Mencari tempat makan di Port Dickson yang sedap dan best?
Port Dickson sememangnya terkenal dengan tempat percutian. Pantainya boleh dikatakan sering sahaja penuh dengan pengunjung daripada luar. Jadi apabila berada di sini, jangan lupa untuk mencuba beberapa tempat makan yang menarik di sini.
Disini kami senaraikan 20 tempat makan menarik di Port Dickson yang anda boleh cuba jika berada di sini.
Alamat: Taman Mewah, 71000 Port Dickson, Negeri Sembilan
Waktu operasi: Jumaat – Rabu , 10.30 am – 5.00 pm
Masakan Negeri Sembilan ini juga wajib anda cuba alang-alang singgah di sini – masak lemak daging salai. Untuk mencuba masakan tradisi ini, kami sarankan agar anda serbu Warung Salai.
Restoran ini memang terkenal dengan lauk yang disalai yang cukup berbagai. Antara yang boleh anda cuba ialah gulai ayam kampung salai, gulai daging salai, gulai perut salai, gulai keli salai dan banyak lagi. Dijamin enak & asli!
Alamat: PT3038, Jalan Haji Sirat, Kampung Baru, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan
Waktu operasi: Selasa-Ahad, 8.00 am – 2.30 pm | Jumaat, 8.00 am – 12.30 pm
Kafe Kampung Kaw ini juga merupakan antara tempat makan di Port Dickson yang wajib anda terjah. Ianya juga dikatakan antara port sarapan terbaik sekitar PD.
Menu sarapan yang disediakan adalah roti bakar, roti kahwin dan nasi lemak. Nasi lemaknya disediakan dengan lauk seperti ayam bakar dan kambing bakar.
Selain itu, bubur nasi dan soto juga boleh didapati di sini. Rasanya juga enak, memang boleh membangkitkan mood di pagi hari!
Alamat: Jalan Pantai, Teluk Kemang Square, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan
Waktu operasi: Setiap hari, 6 pm – 11 pm
Memang tak sahlah melancong di PD kalau anda tak singgah di restoran ikan bakar. Untuk itu, kami cadangkan agar anda singgah di Restoran Seri Mesra Ikan Bakar & Seafood ini.
Ada berbagai jenis makanan laut yang segar yang disediakan. Kualitinya juga turut dipuji ramai pelanggannya. Antara yang boleh didapati ialah udang, sotong, ketam, lala dan beraneka jenis ikan.
Cara masakan juga boleh dipilih, jadi pesan sahaja cara masakan yang anda suka. Harga yang ditawarkan tidaklah terlalu murah, namun berpatutan dengan kualiti yang dijanjikan.
Alamat: 402, Si Rusa, 4, Jalan Pantai, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan
Waktu operasi: Setiap hari, 4 pm – 1 am
Tak perlu susah-susah ke Penang untuk mencuba Char Kuey Teow yang enak, kerana King’s Char Kuey Teow ada menyediakan menu yang seenak di Penang, memang terbaik!
Selalunya lauk yang disediakan bersama menu ini ialah kerang dan udang sahaja. Keistimewaan utama restoran ini terletak pada aneka jenis lauk seperti kambing, sotong dan daging yang dihidangkan bersama Char Kuey Teow.
Ada juga mencadangkan untuk mencuba nasi goreng kampungnya. Ikan bakar dan makanan Baratnya juga sedap dan mendapat pujian. Wah, banyak betul tarikan di sini, bikin rambang mata!
Alamat: PD Centre Point, 61, Port Dickson, 71000 Port Dickson
Waktu Operasi: Setiap hari (10am – 10pm)
Restoran Aden ialah restoran yang menyediakan makanan Arab. Semestinya Nasi Arab di sini menjadi pilihan ramai kerana rasanya yang enak dan saiz hidangan yang besar.
Menu yang boleh dipesan di sini adalah Tom Yam dan ikan bakarnya. Selain itu, sotong goreng tepungnya wajib dipesan kerana sedikit berbeza dengan kedai masakan panas yang lain.
