Negeri Sembilan memiliki beberapa buah daerah dan salah satu daerah terbesar adalah Jempol. Ia terletak bersempadan dengan negeri Pahang dan Johor. Pusat pentadbiran ini terletak di Bandar Seri Jempol dan bandar utama Jempol adalah Bahau.

Bagi anda yang datang ke daerah Jempol dan sekitar Bahau, boleh mencuba makanan yang terdapat di lokasi terpilih ini. Ternyata hidangan di restoran – restoran ini tidak mengecewakan selera serta poket anda.

#1. Restoran Asam Pedas Mak Ros

Restoran ini terletak di hadapan Masjid Mukhriz serta berhampiran Klinik AnNur. Seperti mana nama restoran, asam pedas menjadi lauk utama di restoran ini.

Lauk @ Asam Pedas Makros

Imej via facebook

Seawal jam 7.00 pagi restoran ini telah memulakan operasinya. Menyediakan hidangan sarapan pagi yang pelbagai terdiri dari nasi lemak, kueteow goreng, nasi goreng, kuih muih dan bermacam lagi.

Asam Pedas @ Asam Pedas Makros

Imej via facebook

Paling menarik sudah tentu sewaktu hidangan tengahari kerana menunya yang begitu menyelerakan. Selain asam pedas, menu masakan orang nogori menjadi pilihan di restoran ini. Masak lemak salai, ikan bakar, ulam – ulaman, sambal belacan begitu membuka selera.

Alamat : Jalan Gemilang, Bandar Baru Serting, 72120 Bandar Seri Jempol, Negeri Sembilan
Waktu Operasi  :Dibuka mulai jam 7.00 pagi hingga 4.00 petang setiap hari

#2. Restoran D’Balik Kampung

Makan di Restoran D’Balik Kampung memang mengasyikkan. Nak tahu sebab apa? Nasi briyani yang sedap menjadi kegemaran di sini.

Nasi Beriyani @ D'Balik Kampung

Imej via wanwannabe5855

Menggunakan resepi turun temurun sejak dahulu lagi, rasa menu nasi briyani yang dihidangkan tetap kekal sama rasanya. Tiada sedikit pun rasa yang berubah menjadikan tarikan utama pelanggan yang menjamu selera.

Nasi Goreng @ D'Balik Kampung

Imej via wanwannabe5855

Pelanggan boleh memilih samada nasi briyani daging, kambing atau pun ayam. Selain itu, terdapat juga hidangan lain seperti nasi ayam kukus berempah, masak lemak cili api, masakan panas, tomyam, lontong dan banyak lagi menu yang sedap – sedap di sini.

Alamat :  224, Jalan Serting Utama 3/4, Bandar Baru Serting, 72120 Bandar Seri Jempol, Negeri Sembilan
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 7.00 pagi hingga 5.00 petang setiap hari

#3. King Western

King Western memang terkenal di sekitar Jempol ini. Ia terkenal dengan menu western yang sentiasa memukau selera para pelanggan yang datang, sehingga kan ada yang datang berkali – kali ke restoran ini.

Nasi Lemak Chicken Grill @ King Western

Imej via facebook

Begitu banyak menu yang sedap dan menarik untuk dinikmati seperti chicken chop, lamb chop, meatball, fish and chip, nasi lemak chicken chop, kueteow goreng serta otak -otak yang boleh menjadi menu sampingan.

Chicken Chop @ King Western

Imej via facebook

Anda tidak perlu risau dengan harga kerana ternyata makanan di sini selain sedap, ia juga murah dan sangat berpatutan.

Alamat : No 15 gerai MDJL, Bandar Baru Serting, 72120 Jempol, Negeri Sembilan
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 6.00 petang hingga 11.00 malam setiap hari kecuali Isnin tutup

#4. Nasi Ayam Baba Corner

Makan pagi di sini terdiri dari menu yang menarik, sedap dan pelbagai. Anda boleh mencuba hidangan seringkas lempeng bersama kuah kari, roti bakar, nasi lemak, mee bodo – bodo dan juga lontong.

Nasi Ayam @ Nasi Ayam Baba Corner

Imej via facebook

Selain itu, terdapat menu tengahari yang juga menarik seperti nasi ayam, gulai tempoyak, nasi lemak ikan masin, sup gearbox, sup urat keting, char kueteow, barisan lauk – pauk yang terdiri dari gulai lemak cili padi, kari dan bermacam lagi.

