Tercari-cari port sarapan di Ipoh yang sedap?

Ipoh merupakan bandar di Perak yang sangat popular. Buktinya, setiap kali cuti, ianya pasti akan dibanjiri dengan pelancong. Lambakan kafe moden serta tempat makan yang sedap-sedap merupakan antara tarikan utama bandar ini.

Sambil melancong, anda pasti mahu menikmati sarapan yang lazat, bukan? Jadi, berikut kami senaraikan 10 port sarapan di Ipoh buat anda. Teruskan membaca!

#1 Suhaimi Cafe

Alamat: 57, Laluan Jelapang Selatan, Taman Kledang Permai, 30020 Ipoh, Negeri Perak

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Selasa (7.45 am – 12 pm)

Suhaimi Cafe merupakan kafe yang sangat terkenal dengan Roti Benggali. Ianya juga menyajikan hidangan sarapan lain.

port sarapan ipoh

Imej via Foursquare

Roti Benggali ini merupakan roti bakar yang tebal dan cukup lembut. Hidangan ini bertambah enak apabila dicicah bersama kuah kari. Selain itu, anda boleh juga cuba mi kari yang sama enaknya.

Untuk minuman pula, ramai pelanggan memesan Kopi Vietnam kerana teksturnya yang lebih pekat berbanding kopi biasa. Secawan kopi Vietnam ini boleh membangkitkan mood pagi anda, percayalah!

#2 Plan B Ipoh

Alamat: Jalan Panglima, 30000 Ipoh, Perak

Waktu Operasi: Isnin – Khamis (10am -11pm), Jumaat (10am – 12am), Sabtu (9am – 12am), Ahad (9am – 11pm)

Asyik bersarapan menu tempatan sahaja. Anda pasti inginkan kelainan, bukan? Jika ya, cubalah sarapan English di Plan B Ipoh ini. Bukan sahaja enak, malah mengenyangkan!

port sarapan ipoh

Imej via Foursquare

Bagi peminat kafe moden, anda pasti sudah pernah terdengar nama kafe ini. Plan B merupakan antara kafe hipster yang paling terkenal di Ipoh dan salah satu tarikan utamanya ialah menu yang berbagai.

Menu sarapan yang wajib dicuba di sini ialah set Big Breakfast. Nama pun ‘big’, semestinya saiz hidangannya besar. Ianya menyajikan kacang panggang, croissant, daging ayam, telur hancur dan banyak lagi, dijamin mengenyangkan!

#3 Green Town Dimsum Café

Alamat: 10, Persiaran Greentown 4, Pusat Perdagangan Greentown, 30450 Menglembu, Perak

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Selasa, 8 am – 9 pm

Terlebih dahulu, kami ingin memberitahu yang makanan yang disajikan di restoran ini disahkan halal. Jadi, usah risau untuk mencubanya, kerana ianya bukan sahaja halal malah sedap-sedap belaka!

greentown dimsum

Imej via Foursquare

Menarik juga jika anda menikmati dimsum sebagai sarapan, bukan? Dimsum yang disediakan ada berbagai jenis, dan Fried Prawn Dumplings merupakan dimsum yang terlaris. Selain itu, anda juga boleh mencuba mi wantan mereka.

#4 Restoran Mee Rebus Ramli

Alamat: Taman Tasek Jaya, Jalan Kuala Kangsar, Taman Tasek Jaya, 31400 Ipoh, Perak

Waktu operasi: Setiap hari, 6 am – 11 pm

Mungkin mi rebus kedengaran seperti hidangan yang biasa anda nikmati. Tetapi mi rebus yang disajikan di Restoran Mee Rebus Ramli nini bukan biasa-biasa, keenakannya memang luar biasa!

port sarapan ipoh

Imej via Foursquare

Buktinya, restoran ini sentiasa penuh dengan pelanggan walaupun baru awal pagi. Jadi, anda harus datang awal untuk mencuba mi rebus yang laris bagai goreng pisang panas ini.

Ramai pelanggan mengakui yang mi rebus di sini memang setanding dengan mi rebus asli Johor. Harganya juga sangat berpatutan, cuma RM 5 semangkuk! Selain itu, nasi ayam juga turut disediakan di sini.

#5 Restoran New Hollywood

Alamat: Taman Canning, 31400 Ipoh, Perak

Waktu operasi: Setiap hari, 7 am – 10 pm

Jika anda ke Ipoh namun tidak singgah di restoran ini, anda memang rugi! Restoran New Hollywood ini merupakan restoran yang cukup terkenal di Ipoh.

port sarapan ipoh

Imej via Foursquare

Di sini ada menyajikan berbagai jenis makanan yang sedap rasanya dan berpatutan harganya. Makanan yang disajikan kebanyakannya merupakan makanan Cina yang halal.

Antara yang anda wajib cuba ialah cakoi, dim sum, Chee Cheong Fun dan mi wantan. Menu-menu ini merupakan antara yang terlaris, jadi memang rugi kalau anda tak pesan!

