Hujung minggu kembali tiba, pastinya anda sudah membuat perancangan untuk meluangkan masa bersama insan tersayang. Jika anda tiada sebarang perancangan di hujung minggu, apa kata kali ini anda ronda – ronda sambal mencari makan yang sedap –sedap di sekitar Rembau,Negeri Sembilan ini.

Siapa kata Rembau tiada tempat makan yang best? Belum cuba cari belum tau ! Kalau anda hendak tahu, Rembau juga banyak restoran – restoran menarik yang boleh anda cuba. Pastinya berbaloi tau !

Jom kita tengok di mana boleh menjamu selera di sekitar Rembau ini.

#1. Rocai Sempoi

Bagi penduduk sekitar Rembau, restoran Rocai Sempoi bukanlah nama asing, malah antara restoran yang begitu popular di sini. Rocai Sempoi, nama diberi ini menyajikan pelbagai hidangan western, makanan tempatan serta hidangan seafood.

Lamb Chop Rocai

Imej via facebook

Dekorasi ruang makan restoran ini ringkas namun selesa buat para pengunjung menikmati hidangan bersama keluarga tersayang. Harga makanan di sini pula adalah berpatutan dan saiz hidangan juga agak besar, pastinya memenuhi ruang perut anda yang lapar.

Brownies Ice Cream

Imej via facebook

Terdapat chicken chop, lamb chop, pancake aiskrim, roti bakar dan banyak lagi. Mesti anda kecur liur tatkala melihat menu yang tertera. Setelah selesai hidangan utama, rasai pula menu pencuci mulut sebagai menu terakhir.

Alamat : Lot 1012 Jalan Terentang, 71300 Rembau, Negeri Sembilan

Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 6.00 petang hingga 12.00 pagi setiap hari

#2. Desa Cafe Y

Satu lagi café yang menyajikan makanan western di sekitar Rembau ini dikenali dengan nama Desa Café Y. Walau pun ianya standard café, namun harganya pula standard warung sahaja. Kualiti makanan tetap diijaga biarpun harganya murah.

Burger Desa Cafe Y

Imej via facebook

Menu paling popular di sini sudah tentulah chicken chop  dan juga lamb chop. Perapan yang digunakan begitu terasa enaknya. Sehingga kan anda tidak sedar hidangan telah pun habis kerana begitu menikmati hidangan ini.

Nasi Pattaya Desa Cafe Y

Imej via facebook

Selain hidangan western anda juga boleh mencuba makanan panas lain seperti nasi goreng dan sebagainya.

Alamat : Taman Desa Permai Kundur, 71300 Rembau, Negeri Sembilan

Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 4.00 petang hingga 12.00 tengah malam setiap hari

#3. Salmi Corner

Kedai Salmi Corner ini terletak di Medan Selera Chembong iaitu kira – kira 18km sahaja dari tol Senawang menghala ke Rembau / Tampin. Biarpun kedai makan ini tampak biasa, namun ia menyajikan makanan western yang begitu menarik dan superb.

Lamb Chop Salmi

Imej via facebook

Pastikan anda mencuba lamb chop dan chicken chop nya yang bersaiz besar. Harga pula sangatlah bajet sehinggakan anda tidak percaya dengan harganya. Bukan makanan western sahaja, namun masakan panas ala Thai juga disajikan di sini.

Tomyam Salmi

Imej via facebook

Jika datang pada waktu petang, anda boleh mencuba kuih udang serta keropok lekornya yang sedap sebagai hidangan minum petang.

Sudahlah sedap, murah pula harga yang ditawarkan. Tunggu apa lagi agaknya, jomlah ke Salmi Corner.

Alamat : Medan Selera Chembong

Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 7.00 pagi hingga 1.00 pagi setiap hari

#4. Kedai Makan Haizal

Kedai Makan Haizal terletak di Kg Bongek, Rembau. Ia memulakan operasinya seawal jam 6.00 pagi setiap hari dan menyediakan pelbagai menu sarapan buat para pelanggan.