Mee Rebus Gearbox @ Nasi Ayam Baba Corner

Imej via facebook

Alamat : No,11 Rumah Kedai, PKNS, Dua Tingkat, 72120 Bandar Seri Jempol, Negeri Sembilan
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 7.00 pagi hingga 5.00 petang setiap hari kecuali Sabtu dan Ahad

#5. Kedai H4774

Kedai H4774 menyediakan pelbagai hidangan menarik dan memulakan operasinya seawal jam 5.00 petang. Bagi yang datang menjamu selera di sini, anda boleh mencuba menu roti jala bersama kuah karinya yang begitu enak.

Nasi Lemak Meatball @ Kedai H4774

Imej via facebook

Selain itu, terdapat menu menarik seperti nasi lemak chicken chop, char kueteow sotong, mee sup, bubur nasi, spaghetti, fish and chip dan banyak lagi menu yang sedap di sini.

Nasi Lemak Dinosor @ Kedai H4774

Imej via facebook

Alamat : No 4082, Taman Tunku Puan Chik, 72100 Bahau, Negeri Sembilan
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 5.00 petang hingga 12.00 tengah malam setiap hari

#6. Asam Pedas Omak

Menu asam pedas di sini memang terbaik dan mengliurkan. Anda boleh mencuba pelbagai pilihan asam pedas yang terdiri dari ikan kembung, pari, kepala jenahak, cencaru, telur ikan mayong dan tetel.

Asam Pedas Pari @ Asam Pedas Omak

Imej via facebook

Set asam pedas di Asam Pedas Omak ini dihidangkan bersama nasi putih, sayur kubis goreng dan juga telur masin. Asam pedas yang disediakan ini menggunakan resepi asam pedas Melaka yang sememangnya enak rasanya.

Ikan 3 Rasa @ Asam Pedas Omak

Imej via facebook

Selain asam pedas, terdapat juga nasi lemak berlauk serta roti canai yang boleh anda nikmati sebagai sarapan pagi. Pada sebelah malam, anda juga boleh menikmati masakan panas, ikan bakar, tomyam dan banyak lagi menu yang begitu menyelerakan.

Alamat : PT326 Jalan Masan, Taman Megah, 72100 Bahau, Negeri Sembilan
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 12.00 tengahari hingga 12.00 malam setiap hari

#7. Nasi Ayam Tok Wan

Nasi Ayam Tok Wan port legend yang menjadi kegemaran ramai, terutamanya pelanggan setia nasi ayam di sini. Menu nasi ayam di sini nampak ringkas tetapi nasinya yang lembut dan ayamnya yang enak menjadi pilihan ramai.

Nasi Kukus @ Restoran Tok Wan Nasi Ayam Bahau

Imej via facebook

Selain nasi ayam, terdapat menu tambahan lain yang boleh dipilih para pelanggan. Antaranya seperti nasi kukus, masakan panas, tomyam, menu – menu western seperti chicken chop, lamb chop dan banyak lagi.

Lamb Chop @ Restoran Tok Wan Nasi Ayam Bahau

Imej via facebook

Pada waktu tengahari selain nasi ayam menjadi pilihan, menu lain seperti lauk – pauk tempatan yang terdiri dari gulai lemak cili padi, asam pedas, kari daging, daging salai rebung, ikan bakar dan banyak lagi pilihan yang boleh anda rasai.

Anda juga boleh menikmati sarapan pagi dengan harga serendah RM 1.60 untuk satu set roti canai bersama teh o atau kopi o.

Alamat : Lot G3 & G3A Ground Floor Kiara Square Shopping Centre, 72100 Bahau, Negeri Sembilan
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 7.00 pagi hingga 12.00 tengah malam setiap hari

#8. Restoran Nasi Ayam Gemas 

Lebih 10 tahun yang lepas, restoran nasi ayam Gemas ini telah memulakan perniagaan mereka. Menggunakan resepi turun temurun sejak dahulu, restoran ini terus mendapat sambutan ramai sehingga hari ini.

