Anda masih tercari-cari restoran masak lemak di Negeri Sembilan yang bukan sahaja menyediakan masak lemak yang sedap, malah asli?

Menjadi satu perkara biasa jika seseorang pelancong itu berhasrat untuk menikmati makanan tradisional di tempat yang dilawati. Termasuklah jika anda ingin melancong di Negeri Sembilan dan ingin mencuba masak lemaknya.

Sambil melancong, pasti anda mahu menikmati masak lemak yang enak.Berikut kami senaraikan 10 restoran masak lemak di Negeri Sembilan yang wajib anda serbu.

#1 Restoran Selera Nogori

Alamat: 602&603, Jalan Haruan 4/8, Oakland Commercial Centre, 70300 Seremban, Negeri Sembilan

Waktu Operasi: Setiap hari, 7 pagi – 5 petang

Restoran ini merupakan antara restoran yang paling terkenal di Negeri Sembilan. Jumlah pelanggan yang membanjiri restoran memang tak pernah tak ramai terutamanya pada waktu tengah hari.

Restoran Selera Nogori ini menyediakan pelbagai jenis lauk-pauk tempatan yang enak-enak belaka, dan salah satu hidangan yang laku keras di sini ialah masak lemak cili api.

restoran masak lemak negeri sembilan @ selera nogori

Imej via Foursquare

Antara hidangan masak lemak cili api yang disediakan ialah Masak Lemak Ikan Masin, Masak Lemak Siput Sedut, Masak Lemak Ayam, Masak Lemak Daging Salai &  Masak Lemak Pucuk Paku.

Tak perlu risau tentang harga, kerana ramai pelanggan mengakui yang harga ditawarkan memang berpatutan dan tak mencekik darah. Sangat berbaloi!

#2 Sabak Salai Negeri Sembilan

Alamat: No.13, Batu 5 1/2, Kampung Kundur Hulu, 71400 Pedas, Negeri Sembilan

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Isnin, 10 pagi – 5 petang

Kalau dilihat dari luar, restoran Sabak Salai Negeri Sembilan ini kelihatan seperti restoran biasa sahaja. Namun, kalau anda cuba masak lemak di sini, anda pasti akan berubah fikiran!

Restoran ini memang kerap dikunjungi oleh pencinta lauk masak lemak daging salai. Walaupun menu ini boleh didapati di berbagai restoran di Negeri Sembilan, restoran ini tetap diserbu oleh ramai.

restoran masak lemak negeri sembilan @ sabak salai

Imej via Foursquare

Ramai pelanggan memuji masak lemak cili api yang pedas namun masih mampu dinikmati dengan penuh selera. Aromanya juga memikat, boleh bikin sesiapa sahaja yang terhidu terliur!

Ada berbagai jenis lauk yang disalai, namun daging salai tetap menjadi kegemaran ramai pengunjung. Daging yang lembut dan kuah yang pedas merupakan satu gabungan yang mantap!

#3 Aunty Aini’s Garden Cafe

Alamat: Batu 16, Kampung Chelet, 71800 Nilai, Negeri Sembilan

Waktu Operasi: Setiap hari, 11.30 – 2.30 petang, 5.30 petang – 11 malam

Dekorasi restoran Aunty Aini’s Garden Cafe ini cukup elegan, sangat sesuai disinggah jika anda ingin menikmati hidangan masak lemak yang lazat dan asli sambil bersantai bersama keluarga atau rakan-rakan.

restoran masak lemak negeri sembilan @ aunty aini's

Imej via Foursquare

Restoran ini memang sangat terkenal. Kalau sudah disinggah oleh dua chef antarabangsa iaitu Gordon Ramsay dan Anthony Bourdain, jelaslah namanya memang gah di negara ini.

Masak lemak merupakan antara hidangan paling banyak menerima pesanan di sini. Anda boleh cuba masak lemak daging salai, masak lemak tempoyak jenahak dan masak lemak telur itik.

Masak lemak cili padi dan masak lemak tempoyak merupakan antara hidangan masak lemak paling popular. Selain daripada rasanya yang pedas, warnanya juga cantik & menyerlah!

#4 Zaini Salai House

Alamat: No. 33A Kampung Ulu bendul, 71500 Tanjung Ipoh, Negeri Sembilan

Waktu Operasi: Setiap hari, 830 pagi – 6 petang

Satu lagi restoran masak lemak di Negeri Sembilan yang patut anda terjah ialah Zaini Salai House. Walaupun ada lambakan gerai masak lemak di sekitarnya, restoran ini sering dibanjiri dengan ramai pelanggan.

zaini salai

Imej via Foursquare

Kalau pelanggannya sentiasa ramai, pasti masak lemak di sini bukan biasa-biasa. Keistimewaan utama hidangan di sini terletak pada lauk yang disalai.

Ada berbagai jenis lauk yang boleh didapati. Antaranya ialah ayam kampung, patin, daging dan puyuh yang dibuat masak lemak. Bukan sahaja pedas, malah harum aromanya. Enak dimakan panas-panas!

#5 Nelayan Seafood & Catering Sdn Bhd

Alamat: Wisma PBNS, P/3, 102, Jalan Zaaba, Rahang Kechil, 70100 Seremban, Negeri Sembilan

Waktu Operasi: Setiap hari, 8 pagi- 11 malam

Agak susah untuk menemui lauk yang berbagai untuk hidangan masak lemak di sesetengah restoran. Paling-paling pun ada daging dan ayam sahaja.

