Mencari tempat makan best di Kuantan?
Sebenarnya pening juga untuk kami memilihnya, tetapi demi untuk mencapai misi dan visi Saji.my sebagai portal berkongsikan tempat makan menarik di Malaysia, seluruh tenaga kami kerahkan. Ayat tidak boleh blah langsung.
Kuantan memang ada penariknya. Dari segi makanan memang kurang didengari. Tetapi apabila kajian secara mendalam dilakukan, sebenarnya terdapat pelbagai kedai makan yang boleh diterjah.
Berikut kami senaraikan 40 tempat makan best di Kuantan. Sambil melancong, singgah sahaja di tempat makan yang kami senaraikan ini. Teruskan membaca ya!
Alamat: Lot Kedai, PTK 31045, Kampung Balok Baru, 26080 Kuantan, Pahang
Waktu operasi: 7.15 pagi – 11.00 malam
Dibuka dari pagi sehingga malam, anda boleh ke sini bila-bila masa tak kira untuk sarapan, makan tengah hari mahupun makan malam kerana pelbagai menu ditawarkan. Salah satu yang menjadikan kedai ini viral adalah menu yang dihidangkan sedap serta harga sangat berbaloi! Rata-rata pengunjung memang mengakuinya!
Miang Pla Siakap, Kuay Teow Udang Selambok, Sup Tulang dan Ikan Siakap Stim Limau merupakan menu yang wajib anda cuba! Dengar cerita dessert yang dijual juga sedap dan anda perlu cuba Mango Cheesecake, Fruity Cheesecake serta Biscoff Cheesecake. Tak kurang juga pilihan minuman yang membuatkan ramai rambang mata. Pilihan minuman unik dan menyegarkan!
Alamat: Kampung Peramu, 26060 Kuantan.
Jika anda mencari aneka pelbagai lauk, tidak lain tidak bukan, kami akan cadangan tempat makan ini. Tempat makan yang dimaksudkan adalah Restoran MABIQ.Boleh jadi tidak keruan jawabnya. Boleh dikatakan restoran ini adalah syurga untuk masakan kampung.
Menu di sini yang menjadi bualan ramai adalah Patin Tempoyak Bakar, Daging Salai Masak Lemak Cili Padi, Kerabu MABIQ. Sedapnya memang tak terkira, masakan kampungnya memang terbaik! Tempat makan meanrik di Kuantan patut ada dalam list.
Lokasi: Lot 1462 Pantai Batu Hitam, Jln Beserah, Kampung Sungai Karang Pantai, 26100 Kuantan, Pahang
Waktu operasi: Selasa – Ahad (12.00 pm-12.00 am)
Orang Kuantan tak perlu ke Terengganu semata-mata ingin makan aneka celup tepung kerana di SeaBa Seafood mereka menyediakan menu viral ini dengan enak. Sotong, ikan, ketam, udang dan lain-lain kesemuanya segar dan besar untuk dihidangkan buat pengunjung.
Bukan celup tepung sahaja laris disini, malah aneka nasi lemak, bihun sup dan mi kari juga adalah menu terlaris di SeaBa Seafood. Paling best adalah pengunjung dapat makan menghadap laut dan ditiup angin yang syahdu. Confirm bertambah!
Lokasi: 38 & 40, Jalan Mahkota, 25000 Kuantan, Pahang
Waktu Operasi: Setiap hari (8.00 am-10.00 pm)
No telefon: 012-977 5501
Ada yang mengidam nasi briyani dengan citarasa melayu? Anda memang perlu datang ke Makey Palace kerana mereka menawarkan nasi briyani dengan pelbagai jenis lauk istimewa. Kesemua bahan menggunakan rempah khas yang disangai mengikut resepi rahsia. Signature menu di Makey Palace semestinya Lamb Shank.
Bukan itu sahaja, menu yang menjadi pilihan ramai pengunjung adalah Nasi Briyani Lamb Shank Masala, Nasi Briyani Ayam Madu, Nasi Briyani Daging Hitam dan Nasi Briyani Kari Kambing. Tengok sahaja gambar sudah mengiurkan, kalau dicuba pasti menjilat jari.
Restoran ini dibuka dari pagi hingga malam. Jika tak mahu makan nasi briyani untuk sarapan, anda boleh memesan menu enak dan unik yang lain seperti Nasi Lemak Pandan dengan aneka lauk pilihan, Kacang Pool, Roti Sarang Burung, Roti Tsunami dan Roti Canai Lamb Shank.
