dengan pelbagai tarikan dan ini termasuklah dengan tempat makan. Dari makanan berat ke pencuci mulut, semuanya ada. Tidak hairanlah ianya sentiasa menjadi tumpuan untuk food hunting.

Masih tercari-cari tempat makan pasta di KL yang boleh anda cuba? Berikut kami senaraikan 11 tempat makan pasta di KL untuk anda kunjungi. Teruskan membaca!

#1 POKOK KL

Alamat: MAHSA Avenue (Jalan Universiti Campus), Block B, Level 1 Jalan Ilmu, off, Jln Profesor Diraja Ungku Aziz, 59100 Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Setiap hari, 10 am – 9 pm

POKOK KL – nama kafe moden yang pasti sudah tidak asing lagi bagi mereka yang gemar food hunting. Selain daripada interior rumah kaca yang cukup cantik, kafe ini menyediakan pilihan makanan yang berbagai. Antara jenis hidangan yang wajib anda nikmati ialah pasta mereka.

pokok kl
Imej via Instagram

Untuk pasta, cuba sahaja Chili Padi Pesto Pasta. Ditaburkan dengan keju di atasnya, pasta ini mempunyai rasa yang sedikit pedas. Sos pestonya juga cukup lazat, memang menyempurnakan keseluruhan hidangannya. Bagi yang mahukan versi kurang pedas, anda juga boleh memesan jenis ini sendiri.

#2 Positano Risto @ Publika

Alamat: Block C1, Lot 2, Level G3, Publika Shopping Gallery, No. 1, Jln Dutamas 1, Solaris Dutamas, 50480 Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Setiap hari, 11 am – 10 pm

Di Publika, Positano Risto adalah antara restoran yang cukup terkenal. Restoran ini menyediakan sajian Itali asli yang berkualiti tinggi. Semestinya pasta juga boleh didapati di sini, dan didatangkan dalam pelbagai pilihan.

ravioli positano risto
Imej via Foursquare

Anda boleh cuba Ricotta & Spinach Ravioli, Squid Ink Pasta dan Soft Shell Crab Linguine. Pasta yang digunakan juga cukup berkualiti dan hidangannya memang kaya dengan rasa. Saiz hidangan juga besar, jadi semestinya ia menjanjikan kekenyangan.

#3 Jama KL

Alamat: J-0G-13 No, LOT, 2, Jalan Solaris, Solaris, Mont Kiara, 50480 Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Setiap hari, 10 am – 2 am

Jama KL ini sangat terkenal bukan sahaja sekitar KL, malah ianya juga pernah tular di media sosial. Restoran yang terletak di Solaris Mont Kiara ini menyediakan pasta buatan sendiri, memang wajib dicuba oleh pencinta pasta.

jama tempat makan pasta kl
Imej via Instagram

Pesto Pasta dan Cured Duck Yolk Carbonara merupakan antara menu terlaris di sini. Untuk Pesto Pasta, ianya mempunyai rasa kacang dan memang berkrim, manakala Carbonara pula dibuat persis resepi aslinya. Bukan sahaja kaya dengan rasa, malah mengenyangkan.

#4 La Risata Bar Pizzeria Ristorante (Damansara)

Alamat: 128, Jalan Kasah, Medan Damansara, 50490 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Setia hari, 11 am – 3 pm, 6 – 11 pm

Mula beroperasi sejak lebih 20 tahun yang lalu, La Risata ialah salah satu restoran terkenal yang menyajikan anda masakan Itali yang lazat dan asli. Sebut sahaja makanan Itali, semestinya pelbagai jenis pilihan pasta ada disediakan di sini.

la risata damansara tempat makan pasta kl
Imej via Foursquare

Pasta yang paling terkenal di sini ialah Spaghetti Ala Risata. Ianya merupakan sejenis pasta yang disediakan bersama sos tomato dan pilihan makanan laut seperti udang dan lala. Rasa masam, pedas dan masin yang cukup seimbang membuatkan ramai ketagih dengannya, rugi jika tak cuba.

#5 BLONDE KL

Alamat: G.03A, Republik, Jalan Medan Setia 1, Bukit Damansara, 50490 Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Ahad – Khamis 10:30 am – 9:30 pm, Jumaat & Sabtu 10:30 am –10 pm

BLONDE KL merupakan antara kafe moden di KL yang cukup terkenal dengan hidangan Barat, terutamanya pasta. Jenis pasta yang boleh didapati di sini juga berbagai, dan ada satu menu yang buat ramai ketagih. Agak-agak menu yang mana yang mencuri tumpuan ramai ini?

squid ink pasta blonde kl
Imej via Foursquare

Semestinya Squid Ink Pasta! Aroma yang harum, berherba serta rasa makanan laut yang cukup melazatkan merupakan antara faktor menu ini mencuri tumpuan ramai. Selain itu, pasta lain seperti Roast Duck Spaghetti dan Pesto Pasta juga wajib anda cuba.