Western Kedai Makan Haizal

Imej via facebook

Kedai makan ini menyajikan roti canai, roti sardin, roti telur, roti bawang, roti bakar arang, roti bakar telur goyang, nasi lemak, nasi lemak telur, nasi lemak ayam, nasi lemak chicken grill, nasi lemak lamb grill, nasi lemak sotong, sate, kebab, lamb grill, soto, mee kari, mee sup, dan bermacam lagi. Pada waktu tengahari pula, kedai makan ini turut menyediakan pelbagai menu masakan kampung untuk dinikmati.

Nasi Kedai Makan Haizal

Imej via facebook

Anda juga boleh mencuba pulut sambalnya yang enak serta lontong telur goyang yang memang menyelerakan. Bagi melegakan tekak yang kehausan, apa kata cuba pula lemon barli yang memang menyegarkan.

Alamat : Hadapan Klinik Desa Kg Bongek, 71300 Rembau

Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 6.00 petang hingga 2.00 pagi setiap hari (kecuali Isnin tutup)

#5. Mama Hailam

Restoran Mama Hailam menyediakan menu sarapan pagi, tengahari, minum petang dan juga makan malam. Ia bukan sekadar menyajikan menu mee hailam di restorannya. Namun, terdapat pelbagai jenis makanan yang boleh memenuhi selera anda.

Tomyam Mama Hailam

Imej via facebook

Anda boleh mencuba hidangan mee bandung Mama yang sedap, mee sizzling hotplate, nasi goreng ikan rebus, nasi goreng chicken chop, nasi lemak dan banyak lagi menu yang tersedia. Cekodok pisang, lempeng serta roti bakar juga enak buat pelanggan menjamu selera.

Chicken Chop Mama Hailam

Imej via facebook

Di sini juga terdapat ais krim Malaysia yang boleh dinikmati oleh pelbagai lapisan umur. Air coklat serta air buah yang dibotolkan pastinya menyegarkan hari – hari anda.

Alamat : No 3, Kawasan Perindustrian Chembong, Rembau

Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 10.00 pagi hingga 12 tengah malam setiap hari

#6. Restoran Rembau Ria @ Rembau

Restoran Rembau Ria ini terletak di dua buah lot kedai dengan kemudahan tempat meletak kenderaan di bahagian hadapan. Ia dibuka bermula dari pagi hingga ke malam, menyediakan sarapan, makan tengahari serta makan malam.

Gulai Rembau Ria

Imej via facebook

Bagi yang belum pernah merasai keenakan hidangan di sini, bolehlah datang bersarapan dengan roti canai, murtabak, kuih muih tradisional dan banyak lagi. Hidangan makan tengahari paling mendapat sambutan.

Ulam Rembau Ria

Imej via facebook

Menu yang dihidangkan semasa makan tengahari terdiri dari makanan kampung orang Nogori yang terdiri dari 20 jenis pilihan. Antara yang boleh anda rasai sendiri adalah masak lemak cili api / padi, gulai ayam / daging / ikan atau itik salai, gulai Nangka dan labu.

Pilihan sayur – sayuran seperti pucuk ubi, kacang buncis, petai, serta gulai batang pokok pisang, bunga pisang, rebung, kerdas dan banyak lagi makanan kampung yang boleh dicuba di sini. Sambal – sambal yang disediakan begitu sedap seperti sambal tempoyak, sambal belacan dan cincalok.

Alamat : Restoran Rembau Ria, 151-152 Jalan Rembau-Tampin, Rembau, 71300, Negeri Sembilan

Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 6.00 pagi hingga 5.00 petang setiap hari (tutup pada setiap hari Jumaat minggu ketiga setiap bulan)

#7. Restoran Cendol Madu

Mesti ada yang tercari – cari cendol sedap di sekitar Rembau ini. Kalau nak tahu, Restoran Cendol Madu menyediakan cendol yang begitu mengliurkan. Ia terletak bersebelahan dengan sebatang sungai. Maka, angin sepoi – sepoi Bahasa akan menemani anda sewaktu menikmati cendol di sini.