Alamat: 96, Jalan Besar, 25000 Kuantan, Pahang
Sebut sahaja tentang Kula Cakes, rasanya hampir satu Kuantan sudah pernah terdengar tentangnya. Bukan sahaja orang Kuantan, malah orang luar pun pasti ramai yang tahu tentang Kula Cakes yang sangat popular ini.
Kedai kek ini sangat popular dengan Mango Cheesecake. Rasa keju yang tidak memuakkan dan mangga yang manis dan segar merupakan antara punca ianya sangat digemari. Anda juga boleh mencuba berbagai jenis kek di sini.
Alamat: 11.30 pagi-5.30 petang
Waktu operasi: A-1, Jalan Tanjung Lumpur 7, Kuantan, Pahang.
Nak rasa masakan Pahang yang sebenar? eatCabin tempat yang perlu anda kunjungi! eatCabin menyediakan aneka masakan kampung negeri Pahang dengan resepi turun-temurun. Sebut sahaja Gulai Tempoyak Patin, Pais Patin, Asam Pedas semuanya ada di sini.
Jika ada yang menggemarkan makanan barat, jangan risau bawa juga mereka ke eatCabin kerana selain makanan tradisionalnya yang lazat, makanan barat juga pasti membuatkan ramai yang menjilat jari. Lamb grill, salmon grill, spageti dan lain-lain dihidangkan dengan kuantiti mengenyangkan dan harga berpatutan.
Tak tahu nak order minuman apa? Kami mencadangkan anda untuk memesan Teh Bunga, Ais Blended Manggo dan Coco Loco. Hilang dahaga sewaktu cuaca panas dengan minuman yang menyegarkan ini.
Alamat: Indera Mahkota 6, Jalan Sungai Lembing, Kuantan, Pahang 25200
Apa yang menarik? Sudah tentunya masakan westernnya. Antara masakan western Maza Jungle Food yang anda boleh cuba adalah lamb chop.
Nasi Arab turut berada carta atas pengunjung jika ke sini. Dikatakan nasi yang sedap di Kuantan. Anda boleh juga mencuba Nasi kukus jika di sini, ayamnya rangup memang padu habis!
Lokasi: No 10, Ground Floor, Jln Penjara, 25150 Kuantan, Pahang.
Waktu operasi: Setiap hari (11.00 am-8.00 pm)
Selain patin tempoyak, manisan dan pastri enak juga sinonim dengan Kuantan, Pahang. Salah satunya adalah kafe Dofi Donut & Coffee yang menyediakan pelbagai jenis dan perisa donut buat pilihan pengunjung.
Antara donut terlaris adalah Cheese Leleh Dofi dan Donut Susu Dofi. Memang puas beli donut di sini kerana saiznya yang besar, gebu dan lembut. Bukan sahaja anak-anak yang suka, ibu bapa pasti turut mahu membelinya lagi.
Alamat: 2/1138, Kampung Alur Tuan Haji Berserah, 26100, Kuantan, Pahang, 25300
Pernah dengar tentang Mee Calong? Mee Calongnya adalah wajib anda ambil untuk sarapan di sini. Jika tidak pernah, masa inilah untuk mencubanya.
Suasana yang tenang membuatkan tempat ini sesuai untuk dilawati pada waktu pagi. Selain Mee Calong, and ajuga boleh mencuba keropok lekor sebagai makanan ringan. Sosnya dikatakan sedap yang amat!
Alamat: Jalan Tanjung Lumpur, Perkampungan Tanjung Lumpur, 26060 Kuantan, Pahang.
Penggemar masakan kampung, kami ada berita baik buat anda. Anda pasti pernah terdengar tentang restoran Ana Ikan Bakar Petai, bukan? Restoran ini ada beberapa cawangan di sekitar Malaysia termasuk di Kuantan.
Ada berbagai jenis menu yang dihidangkan di sini, dan kesemuanya berasaskan masakan kampung. Pendek kata jika anda makan di sini, pinggan anda pasti penuh dengan pelbagai jenis lauk. Kebarangkalian untuk tambah memang tinggi!
Restoran ini terletak di Bandar Indera Mahkota, 25200 Kuantan, Pahang.
Jika anda teringin untuk mencuba masakan kampung dan masakan Pahang yang asli resepinya, singgah sahaja di restoran Jaman Tory Resepi ini. Merupakan antara restoran yang sangat terkenal dengan keaslian resepinya, restoran ini telah beroperasi sejak tahun 2006 lagi!
