Mencari tempat dating di KL?

KL memang kaya dengan pelbagai jenis tempat makan. Dari masakan kampung, makanan Barat, fine dining, pencuci mulut, semuanya ada. Tidak keterlaluan jika kami katakan yang ianya memang syurga makanan!

Masih tercari-cari tempat dating yang sesuai untuk anda dan pasangan? Berikut kami senaraikan 12 tempat dating di KL untuk anda lawati. Teruskan membaca!

#1 Lisette’s Café & Bakery @ Bangsar

Alamat: No. 8, Jalan Kemuja, Bangsar, 59000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Setiap hari, 8 am – 10 pm

Kafe yang terletak di Bangsar ini menyediakan pelbagai jenis pastri, kek dan kopi yang dibru segar. Konsep dekor kafe juga memang romantis dan santai, sesuai bagi mereka yang mahu berdating.

lisette - tempat dating kl
Imej via Foursquare

Untuk kek dan pastri, anda boleh memesan Gula Melaka Cake, Pandan Sponge Cake, croissants dan Burnt Cheesecake. Untuk sarapan, kafe ini juga turut menyediakan buffet sarapan yang cukup berbaloi.

#2 Nobu Kuala Lumpur

Alamat: L4A-05, Level 4A Shoppes at Four Seasons Place Kuala Lumpur No, 145, Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Isnin – Jumaat (11:45 am – 2 pm, 6 – 10:30 pm), Sabtu – Ahad (1 – 4 pm, 6 – 10:30 pm)

Ingin menikmati sajian Jepun yang bukan sahaja asli malah ala fine dining? Jika anda berada sekitar KL, inilah restoran romantik yang wajib anda singgah – Nobu Kuala Lumpur.

nobu - temp
Imej via Foursquare

Setiap hidangan yang disajikan ada berbagai jenis untuk makan tengah hari, minum petang dan makan malam. Sebelum anda singgah ke restoran ini, anda perlu membuat tempahan terlebih dahulu. Yang penting, servis serta hidangan yang disajikan di sini memang mendapat pujian.

#3 Tamarind Springs

Alamat: Jalan 1, Taman Tun Abdul Razak, 68000 Ampang, Selangor

Waktu Operasi: Selasa – Khamis (6 -10 pm), Jumaat – Sabtu (6 – 11 pm) dan Ahad (11:30 am – 3:30 pm, 6 – 11 pm)

Menikmati hidangan Indochina sambil berdating di restoran yang cukup romantis suasananya adalah satu idea dating yang cukup menarik. Untuk itu, singgah sahaja di Tamarind Springs jika anda berada sekitar Ampang.

tamarind springs - tempat dating kl
Imej via Foursquare

Cambodian-style deep fried shrimp cakes dan crispy Soft-Shell crabs in Tamarind Springs Spicy sauce merupakan antara hidangan jenis fine dining yang mendapat sambutan. Sosnya juga memang secukup rasa dan menggandakan kelazatannya!

#4 Kenny Hills Bakers, Ampang

Alamat: 241-B Lorong Nibong, Off, Jalan Ampang, 50450 Wilayah Persekutuan, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Setiap hari, 8 am – 6 pm

Kenny Hills Bakers – nama bakeri yang pasti sudah tidak asing lagi bagi pencinta roti dan pastri. Bakeri ini juga sesuai disinggah bagi sesiapa yang ingin berdating kerana konsep bakeri ini memang cukup santai dan selesa.

kenny hills bakers
Imej via Foursquare

Antara sajian yang wajib anda pesan ialah Peach Strudel. Ianya merupakan sejenis pastri yang disajikan dengan krim pemutar dan buah peach. Rasanya manis berkrim dan kulit pastrinya sendiri memang gebu.

#5 Three Years Old

Alamat: 1, Jalan Sin Chew Kee, Bukit Bintang, 50150 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Setiap hari, 9.30 am – 6.30 pm

Sukakan kafe yang minimalis? Kafe sebegini juga sesuai dikunjungi jika anda ingin meluangkan masa bersama pasangan kerana konsep dekorasinya memang cukup nyaman, sesuai untuk tujuan bersantai.

three years old
Imej via Instagram

Hidangan di sini berasaskan selera Barat. Pastri dan hidangan set merupakan antara tarikan utama di sini. Anda wajib cuba hidangan seperti set Happy Meal, Matcha Tart dan Almond Croissant, memang menggamit selera!

#6 Cantaloupe at Troika Sky Dining

Alamat: 53, Jalan Sultan, City Centre, 50000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Setiap hari, 10 am – 9 pm

Satu lagi tempat dating di KL yang wajib anda singgah ialah restoran Cantaloupe at Troika Sky Dining. Tambahan pula jika anda ingin menikmati hidangan di restoran berkonsepkan sky dining, restoran ini memang sesuai untuk tujuan tersebut.

cantaloupe
Imej via Instagram

Antara hidangan yang mendapat pujian ramai ialah udang galah dan kambing. Saiz hidangannya sederhana namun kekenyangan tetap terjamin. Servis yang ditawarkan juga sangat cemerlang, tidak hairanlah restoran ini menerima ulasan yang kebanyakannya positif.

