Mencari restoran fine dining di KL?

KL memang kaya dengan pelbagai tarikan dan ini termasuklah dengan tempat makan yang berbagai selera. Dari street food ke hidangan fine dining, semuanya ada.

Masih tercari-cari restoran fine dining yang menarik? Berikut kami senaraikan 10 restoran fine dining di KL untuk anda. Teruskan membaca!

#1 THIRTY8 Restaurant

Alamat: Grand Hyatt Kuala Lumpur, 12, Jalan Pinang, Kuala Lumpur, 50450 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Setiap hari, 7 am – 11 pm

Terletak di Hotel Grand Hyatt Kuala Lumpur, THIRTY8 ini dinamakan sempena lokasinya yang terletak di tingkat 38. Hidangan yang disajikan berasaskan sajian Barat, Jepun dan Cina. Panorama yang cantik serta kualiti dan persembahan hidangan yang disajikan membuatkan restoran ini begitu terkenal.

thirty8 restoran fine dining kl
Imej via Foursquare

Pakej yang boleh didapati termasuklah set 5-course set menu yang mempunyai hidangan seperti Wagyu beef bolognese linguine, clam chowder, roasted cod fish dan pencuci mulut seperti kek keju Macadamia. Lebih menarik, kejutan hari jadi juga boleh dibuat di sini.

#2 Subak Restaurant

Alamat: Lot 3213, Jalan Penchala Indah, Bukit Lanjan, 60000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Setiap hari, 5.45 – 11 pm

Mahu singgah di restoran fine dining di KL di atas bukit? Ianya merupakan satu idea makan malam yang cukup romantis, pasti pasangan anda akan suka. Untuk itu, singgah sahaja di Restoran Subak yang terletak di Jalan Penchala Indah, KL.

subak restoran fine dining kl
Imej via Foursquare

Jenis hidangan yang disajikan ialah hidangan selera Barat dan Asia. Anda juga boleh mengadakan candelight dinner di sini, sangat romantis! Rata-rata pelanggan memuji servis yang mereka tawarkan serta persekitaran restoran yang cukup cantik, sesuai bagi mereka yang suka bergambar.

#3 Positano Risto @ Publika

Alamat: Block C1, Lot 2, Level G3, Publika Shopping Gallery, No. 1, Jln Dutamas 1, Solaris Dutamas, 50480 Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Setiap hari, 11 am – 10 pm

Ingin menikmati makanan Itali? Dari nama restoran ini sahaja anda boleh meneka yang Positano Risto ada menyediakan sajian tersebut. Terletak di Publika, ianya juga tempat makan fine dining tanpa alkohol yang sangat popular sekitar sini.

positano risto restoran fine dining kl
Imej via Foursquare

Piza di sini mendapat pujian yang tidak putus-putus. Piza mereka merupakan jenis thin crust, ala piza Roman. Kerangupan kerak piza, kaya dengan topping, ianya sememangnya hidangan yang mengenyangkan dan lazat. Anda boleh cuba piza Super Supreme Calzone yang terbaik di sini.

Jenis hidangan lain seperti pasta dan pencuci mulut juga turut disediakan. Bukan sahaja enak, malah persembahan hidangan juga cukup cantik.

#4 Nobu Kuala Lumpur

Alamat: L4A-05, Level 4A Shoppes at Four Seasons Place Kuala Lumpur No, 145, Jln Ampang, 50450 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Setiap hari, Jumaat – Rabu (12 – 2 pm, 6 – 10:30 pm), Khamis (12 –2 pm, 6 pm–10:30 am)

Tercari-cari restoran fine dining di KL yang menyediakan makanan Jepun? Singgah sahaja di restoran Nobu Kuala Lumpur. Bagi penggemar hidangan fine dining, nama restoran ini pasti tidak asing lagi bagi anda, bukan?

restoran fine dining kl nobu
Imej via Foursquare

Sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam restoran, anda pasti akan terpegun dengan dekorasi moden yang memang elegan. Antara hidangan yang boleh dicuba ialah Nobu Style Omakase, hidangan jenis 6-course yang menyajikan hidangan seperti sushi pilihan chef, pencuci mulut, tenderloin dan miso ikan kod.

#5 Rama V

Alamat: 5, Jalan U Thant, Kelab Golf di Raja Selangor, 55000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Setiap hari, 12 – 3 pm, 5.30 – 10 pm

Makanan Thai memang sebati dengan jiwa kita. Semestinya ramai pembaca di sini menggemari makanan Thai, bukan? Bagi yang ingin mencuba hidangan fine dining berasaskan sajian Thai asli, singgah sahaja di restoran Rama V. Suasana yang romantis memang sesuai bagi mereka yang ingin singgah bersama pasangan atau keluarga.

restoran fine dining kl rama v
Imej via Foursquare

Ada pelbagai jenis set berlainan harga yang disediakan. Red Tom Yum Kai, Stemed Whole Seabass dan Green Curry Chicken merupakan antara menu yang boleh dicuba. Pencuci mulut yang dipilih oleh chef juga turut dibanjiri pujian. Selain itu, servis yang cukup baik yang ditawarkan restoran ini juga merupakan satu bonus buat pelanggan.

