Mencari tempat makan best di Kelantan?
Kelantan adalah sebuah negeri yang terkenal dengan kekayaan budaya dan tradisi. Selain itu, negeri Pantai Timur ini juga terkenal dengan makanan unik yang kini sudah bertaburan di seluruh negara.
Namun pastinya keasliannya masih berada di bumi Kelantan itu sendiri. Mungkin kita pernah mendengar kuih tahi itik, akok, cek mek molek dan sebagainya, bukan?
Semuanya ini berasal dari Kelantan. Begitu juga nasi kerabu dan juga nasi air.Boleh dikatakan makanan di Kelantan kebanyakkan sedap dan menarik untuk dicuba.
Di sini kami senaraikan 35 tempat makan best di Kelantan yang patut anda terjah. Seperti biasa, susunan ini adalah tidak mengikut “ranking”. Jika berminat, teruskan membaca ya!
Alamat: Kampung Kraftangan, Jalan Hilir Kota (15300), Kota Bharu
Restoran Cikgu Nasi Ulam terkenal dengan masakan melayunya. Untuk para wanita, tempat ini pasti menjadi tarikan kerana tersedianya juadah ulam pelbagai jenis.
Selain makanan, keadaan sekeliling dan panorama sekitarnya juga menarik, menjadikan ianya antara tempat pilihan untuk disinggah. Tempat ini penuh dengan kesenian.
Restoran Cikgu Nasi Ulam ini berkonsepkan layan diri. Jadi kenalah ambil makanan anda sendiri. Kami pasti anda akan berpuas hati dengan menu pelbagai jenis yang disediakan dengan harga yang sangat berbaloi.
Alamat: Pt 119, Aras Bawah, Jalan Tg. Petra Semerak, Seksyen 9, 15000 Kota Bharu, Kelantan
Waktu Operasi: Setiap hari, 7 am – 12 am
Tidak keterlaluan jika kami katakan yang Restoran Wau ini memang restoran syurga makanan. Hal ini demikian kerana genre makanan di sini memang pelbagai.
Jenis hidangan juga ada banyak – nasi kerabu, maggi, roti, nasi sup, burger, psta, semuanya ada. Memang bikin rambang mata!
Imej via Foursquare
Roti canai, nasi goreng, roti hamlet sardin dan colek merupakan antara menu terlaris di sini. Enak juga dinikmati semasa sarapan, jadi anda wajib pesan.
Alamat: Tanah Merah, 17500 Tanah Merah, Kelantan
Waktu Operasi: Setiap hari, 8 am – 11 pm
Selera Tepi Sungai adalah antara tempat makan best di Kelantan yang wajib anda kunjungi. Ianya menyajikan selera tempatan dan Barat yang berbagai dan enak-enak belaka.
Imej via Foursquare
Untuk menu sarapan, kami sarankan agar anda cuba nasi kerabu mereka yang memang sedap. Untuk makan tengah hari, jenis sajian yang boleh anda cuba ialah masakan kampung.
Makanan Barat seperti Chicken Mushroom Fetuccine Carbonara, Deep Fried Calamari dan Sirloin Steak juga turut dihidangkan. Saiz hidangannya besar, jadi ianya memang mengenyangkan.
Alamat: 15150 Kota Bharu, Kelantan
Berdasarkan nama, pasti anda dapat mengagak menu istimewa di sini. Jika di Melaka terkenal dengan Coconut Shake Klebang, di sini ada air kelapa istimewa Din Raja Air Nyior!
Sedikit berbeza, air kelapa di sini dicampur dengan pelbagai campuran seperti cincau dan cendol. Menarik. bukan?
Imej via Foursquare
Seperti yang diketahui, air kelapa sememangnya mempunyai banyak manfaat bagi tubuh. Jadi, tempat ini bolehlah dikategori tempat ‘sihat’ untuk penggemar minuman yang manis tetapi menyihatkan.
Alamat: Jalan Sultanah Zainab Kota Bharu, Kelantan
Ada dua perkara patut anda cuba jika anda berada di sini. Anda wajib cuba nasi lemak bersama ayam gorengnya, ataupun anda boleh pesan set roti bakar.