Sotong goreng tepungnya dikatakan rangup, kami percaya kerana ianya disaluti dengan serbuk roti. Saiz sotongnya juga agak besar, patutlah ramai suka!
Alamat: Batu 2 1/2 Pantai Bagan Pinang, 5, Taman Port Dickson Utama, 71900 Port Dickson, Negeri Sembilan
Waktu operasi: Setiap hari, 6 pm – 12.15 am
Walaupun ada berbagai jenis restoran makanan laut yang boleh didapati di PD, namun tak semua restoran ini menyediakan menu yang berbagai.
Isu sebegini tidak akan anda hadapi jika anda singgah di restoran Embok Village Steamboat & Seafood. Bukan makanan laut sahaja yang boleh didapati, steamboat pun ada!
Selain itu, Coconut Shake di sini juga turut dipuji ramai. Ada yang kata sesedap Coconut Shake di Melaka, memang mengancam!
Alamat: 258, KM 1, Jalan Pantai, 71000 Port Dickson
Waktu Operasi: Khamis-Selasa, 3 pm – 1 am
Inilah burger dan roti John versi Malaysia. Pilih ayam atau kambing. Kedua-duanya sedap. Harganya pula murah. Layanan di sini amat memuaskan dengan suasana restoran yang bersih dan selesa.
Berita baik adalah anda tidak perlu menunggu lama untuk mendapat tempahan anda. Makanan lain yang ada di sini untuk digandingkan bersama-sama burger anda ialah French Fries, Wedges, Bebola Daging, Nugget, dan Drummet.
Alamat: No 1, Jalan Coral 1, Medan Coral, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan
Waktu operasi: Rabu-Isnin, 11 am – 10 pm
Ada penggemar nasi arab di sini? Restoran Nasi Arab 115 antara restoran yang terkenal dengan nasi arabnya yang sedap di Port Dickson.
Anda memang perlu cuba nasi arab bersama ayam bakar, kambing bakar atau gabungan kedua-duanya. Memang mengasyikkan. Jika anda datang beramai-ramai, pilih set nasi arab agar lebih berbaloi.
Restoran ini mendapat pelbagai komen positif dari pengunjung. Dengan tema “sentiasa nikmati dari suapan pertama ke suapan terakhir”, tak nak cuba ke makan di sini?
Alamat: Jalan Pantai Teluk Kemang, Taman Orkid, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan
Waktu operasi: Isnin-Jumaat, 3 pm-12 am | Sabtu-Ahad, 5 pm – 1 am
Walaupun namanya warung kopi, namun bukan sekadar warung yang menjual kopi sahaja. Ada makanan termpatan dan juga makanan barat. Yang pasti, anda pasti berselera untuk makan di sini.
Tak tahu nak makan apa? Apa kata anda cuba makanan yang menjadi signature di sini iaitu lamb shank, nasi goreng harimau menangis dan spicy butter clam. Kalau anda tidak mahu makanan yang berat, order saja spicy butter clam untuk dicicah bersama mantao.
Alamat: No 531b Jalan Pantai Teluk Kemang Pantai, 71050 Si Rusa, Negeri Sembilan
Waktu operasi: Khamis – Isnin, 11.30 am – 6.00 pm
Kewbuluh Cafe terkenal dengan tempat makan tengahhari sedap di Port Dickson. Signature menu di sini semestinya nasi buluh dengan aneka lauk. Rasa nasi buluh memang berbeza kerana aroma lebih nikmat serta kelembutan nasinya.
Terdapat lima set nasi buluh iaitu set Ayam Tulang Rapuh, Kari Kambing Kaw, Daging Asam Pedas Kayangan, Udang Galah Butter dan Ketam Sweet Sour. Setiap set lengkap dengan lauk, ulam-ulaman, sup dan sambal power.
Minuman pula antara yang tersedap adalah Caramel Coconut Shake, Soda Madu Tiga dan Ice Chocolate. Minuman ini memang pilihan terbaik lebih-lebih lagi sewaktu musim panas.