Antara menu yang boleh anda cuba di sini ialah Gulai Ikan Patin Masak Tempoyak, Daging Salai Masak Lemak, Char Koey Teow Kerang dan banyak lagi. Harganya berbaloi dengan kualitinya yang memang terbaik!
Restoran ini terletak di Jalan Telok Cempedak, 25050 Kuantan, Pahang.
Teluk Cempedak merupakan antara pusat pelancongan yang sangat terkenal di Kuantan. Alang-alang anda singgah di Teluk Cempedak, anda boleh singgah di restoran yang cukup terkenal sekitar situ iaitu Loteng.
Makanan yang dihidangkan di sini ada berbagai jenis, ada makanan Barat dan tempatan, pilih sahaja yang berkenan di hati. Pemandangannya juga sangat nyaman kerana terletak betul-betul di tepi pantai.
Alamat: Jalan Gambut, 25000 Kuantan, Pahang
Restoran Sara Thai Kitchen ini sangat terkenal di Kuantan. Menghidangkan masakan Thai yang asli resepinya, restoran ini terletak di Jalan Gambut. Mudah sahaja untuk mencari lokasinya melalui Waze atau Google Maps.
Menu-menu yang boleh anda cuba ialah kerabu mangga, siakap stim limau, kailan ikan masin dan semestinya tomyam. Kesegaran makanan lautnya juga merupakan keistimewaan utama restoran ini.
Alamat: Lot 2595 Jalan Kemaman Pusat Kesihatan Beserah, 26100, Pahang
Medan selera ini merupakan antara medan selera yang cukup popular di Kuantan. Suasananya yang nyaman, santai dan pada masa yang sama romantik menjadi punca utama ianya sentiasa penuh dengan pelanggan.
Ada beberapa gerai yang boleh anda singgah di sini. Yang menjadi kegemeran ramai ialah Kelapa Joget, Jaman Tory Outlet, Kambing Guangzhou, Brader Bob Char Kuey Teow dan banyak lagi.
Alamat: 26100 Kuantan, Pahang
Menikmati mi bandung yang sedap di tepi pantai yang cukup indah pemandangannwya pasti mampu membuatkan anda tenang, bukan? Untuk itu, singgah sahaja di Warung Kekanda untuk merasai pengalaman sebegitu!
Menurut ramai, Mi Bandung di sini pekat dan sangat kaya dengan lauk seperti ayam dan sotong. Kuahnya juga manis dan tidak terlalu pedas. Selain Mi Bandung, anda juga boleh mencuba menu lain. Ada makanan Barat dan tempatan disediakan di sini.
Alamat: 36, Jln IM 6/7, Bandar Indera Mahkota, 25200 Kuantan, Pahang.
Nasi kukus ayam berempah pasti merupakan antara makanan kegemaran anda bukan? Ditambah pula dengan kuah yang melengkapi menu ini, memang berganda keenakannya!
Jika anda mengidamkan menu tersebut, anda boleh merasainya di restoran Dapur Mama – Original Nasi Kukus. Ada beberapa jenis menu yang anda boleh cuba, antaranya ialah set Ayam Kampung, Ayam Berempah, Ayam Merah dan Daging Kerutuk.
Alamat: Kampung Tanjung Api, 25050 Kuantan, Pahang
Sudah nama orang Malaysia, sudah semestinya kuih ari daripada hidangan sampingan bukan? Di Taman Gelora, ada satu gerai karipap yang sangat terkenal – Karipap Panas Taman Gelora.
Harganya adalah RM1 seketul, berbaloi dengan saiznya yang besar daripada kebiasaan. Jadi, anda tak perlulah risau soal karipap inti angin. Intinya juga banyak dan semestinya sedap!
Alamat: 73, Lorong IM 15/19, Indera Mahkota 15, 25200 Kuantan, Pahang
Penggemar makanan Barat wajib serbu restoran Brotherhood Western & Grill ini. Restoran ini menyajikan pelbagai jenis menu, yang pasti bukan menu yang biasa anda dengar bila sebut sahaja tentang makanan Barat.
Antara jenis menu yang disajikan termasuklah pasta, masakan panggang, piza, burger dan stik. Memang boleh bikin sesiapa sahaja rambang mata! Tempat makan best di Kuantan patut cuba.
Alamat: 36, Jalan Kuantan Sungai Lembing, Bandar Indera Mahkota, 25200 Kuantan, Pahang.