Inilah dua menu utama yang sering dipesan ramai. Jika dua ini juga tidak disukai, bolehlah juga memilih laksam sebagai pilihan yang lain, rasanya juga sama enak dengan dua menu yang istimewa tadi.
Tempat makan ini dikatakan menghidang tempat memnyediakan roti bakar terbaik di Kota Bharu. Tempat ini dicadangkan untuk mereka yang datang secara santai.
Alamat: Wakaf Che Yeh (Jalan Kuala Krai) 15100 Kota Bharu
Tempat makan yang ingin kami kongsikan ini adalah tempat makan untuk penggemar ikan bakar. Antara tempat makan ikan bakar yang ingin kami syorkan adalah KST Ikan Bakar Wakaf Che Yeh.
Walau bagaimanapun, sering disebut ramai adalah KST Ikan Bakar dan Raja Ikan Bakar. Adakah kami betul?
Imej via Foursquare
Raja Ikan Bakar terkenal dengan sambalnya yang pedas, KST Ikan Bakar pula mempunyai pelbagai pilihan air asam yang boleh dimakan. Tepuk dada tanya perut jawapnya. Yang penting, apabila anda berada di sini, jangan lupa pesan sotong goreng tepungnya.
Alamat: Belakang KTC/Hospital Pakar Perdana (Jalan Gereja) 15000 Kota Bharu
Anda peminat milo dinosaour? Tetapi di sini ianya dipanggil milo tunggeng. Jika ya, ini mungkin kedai yang sangat disyorkan. Menjadi pilihan untuk tempat sarapan pagi di Kelantan.
Jadi, jika anda ingin ke sini, silalah datang lebih awal ataupun sedikit lewat. Warungnya kecil sahaja dan lokasi warung ini pula terletak di belakang Hospital Pakar Perdana.
Selain milo, pelbagai juadah sarapan pagi ada di jual di sini. Tidak larat untuk kami ceritakan, kerana pelbagai menu boleh anda cuba dan makan di sini. Nasi lemak merupakan antara menu sarapan yang laku keras.
Alamat: Medan Ikan Bakar Kuala Besar 15350 Kota Bharu, Kelantan
Sebut sahaja teh tarik madu, Warung Pak Mat Pulau Pisang inilah yang paling terkenal dengan menu itu. Boleh dikatakanteh tarik madu di sini boleh bikin sesiapa sahaja terliur melihat buih air teh tarik ini berjurai keluar.
Selain itu, menu lain yang dicadangkan adalah sup ikan. Warung Pak Mat Pulau Pisang ni tidak perlukan menu yang bermuka-muka surat.
Warung Pak Mat Pulau Pisang ini tidak sukar untuk dicari. Ia terletak di Medan Ikan Bakar Kedai Buloh menuju ke Pantai Cahaya Bulan. Waktu operasi di sini adalah daripada pukul 7.30 pagi hingga 4.30 petang. Ianya dibuka setiap hari kecuali hari Selasa dan Jumaat.
Alamat: Jalan Dusun Muda, Kampung Dusun Muda, 15200 Kota Bharu, Kelantan
Waktu Operasi: Setiap hari, 4.30 pm – 2 am
Kepada penggemar ikan bakar, kami sarankan agar anda singgah di restoran Ikan Bakar Kukup yang terletak di Kampung Dusun Muda ini.
Restoran ini menyajikan pelbagai pilihan makanan laut yang segar-segar. Ada pelbagai jenis ikan yang boleh anda pilih seperti siakap, jenahak pari dan bawal.
Imej via Foursquare
Makanan laut lain seperti sotong, kerang dan lala juga boleh didapati. Cara masakan juga boleh dipilih sendiri, sangat menarik!
Alamat: Jalan Seri Cemerlang (off Jalan Dusun Raja) Kota Bharu
Seterusnya tempat makan Nasi Sup Cemerlang. Restoran ini terkenal dengan supnya. Dikatakan anda wajib untuk cuba makan daging bakarnya yang cukup istimewa.