#6 PRIME , Le Méridien Kuala Lumpur

Alamat: 2, Jalan Stesen Sentral, Kuala Lumpur Sentral, 50470 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Isnin – Jumaat (12 – 3 pm, 6 – 10 pm), Sabtu – Ahad (6 – 10 pm)

Mahu menikmati stik sambil menikmati pemandangan KLCC? Singgah sahaja di steakhouse PRIME yang terletak di hotel Le Méridien Kuala Lumpur.

prime kl le meridien
Imej via Foursquare

Untuk hidangan Starter anda boleh cuba Seared Hokkaido Scallops, antara hidangan yang paling laris di sini. Untuk stik, tenderloin, rib-eye dan sirloin merupakan antara yang disediakan. Jenis daging memang dijamin berkualiti. Anda juga boleh memilih cara masakan sendiri sama ada rare, medium rare, medium, medium well dan well done.

#7 Cantaloupe at Troika Sky Dining

Alamat: Level 23A Tower B, The Troika, 19, Persiaran KLCC, 50450 Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Setiap hari, 6 – 11.30 pm

Restoran Cantaloupe at Troika Sky Dining ini sememangnya merupakan antara restoran yang paling popular di kalangan penggemar fine dining. Bukan sahaja menjanjikan pemandangan kota yang cantik, malah hidangan yang disediakan juga memang terbaik kualitinya.

cantaloupe sky dining kl
Imej via Foursquare

Sajian Perancis merupakan jenis hidangan yang disediakan. Hidangan jenis 5-course di sini menyediakan Foie Gras Torchon, Beef Rossini, Pear Charlotte atau Artichoke Soup. Hidangan penuh berkelas dan lazat, tidak hairanlah restoran ini menerima ulasan positif yang tidak putus-putus.

#8 Marble 8 Steak House & Fine Dining Restaurant in KL

Alamat: Level 56, Menara 3 Petronas, Persiaran KLCC, Kuala Lumpur City Centre, 50088 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Isnin – Khamis (6 pm – 12 am), Jumaat – Ahad (12 – 3 pm, 6 pm – 12 am)

Satu lagi steakhouse yang turut menyediakan hidangan fine dining di KL ialah Marble 8 Steak House. Restoran yang terletak di KLCC ini terletak di tingkat 56, jadi semestinya pemandangan dari restoran ini cukup cantik. Bagi yang suka bergambar, inilah restoran yang sesuai untuk anda singgah.

marble 8 kl
Imej via Foursquare

Daging berkualiti jenis Wagyu dan Angus ada disediakan di sini. Wagyu ribeye, black angus, Japanese wagyu sirloin dan tenderloin on the bone merupakan antara stik yang wajib dicuba. Daging yang cukup berjus serta sos yang beraneka pilihan, anda pasti akan ketagih dengan stik di sini.

#9 Entier French Dining

Alamat: Level 41 at Alila Bangsar No 58, Jalan Ang Seng, Brickfields, 50470 Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Setiap hari, 12 – 4 pm, 6 – 10 pm

Entier French Dining – nama restoran Perancis yang sudah tidak asing lagi bagi penggemar makanan Perancis sekitar sini. Terletak di Alila Bangsar, restoran berkonsepkan moden ini cukup elegan dan suasananya memang santai. Sesuai disinggah bagi mereka yang datang bersama pasangan.

entier french dining
Imej via Foursquare

Jenis hidangan yang paling popular ialah jenis 3-course meal. Anda akan disajikan dengan braised lamb belly yang berjus dan lembut. Pencuci mulut seperti chocolate soufflé, strawberry eclair dan basque burnt cheesecake juga turut mencuri tumpuan ramai.

#10 Makan Kitchen at DoubleTree by Hilton Hotel

Alamat: 348, Jln Tun Razak, Kampung Datuk Keramat, 50400 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Mahu menikmati hidangan fine dining selera Asia pula? Lekaslah buat tempahan dan singgah di Makan Kitchen at DoubleTree by Hilton Hotel. Bukan sahaja hidangan selera tempatan, malah sajian Barat juga boleh didapati di restoran yang telah memenangi pelbagai anugerah ini.

makan kitchen doubletree hilton kl
Imej via Instagram

Suasana restoran ini memang cukup santai, memang sesuai disinggah oleh mereka yang datang bersama keluarga mahupun pasangan. Pilihan makanan juga cukup berbagai. Makanan berat, kuih-muih untuk sarapan, semuanya ada.

Kesimpulan

Sudah jumpa restoran fine dining di KL yang ingin anda serbu? Tempat makan yang kami senaraikan ini memang berbagai, jadi singgah sahaja di mana-mana yang anda berkenan.

Jangan berlengah lagi, lekaslah serbu jika berpeluang ke sini. Jika ada cadangan atau tambahan lain, komen sahaja di bawah. Selamat menjamu selera!

Artikel Menarik Lain

Penulis: Nurul Hani

Berminat untuk berkongsikan tempat makan menarik berbagai genre di seluruh Malaysia.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.