#6 Miss Ellie Tea House

Alamat: 7, Jalan H 3, Taman Melawati, 53100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Selasa – Sabtu, 12 – 9:30 pm

Pasta juga enak dinikmati untuk minum petang, tambahan pula jika anda mahu menjamahnya sambil bersantai bersama keluarga atau rakan-rakan. Untuk tujuan itu, singgah sahaja di Miss Ellie Tea House yang terletak di Taman Melawati.

miss ellie's tea house tempat makan pasta kl
Imej via Foursquare

Pesto Pasta, Bolognese Pasta dan Aglio Olio merupakan antara menu pasta yang dijamin lazat dan mendapat pujian ramai. Bukan sahaja enak-enak, malah saiz hidangan juga besar. Semestinya anda akan meninggalkan tea house ini dengan rasa puas hati.

#7 Portofino Italian Restaurant Bangsar South, The Sphere

Alamat: Bangsar South, 59200 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Setiap hari, 10 am – 11 pm

Satu lagi restoran yang menyediakan sajian Itali asli ialah Portofino Italian yang terletak di Bangsar South. Rata-rata pelanggan yang singgah di sini memuji keaslian makanan Itali yang dihidangkan, di samping kepelbagaian menunya.

portofino tempat makan pasta kl
Imej via Foursquare

Antara pasta yang wajib anda pesan ialah Carbonara yang menggunakan pasta jenis tortelini. Rasanya berkrim dan sedikit masin, pasti kena dengan citarasa ramai. Pasta lain seperti Squid Ink Pasta juga tidak kurang hebatnya, jangan lupa untuk cuba!

#8 Rebel Pasta @ 163 Mont Kiara

Alamat: 1F-10&11, 163 Retail Park, 8, Jalan Kiara, Mont Kiara, 50480 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Ahad – Khamis 11 am – 10 pm, Jumaat & Sabtu 11 am –10:30 pm

Satu lagi tempat makan pasta di KL yang wajib anda kunjungi ialah Rebel Pasta yang terletak di 163 Mont Kiara. Keistimewaan utama restoran ini ialah pasta di sini adalah buatan sendiri, jadi kualiti pasta di sini sangat terjamin.

rebel pasta
Imej via Foursquare

Pilihan pasta juga cukup beraneka, pasti akan buat anda rambang mata. Tomyam Pasta, Matcha-Made in Atlantic dan Carbonara Fetuccine merupakan antara pilihan menu yang menjadi rebutan ramai. Pasta di sini dimasak secara al dente, jadi teksturnya tidak terlalu lembik atau kenyal.

#9 Strato at Troika Sky Dining

Alamat:  Level 23A Tower B, The Troika, 19, Persiaran KLCC, 50450 Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Setiap hari, 5 pm – 12 am

Troika Sky Dining sudah tidak asing lagi bagi penggemar hidangan jenis fine dining. Bukan sahaja menyediakan hidangan berkualiti tinggi, malah pemandangan kota dari restoran ini juga sangat cantik. Di Strato, jenis hidangan yang pasti akan menambat selera anda ialah pasta.

strato troika
Imej via Foursquare

Wagyu Beef Cheek Tortellini adalah pasta yang wajib anda pesan jika singgah ke sini. Kaya dengan rasa, kelembutan daging yang berkualiti tinggi serta persembahan hidangan yang cantik, tidak hairanlah hidangan ini menjadi kegemaran ramai.

#10 The Humble Food Company Desa Pandan

Alamat: 12-G, 12-G, Jalan 4/76c, Desa Pandan, 55100 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Setiap hari, 11 am – 10 pm

The Humble Food Company mempunyai pelbagai cawangan di sekitar KL dan Selangor. Antara cawangannya di KL ialah di Desa Pandan. Restoran ini menyajikan hidangan Barat dan pasta merupakan antara jenis hidangan yang cukup terkenal di sini.

the humble food company tempat makan pasta kl
Imej via Instagram

Anda boleh cuba pasta pelbagai rasa seperti Kam Heong Pasta, Aglio Olio, Chicken Tikka Pasta, Bolognese Pasta dan Creamy Pesto. Harganya juga sangat berpatutan, sekitar RM 15 – RM 25 sahaja. Memang berbaloi dengan saiz hidangannya yang besar.

#11 DV Ristorante Pizzeria

Alamat:  77, Jln Setia Bakti, Bukit Damansara, 50490 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Setiap hari, 11:30 am – 2:30 pm, 5:30 –10:30 pm

Melihat namanya sahaja pasti anda boleh teka yang DV Ristorante Pizzeria ini merupakan restoran Itali. Restoran yang terletak di Bukit Damansara ini menyediakan sajian Itali asli dan berbagai jenis, termasuklah pasta.

dv ristorante pizzeria kl
Imej via Foursquare

Pasta yang boleh anda pesan ialah Gnocchi al Gorgonzola, Smoked Duck Fetuccine dan Spaghetti allo Scoglio. Rasanya yang seimbang, tekstur yang cukup berkrim, aroma yang harum serta pasta yang cukup berkualiti merupakan antara tarikan istimewa hidangan pasta di sini.

Kesimpulan

Sudah jumpa tempat makan pasta di KL yang ingin anda serbu? Tempat makan yang kami senaraikan ini memang berbagai, jadi singgah sahaja di mana-mana yang anda berkenan.

Jangan berlengah lagi, lekaslah serbu jika berpeluang ke sini. Jika ada cadangan atau tambahan lain, komen sahaja di bawah. Selamat menjamu selera!

Artikel Menarik Lain

Penulis: Nurul Hani

Berminat untuk berkongsikan tempat makan menarik berbagai genre di seluruh Malaysia.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.