Ada yang berkata satu pinggan tidak mencukupi dek kerana keenakannya yang tidak terhingga. Walaupun perut sudah kenyang,
Alamat: 15400 Kota Bharu, Kelantan
Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Ahad, 3.30 – 11 pm
Kekeringan idea kerana tidak tahu mahu makan apa untuk minum petang Jika anda berada sekitar Kota Bharu, singgah sahaja di Warung Badik2.
Warung ini terkenal dengan menu berasaskan mi dan bihun yang sedap-sedap. Minuman pencuci mulut mereka juga turut mencuri perhatian ramai.
Imej via Foursquare
Kami sarankan agar anda cuba bingsu mangga yang cukup sedap dan menyegarkan tekak. Ianya tidak terlampau manis dan rasa mangganya memang segar.
Alamat: Jalan Abdul Kadir Adabi, Kota Bharu, Kelantan
Seterusnya adalah nasi kukus. Kami mendapat respom yang sangat positif tentang tempat makan ini. Awal Nasi Kukus juga mendapat juga jolokan sebagai antara nasi kukus terbaik di Kelantan.
Ayam gorengnya dikatakan sangat sedap.Tempat ini juga dikatakan sanagt sesak pada pukul 1 petang. Jadi, kami syorkan anda supaya datang lebih awal untuk menikmati nasi kukus terbaik ini!
Alamat: Kampung Baharu, 16210 Tumpat, Kelantan
Kelantan dan nasi kerabu tidak akan boleh dipisahkan sampai bila-bila. Malah anak-anak Kelantan akan terus mencari nasi kerabu walau ke mana pun mereka merantau. Jadi tidak hairanlah jika nasi kerabu boleh didapati di mana-mana saja di Malaysia.
Tidak sah kalau ke Kelantan tidak makan nasi kerabu. Jadi di sini kami kongsikan restoran yang menghidangkan nasi kerabu yang enak dan boleh anda cuba jika berada di sini.
Alang-alang menacari, biarlah yang sedap bukan. Untuk nasi kerabu, antara kedai makan yang anda boleh cuba adalah Nasi Kerabu Azma. Nasinya boleh dikatakan tip top! Selain itu, sup di kedai ini juga mendapat pujian ramai.
Alamat: Jalan Kota Bharu-Pengkalan Kubor 16200 Tumpat,
Seterusnya mari kita mencuba sate pula jika berada di Kelantan. Tempat yang disyorkan adalah satay Razak wakaf Bharu. Dikatakan antara tempat makan sate pilihan di Kelantan.
Alamat: Bangunan MDPP, Jalan Pasir Puteh, Cherang Ruku, Pasir Puteh
Alemy Meggi Ketam merupakan salah satu restoran paling hangat di Kelantan masa kini. Megi ketamnya menjadi buruan pelancong tempatan yang bercuti ke Kelantan.
Ada yang menggelar restoran megi ketam Cherang Ruku. Megi ketam di sini dimasak menggunakan ketam nipah segar. Ianya kemudian dihidangkan di dalam periuk tanah untuk menaikkan aroma serta mengekalkan suhu megi yang amat sedap dimakan ketika panas.
Setiap hidangan menggunakan dua ekor ketam nipah yang bermula daripada saiz yang kecil sehinggalah kepada saiz yang besar. Harganya tertakluk kepada saiz ketam yang digunakan dan juga harga pasaran ketam semasa. Biasanya harga setiap hidangan bermula daripada RM20 sehinggalah kepada RM50.
Melihat Alemy Meggi Ketam yang mendidih dihadapan kita dengan dua ekor ketam bertakup di atasnya dengan wap serta aroma yang menyelerakan, periuk tanah itu boleh dikososngkan dalam masa yang amat singkat
Alamat: Lot 947, Jalan Hospital, Kampung Belukar, 15000 Kota Bharu, Kelantan
Waktu Operasi: Setiap hari, 6 am – 1.30 pm
Antara restoran nasi kerabu yang wajib anda singgah ialah restoran Nasi Kerabu Panji. Restoran yang terletak di Kampung Belukar ini memang terkenal sebagai port sarapan yang menarik.