Nasi Ayam @ Restoran Nasi Ayam Gemas

Imej via foursquare

Nasinya dimasak lembut dengan rasa yang menarik. Ayam yang disajikan pula cumalah ayam goreng, namun perapan yang digunakan sungguh berbeza. Rasanya cukup menarik tatkala ia dimakan bersama kicap serta sambal cili yang diadun bersama.

Nasi Goreng Ayam @ Restoran Nasi Ayam Gemas

Imej via foursquare

Selain nasi ayam, terdapat menu lain seperti bihun sup dan juga sate yang boleh didapati pada waktu malam.

Alamat : 10H, Jalan Kiara 2, Pusat Perniagaan Kiara, 72100 Bahau, Negeri Sembilan
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 9.00 pagi hingga 11.00 malam setiap hari

#9. Satay CMZ Tomyam  

Sekiranya anda tercari – cari sate yang lembut dan sedap serta kuah kacang yang pekat, boleh datang menjamu selera di Satay CMZ Tomyam ini. Ada sate daging, ayam, tulang, kambing, perut serta nasi impit.

Sate @ Sate CMZ

Imej via facebook

Selain itu, terdapat menu – menarik untuk dicuba seperti yong tau fu, ayam goreng spice Korea, otak – otak, tomyam serta masakan panas lain.

Nasi Goreng @ Sate CMZ

Imej via foursquare

Alamat : Jalan Delima, 72100 Bahau, Negeri Sembilan
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 4.00 petang hingga 12.00 malam setap hari

#10. Tam Corner

Tam Corner menyediakan menu yang bukan kaleng – kaleng untuk para pelanggan yang datang. Paling istimewa adalah menu yang jarang ditemui iaitu ikan tilapia air masin. Biasanya ikan tilapia di pasaran merupakan ikan tilapia air tawar, tetapi di sini agak berbeza.

Puyuh Blackpepper @ Tam Corner

Imej via facebook

Ikan tilapia ini boleh dimasak mengikut selera pelanggan. Selain ikan tilapia air masin, terdapat juga daging rusa yang begitu istimewa, namun hanya ditawarkan menjelang bulan Ramadhan sahaja.

Siakap Stim @ Tam Corner

Imej via facebook

Pelanggan juga boleh menikmati pelbagai masakan panas, nasi lemak berlauk, kentang goreng, cakoi, roti bakar dan banyak lagi pilihan menarik.

Alamat : Kg Bkt Laka, 72100 Bahau, Negeri Sembilan
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 5.30 petang hingga 1.00 pagi setiap hari

#11. Shell Out Desa Puteri

Menu shellout serendah RM 18.00 untuk seorang sahaja cukup puas hati apabila menikmatinya. Lauk – pauk yang banyak pastinya cukup mengenyangkan tambahan pula makanan laut yang terdiri dari sotong, ketam, udang dan kupang adalah segar dari lautan.

Shellout @ Shellout Desa Puteri

Imej via facebook

Selain shellout, anda boleh mencuba murtabak yang ada di sini. Ia terdiri dari murtabak telur, sardin, ayam serta daging yang agak tebal dan sedap.

Shellout @ Shellout Desa Puteri

Imej via facebook

Alamat : 72100 Bahau, Negeri Sembilan
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 6.00 petang hingga 12.00 malam setiap hari

#12. Meq Nor Kitchen

Menggunakan konsep stall, Meq Nor Kitchen menyediakan pelbagai pilihan menu yang  menarik. Anda boleh mencuba sate, nasi kerabu ayam, nasi dagang, chicken chop, mac and cheese, fries, nasi lemak, otak – otak dan banyak lagi.

Spaghetti @ Meq Nor Kitchen

Imej via facebook

Harga chicken chop begitu murah iaitu serendah RM 4.50 sahaja. Meq Nor Kitchen menjadi pilihan ramai kerana menunya yang agak banyak dan juga harga yang berpatutan. Malah, terdapat menu – menu yang disediakan agak istimewa berdasarkan hari yang telah ditetapkan.

Nasi Goreng @ Meq Nor Kitchen

Imej via facebook

Menu masakan panas juga turut disediakan di sini.

Alamat : No. 1, Jalan Angsana 2, Pusat Perniagaan Angsana, 72100 Bahau, Negeri Sembilan
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 5.00 petang hingga 12.00 tengah malam setiap hari kecuali Rabu tutup

#13. Restoran 1001

Bersarapan pagi di Restoran 1001 pastinya tidak mengecewakan. Pelbagai menu masakan tempat disediakan di sini terdiri dari nasi lemak, lontong, roti canai, mee kari dan bihun sup.