Kalau sebut sahaja tentang menu yang popular di Pahang, pasti anda mula terbayangkan menu ikan patin masak tempoyak, bukan? Jika anda ingin mencuba menu tersebut, singgah sahaja di restoran Akob Patin House 2 ini!
Menurut ramai, ikan patinnya memang segar, memang ‘kaw’ bila dibuat masak tempoyak. Selain itu, menu lain seperti lauk-pauk dan ulam-ulaman turut disediakan di sini.
Alamat: No. A, 2600, Jalan Alor Akar, Taman Ruby, 25250 Kuantan, Pahang.
Terminal Satay Zul – satu nama yang cukup gah Kuantan. Jika anda teringinkan sate dan berada di sekitar Kuantan, singgah saja di restoran ini. Tak perlu susah-susah pergi ke Kajang untuk makan sate!
Ada berbagai jenis sate yang dihidangkan di sini namun yang menjadi kegemaran ramai ialah sate ayam dan sate daging. Selain sate, nasi dagang dan bakso dan juga turut disediakan di sini.
Alamat: B-34 Ground Floor,Lorong Tun Ismail 6,Sri Dagangan, 25050 Kuantan, Pahang
Restoran ini menyajikan lebih 75 jenis lauk-pauk yang berbagai cara masakannya. Dibuat masak lemak, gulai, dibakar, digoreng, semuanya ada!
Selain lauk-pauk, ulam-ulaman yang segar juga turut disediakan dan ada beraneka jenis. Jangan lupa ambil sambal tempoyak, budu dan sambal belacan bersama, pasti sedap!
Alamat: 2-8, Exit Jalan Teluk Sisek, 25050 Kuantan, Pahang.
Sarapan apa yang selalunya dekat di hati orang kita? Semestinya kopi O, nasi lemak atau roti bakar, bukan? Untuk mencuba menu tersebut, singgah sahaja di Kafe Akar Kopi ini. Dekorasi kafe ini sahaja sudah membangkitkan aura yang nyaman dan santai,
Menurut pelanggan yang pernah singgah di sini, kopi di kafe ini memang pekat. Tidak terlampau manis namun tidak pula terlalu pahit untuk ditelan. Anda wajib mencubanya sendiri di sini, dijamin puas hati!
Alamat: NO.19, Ground Floor, ICT Hub, Jalan ,putra square 4, Putra square, 25200 Kuantan, Pahang
Restoran ini pula menyediakan makanan Arab. Salah satu tempat makan di Kuantan yang wajib anda serbu jika anda ingin menikmati makanan Arab yang enak dan asli.
Antara menu terlaris di sini ialah nasi Arab. Lauk ayam dan kambing merupakan antara yang wajib anda cuba. Saiz hidangannya juga besar, jadi ianya menjamin kekenyangan di samping keenakkan!
Alamat: Perkampungan Tanjung Lumpur, 26060 Kuantan, Pahang
Tidak dinafikan, kawasan Tanjung Lumpur memang terkenal dengan deretan restoran yang kebanyakkannya menyajikan makanan laut dan ikan bakar.
Restoran Mail Ikan Bakar merupakan salah satunya. Restoran ini menyajikan ikan bakar yang sangat lembut dan juicy isinya. Bayangkan keenakkannya bila dicicah dengan sambalnya yang istimewa, memang padu!
Selain itu, makanan laut juga boleh didapati. Pilih sahaja cara masakan kegemaran, mereka akan sediakannya buat anda!
Alamat: 56-20, Jalan Besar, 25050 Kuantan, Pahang.
Kafe ‘hipster’ di Kuantan ini memang banyak. Tjantek Art Bistro merupakan antara kafe ‘hipster’ yang agak popular di sekitar Kuantan. Ada berbagai jenis menu yang berkonsepkan makanan Barat yang dihidangkan di sini.
Antara yang menjadi kegemaran ramai ialah hidangan pasta dan stik. Saiz hidangannya agak besar, berbaloi dengan harga yang ditawarkan.
Alamat: Jalan Tanjung Lumpur, 26060 Kuantan, Pahang
Ada penggemar makanan laut di sini? Anda wajib singgah di Warong Paksu dan Maksu! Terkenal dengan makanan laut terutamanya sotong goreng tepung, warung ini agak terkenal di Tanjung Lumpur.
Selain daripada sotong goreng tepung, makanan lain seperti nasi dagang, sata, otak-otak dan keropok lekor turut disediakan di sini. Jika dilihat, banyak makanan yang terkenal di Terengganu ada di sini. Tak perlulah anda jauh-jauh ke Terengganu, di Kuantan pun ada!