#6 Mee Kari Kak Yah (Silibin)

Alamat: 12, Jalan Jelapang Selatan 1, Taman Keledang Jaya, 30100 Ipoh, Perak

Waktu Operasi: Selasa – Ahad (630am – 12pm, 5pm – 10pm), ditutup pada hari Isnin

Teringn untuk menikmati mi kari untuk sarapan? Di Ipoh, ada satu gerai mi kari yang cukup popular sekitar Taman Keledang Jaya – Mee Kari Kak Yah.

mi kari

Imej via Foursquare

Ramai memuji kuah karinya yang sangat pekat, cukup enak dimakan panas-panas. Ditambah pula dengan isi ayam yang banyak bersama jumlah tofu yang tidak kedekut.

Selain mi kari, anda juga boleh cuba roti telur goyang yang juga merupakan menu terlaris di sini. Memang enak dinikmati bersama kopi  O panas sebagai sarapan!

#7 Sajian Gjee

Alamat: 3, Jalan Meru Bistari A2, 30020 Ipoh, Negeri Perak

Waktu operasi: Setiap hari kecuali Jumaat, 7 am – 5 pm

Restoran Sajian Gjee ini sangat terkenal dengan masakan kampung seperti nasi campur. Selain itu, ianya juga menawarkan menu sarapan yang berbagai.

gjee

Imej via Foursquare

Anda boleh cuba nasi lemak di sini. Lauk-pauk yang disediakan juga ada berbagai, pilih sahaja sambal tempe atau sambal ayam. Roti canai juga boleh didapati, memang beraneka!

#8 Restoran Halimah Bachik

Alamat: 29, Regat Sri Cempaka, Taman Cempaka, 31400 Ipoh, Perak

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Ahad (7.15 am – 4 pm)

Ada sesetengah restoran yang popular gemar menawarkan harga yang mencekik darah untuk hidangan mereka. Namun, berbeza pula dengan Restoran Halimah Bachik ini.

nasi ayam

Imej via Foursquare

Restoran ini menawarkan makanan pada harga yang sangat berpatutan. Ianya juga dikenali sebagai antara port sarapan yang terkenal di Ipoh, jadi memang rugi jika anda tak singgah.

Antara menu sarapan yang boleh anda cuba ialah Nasi Ayam Hainan. Menu ini merupakan menu yang terlaris disebabkan oleh keenakannya yang tidak terhingga. Jangan lupa menikmatinya bersama sosnya, dijamin sedap!

#9 D’Naina Ipoh

Alamat: Gunung Rapat 37, Jalan Sri Ampang 1, Taman Sri Ampang, Gunung Rapat, Perak, 31350

Waktu Operasi: 24 jam

Selalunya menu sarapan yang menjadi pilihan ialah nasi lemak atau roti canai. Kali ini, apa kata anda cuba naan keju pula? Restoran D’Naina Ipoh ini tidak menyediakan naan keju yang biasa-biasa.

dnaina port sarapan ipoh

Imej via Foursquare

Lihat sahaja di dalam gambar, kejunya cukup panjang bila ditarik – jelas menunjukkan betapa banyaknya jumlah keju yang diletakkan. Jangan risau, ianya tidak memuakkan tetapi menyelerakan!

Rotinya juga tebal, jadi kalau anda makan seorang dalam keadaan perut kosong pun anda akan dijamin kenyang. Di atas naan keju itu sendiri ada diletakkan sos keju, boleh minta lebih jika anda mahu.

#10 Mee Kicap Mat Jasak

Alamat: Jalan Datuk Onn Jaafar, Taman Jubilee, 30300 Ipoh, Negeri Perak

Waktu operasi: Setiap hari, 7.40 pagi – 6.35 petang

Hidangan mi merupakan antara menu sarapan wajib orang kita di samping nasi dan roti. Biasanya anda cuba mi rebus dan mi kari, kali ini apa kata anda cuba mi kicap di Mee Kicap Mat Jasak pula?

haji jasak

Imej via Foursquare

Ianya bukan mi kicap kosong yang tawar rasanya tau! Mi kicap di sini memang sangat popular, boleh dikatakan menjadi rebutan ramai sehinggakan ada yang sanggup menunggu lama.

Selain mi kicap, hidangan lain seperti mi kari dan kuey teow sup juga turut disediakan. Anda boleh memilih lauk-pauk untuk ditambah seperti isi ikan, sosej, ketam dan kerang.

Kesimpulan

Bagaimana? Sudah jumpa port sarapan yang anda ingin singgah? Atau anda mula tertarik dan ingin singgah di kesemuanya? Jangan gelojoh, singgah sahaja satu persatu jika berkesempatan.

Semoga artikel ini memberi manfaat kepada anda dalam mencari tempat makan yang sedap. Jangan lupa kongsikan kepada rakan-rakan dan di media sosial. Selamat menjamu selera!

Penulis: Nurul Hani

Berminat untuk berkongsikan tempat makan menarik berbagai genre di seluruh Malaysia.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.