Alamat: NO 2578, Jalan Mawar 18, Taman Port Dickson Utama, 71000 Port Dickson, Negeri Sembilan
Waktu operasi: Khamis-Selasa
Mencari tempat makan dengan vibe berbeza yang tenang dan santai? Apa kata anda berkunjung ke Dusun Pak Din. Kafe yang instagrammable ini didekorasikan ala-ala taman bunga dan dusun.
Aneka konsep makanan yang ada buat pilihan pengunjung dari makanan barat, makanan tempatan, nasi arab dan sebagainya. Namun menu yang menjadi tumpuan di sini adalah makanan barat. Anda perlu cuba pizza sedap yang diolah mengikut tekak tempatan.
Alamat: 1, Jalan Prima 1, 71010 Port Dickson, Negeri Sembilan
Waktu operasi: Sabtu – Khamis, 5 pm – 12 am
Tak tahu nak makan petang dan makan malam di mana? Queen Kitchen antara lokasi yang patut anda cuba. Sambil makan boleh layan bola atau tengok movie pada skrin besar.Wifi juga turut disediakan.
Anda menu yang terdapat di sini adalah masakan goreng, makanan barat dan makanan sampingan. Menu utama adalah set ikan bakar. Boleh makan untuk 2 atau 4 orang. Teringin nak makan cekodok dan lempeng? Banyak yang anda boleh pilih.
Banyak lagi menu yang ada. Cuba tengok pada laman Facebook mereka, pasti terliur sehingga susah untuk membuat pilihan. Lebih-lebih lagi bila melihat set dulang western dan set ikan bakar.
Alamat: Jalan Remis 2, Tanjung Lembah, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan
Waktu operasi: Isnin – Jumaat, 3pm – 1 am | Sabtu & Ahad. 12 pm-12.30 am
Selain menu utamanya iaitu menu western, ada juga set makanan tengahhari untuk anda datang pada belah siang. Antaranya set ayam bakar, set kambing bakar dan set ayam masak lemak.
Tak tahu minuman dan makanan yang perlu anda cuba? Untuk minuman, apa kata anda cuba air Soda Herbs, Agua Verde dan Caramel Machiato. Makanan pula, antara yang sensasi adalah Dragon Cheese Burger, Nasi Goreng Lamb Chop dan aneka pasta.
Dengar cerita Roti John Ayam Crispy di sini paling laris. Ayam yang rangup bersama cheese yang mencair di mulut pasti membuatkan anda ingin memesan lagi!
Alamat: Jln Dato’ K. Pathmanaban, Bandar Port Dickson, 71000 Port Dickson, Negeri Sembilan
Waktu operasi: Setiap hari kecuali Jumaat, 7.00 am – 4.30 pm
Untuk peminat masakan rempah, Restoran Deen Kari Kepala Ikan mungkin menjadi tempat kesukaan anda. Restoran ini terletak di Jalan Lama Port Dickson.
Boleh dikatakan kari kepala ikan di sini adalah antara yang tersedap di sini. Lebih-lebih lagi jika dimakan dengan papadam. Be Selain itu, menu roti canainya juga antara cadangan yang boleh dicuba. Roti canai restoran ini dikatakan power!
Alamat: Bersebelahan SK Teluk Kemang BT8, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan
Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Khamis, 11.30 am – 6.30 pm
Mencari tempat makan di Port Dickson yang mampu menghilangkan dahaga tekak? Ini jawapannya.
Untuk mereka yang mencari makanan yang sedikit ringan, ala-ala minum petang, maka restoran PD Famous Cendol Coconut Shake ini wajib diserbu. Sudah tentu menu yang dipesan dan dijual di sini adalah cendol atau coconut shake.
Selain itu, kedai ini juga menjual laksa, mee bandung, nasi ayam dan masak lemak untuk mereka yang ingin memenuhi perut selain cendol. Pendek kata, menu di sini agak berbagai!
Alamat: 5, Kampung Tanjung Pelandok, 71050 Si Rusa
Waktu Operasi: Rabu – Isnin (11.00 am – 5.00 pm)
Ini tempat yang berbaloi untuk anda kunjungi. Ayam Bakar, Kambing Bakar, semuanya disediakan cukup sempurna. Tidak mustahil anda mahu menambah tempahan anda lagi.
