10 Lokasi Sarapan Pagi di Ipoh Yang Wajib Singgah
Mencari port sarapan pagi di Ipoh? Ipoh memang dikenali sebagai bandar di Perak yang mempunyai banyak tempat makan yang berbagai genre. Makanan Barat,…

Mencari port sarapan pagi di Ipoh?
Ipoh memang dikenali sebagai bandar di Perak yang mempunyai banyak tempat makan yang berbagai genre. Makanan Barat, makanan tempatan, pencuci mulut, pizza, semuanya ada!
Ini termasuklah tempat sarapan pagi. Masih tidak tahu nak serbu yang mana? Berikut kami senaraikan 10 lokasi sarapan pagi di Ipoh. Teruskan membaca!
#1 Suhaimi Cafe
Alamat: 57, Laluan Jelapang Selatan, Taman Kledang Permai, 30020 Ipoh, Negeri Perak
Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Selasa (7.45 am – 12 pm)
Sebut tentang port sarapan pagi di Ipoh, pasti nama kafe ini akan disebut. Ianya merupakan antara kafe yang terkenal sekitar Ipoh.

Imej via Foursquare
Antara menu yang wajib anda cuba di restoran ini ialah Roti Benggali yang dimakan bersama kacang pool. Selain itu, kopi Vietnam mereka juga sedap dan pekat. Sesuai dinikmati untuk menyegarkan minda juga!
#2 Canning Dim Sum
Alamat: 1, Lebuh Cecil Rae, Taman Canning, 31400 Ipoh, Negeri Perak
Waktu operasi: Setiap hari kecuali Rabu, 7 am - 3.30 pm
Ini juga merupakan antara restoran yang popular di Ipoh - Canning Dim Sum. Ada berbagai jenis dim sum yang boleh anda nikmati di restoran ini.

Imej via Foursquare
Antara yang boleh dipesan ialah fried prawn bean curd rolls, siew mai, lo mai kai dan banyak lagi. Jangan lupa cuba salted egg pau mereka, lembut, gebu dan berkrim. Sangat sedap!
#3 Allongs, Warong Ipoh Lontong (Allongs Restaurant)
Alamat: 24, 1, Pesara Ipoh, Taman Ipoh, 31400 Ipoh, Negeri Perak
Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Ahad, 7.40 am - 1 pm
Lontong merupakan menu sarapan yang cukup menyelerakan. Mengidamkan lontong untuk sarapan? Singgahlah di restoran Allongs ini!

Imej via Foursquare
Restoran ini cukup terkenal dengan lontong mereka. Ianya dibuka seawal jam 7.40 pagi lagi, jadi bolehlah anda singgah sebelum ke tempat kerja. Pasti keenakkan lontong mereka akan membangkitkan mood anda.
#4 Mee Kari Kak Yah
Alamat: 12, Jalan Jelapang Selatan 1, Taman Keledang Jaya, 30100 Ipoh, Perak
Waktu Operasi: Selasa – Ahad (6.30am – 12 pm, 5 pm – 10 pm), ditutup pada hari Isnin
Selain roti canai dan nasi lemak, hidangan seperti mi juga enak dinikmati untuk sarapan. Jadi, singgahlah bersarapan di restoran Mee Kari Kak Yah ini.

Imej via Foursquare
Hidangan yang mendapat sambutan ramai ialah mi kari. Ramai pelanggan menggemarinya dan mereka turut memuji kuah karinya yang pekat. Hidangan lain seperti roti bakar juga turut disediakan.
#5 Warung Sg. Tapah
Alamat: 1632, Jalan Cempaka, Kampung Manjoi Tambahan, 30020 Ipoh, Negeri Perak
Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Selasa, 7 am - 1 am
Selalu singgah bersarapan di restoran sahaja, teringin juga nak bersarapan di warung, bukan? Jadi, singgah sahaja di Warung Sg. Tapah yang terletak di Kampung Manjoi Tambahan ini.

Imej via Foursquare
Warung ini menyediakan aneka jenis menu sarapan. Antara yang terlaris ialah mi kicap, nasi lemak kukus dan kuey teow sup. Bukan sahaja sedap dan mengenyangkan, harganya juga berpatutan.
#6 Plan B (Ipoh)
Alamat: Jalan Panglima, 30000 Ipoh, Perak
Waktu Operasi: Isnin – Khamis (10 am - 11 pm), Jumaat (10 am – 12 am), Sabtu (9 am – 12 am), Ahad (9 am – 11 pm)
Kafe Plan B merupakan antara kafe hipster yang sangat sesuai untuk anda yang suka bergambar dan bersantai. Anda juga boleh menikmati sarapan yang enak-enak di sini.