Isu sebegini tidak akan terjadi jika anda singgah di restoran Nelayan Seafood & Catering Sdn Bhd, kerana lauk yang disediakan memang beraneka!

masak lemak tilapia

Imej via Foursquare

Antara masak lemak yang boleh anda nikmati ialah masak lemak tilapia, masak lemak landak, masak lemak perut, masak lemak ayam kampung dan banyak lagi. Yang penting, semuanya sedap!

#6 Warung Salai Port Dickson

Alamat: Taman Mewah, 71000 Port Dickson, Negeri Sembilan

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Rabu, 11 pagi – 7 malam

Teringin untuk mencuba lauk yang disalai yang enak? Singgah sahaja di Warung Salai Port Dickson jika anda melancong di Port Dickson.

warung salai

Imej via Instagram

Restoran ini memang terkenal dengan lauk yang disalai yang cukup berbagai. Semestinya lauk gulai lemak salai merupakan antara yang paling banyak menerima pesanan di sini.

Antara yang boleh anda cuba ialah gulai ayam kampung salai, gulai daging salai, gulai perut salai,  gulai keli salai dan banyak lagi. Kami yakin anda pasti akan menggemarinya!

#7 Gulai Omak Den

Alamat: Kampung Felda Lbj, 71350 Labu, Negeri Sembilan

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Jumaat, 11 pagi – 5 petang

Gulai Omak Den ini merupakan restoran yang patut anda serbu jika anda mahu menikmati masakan kampung yang tersedap. Aneka jenis lauk-pauk dan ulam-ulaman merupakan antara tarikan istimewanya.

gulai omak den

Imej via Foursquare

Ada pelbagai jenis lauk-pauk yang boleh didapati dan masak lemak merupakan antara yang paling best di sini. Anda boleh cuba gulai ikan keli salai, gulai ayam kampung dan gulai daging salai.

Jangan lupa tambah sayuran ini bersama – gulai betik, gulai nangka, gulai pisang dan gulai pucuk ubi tempoyak. Dijamin sedap tak terkira!

#8 Watie’s Corner

Alamat: Taman Desa Jasmin, 71800 Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Ahad, 11.30 pagi – 2 petang

Berada sekitar Nilai? Apa kata anda singgah di restoran Watie’s Corner dan cuba masakan Negeri Sembilan yang dikatakan terbaik sekitar sini? Kalau tak singgah, memang rugi!

restoran masak lemak negeri sembilan @ wati's corner

Imej via Foursquare

Masak lemak daging salai merupakan antara hidangan yang mendapat pujian daripada ramai pelanggannya. Masak lemak yang pedas kaw kaw dan isi daging salai yang lembut membuatkan ramai pelanggan terpikat dengannya.

Selain itu, anda juga boleh menikmati masak lemak patin tempoyak, masak lemak sotong dan masak lemak ayam. Menu berbeza, namun kelazatan dan kepedasannya masih sama.

#9 Restoran Mama World Seremban 2

Alamat:  973, Jalan S2 F22, Garden Homes, 70300 Seremban, Negeri Sembilan

Waktu Operasi: Setiap hari, 11 pagi – 5 petang

Nama restoran ini juga agak terkenal sekitar Seremban. Semestinya popular dengan masakan Negeri Sembilan yang bukan sahaja sedap dan berpatutan harganya, malah asli resepinya.

restoran masak lemak negeri sembilan

Imej via Instagram

Antara masak lemak yang boleh didapati di Restoran Mama World Seremban 2 ini ialah masak lemak siput sedut, masak lemak ikan keli, masak lemak ayam.

Untuk sayuran pula, masak lemak pucuk ubi merupakan antara yang terlaris di sini. Kami yakin kalau anda datang ke sini, pasti penuh pinggan dengan lauk masak lemak dek kerana terpikat dengan aromanya!

#10 Restoran Wadi Ar-Raudhah

Alamat: 1, 2, Jalan Seri Rahang 1, Taman Seri Rahang, 70100 Seremban, Negeri Sembilan

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Ahad, 7 pagi – 11.45 malam

Sukakan masakan kampung? Alang-alang anda berada di Seremban, singgah sahaja di Restoran Wadi Ar-Raudhah kerana restoran ini menyediakan lebih 60 juadah masakan kampung. Sangat mengagumkan!

masak lemak daging salai

Imej via Foursquare

Semestinya masak lemak merupakan antara yang disajikan. Antara yang boleh anda cuba ialah masak lemak ketam, masak lemak daging salai, masak lemak siput sedut dan masak lemak keli salai.

Kesimpulan

Anda pasti sudah tak sabar-sabar mahu restoran masak lemak di Negeri Sembilan yang kami senaraikan ini, bukan? Jangan lepaskan peluang ini, singgah sahaja jika berpeluang ke sana.

Kami juga ingin nasihatkan agar anda datang pada waktu yang sesuai, kerana pada waktu kemuncak selalunya ramai pelanggan yang menyerbu. Takut nanti terlepas peluang pula.

Selamat menjamu selera!

Penulis: Nurul Hani

Nurul Hani

Merupakan seorang pelajar di salah satu universiti tempatan dan berminat untuk berkongsikan tempat makan menarik di Malaysia.

    Tinggalkan Komen!

    Langgan Info Kami

    Berkaitan

    .