Alamat: Lot 1-3811, KM14 Jalan Gambang, Kuantan, 26070, Kuantan, Pahang
Masih keliru mahu bersarapan di mana? Singgah sahaja di Restoran Zaman. Ada pelbagai jenis menu sarapan yang anda boleh cuba di sini. Yang pasti, bukan menu sarapan yang anda biasa nampak, jadi anda pasti akan rambang mata!
Antara menu sarapan yang anda boleh cuba di sini ialah nasi lemak telur rebus, nasi minyak ayam, nasi goreng dan roti kosong. Untuk minuman juga ada pelbagai jenis pilihan, jadi pilihlah yang mana anda berkenan.
Alamat: PB305 Y244 Jalan Pintasan Kuantan, Kampung MPK, Kampung Batu Tujuh, 25150 Kuantan, Pahang
Untuk pengetahuan anda, restoran ini merupakan salah satu cawangan restoran MABIQ. Jadi anda boleh singgah di mana mana restoran yang berdekatan dengan anda.
Antara menu istimewa yang boleh anda cuba di sini ialah Masak Lemak Tempoyak Ikan Patin, Paeh Ikan Patin dan Daging Salai. Lauk-pauk lain juga boleh didapati di sini. Restoran ini menawarkan servis layan diri dan menurut ramai, persekitarannya juga bersih.
Alamat: B56, Jln IM 7/1, Bandar Indera Mahkota, 25200 Kuantan, Pahang
Kafe yang terletak di Bandar Indera Mahkota ini baharu sahaja beroperasi. Namun, kualiti makanan yang disajikan serta servis yang ditawarkan memang patut dipuji.
Restoran ini menyediakan sajian tempatan dan makanan Barat. Antara yang boleh anda cuba ialah Lemon Chicken With Rice, Butter Chicken with Rice dan Nasi Goreng USA.
Alamat: 127, Jalan Seri Kuantan 2, Taman Teluk Sisik, 25050 Kuantan, Pahang
Restoran ini boleh dikatakan sebagai ‘saudara’ kepada restoran Loteng. Jadi jika anda menggemari menu-menu di Loteng, anda pasti akan menyukai menu di sini juga. Kami berani jamin!
Restoran ini menyediakan makanan Barat yang berbagai. Pasta merupakan antara hidangan yang laku keras. Spaghetti Carbonara yang berkrim dan Aglio Olio yang secukup rasa memang wajib anda cuba.
Alamat: B2 GF LORONG MAT KILAU 24/1, Taman Raya, 25000 Kuantan, Pahang
Boleh dikatakan kafe moden yang menyajikan makanan Barat di Kuantan ini memang banyak. Namun, untuk mencari yang betul-betul berkualiti, tidak semudah yang dijangka.
Restoran The Robok Dapur merupakan antara kafe moden yang wajib anda singgah jika ke Kuantan. Restoran ini menyajikan makanan Barat dan tempatan yang kena dengan citarasa orang kita.
Alamat: Bandar Indera Mahkota, 25200 Kuantan, Pahang
Untuk makan malam, pasti anda teringin untuk menikmati nasi goreng, bukan? Salah satu restoran yang kami yakin anda akan suka ialah Restoran Selera Zuzana.
Restoran ini menyediakan masakan panas yang berbagai. Bukan itu sahaja, lauk-pauk lain seperti siakap tiga rasa, tomyam campur, paprik ayam dan kerabu mangga juga turut disediakan. Sedap? Semestinya!
Alamat: a21, 23, Lorong Tun Ismail 12, Sri Dagangan Bussiness Centre, 25000 Kuantan, Pahang
Siapa sahaja yang tidak pernah terdengar nama Horizon Garden Restaurant ini? Restoran ini mempunyai cawangan di serata Malaysia, jelas menunjukkan betapa popularnya ia.
Keistimewaan utama restoran ini terletak pada kualiti hidangan yang disediakan. Ramai pelanggan mengakui yang kualitinya setaraf dengan hidangan di Hotel, memang best!
Sotong butter, udang goreng tepung, ayam masak lemon dan tomyam campur merupakan antara yang wajib anda cuba. Enak dimakan beramai-ramai!
Alamat: 4a, Jalan Besar, 25000 Kuantan, Pahang
“Burger Homemade Kuantan No.1” ialah slogan restoran Burgerak™ ini, jelas menunjukkan yang burger di sini terbaik dan yang penting, dibuat sendiri.