Imej via Foursquare
Kepelbagaian lauk-pauk yang disajikan di sini merupakan antara punca nasi kerabunya laku keras. Ada ayam goreng, puyuh goreng, kambing bakar, ayam kampung goreng dan ayam percik. Dijamin enak!
Alamat: Sebelah Stesen Minyak Caltex, Guchil 2, 18020 Kuala Krai
Kedai ini lebih merupakan sebuah warung, akan tetapi kualiti makanan yang disajikan boleh dianggap bertaraf restoran. Terletak berhampiran simpang tiga Guchil-Kuala Krai, warung ini menyajikan roti tempayan yang asli yang dianggap terbaik di Kelantan.
Rotinya diadun dengan resipi tradisi dan di bakar di dalam tempayan dengan arang menjadikan aroma serta kelembutan aslinya amat mudah memerangkap selera sesiapa yang mencubanya.
Tidak kurang juga dengan pencicahnya yang terdiri daripada pelbagai jenis kari atau gulai bercirikan Kelantan yang amat pekat dan berperisa.
Kari daging mahupun ayam selain ikan adalah kuah yang sering menjadi pilihan pelanggan selain daripada kari kambing yang dianggap amat memenuhi selera pengunjung di sini. Tetapi satu kuah yang begitu istimewa adalah kari kepala ikan yang sangat sedap.
Selain roti tempayan, terdapat juga makanan ala mamak yang lain seperti roti canai, murtabak dan sebagainya. Harganya juga amat berpatutan.
Alamat: 4357-A, Taman Desa Jaya, Jalan Pengkalan Chepa, 15400 Kota Bahar
Kopitiam Kita adalah sebuah kafe untuk sarapan yang paling popular di Kota Bharu atas alasan kunjungan yang berterusan daripada masyarakat setempat mahupun pengunjung dari luar.
Malahan lebih membanggakan adalah kunjungan daripada selebriti dan juga pemimpin-pemimpin politik yang sering menjamu selera di kafe ini.
Untuk berlaku adil, makanannya juga amat unik dan memikat yang terdiri daripada himpunan nasi dan juga kuih muih dari seluruh pelusuk Kelantan.
Daripada Nasi Kak Wok, Nasi Air Dingin sehinggalah kepada Nasi Tumpang Kubang Pasu, semuanya boleh didapati di kafe ini. Menjadikan ianya merupakan “one stop center” kepada makanan Kelantan.
Tidak dilupakan adalah Roti Titab yang dianggap menu ‘signature’ kafe Kopitiam Kita ini. Dengan telur separuh masak yang tertancap diatas roti bakar, dengan mudah selera kita tercuit.
Alamat: Jalan Masji Lundang, Kota Bahru
Tidak banyak yang perlu dikatakan berkenaan nasi Kak Wook yang amat popular di Kota Bharu. Kedai ini telah diusahakan turun temurun sejak bertahun yang lampau. Setiap warga Kota Bharu pasti tahu dan pernah merasai keenakan Nasi Kak Wook.
Menunya amat mudah dengan nasi berlauk ayam goreng berempah dan juga gulai ayam. Apa yang menjadikannya amat istimewa adalah rasa rempah ayam gorengnya yang begitu unik dan tidak akan didapati di tempat lain.
Begitu juga rasa gulai ayamnya yang begitu baik dan melekat. Tidak hairanlah jika sehingga kini nasi Kak Wook ini telahpun memiliki cawangan samada yang memang dibuka oleh waris ataupun sekadar pada nama.
Alamat: Jalan Sultan Yahya Petra, Kota Bharu
Antara restoran nasi kerabu lain yang dikatakan terbaik adalah Restoran Nasi Kerabu Golok yang terletak di Jalan Sultan Yahya Petra.
Dengan nasi berwarna biru, anda boleh memilih pelbagai jenis lauk pauk untuk dipadankan dengan ulam-ulaman dan juga budu dan pelbagai perencah lain.