Daging Salai @ Restoran 1001

Imej via facebook

Pada waktu tengahari pula terdapat begitu banyak menu masakan kampung yang menarik. Anda boleh mencuba signature dish di sini iaitu daging salai masak lemak cili api, ikan patin asam pedas, ayam goreng berempah, paru sambal dan banyak lagi.

Patin Asam Pedas @ Restoran 1001

Imej via facebook

Ulam – ulaman segar juga disediakan bersama beberapa jenis sambal yang enak dimakan bersama.

Alamat : 4081 Tingat Bawah, Taman Tunku Puan Chik, 72100 Bahau, Negeri Sembilan
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang setiap hari

#14. Abah Corner

Pembayaran menggunakan ewallet Touch N Go adalah sangat  memudahkan. Jika anda menjamu selera di Abah Corner, tidak perlu membawa wang tunai dan boleh membayar menggunakan ewallet Touch N Go sahaja.

Nasi Goreng Ayam @ Abah Corner

Imej via facebook

Menu menarik yang terdapat di sini adalah seperti nasi lemak, kueteow goreng, nasi goreng, spagheeti, roti canai dan roti sardin. Lauk pauk tengahari juga agak banyak sehingga anda sukar membuat pilihan.

Mee Bandung @ Abah Corner

Imej via facebook

Salah satu menu tengahari menarik di sini adalah rendang Negeri Sembilan. Selain itu, gulai salai juga menjadi pilihan ramai.

Alamat : 1878, 13, Kampung Jambu Lapan, 72100 Bahau, Negeri Sembilan
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 6.00 pagi hingga 5 petang setiap hari kecuali Ahad tutup

#15. Cheydok Café

Rata – rata pelanggan yang pernah menjamu selera di sini memberi komen yang positif dan memberangsangkan. Makanan yang disajikan sedap, berkualiti serta sangat direkomendasi.

Nasi Western @ Cheydok Cafe

Imej via facebook

Menu sarapan pagi di café ini terdiri dari nasi lemak dan soto, manakala waktu tengahari pula deretan lauk pauk tempatan menjadi sajian utama. Pada waktu petang, pelanggan boleh memesan roti canai dan teh tariknya yang begitu sedap dan lemak.

Tomyam Seafood @ Cheydok Cafe

Imej via facebook

Sekiranya anda datang pada waktu malam, boleh lah mencuba hidangan western yang memang menarik seperti burger, chicken chop, lasagne, meatball, lamb chop, steak, salmon, wedges, masakan panas lain juga begitu enak.

Alamat : 2521-G, Jalan 1, Pusat Perniagaan Mohagani, 72100 Bahau, Negeri Sembilan
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 6.00 pagi hingga 12.00 malam setiap hari

#16. Restoran Bunga Raya

Restoran ini telah memulakan operasinya sejak tahun 1973 lagi dengan hanya beroperasi di sebuah kedai papan sahaja. Namun, selepas bertahun – tahun di kedai papan sehingga tahun 2017, akhirnya restoran ini telah mula menjalankan perniagaan mereka di sebuah bangunan restoran yang lebih gah.

Nasi Beriani @ Restoran Bunga Raya

Imej via facebook

Sarapan bersama roti canai di sini sememangnya nikmat. Rotinya lembut dan kuah karinya secukup rasa.

Roti Telur @ Restoran Bunga Raya

Imej via facebook

Semasa hidangan tengahari anda boleh memilih pelbagai jenis lauk pauk yang terdiri dari asam pedas, ayam rendang pegaga, gulai lemak salai, kari, nasi ayam, nasi briyani serta banyak lagi pilihan. Selain itu, anda juga boleh memesan masakan panas, laksa, kueteow sup serta menu – menu yang sentiasa menjadi pilihan ramai.

Alamat : No 111 Jalan Mewah, 72100 Bahau, Negeri Sembilan
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 8.00 pagi hingga 7.00 malam setiap hari

#17. Asam Pedas Bahau

Menu utama di sini adalah asam pedas yang pekat dan lazat. Asam pedasnya dihidangkan di dalam mangkuk tanah liat (claypot) dan disajikan panas – panas pastinya menambat selera anda. Selain asam pedas, pelbagai menu masakan kampung boleh anda nikmati di sini seperti tempoyak patin.

