Mencari tempat makan hipster di Kuala Lumpur?

Kami tak perlu perkatakan dengan lebih-lebih lagi jika sebut tentang Kuala Lumpur, kerana tempat makan hipster di situ memang ada berbagai. Genre makanan juga beraneka, boleh bikin ramai rambang mata!

Anda masih keliru nak singgah yang mana satu? Tidak mengapa, berikut kami senaraikan 15 tempat makan hipster di Kuala Lumpur untuk anda. Teruskan membaca!

#1 Merchant’s Lane

Alamat: 150, Jalan Petaling, City Centre, 50000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu operasi: Setiap hari kecuali Rabu, hari minggu (11.30 am – 10 pm) manakala hujung minggu (9.30 am – 10 pm)

Ini merupakan antara port hipster di Kuala Lumpur. Buktinya, kafe ini sentiasa menjadi kunjungan ramai, walaupun semasa hari minggu. Memang popular! Kafe ini menyajikan makanan selera tempatan dan Barat.

Imej via Foursquare
Imej via Foursquare

Antara yang boleh anda cuba ialah Eat Die Me, menu sarapan yang terkenal di sini. Pasta South China Sea juga wajib anda cuba. Bersaiz besar dan sangat mengenyangkan! Untuk minuman, anda boleh cuba Rose Honey Milk, manis dan berkrim!

#2 Jibby East

Alamat: Sunway Montana (U/C), 53100 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur

Waktu operasi: Setiap hari, 10.30 am – 10.30 pm

Jika anda baca ulasan tentang kafe ini di internet, kami yakin anda pasti akan teruja untuk cuba makanan di sini. Sememangnya kafe Jibby East ini merupakan antara kafe hipster yang terkenal di KL. Selain port bergambar, makanan di sini juga terbaik!

Imej via Foursquare

Citarasa Barat merupakan jenis hidangan yang disajikan di kafe ini. Anda boleh cuba menu seperti Parmesan Crusted Panko Chicken, hidangan ayam berkeju yang dikatakan terlajak sedap dan hidangan pasta Tiger Prawn Spagheti.

Imej via Foursquare

Kafe ini turut menyajikan pemanis mulut. Pavlova dan Nutellava merupakan antara yang paling popular. Nutellava merupakak kek coklat yang dibanjiri dengan lava coklat Nutella di dalamnya, sangat menarik!

#3 Strangers at 47

Alamat: 45, 47 49, Jalan 17/45, Seksyen 17, 46400 Petaling Jaya, Selangor

Waktu operasi: Setiap hari kecuali Selasa, 10 am – 9.30 pm

Mahu menikmati makanan yang enak-enak sambil bersantai di kafe yang bukan sahaja cantik, malah selesa ruanganya? Inilah salah satu kafe yang wajib anda terjah – Strangers at 47!

Imej via Foursquare

Terletak di Petaling Jaya, kafe ini terkenal dengan krep mereka. Ada pelbagai jenis krep yang boleh didapati di sini, antaranya ialah Red Riding Hood, Dark Side dan Shore to Please.

Bukan krep sahaja, menu lain juga boleh didapati. Ayam goreng Korea pedas atau Spicy Korean Chicken merupakan menu lain yang popular di sini.

#4 VCR

Alamat: 2, Jalan Galloway, Bukit Bintang, 50150 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu operasi: Setiap hari, Isnin – Khamis (8.30 am – 5 pm), Jumaat – Ahad (8.30 am – 11 pm)

Ada pencinta kopi di sini? Jika anda peminat tegar minuman tersebut, kafe VCR merupakan antara tempat makan hipster di Kuala Lumpur yang wajib anda terjah.

Imej via Foursquare

Antara kopi yang boleh anda cuba di kafe ini ialah Espresso, Macchiato, Flat White, Capuccino, Piccolo dan Latte. Kopi di sini dikatakan dibru segar dan mempunyai aroma yang sangat harum.

Bukan kopi, sahaja, malah makanan di sini juga tidak kurang hebatnya. Anda boleh cuba wafel kentang, Soft Shell Crab Burger, Black Velvet Cake, King Cake dan Surf & Turf.

#5 Antipodean Cafe

Alamat: 20, Jalan Telawi 2, Bangsar, 59100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu operasi: Setiap hari, 7 am – 5 pm

Berkejar ke tempat kerja tetapi masih mahu menimati sarapan pada awal pagi? Apa kata anda singgah di kafe Antipodean yang terletak di Bangsar ini! Ianya dibuka seawal 7 pagi, sempatlah anda tapau sarapan kegemaran anda di sini.