Selain burger, restoran ini juga menyediakan makanan Barat. Nasi bersama ayam butter, burrito, Garlic Bread with Mushroom Soup dan Chicken Chop merupakan antara yang wajib anda nikmati.
Alamat: 6 bangunan LKNP, Jalan Besar, 25000 Kuantan, Pahang
Menikmati nasi lemak, kuih-muih atau roti bakar bersama secawan teh tarik pasti mampu membangkitkan mood anda. Tambah pula bila anda stres bekerja, sekali-sekala isilah perut dengan menu sarapan kegemaran.
Jadi, singgahlah di restoran Pagi & Daisy! Restoran ini menyediakan pelbagai jenis menu sarapan tempatan yang memang kena dengan citarasa ramai. Teh Tarik Nona merupakan minuman signature di restoran ini.
Bukan itu sahaja, kek cawan juga turut disediakan di sini. Pendek kata, memang beraneka jenis menu sarapan boleh didapati. Dekorasi restoran juga sangat cantik!
Alamat: B282/2, Jalan Dato Lim Hoe Lek, Kampung Mutan Setali, 25200 Kuantan, Pahang
Banyak betul tempat makan di Kuantan yang menyajikan masakan kampung. Kebanyakannya juga memang sedap-sedap setiap hidangannya.
Restoran Sri Kampung Satu merupakan antara restoran masakan kampung yang terbaik sekitar sini. Walaupun baharu sahaja beroperasi sekitar 2014, ianya boleh dikatakan agak maju.
Lauk-pauk yang dihidangkan memang berbagai. Masak lemak siput sedut, ayam goreng, ikan bakar dan aneka jenis sayuran dan ulaman juga boleh didapati.
Alamat: A-1820, Jalan Telok Cempedak, Taman Teluk Cempedak, 25050 Kuantan, Pahang
Teluk Cempedak merupakan antara tarikan pelancongan utama di Kuantan. Tempat makan yang menarik juga ada berbagai sekitar situ. Salah satunya ialah restoran La Casa Kuantan.
Wah, namanya ala-ala kafe Perancis, bukan? Restoran ini menyediakan sajian Barat. Piza, stik, pasta dan makanan berat yang lain ada disediakan di sini. Bukan sahaja enak, malah persembahan makanannya juga cantik!
Alamat: A892, 2, Lorong Sri Kuantan 42, Perkampungan Seri Kuantan, 25250 Kuantan, Pahang
Dari luar nampak seperti kafe moden yang biasa kita lihat. Namun, menu-menu di kafe Beanz & Co ini bukan biasa-biasa sedapnya. Ulasan di Internet juga kebanyakannya positif-positif belaka!
Kafe ini menyajikan makanan Barat. Chicken Chop dan Garlic Bread with Mushroom Soup merupakan antara yang boleh anda cuba. Kopi di sini juga sedap-sedap & aromanya cukup harum.
Alamat: Jalan Teluk Sisek, Kuantan, Pahang 25000
Mustafa Cendol boleh dikatakan antara cendol yang terbaik di KuantanApa yang menarik di sini yang patut anda cuba? Anda boleh mencuba cendol campurnya. Serta jangan lupa makanan seperti rojak aya. Barulah kena makan rojak bersama cendol.
Selain itu, anda boleh mencuba ABC dengan aiskrim juga patut dicuba. Mi goreng juga turut disediakan di sini. Saiz hidangannya yang besar patut dipuji.
Alamat: Jalan Teluk Sisek (Jalan Besar), Kuantan, Pahang 25000
Apa yang menarik? Tempat ini sesuai untuk mereka yang ingin mencari sedikit keunikkan. Sesuai untuk mereka yang sukakan dessert dan ingin mencuba set BBQ. Di sini menu yang dicadang adalah seperti Air pandan ‘cooler’, kek keju mangga dan Set BBQ.
Kata orang, kek keju mangganya sedap. Jadi, pastikan anda mencubanya apabila datang ke sini. Memang mendapat pujian ramai untuk Cheesecake mangganya. Jadi sekali lagi kami tekankan, sila cuba apabila berada di sana!
Kesimpulannya, memang banyak tempat makan di Kuantan yang menarik. Dari kafe ‘hipster’ ke warung biasa, semuanya ada dan pasti kena dengan citarasa masing-masing yang berbeza.
Jadi, singgah sahaja mana-mana yang berkenan di hati. Datang pada waktu yang sesuai ya, takut nanti ruang parkir dan ruang dalam restoran penuh pula. Selamat menjamu selera!