Asam Pedas Kepala Ikan @ Asam Pedas Claypot

Imej via facebook

Sarapan pagi turut tersedia di restoran ini. Pastinya anda boleh memilih menu yang berkenan di hati. Nasi lemak serta masakan panas pastinya dapat memenuhi selera anda.

Tempoyak Patin @ Asam Pedas Claypot

Imej via facebook

Alamat : No. 21 M. D. JL, 72100 Bahau, Negeri Sembilan
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 8.00 pagi hingga 12.00 malam setiap hari

#18. Mr. P Zamri

Suasana di sini begitu santai dan rileks, maka tidak hairanlah ia sangat sesuai dijadikan tempat melepak bersama – sama yang tersayang. Harga makanan pula sangat berpatutan dan pastinya anda berpuas hati makan di sini.

Daging Claypot @ Mr.P Zamri

Imej via facebook

Antara menu menarik yang ada termasuklah makanan western, masakan panas, claypot daging dan kambing, sup herba, tomyam, sup kambing, nasi ayam, mee sizzling dan banyak lagi.

Western @ Mr.P Zamri

Imej via facebook

Alamat : No. 23, Pusat Perniagaan Angsana, Jalan Juasseh, 72100 Bahau, Negeri Sembilan
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 3.00 petang hingga 12.00 tengah malam setiap hari

#19. Waghih D Western

Menu di restoran Waghih D Western ini cukup banyak dan ramai memberi review makanan di sini sedap – sedap belaka. Harga pun murah juga, memang untung siapa singgah makan di sini.

Chicken Chop @ Waghih D Western

Imej via facebook

Pekerja restoran pula sangat ramah dan mesra menjadikan pelanggan yang datang begitu selesa dengan layanan yang diberikan. Menunya pula begitu menarik antaranya burger yang memiliki roti burger berwarna – warni, dulang western, meatball, fish and chip, chicken chop, beef steak, burger bakar, cekodok sambal, mee goreng mamak, mee goreng kicap dan nasi lemak bungkus.

Lamb Chop @ Waghih D Western

Imej via facebook

Bukan sahaja makanannya sedap, malah minuman di sini juga tidak kurang enaknya.

Alamat : Taman Serting Jaya, 72100 Bahau, Negeri Sembilan
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 5.30 petang hingga 11.00 malam setiap hari kecuali Ahad tutup

#20. Dbelukar Steamboat N Grill

Penggemar menu steamboat dan grill pula boleh mencuba buffet steamboat di sini. Bukan sahaja steamboat, namun hidangan grill juga turut disediakan.

Steamboat @ Dbelukar Steamboat N Grill

Imej via facebook

Begitu banyak pilihan makanan laut segar yang boleh dipilih, ditambah pelbagai jenis daging dengan perapan yang istimewa. Pilihan kuah steamboat pula terdapat dua jenis iaitu sup dan tomyam, boleh pilih salah satu.

Mee Kuah @ Dbelukar Steamboat N Grill

Imej via facebook

Terdapat juga hidangan sampingan seperti macaroni goreng, bihun goreng, nasi goreng yang boleh dimakan bersama. Pilihan sos yang banyak juga menambah perisa hidangan anda. Dengan harga serendah RM 13.00 untuk kanak – kanak dan RM 23.00 untuk dewasa, anda boleh makan dengan sekenyang – kenyangnya.

Alamat : No. 17 Jalan Ara 1 , Pusat Perniagaan Bandar IOI, 72100 Bahau, Negeri Sembilan
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 3.00 petang hingga 12.00 tengah malam setiap hari kecuali Isnin tutup

Kesimpulan

Pastinya anda begitu teruja untuk mencuba menu – menu yang telah disenaraikan ini. Jangan lepaskan peluang untuk menikmati pelbagai hidangan menarik yang terdapat di sekitar Jempol dan Bahau ini.

Penulis: Itawrah

Itawrah

Seorang yang rajin mencari tempat makan yang viral dan menarik di Malaysia.

    Tinggalkan Komen!

    Langgan Info Kami

    Berkaitan

    .