Imej via Foursquare

Menu sarapan yang paling terkenal iaah Big Breakfast dan All Day breakfast. Saiz hidangan memang besar, jadi anda pasti dapat menikmati sarapan yang sedap dan mengenyangkan! Berbaloi dengan harga yang ditawarkan.

#6 Botanica +Co

Alamat: G5, 8, Jalan Kerinchi, Bangsar South, 59200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu operasi: Setiap hari, Isnin – khamis (11.30 am – 10 pm), Jumaat (1130 am – 12 am), Sabtu (9.30 am – 12 am) dan Ahad (9.30 am – 10 pm)

Ini juga merupakan antara restoran hipster di Kuala Lumpur yang namanya menjadi sebutan ramai – Botanica +Co! Restoran yang terletak di Bangsar ini memang popular dengan konsep dekorasi restoran yang minimal dan elegan!

Imej via Foursquare

Ada berbagai jenis menu yang disajikan di sini. Truffle Fries, Banana Caramel Cake dan Chicken Parmigiana merupakan antara menu yang menjadi rebutan ramai. Churros Donut juga merupakan antara yang menarik. Melihat gambarnya pasti sudah bikin anda terliur, bukan?

#7 Pokok.kl

Alamat: MAHSA Avenue, Block B, Jalan Elmu, off, Jalan Universiti, 59100 Kuala Lumpur

Waktu operasi: Setiap hari, 10 am – 8 pm

Terletak di MAHSA College, Pokok.kl merupakan kafe hipster yang agak terkenal di KL. Kafe berkonsepkan glasshouse ini boleh dikatakan terkenal walaupun baharu sahaja beroperasi sejak Oktober 2018.

Imj via Foursquare

Sajian di sini didatangkan dengan pelbagai citarasa – baik tempatan dan Barat, semuanya ada! Antara menu yang anda boleh cuba ialah Big Breakfast, Nasi lemak Platter, Signature Chocolate Lava dan banyak lagi. Minuman seperti Espresso dan coklat panas juga boleh didapati di sini.

#8 Feeka Coffee Roasters

Alamat: 19, Jalan Mesui, Bukit Bintang, 50200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu operasi: Setiap hari, 8 am – 11 pm

Ingin bersantai bersama keluarga atau sahabat handai di kafe yang selesa dan cantik? Feeka Coffe Roasters adalah port bersantai dan hipster yang wajib anda terjah jika berada sekitar KL!

Imej via Foursquare

Maksud nama kafe ini iaitu ‘fika’ sendiri ialah untuk berehat, jelas menunjukkan yang kafe ini sesuai untuk anda bersantai. Makanan yang boleh anda cuba di sini ialah Mixed Salted Caramel Slice, antara kek yang terkenal di sini. Manis dan lembut!

#9 Dotty’s

Alamat: 20, Jalan Tun Mohd Fuad 2, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu operasi: Setiap hari, 8 am – 10 pm

Ingin mencuba pastri yang kualitinya premium sambil menghirup kopi yang sedap-sedap di kafe hipster? Jika anda berada sekitar TTDI, Dotty’s merupakan antara kafe yang wajib anda terjah!

Imej via Foursquare

Kafe ini terkenal dengan pencuci mulut dan makanan Barat. Pastri yang terlaris di sini ialah Salted Egg Cronut yang berharga sekitar RM 12 sahaja. Sangat berbaloi dengan kualiti dan keenakkannya!

#10 LOKL Coffee Co

Alamat: 30, Jalan Tun H S Lee, City Centre, 50100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu operasi: Setiap hari, 8 am – 5 pm manakala Selasa 8 am – 3 pm

LOKL Coffee ini memang terkenal sebagai port sarapan atau brunch hipster yang agak terkenal di ibu kota. lokasinya yang terletak di jalan utama membuatkan ianya kerap dikunjungi ramai.

Imej via Foursquare

Kopi di sini mempunyai citarasa tempatan dan Barat. Untuk kopi selera Barat, anda boleh cuba Coffee Bon Bon, kopi double shot espresso yang pahit dan manis rasanya. Untuk selera tempatan pula, anda boleh cuba kopi susu, dijamin sedap!