Cendol Madu Rembau

Imej via facebook

Selain cendol biasa, pelbagai jenis cendol boleh ada cuba di sini seperti cendol durian, cendol tapai, cendol aiskrim, cendol pulut, cendol kacang, cendol jagung, cendol special dan banyak lagi. Bagi anda yang ingin menikmati makanan panas, turut disediakan makanan bergoreng di sini yang terdiri dari nasi goreng, mee goreng, mee sup dan bermacam lagi.

Cendol Madu Rembau

Imej via trackpacking

Makanan ringan seperti cucur udang, tauhu goreng, tempe goreng juga pasti menggamit selera anda.

Alamat : Restoran Cendol Madu Rembau, No. 1 Gerai Kerajaan Tepi Sungai, 71300 Rembau, Negeri Sembilan

Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 10.00 pagi hingga 6.00 petang setiap hari (kecuali Isnin tutup)

#8. Restoran Sungai Rembau Ikan Bakar

Para penggemar makanan laut boleh singgah dan menjamu selera di Restoran Sungai Rembau Ikan Bakar ini. Kebanyakan menu di sini menggunakan hidupan laut segar.

Ikan Bakar Rembau

Imej via facebook

Pemilik restoran ini sangat mementingkan kualiti hidangan yang disajikan kepada para pelanggan. Anda boleh rasai sendiri kesegaran makanan laut yang tersedia di sini.

Menu – menu yang boleh dipilih pastinya enak – enak belaka. Antaranya seperti sup tulang, sup campur, sotong goreng kunyit, tomyam, bihun goreng seafood, kuetiaw Kungfu dan bermacam lagi

Sotong Rembau Ria

Imej via facebook

Restoran ini telah dibuka sejak tahun 2017 merupakan restoran yang terkenal dalam menyajikan ikan bakar di daerah Rembau. Saiz ruang makan yang besar membuatkan anda pastinya selesa menjamu selera di sini.

Alamat : Lot 1684 Terentang Mukim Batu Hampar Rembau

Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 6.00 petang hingga 12.00 tengah malam setiap hari

#9. Kafe Rojak Lipis

Kafe Rojak Lipis ini menyajikan pelbagai jenis rojak yang begitu popular. Ia bukanlah terletak di Lipis, tetapi berada di Jalan Kundur Pilin, Rembau.

Rojak Mee Lipis

Imej via facebook

Para peminat rojak boleh datang ke Kafe Rojak Lipis ini dan mencuba pelbagai jenis rojak seperti rojak kuih, rojak mee dan rojak ayam. Kuah rojaknya pula sangat sedap dan menarik sekali.

Puri Lipis

Imej via facebook

Selain itu, anda boleh juga mencuba roti puri bersama kari kambing, roti puri special, roti puri cheese atau roti kari kambing. Memang padu rasanya.

Terdapat juga menu lain seperti nasi lemak, nasi ayam taugeh, spaghetti, roti bakar telur goyang serta coconut shake. Boleh dikatakan hampir kesemua hidangan di sini menggunakan resepi turun temurun sejak tahun 1988 lagi.

Alamat : No 1, PDR Jalan Kundur Pilin, 71400 Rembau

Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 7.00 pagi hingga 6.00 petang setiap hari

#10. Cendol Pak Ya

Cendol Pak Ya telah mula beroperasi sejakt tahun 1948 lagi. Menggunakan resepi cendol yang tersendiri pastinya menambat hati ramai pelanggan.

Cendol Pak Ya

Imej via facebook

Pelbagai jenis cendol boleh didapati di sini antaranya cendol biasa, cendol kacang, cendol jagung dan cendol tapai. Cendol Pak Ya beroperasi seawal jam 6.30 pagi hingga 6.00 petang setiap hari turut menyediakan sarapan pagi, tengahari dan juga petang buat para pelanggan yang datang.

