Bagi yang sudah terbiasa makan di kebanyakan restoran di KL, kami yakin anda pasti susah untuk mencari restoran  yang menjual makanan pada harga yang murah, bukan? Restoran yang bukan sahaja menyediakan makanan Barat yang murah, malah kualiti makanannya juga tinggi setaraf restoran yang lain? Kami tahu restoran apa yang cocok buat anda!

Restoran Eye’s Steak yang menghidangkan makanan Barat ini baharu sahaja beroperasi sekitar tahun 2018 dan ianya boleh dikatakan agak maju. Walaupun baharu sahaja dibuka, pelanggan yang menyerbu Restoran Eye’s Steak yang terletak di Pantai Dalam di KL ini cukup ramai! Mari kita lihat apa yang menarik di sini.

Rib Eye Steak @ Eye's Steak

Imej via Instagram

Rib Eye Steak, Harga dan Kualiti Terbaik

Menu Rib Eye Steak ini merupakan antara hidangan stik yang paling laku di Eye’s Steak. Daging segar yang dipanggang dengan cukup sempurna yang dihidangkan bersama potato lenyek dan salad, hidangan ini boleh bikin sesiapa sahaja yang melihatnya kecur air liur. Saiznya juga agak besar dan yang paling penting, harganya cukup murah!

chicken chop @ Eye's Steak

Imej via Foursquare

Chicken Chop, Rangup, Enak dan Sangat Murah

Kalau dah namanya makanan Barat, tidak sahlah jika Chicken Chop tidak termasuk dalam senarai! Salah satu ‘killer menu’ di Eye’s Steak ialah Chicken Chop. Seperti yang anda lihat, kuantitinya cukup banyak, bukan? Isi ayam yang digoreng rangup yang dibanjiri sos lada hitam dan dilengkapi oleh kentang goreng dan coleslaw, menu ini memang mengenyangkan. Harganya? Hanya RM5.90. Sudahlah sedap, murah pulak tu!

Mixed Chicken @ Eye's Steak

Imej via Instagram

Mixed Chicken, Gabungan Paling ‘Meletup’

Anda pernah cuba pasta yang dihidangkan bersama dada ayam panggang, daging kambing panggang dan daging lembu panggang? Jarang didengari, tapi di Eye’s Steak, hidangan tersebut memang wujud dan ianya ialah Mixed Chicken! Saiz menu ini cukup besar, dihidangkan bersama sos lada hitam dan sayur yang segar dan dijual pada harga RM15.90 sahaja, menu ini sememangnya berbaloi!

Marinara Seafood @ Eye's Steak

Imej via Foursquare

Banyak Lagi

Bagi penggemar pasta, menu-menu ini pasti akan buat anda jatuh cinta berkali-kali! Bagi yang lebih menggemari makanan laut, anda boleh mencuba Marinara Pasta. Pasta yang dihidangkan bersama udang dan lala ini dilimpahi dengan sos bolognese yang tidak terlampau masam, memang secukup rasa.

Carbonara Pasta @ Eye's Steak

Imej via Foursquare

Menu pasta seterusnya ialah Carbonara Pasta. Kami yakin pasti ramai antara anda yang menggemari menu ini, bukan? Di Eye’s Steak, menu ini juga cukup ‘panas’! Pastanya dihidangkan bersama kuah yang pekat dan berkrim namun tidak pula memuakkan. Kuantitinya juga agak banyak dan harganya semestinya murah, hanya RM9.90 sahaja!

Chicken Parmigiana @ Eye's Steak

Imej via Foursquare

Ada pencinta keju di sini? Kami ada berita baik buat anda! Menu Chicken Parmigiana ini memang sesuai buat sesiapa yang ‘gila keju’! Namanya cukup unik, inikan pula menunya. Chicken Parmigiana merupakan pasta yang dihidangkan bersama isi ayam goreng dan kentang goreng yang dilengkapi bersama kepingan keju di atasnya. Kami yakin anda pasti berpuas hati setelah mencubanya!

Banyak betul tarikan di restoran Eye’s Steak ini! Tidak hairanlah ianya begitu popular sekali walaupun baharu saja beroperasi tahun ini. Bukan sahaja kerana menunya enak-enak belaka, malah harganya juga cukup murah! Sesuai buat sesiapa yang sedang mengalami krisis ‘bajet ketat’!

Restoran Eye’s Steak terletak di di Bazaria Pantai, Pantai Dalam di Kuala Lumpur dan beroperasi setiap hari, dari jam 6 petang hingga 12 tengah malam. Jadi, buat sesiapa yang sudah berada di KL atau merancang untuk ke sana, anda digalakkan untuk memasukkan restoran Eye’s Steak di dalam senarai ‘wajib terjah’ anda ya, dijamin puas hati!

Penulis: Nurul Hani Muhamad Sabri

Nurul Hani Muhamad Sabri

Merupakan seorang pelajar di salah satu universiti tempatan dan berminat untuk berkongsikan tempat makan menarik di Malaysia.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.