#11 Chocha Foodstore

Alamat: 56, Jalan Petaling, City Centre, 50000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu operasi: Setiap hari kecuali Isnin, hari minggu 6 pm – 12 am, hujung minggu 12 pm- 12 am

Mencari port makan malam pada hari minggu yang hipster dan menyediakan pebagai jenis makanan yang menyelerakan? Singgah sahaja di Chocha Foodstore yang terletak di Chinatown ini!

Imej via Foursquare

Chocha Foodstore ditempatkan di bangunan lama, persis kafe di Penang. Mereka menyediakan selera Asia yang dimodenkan. Antara sajian yang boleh anda cuba di sini ialah Duck Rice dan Aglio Olio.

#12 Sköhns Canteen

Alamat: Jalan PJU 8/5g, Damansara Perdana, 47820 Petaling Jaya, Selangor

Waktu operasi: Setiap hari, 11 am – 10 pm

Unik nama kafe ini, ala–ala nama kafe Swedish. Namun ianya sebenarnya kafe hipster yang menyajikan menu Barat dan tempatan. Ianya pernah viral dengan menu Soft Shell Crab Burger.

Imej via Foursquare

Unik nama kafe ini, ala–ala nama kafe Swedish. Namun ianya sebenarnya kafe hipster yang menyajikan menu Barat dan tempatan. Ianya pernah viral dengan menu Soft Shell Crab Burger.

Menu yag boleh anda cuba di sini ialah skon, Chicken Chop, Lamb Shank dan stik. Untuk makanan tempatan pula, soto ayam merupakan menu yang menjadi buruan ramai. Beraneka betul menu di sini, rugi jika tak singgah!

#13 Tim’s Teapot Terrace

Alamat: 9128, Lorong Perak, Taman Melawati, 53100 Kuala Lumpur,

Waktu operasi: Setiap hari, 11 am – 10 pm

Ingin menikmati afternoon tea yang menyenangkan di kafe yang bukan sahaja menyajikan sajian English yang sedap, malah konsep dekornya juga cantik? Singgah sahaja di Tim’s Teapot Terrace!

Imej via Foursquare

Kafe ini menawarkan pelbagai jenis kek dan teh yang sedap. Anda boleh cuba teh Baked Apple Tea mereka, tidak terlalu manis namun kaya dengan rasa teh yang segar. Menu lain seperti pasta, burger, sandwich dan Shepherd’s Pie juga turut disajikan.

#14 Little Rimba

Alamat: No1, Lorong Datuk Sulaiman 7, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu operasi:

Bukan mudah untuk jumpa tempat makan hipster di Kuala Lumpur yang mnyajikan menu tempatan. Tidak mustahil, jadi anda boleh singgah di kafe Litttle Rimba yang juga merupakan kafe hipster sekitar KL. Kafe ini ada menyediakan menu sarapan tempatan.

Imej via Foursquare

Antara menu sarapan yang terkenal ialah nasi lemak dan lontong. Nasi lemak di sini dipuji kerana ianya kaya dengan rasa rempah dan sambal yang secukup rasa. Konsep dekor kafe yang cantik juga patut dipuji, memang terbaik!

#15 Urban Artisan

Alamat: 149, Jalan Petaling, City Centre, 50000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu operasi: Setiap hari kecuali Isnin, 12.30 pm – 7.30 pm

Urban Artisan merupakan kafe yang asalnya bertapak di Penang. Ianya juga mempunyai cawangan di KL. Agak-agaknya mengapa kafe hipster ini begitu terkenal di sini ya?

Imej via Foursquare

Kafe ini terkenal dengan aiskrim jenis soft serve yang pelbagai! Kami yakin anda yang melihat gambarnya pasti terliur. Aiskrim yang boleh anda cuba ialah Premium Green Tea, De Mango Mango dan French Valrhona Cocoa.

Kesimpulan

Sudah jumpa tempat makan hipster di Kuala Lumpur yang boleh anda serbu? Tidak dinafikan, KL memang mempunyai banyak tempat makan hipster, jadi singgah sahaja di mana-mana tempat makan yang kena dengan citarasa anda.

Jangan berlengah lagi, singgah sahaja jika berpeluang ke sini. Jika ada cadangan atau tambahan lain, komen sahaja di bawah. Selamat menjamu selera!

Artikel Menarik Lain:

Penulis: Nurul Hani

Berminat untuk berkongsikan tempat makan menarik berbagai genre di seluruh Malaysia.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.