#7 Burrow BSC

Alamat: LOT GK12, Ground Floor, Bangsar Shopping Centre, 59000 Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Selasa – Ahad, 8 am – 7 pm

Berada sekitar Bangsar? Sambil membeli-belah di BSC, singgah sahaja di kafe Burrow. Kafe ini menyediakan hidangan pastri yang tular akhir-akhir ini iaitu canelé. Ia juga merupakan hidangan yang menjadi rebutan ramai di kafe ini.

burrow bsc
Imej via Foursquare

Kelembutan dan kemanisan canelé di Burrow ini pasti akan buat anda ketagih dengannya. Jangan lupa untuk mencuba Biscoff Latte mereka, memang manis berkrim. Konsep interior kafe yang minimalis juga menjanjikan keselesaan buat sesiapa yang ingin berdating.

#8 Fuego at Troika Sky Dining

Alamat: Level 23A Tower B, The Troika, 19, Persiaran KLCC, Kuala Lumpur, 50450 Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Setiap hari, 5 pm – 12 am

Restoran Fuego at Troika Sky Dining ini juga antara restoran konsep sky dining yang sesuai disinggah untuk sesiapa yang ingin berdating atau merasai pengalaman makan malam yang romantis. Hidangan di sini berasaskan sajian fine dining.

fuego tempat dating kl
Imej via Foursquare

Ceviche, guacamole with chips dan churros merupakan antara hidangan yang namanya disebut-sebut. Pemandangan matahari terbenam yang boleh dilihat dari restoran ini juga memang cukup cantik dan nyaman.

#9 Skillet KL

Alamat: Unit 1, Lot 163, Retail, No. 10, Jalan Perak, Kuala Lumpur, 50450 Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Selasa – Ahad, 12 – 3 pm, 6 – 10 pm

Hidangan fine dining berasaskan selera Eropah merupakan hidangan utama yang disediakan di restoran Skillet KL ini. Nama pun fine dining, semestinya bahan-bahan yang digunakan merupakan bahan premium.

skillet kl tempat dating kl
Imej via Foursquare

Anda boleh cuba hidangan 5 course meal yang menyajikan dada itik dan kambing yang cukup juicy dan cantik persembahan hidangannya. Interior restoran yang moden juga membuatkan ia sesuai dijadikan tempat berdating.

#10 PRIME , Le Méridien Kuala Lumpur

Alamat: 2, Jalan Stesen Sentral, Kuala Lumpur Sentral, 50470 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Setiap hari, 6 – 10 pm

Ingin meluangkan masa bersama pasangan di steak house yang menyajikan stik yang premium? Untuk itu, singgah sahaja di restoran PRIME yang terletak di hotel bertaraf 5 bintang ini –  Le Méridien Kuala Lumpur.

prime
Imej via Foursquare

Ribeye Steak, Wagyu Beef Steak, Master Kobe Steak dan Sirloin Steak merupakan antara stik yang menjadi rebutan. Daging yang cukup lembut dan dimasak dengan sempurna serta saiz hidangan yang besar merupakan antara tarikan istimewa hidangan di sini.

#11 Cielo KL

Alamat:  23-01, 1D, Vida, 1D, Jalan Ceylon, Bukit Ceylon, 50200 Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Setiap hari, 6 pm – 12 am

Menyambut hari jadi di restoran konsep sky dining – satu pengalaman yang pasti akan buat pasangan anda terharu. Untuk tujuan ini, singgah sahaja di Cielo KL yang menyediakan hidangan fine dining yang kena dengan citarasa ramai.

cielo kl
Imej via Foursquare

Dari makanan berat hingga ke pencuci mulut, semuanya bukan sahaja menggunakan bahan-bahan yang segar dan berkualiti, malah persembahan hidangan juga turut dipuji-puji. Anda juga boleh membuat pesanan istimewa jika ingin menyambut hari jadi, sangat menarik dan romantis!

#12 Kafe Kleptokrat

Alamat: 18, Jalan Tun H S Lee, City Centre, 50100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Isnin – Jumaat (10 am – 9 pm), Sabtu – Ahad (8 am – 10 pm)

Tidak dinafikan, kafe hipster sememangnya merupakan tempat yang sesuai untuk sesiapa yang ingin berdating bersama pasangan. Untuk itu, singgah sahaja di Kafe Kleptokrat yang tular pada tahun ini.

kafe kleptokrat tempat dating kl
Imej via Foursquare

Kafe ini mula mendapat perhatian disebabkan oleh interior yang unik dan vintaj. Hidangan selera Asia merupakan jenis sajian yang disediakan. Menu seperti lontong, nasi lemak, bubur, spaghetti dan pencuci mulut ada disajikan di sini.

Kesimpulan

Sudah jumpa tempat dating di KL yang ingin anda serbu? Tempat makan yang kami senaraikan ini memang berbagai, jadi singgah sahaja di mana-mana yang anda berkenan.

Jangan berlengah lagi, lekaslah serbu jika berpeluang ke sini. Jika ada cadangan atau tambahan lain, komen sahaja di bawah. Selamat menjamu selera!

Artikel Menarik Lain

Penulis: Nurul Hani

Merupakan seorang pelajar di salah satu universiti tempatan dan berminat untuk berkongsikan tempat makan menarik di Malaysia.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.