Terdapat ikan bakar, daging salai, telur masin, daging goreng, cili solok serta bermacam-macam lagi lauk asas nasi kerabu. Dikatakan kekuatan sebenar nasi kerabu Golok ini adalah daging salai serta ayam bakarnya yang amat sedap.
Ditambah pula dengan ulam-ulaman yang segar serta budu yang juga segar. Tidak boleh dilupa juga adalah tomyamnya yang tidak kurang hebatnya.
Alamat: 847 Jalan Long Yunus (Jalan Pekeliling), Kota Bharu
Selain nasi kerabu, Kelantan turut terkenal dengan makanan percik yang amat popular. Tambahan pula dimakan dengan nasi kerabu. Tidak hairanlah jika Restoran Yati Ayam Percik ini amat popular dan mendapat perhatian ramai.
Keistimewaan restoran ini adalah ayam, daging serta ikannya dipanggang di atas arang kayu yang menghasilkan aroma serta rasa yang berbeza. Pastinya rasa yang unik ini turut disumbang oleh adunan rempah ratus yang unik serta rahsia.
Begitu juga sos perciknya yang dikatakan lemak berkrim dan digemari oleh penduduk setempat mahupun pengunjung dari luar.
Ayam percik ini pula dihidangkan bersama nasi kerabu yang asas. Membayangkannya saja sudah cukup menyelerakan terutama bagi penggemar nasi kerabu.
Selain ayam percik, terdapat juga pelbagai masakan lain seperti sup tulang, ayam kampung, burung puyuh, ikan cencaru bakar, daging bakar, gulai kawah, gulai serati dan pelbagai jenis kuih muih Kelantan yang pelbagai.
Restoran ini sentiasa sesak dengan pelanggan yang berkunjung terutama pada musim cuti sekolah. Malah kini restoran ini sudah memiliki cawangan di luar Kelantan seperti di USJ dan juga Bangi.
Alamat: Jalan Sultanah Zainab, Kota Bharu
Seterusnya, mari kita mengubahselera kepada masakan sarapan pagi ala western. Kedai yang dimasukkan adalah Matsaleh Burger. Untuk peminat-peminat waffle, tempat makan ini mungkin boleh dijadikan senari pendek anda.
Aiskrim waffle dan burger adalah menu utama apabila anda berada di sini. Harga pula dikatakan murah,tetapi berkualiti. Kata mudah, sanagat berpuas hati. Berdasarkan gambar, anda dapat lihat ais krim yang digunakan sanagt berkualiti dan nampak mengliurkan.
Selain menu waffle beraiskrim, masakan western seperti spageti juga sangat disyorkan. ABC di sini juga antara menu boleh cuba apabila berada disini.
Alamat: Lot 1346, Jalan Pasir Hor, Kampung Jaya, 15100 Kota Bharu, Kelantan
Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Jumaat, 5 am – 12.30 am
Jujur kami katakan, negeri Kelantan memang terkenal dengan restoran yang menyajikan selera makanan yang berbagai. Salah satu restoran yang dimaksudkan ialah Kiasatina Cafe.
Imej via Foursquare
Restoran ini menyajikan sajian tempatan dan Barat. Antara jenis hidangan yang boleh dipesan ialah nasi goreng, roti tempayan, bihun, tomyam, belut dan banyak lagi.
Alamat: : PT 2497, Kg. Cherang, Jalan Abdul Kadir Adabi, Taman Kenangan, 15200 Kota Bharu, Kelantan
Kafe ini memang khas buat pencinta kopi di luar sana. Menurut pelanggan yang pernah mencuba kopi di sini, kopi di kafe ini katanya bukan biasa-biasa rasanya. Pekat dan kena dengan citarasa!
Imej via Foursquare
Selain kopi, mereka juga terkenal dengan pencuci mulut seperti Shibuya Honey Toast dan wafel. Jika dikenakan bersama kopi mereka seperti Americano, Caffe Latte dan Espresso, pasti berganda keenakannya!