Cendol Pak Ya

Imej via facebook

Menu sarapan pagi yang begitu popular di sini adalah nasi lemak daun pisang yang memang sedap dan menyelerakan. Anda juga boleh mencuba mee kari, mee sup, nasi set bersama sup tulang dan bermacam lagi.

Harga makanan di sini pula sangat- sangat berpatutan. Malah, hidangan yang disediakan juga memenuhi selera pelanggan.

Alamat : Jalan Mahkamah, 71300 Rembau, Neger Sembilan

Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 6.30 pagi hingga 6.00 petang setiap hari

#11. Starwars Station

Kalau musim panas terik atau kering, pastinya tekak pun terasa begitu dahaga sekali. Dapat minuman yang sejuk pasti menyegarkan.

Milo Kepal Starwars

Imej via facebook

Bagi peminat ais kepal macam dulu – dulu boleh datang ke Starwars, macam – macam ais kepal ada. Yang paling best ais kepal milo, memang terbaik rasanya. Selain itu, terdapat pelbagai minuman serta ice blended di sini. Terdapat juga air detoks lemon bersama chia seed yang boleh membantu pencernaan anda.

Pizza Starwars

Imej via facebook

Bukan sahaja air sejuk yang menyegarkan dijual di sini, namun terdapat pizza panas dari oven turut boleh dinikmati. Rotinya lembut dengan keju yang penuh di atas piza pasti mengliurkan para peminat piza. Siapa yang kelaparan dan kehausan boleh singgah di sini dahulu.

Harga memang murah dan tak masuk akal. Jangan lambat, nanti takut – takut menyesal tak cuba.

Alamat : 2730, Jln Seremban – Tampin, 71300 Rembau, Negeri Sembilan

Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam

#12. Warung Acik Gobu

Inginkan hidangan ringan yang ringkas tetapi menarik ? Warung Acik Gobu ada jawapannya.

Lempeng Coklat Warung Acik

Imej via facebook

Di sini anda boleh menikmati hidangan lempeng yang pelbagai, enak sudah pasti. Terdapat lempeng biasa, lempeng kelapa, lempeng madu, lempeng coklat double, lempeng butter honey, lempeng jagung serta lempeng double + pisang. Lempeng yang terhidang sangat menarik hati.

Corndog Cheese Warung Acik

Imej via facebook

Selain lempeng, anda boleh menikmati cekodok bawang atau pisang panas – panas. Terdapat dessert lain yang boleh anda rasa seperti brownies, aiskrim jeli, pelbagai jenis kek seperti kek coklat, red velvet, macadamia, durian crepe, chicken chop, spaghetti aglio seafood dan corndog cheese.

Alamat : Kampung Seberang Batu Hampar, 71300, Rembau

Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 2.00 petang hingga 9.00 malam setiap hari

Kesimpulan

Siapa kata daerah Rembau ini tiada tempat makan yang sedap – sedap dan menarik untuk dicuba. Kalau dah sampai area Rembau, tak perlu pening kepala mencari restoran mahal – mahal untuk makan. Yang penting ada internet dan ada cik waze, masukkan sahaja nama tempat makan yang disenaraikan ini, pasti anda dapat makan dengan gembira.

Biar kedai makan simple tapi makanan yang dihidangkan begitu superb rasanya. Malah, harga makanan di kedai makan biasa ini jauh lebih murah dan berbaloi untuk dicuba. Jika anda ada masa, cubalah jejaki tempat – tempat makan yang tersenarai ini, memang best lah, gerenti puas hati punya !

Penulis: Itawrah

Itawrah

Seorang yang rajin mencari tempat makan yang viral dan menarik di Malaysia.

    Tinggalkan Komen!

    report this ad

    Langgan Info Kami

    Berkaitan

    .