Mencari tempat makan Cina yang halal di Ipoh?
Ipoh merupakan ibu negeri Perak yang bukan sahaja kaya dengan tarikan pelancongan, malah kepelbagaian tempat makan.
Makanan tempatan, Barat, Cina, India dan selera Asia, semuanya ada. Ini termasuklah dengan makanan Cina yang halal.
Masih tercari-cari tempat makan Cina yang halal di Ipoh? Jangan risau, berikut kami senaraikan 8 tempat makan Cina yang halal di Ipoh untuk anda. Teruskan membaca!
Alamat: 10, Persiaran Greentown 4, Pusat Perdagangan Greentown, 30450 Menglembu, Perak
Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Selasa, 8 am – 9 pm
Sebut sahaja makanan Cina, semestinya anda terbayangkan dim sum, bukan? Di Ipoh, antara restoran dim sum yang popular ialah Green Town Dim Sum Cafe.
Antara hidangan yang boleh anda cuba ialah Fried Prawn Dumpling, Fried Radish Cake dan Pyramid Dim Sum.
Pada hujung minggu pula, menu seperti Egg Tart dan Chee Cheong Fun yang menjadi rebutan ramai ini ada disajikan.
Selain dim sum, Wantan Mee mereka juga turut mendapat sambutan. Bersaiz sederhana, namun tetap mengenyangkan!
Alamat: Taman Canning, 31400 Ipoh, Perak
Waktu Operasi: Setiap hari (7 am – 10 pm)
Taman Canning – kawasan di Ipoh yang memang kaya dengan tempat makan sedap-sedap. Restoran New Hollywood merupakan salah satunya.
Menyajikan pelbagai jenis hidangan Cina yang halal, restoran ini juga sesuai dijadikan tempat bersantai bersama rakan-rakan.
Antara menu yang boleh didapati di sini ialah youtiao, kuetiau, chee cheong fun, nasi ayam Hainan dan dim sum. Cuba sahaja semuanya, memang sedap!
Alamat: 16, Persiaran Greenhill, Kampung Jawa, 30450 Ipoh, Negeri Perak
Waktu Operasi: Setiap hari, 11 am – 11 pm
Ingin mencuba hidangan berat berasaskan selera Cina Muslim? Singgah sahaja di Restoran Haji Sharin Low untuk tujuan tersebut.
Restoran ini cukup terkenal dengan menu masakan Cina seperti Roasted Duck, Kung Pao Chicken, Mongolian Chicken dan Salted Egg Soft Shell Crab.
Untuk sayuran pula, kami sarankan agar anda cuba Fried Peria Salted Egg. Rasanya yang sedikit berlemak pasti akan menggandakan keenakkan hidangan lain.
Alamat: 20, Persiaran Greentown 10, Greentown Business Centre, 30450 Ipoh, Perak
Waktu Operasi: Setiap hari, 12 – 10 pm
Jika anda baca ulasan-ulasan tentang restoran Pakcik Wong, kebanyakan pelanggan bukan sahaja memuji hidangannya, malah harganya yang berpatutan.
Menyajikan masakan Cina Muslim yang asli dan halal, restoran ini sesuai disinggah untuk makan tengah hari dan makan malam.
Antara menu-menu yang boleh anda cuba ialah Salted Egg Chicken, Sweet Sour Fish dan Salted Egg Squid.
Alamat: 1, Lebuh Cecil Rae, Taman Canning, 31400 Ipoh, Perak
Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Rabu, 7 am – 3.30 pm
Satu lagi restoran masakan Cina yang menyajikan dim sum ialah Canning Dim Sum yang terletak di Taman Canning.
Kepelbagaian jenis dim sum, kebersihan restoran yang terjaga serta servis yang terbaik merupakan antara faktor restoran ini menjadi pilihan ramai.
Antara dim sum yang boleh anda cuba ialah Abalone, Sea Cucumber, Shanghai Chicken Broth dan Red Pepper Prawn.
Selain dim sum, pau di sini juga mendapat sambutan yang hangat. Salted Egg Pau yang gebu dan kaya isinya merupakan antara yang laku keras.
Alamat: Taman Tasek Indra, 31400 Ipoh, Perak
Di Taman Tasek Indra, antara restoran masakan Cina yang cukup popular di sini ialah Restoran Caterbest Sdn, Bhd.
Menyajikan hidangan berat khususnya untuk makan malam, ada pelbagai jenis menu serta set yang boleh anda pilih.
Untuk hidangan biasa, anda boleh cuba Chinese Fried Rice, Nasi Goreng Nanas, Hai Lam Mee Hoon dan Watan Ho.
Bagi hidangan berset, ada 4 set yang menyajikan hidangan seperti Nestum Prawn, Salted Egg Chicken dan Lemon Chicken.
Alamat: 107, Jalan Raja Musa Aziz, Kampung Jawa, 30300 Ipoh, Perak
Waktu Operasi: Setiap hari, 10.30 am – 10 pm
Nasi ayam Hainan – salah satu masakan Cina yang digemari orang kita, tidak mengira bangsa.
Jika anda ingin mencubanya di Ipoh, kami sarankan agar anda singgah di Ipoh Hainan Chicken Rice.
Isi ayam yang lembut, rasanya yang sedikit manis serta nasi yang gebu merupakan antara punca nasi ayam Hainan di sini begitu digemari.
Untuk hidangan tambahan, jangan lupa untuk mencuba Deep Fried Tofu in Oyester Sauce, hidangan yang terlaris di sini. Dijamin sedap!
Alamat: 5, Jln Meru Bestari A14, Bandar Meru Raya, 30020 Ipoh, Perak
Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Khamis, 4.30 pm – 12 am
Satu lagi tempat makan Cina yang halal di Ipoh ialah Restoran Chinese Muslim Abdullah Meru.
Restoran ini menyajikan hidangan makan malam. Lauk-pauk yang berbagai serta harga yang berpatutan membuatkan ramai pelanggan gemar berkunjung ke sini.
Antaranya ialah Sweet Sour Fish, Lemon Chicken, Homemade Bean Curd, Shark Fin Soup dan Butter Prawn.
Sudah jumpa tempat makan Cina halal di Ipoh yang ingin anda lawati? Semua tempat makan yang kami senaraikan ini memang terbaik, jadi singgah sahaja satu-persatu.
Semoga artikel ini memberi manfaat kepada anda dalam mencari tempat makan yang sedap. Jangan lupa kongsikan kepada rakan-rakan dan di media sosial. Selamat menjamu selera!