Alamat: 78 No, Seksyen 26 Lot, 4830, Jalan Bayam, 15200 Kota Bharu, Kelantan
Waktu Operasi: Isnin – Khamis, 3 – 10.30 pm manakala Jumaat – Ahad 3 – 11.30 pm
Satu lagi tempat makan best di Kelantan yang terkenal dengan makanan Thai ialah SIAM – Restoran Ikan Bakar & Thai Street Food.
Imej via Foursquare
Hidangan Thai di sini dikatakan enak dan persis street food di Bangkok. Antara yang boleh dicuba ialah Daging Bakar Thai, Pulut Sua Rong Hai dan Phad Kra Pao.
Masakan panas seperti pelbagai jenis nasi goreng juga turut disajikan. Jangan lupa untuk cuba tomyam mereka yang cukup padu!
Alamat: Jalan Sultan Ibrahim, Bandar Kota Bharu, 15050 Kota Bharu, Kelantan
Imej via Foursquare
Satu lagi kafe ‘hipster’ yang boleh anda kunjungi di sekitar Kota Bharu ialah Sweetheart Coffee Shop. Terkenal dengan makanan Barat dan minuman milkshake, kafe ini berkonsepkan santai dan moden.
Imej via Foursquare
Menu yang paling terkenal di kafe ini ialah Chicken Chop. Mungkin menu ini kedengaran biasa sahaja tapi di kafe ini, menu ini merupakan antara yang paling istimewa kerana saiz hidangannya yang besar.
Alamat: Jalan Tok Kenali, Kubang Kerian, 16150 Kota Bharu, Kelantan
Ada penggemar tomyam di sini? Restoran yang kami cadangkan ini pasti akan memuaskan hati dan tekak anda! Terkenal dengan menu tomyam, restoran ini juga menyajikan makanan tempatan, Thai dan Barat.
Imej via Foursquare
Salah satu tempat makan best di Kelantan yang wajib dikunjungi buat pencinta tomyam ialah restoran Su Tomyam.
Punca utama menu tomyam di sini begitu digemari ramai ialah aromanya yang memikat, kuahnya yang pekat dan lauknya yang banyak. Jika dimakan bersama nasi putih panas dan telur dadar, pasti lebih ‘kaw’!
Alamat: Jalan Kebun Sultan, Bandar Kota Bharu, 15300 Kota Bharu, Kelantan
Imej via Foursquare
Antara tempat makan best di Kelantan yang dikatakan hipster ialah Lugano Coffee House. Kafe ini menghidangkan makanan Barat dan cukup popular dengan penkeknya.
Berbanding dengan penkek biasa, menurut pelanggan di sini, penkek di Lugano Coffee House ini lembut dan tidak terlampau manis. Dihidangkan bersama aiskrim coklat, kami yakin ianya boleh bikin sesiapa sahaja jatuh cinta.
Imej via Foursquare
Spagetti mereka juga tidak kurang hebatnya, tambah-tambah pula jika anda cuba Aglio Olio mereka. Masih teringinkan nasi? Jangan risau, Lugano Fried Rice dan Kampung Fried Rice ada disediakan di sini, dijamin enak!
Alamat: Kedai Salor, Jalan Wakaf Che Yeh – Salor – Pasir Mas, 15100 Pasir Mas, Kelantan
Jika anda berada di sekitar Pasir Mas dan mengidamkan kuih akok, anda bolehlah singgah di gerai ini. Menurut ramai, gerai ini menyajikan kuih akok yang terbaik!
Imej via Foursquare
Harganya juga tidak terlalu cekik darah. Tekstur kuih akok yang gebu, aromanya yang memikat dan rasanya yang lemak manis menjadikan punca utama kuih akok di sini begitu terkenal, anda wajib cuba!
Alamat: No. Lot 1057, Tingkat Bawah, Jalan Che Su, 15050, Kota Bharu, Kelantan, 15000
Restoran ini pernah dianugerahkan Anugerah Kedai Harga Patut (AKHP) pada tahun 2016 kerana mereka menawarkan harga yang amat berpatutan untuk makanan mereka. Jadi buat sesiapa yang ingin jimat, singgah saja di restoran ini!