Imej via Foursquare
Antara menu sarapan yang boleh dicuba ialah Big Breakfast, sarapan yang bersaiz besar dan cukup mengenyangkan. Anda juga boleh cuba Egg Benedict mereka jika inginkan sarapan English, dijamin sedap!
#7 Restoran New Hollywood
Alamat: Taman Canning, 31400 Ipoh, Perak
Waktu Operasi: Setiap hari (7 am – 10 pm)
Jika anda berpeluang ke Ipoh namun tidak singgah di Restoran New Hollywood, anda memang terlepas peluang. Restoran New Hollywood ini merupakan restoran yang cukup terkenal di Ipoh.

Imej via Foursquare
Antara menu sarapan yang anda wajib cuba ialah nasi ayam Hainan, cakoi, roti telur goyang, Chee Cheong Fun dan mi wantan. Makanan di sini diiktiraf halal dan ianya juga sedap-sedap belaka.
#8 Restoran Mee Rebus Ramli
Alamat: 767, Jln. Kuala Kangsar, Taman Tasek Jaya, 31400 Ipoh, Negeri Perak
Waktu operasi: Setiap hari, 6 am - 11 pm
Mengidam untuk menikmati mi rebus? Mi rebus merupakan hidangan yang popular di Muar, Johor, namun anda juga boleh menikmati mi rebus ala mi rebus Muar di Restoran Mee Rebus Ramli.

Imej via Foursquare
Rata-rata pelanggan memuji keenakkan mi rebus di sini. Kuahnya pekat, aromanya harum dan ianya juga mengenyangkan. Selain itu, mereka juga ada menyajikan nasi ayam Hainan. Sesuai dinikmati semasa sarapan!
#9 Restoran Halimah Bachik
Alamat: 29, Regat Sri Cempaka, Taman Cempaka, 31400 Ipoh, Perak
Waktu Operasi: Isnin – Sabtu (7.15 am – 4 pm), ditutup pada hari Ahad
Kebanyakan restoran atau warung yang popular sering menawarkan harga yang agak mahal untuk makanan mereka. Berlainan pula dengan Restoran Halimah Bachik ini.

Imej via Foursquare
Restoran yang terkenal dengan hidangan sarapan ini sering dipenuhi dengan pelanggan dek kerana harga yang berpatutan yang ditawarkan. Hidangan yang wajib anda cuba di sini ialah roti canai dan nasi ayam, memang sedap!
#10 Kedai Kopi Yong Suan
Alamat: 2, Jalan Yang Kalsom, Taman Jubilee, 30300 Ipoh, Perak
Waktu Operasi: Setiap hari (9am – 4pm)
Ingin menikmati makanan berat untuk sarapan? Apa kata anda cuba Nasi Ganja di Kedai Kopi Yong Suan ini, pasti sedap dan memuaskan hati! Ianya merupakan antara restoran yang terkenal di Ipoh.

Imej via Foursquare
Ada pelbagai jenis lauk-pauk yang boleh dipilih. Yang selalu menjadi pilihan ramai ialah ayam goreng, daging merah dan telur masin. Untuk pencuci mulut, Caramel Custard merupakan menu yang terlaris.
#11 Sajian Gjee
Alamat: 3, Jalan Meru Bistari A2, 30020 Ipoh, Negeri Perak
Waktu operasi: Setiap hari, 7.30 am – 10.30 pm
Antara menu sarapan popular yang selalu dinikmati oleh orang kita ialah roti canai. Ingin menikmati roti canai yang enak untuk sarapan? Singgah sahaja di restoran Sajian Gjee.

Imej via Instagram
Restoran ini ada menyajikan menu sarapan seperti lempeng, mi kari, roti canai dan nasi lemak. Alang-alang singgah sarapan, anda juga boleh menikmati nasi berlauk untuk makan tengah hari di sini.
Kesimpulan
Sudah jumpa lokasi sarapan di Ipoh yang ingin diterjah? Atau anda sudah rambang mata? Tidak mengapa, singgah satu persatu kerana semuanya sedap-sedap belaka.
Semoga artikel ini memberi manfaat kepada anda dalam mencari tempat makan yang sedap. Jangan lupa kongsikan kepada rakan-rakan dan di media sosial. Selamat menjamu selera!