Kerana itulah mereka memberikan anda nasi, sup dan air untuk ditambah secara percuma. Jangan risau kerana harga hidangan di sini amat berpatutan. Restoran yang luas ini dijaga kebersihannya walaupun terbuka dan berada di tepi jalan.
Alamat: Port Dickson, Lot 643 Jalan Pantai batu 6 71050 teluk kemang, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan
Waktu operasi: Setiap hari, Jumaat – Isnin (9 am – 9 pm) manakala Selas – Khamis (9 am – 7 pm)
Restoran nasi kukus memang ada di merata tempat, namun untuk mencari restoran yang menyediakan nasi kukus yang terbaik kualitinya memang sedikit sukar.
Jika anda cuba nasi kukus di restoran Nasi Kukus Ayam Panggang Cowboy ini, anda pasti akan terpegun dengan keenakkannya. Semuanya terletak pada kualiti ayam yang dipanggang dengan sempurna.
Ayamnya diperap menggunakan rempah ratus yang istimewa. Bila dipanggang, aromanya memang boleh bikin sesiapa sahaja kecur air liur. Rugi tak cuba!
Alamat: Kampung Bahasa Kapor, 71000 Port Dickson, Negeri Sembilan
Waktu operasi: Setiap hari, 7 am – 5 pm
Nasi ayam merupakan makanan tengah hari yang digemari ramai. Buktinya, makanlah sekerap mana pun, anda pasti tak jemu memesannya hampir setiap hari, bukan?
Untuk anda yang kempunan untuk mencuba nasi ayam yang sedap, singgah sahaja di Warung Mak Mah Nasi Ayam. Restoran ini terletak di Kampung Bahasa Kapor dan lokasinya agak senang untuk dicari,
Selain nasi ayam, masakan kampung juga turut disediakan di sini. Masak lemak siput sedut merupakan antara menu yang wajib anda cuba, dijamin sedap tak terkata!
Alamat: : 71000 Port Dickson, Negeri Sembilan
Waktu operasi: Setiap hari kecuali Isnin, 7 am – 4.30 pm
Satu lagi restoran yang menyediakan masakan kampung sekitar sini ialah Restoran Kayu Manis. Restoran ini sentiasa penuh dengan pelanggan pada waktu tengah hari, jelas membuktikan popularitinya.
Ada berbagai jenis lauk yang disediakan, semuanya berasaskan masakan kampung. Semestinya jika singgah di Negeri Sembilan, anda wajib cuba masak lemaknya.
Jadi masak lemak daging salai merupakan menu yang laku keras di sini. Rugi tak cuba!
Alamat: 26, Persiaran Waterfront PD Waterfont, 71000 Port Dickson, Negeri Sembilan
Waktu operasi: Setiap hari, 11 am – 11 pm
Restoran ini pasti menjadi antara tempat makan terbaik di Port Dickson kerana mereka bukan sahaja menyajikan makanan yang sedap dengan harga berpatutan, malah lokasinya strategik dengan pemandangan memukau.
Sekiranya anda mencari tempat makan dengan pemandangan laut, anda dapat menikmatinya di Sri Pantai Ria Seafood Restaurant.
Makanan utama yang disajikan sudah pasti pelbagai makanan laut yang segar. Jangan lupa cuba menu signature seperti siakap nyonya, sotong goreng tepung, lobster buttermilk dan ketam nipah cili. Pasti bertambah nasi!
Anda ada tempat makan menarik di Port Dickson yang lain? Jika anda, janganlah segan-segan untuk berkongsi. Kami sangat teruja untuk mengetahuinya.
Kami juga ingin menasihatkan anda agar datang ke tempat-tempat ini pada waktu yang sesuai kerana dikhuatiri ruang dalam restoran dan ruang parkir akan penuh.
Selamat menjamu selera!
Selain tempat makan menarik di Port Dickson, kami juga menulis artikel tempat makan di Negeri Sembilan yang patut anda terjah. Klik sahaja di link di bawah ya!