Imej via Foursquare Imej via Foursquare
Harga yang murah tidak bermaksud kualiti dan kuantiti makanannya terjejas ya! Saiz hidangan untuk setiap makanan memang besar. Antara menu yang sering dipesan ialah nasi kuah kari berlaukkan ayam kampung atau ikan keli.
Alamat: 1/20 Lorong Shell Jln Pengkalan Pasir, 17000 Pasir Mas, Kelantan
Dek kerana cuaca sekarang yang panas terik, tekak anda pasti mengidamkan minuman yang boleh menyegarkan tekak anda, bukan? Singgah saja di Warung Kurnia Ibu yang terletak di Pasir Mas dan cubalah coconut shake mereka!
Imej via Foursquare
Jika di Melaka kita ada Klebang Original Coconut Shake, di Pasir Mas kita ada air kelapa Warung Kurnia Ibu. Coconut shake yang segar dan tidak terlampau manis memang menjadi kegilaan ramai!
Alamat: Jalan Kebun Sultan, 15300 Kota Bharu, Kelantan
Imej via Foursquare
Pernah terdengar tentang kek mille crepe? Kek yang semakin viral di media sosial ini boleh didapati di Arnold Cycling Cafe. Ia juga merupakan antara menu yang paling popular di kafe itu.
Imej via Foursquare
Sambil anda menjamah kek mille crepe yang lembut dan manis itu, anda boleh juga mencuba kopi mereka seperti Hazelnut Mocha atau Latte. Pekat dan hiasannya juga cantik!
Alamat: 271, Jalan Dusun Muda, Bandar Kota Bharu, 15200 Kota Bharu, Kelantan
Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Selasa, 1 – 11 pm
BĀO BĀO Cafe adalah antara tempat makan best di Kelantan yang wajib anda kunjungi. Tambahan pula jika anda mahu singgah di kafe hipster – ini salah satu tempatnya!
Kafe ini menyajikan hidangan Barat yang kena dengan citarasa ramai. Pilihan menu juga berbagai – dari pasta, burger, snek dan makanan berat, semuanya ada.
Imej via Foursquare
Ana boleh pesan menu-menu seperti Flame Grilled Beef Burger, Salted Egg Yolk Pasta, Smoked Duck Aglio Olio dan Crispy Chicken. Dijamin sedap!
Alamat: Bandar Kota Bharu, 15000 Kota Bharu, Kelantan
Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Jumaat, 12.30 – 10 pm
Mengidamkan nasi kukus? Jika anda berada sekitar Bandar Kota Bharu, inilah antara restoran yang wajib dituju – restoran Nasi Kukus Zaeman.
Imej via Foursquare
Nasi kukus di sini bukan sebarang nasi kukus. Ayam yang digoreng rangup serta kuah kari yang pekat dan secukup rasa telah berjaya menambat hati ramai pelanggannya. Rugi jika anda tak cuba sendiri!
Alamat: Berek 12, Paya Bemban, Jalan Hospital, 15200 Kota Bharu, Kelantan
Waktu Operasi: Setiap hari, 11 am – 5 pm
Tak sahlah ke Kelantan jika anda tak cuba nasi air. Nasi air ini merupakan hidangan pantai Timur yang memang terkenal di samping nasi kerabu dan nasi dagang.
Imej via Foursquare
Maksu Nab Nasi Air merupakan antara tempat makan best di Kelantan yang wajib anda singgah jika ingin menikmati nasi air Kelantan yang sedap dan asli.
Selain itu, restoran ini juga turut menyajikan nasi ayam Hainan. Ianya juga terjual laris! Saiz hidangannya sederhana dan harganya juga berpatutan.
Anda sukakan tempat makan best di Kelantan yang dipilih oleh kami? Restoran atau kedai makanan yang mana menjadi pilihan kalbu anda? Oh, jangan lupa untuk like atau share jika restoran atau kedai makan yang dikongsi menarik.
Selain tempat makan best di Kelantan, kami juga menulis artikel tempat makan menarik tempat lain yang patut anda cuba. Klik sahaja pada pautan di bawah untuk mengetahui dengan lebih lanjut.