Mencari lokasi shell out di Lembah Klang?

Tempat makan di Lembah Klang memang ada banyak. Dari makanan Barat, tempatan, masakan kampung, steakhouse, semuanya ada.

Ini termasuklah juga dengan restoran shell out yang bukan sahaja banyak, malah berkualiti tinggi.

Masih tercari-cari restoran shell out di Lembah Klang? Jangan risau, berikut kami senaraikan 12 restoran shell out di Lembah Klang untuk anda. Teruskan membaca!

#1 Shell Out® Sunway

Alamat: 16-1, Jalan PJU 5/15, Dataran Sunway, 47810 Petaling Jaya, Selangor

Waktu Operasi: Setiap hari, 11.30 am – 10 pm

Berada di Sunway Giza Mall? Jika anda mencari restoran shell out, anda wajib kunjungi restoran Shell Out ini.

shell out lembah klang sunway giza mall
Imej via Foursquare

Restoran ini menyajikan pilihan makanan laut yang segar-segar belaka. Ketamnya juga mendapat pujian dari orang ramai.

Antara hidangan yang boleh anda pesan ialah King Crab, Bamboo Clam, Giant Scallop, Lobster dan Flower Crab.

Suasana restoran yang santai dan menyamankan juga membuatkan ramai pelanggan selesa menjamu selera di sini.

#2 Shell Out Resepi Timur

Alamat:  No.9, Taman Ken Rimba, 1, Jln Lengkuas B 16/B, Seksyen 16, 40200 Shah Alam, Selangor

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Isnin, 12 pm – 12 am

Hidangan shell out yang menyelerakan bukan sahaja bergantung kepada kualiti makanan laut, sosnya juga memainkan peranan.

shell out lembah klang resepi timur
Imej via Foursquare

Sos untuk hidangan shell out di Shell Out Resepi Timur ini mempunyai rasa pedas dan berkrim yang cocok dengan citarasa ramai, sangat sedap!

Hidangan set shell out di sini ada 5 set. Ianya menyajikan makanan laut seperti kepah, sotong, ketam, udang dan sayur-sayuran.

#3 IZI Stesen Shell Out

Alamat:  Bandar Baru Sungai Buloh, 47000 Sungai Buloh, Selangor

Waktu Operasi: Setiap hari, 12 – 11 pm

Pernah cuba shell out yang berkuahkan asam pedas? Bunyinya unik, namun hidangan yang disajikan di IZI Stesen Shell Out ini bikin ramai ketagih!

izi stesen shell out
Imej via Foursquare

Anda boleh pilih jenis sos atau kuah yang disajikan, sama ada Butter Milk, Black Pepper atau Asam Pedas. Semuanya sedap-sedap!

Makanan laut segar seperti kepah, ketam, udang dan sootng akan disajikan di samping sayur-sayuran seperti jagung.

#4 Shell Out® (Setia Alam)

Alamat: Unit E-G-03, Sunsuria Avenue Forum, No. 1, Jln Setia Dagang AL U13/AL, Bandar Setia Alam, 40170 Shah Alam, Selangor

Waktu Operasi: Setiap hari, Ahad- Khamis 11.30 am – 10 pm, Jumaat – Sabtu 11.30 am – 11 pm

Di Shah Alam pula, nama restoran ini pasti akan menjadi sebutan ramai, terutamanya di kalangan pencinta hidangan shell out.

shell out lembah klang setia alam
Imej via Foursquare

Restoran Shell Out ini ada menyajikan makanan laut yang popular seperti Clam, Scallop, Octopus dan Green Mussel.

Hidangan berset juga turut disediakan. Pilih sahaja set mana yang anda suka, semuanya mempunyai harga yang berlainan dan berbagai.

#5 Kiensara Kitchen

Alamat: 15, Jalan Jernang Jaya 1, Kampung Teras Jernang, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Rabu, 6.30 am – 11 pm

Ingin menikmati hidangan shell out untuk makan malam? Singgah sahaja di Kiensara Kitchen jika anda berada di Bandar Baru Bangi.

‘Pilihan yang terbaik untuk shell out’ – salah satu ulasan yang ditinggalkan oleh pelanggannya, jelas menunjukkan keistimewaan restoran ini.

set a kiensara kitchen
Imej via Foursquare

Terdapat 3 set utama untuk hidangan shell out. Anda akan disajikan dengan ketam, kerang, udang & sotong goreng yang enak dan segar.

#6 Let’s Seafood Out Puncak Alam

Alamat: No 31, Jalan Dataran Suria 15/7/1, Seksyen 15, 42300 Bandar Puncak Alam, Selangor

Waktu Operasi: Setiap hari, Isnin – Jumaat 2 pm – 12 am, Sabtu – Ahad 12 pm – 12 am

Nama kedai pun seafood, semestinya makanan laut adalah hidangan paling laku di sini.

Jika ke restoran shell out, semestinya anda mahukan cara masakan yang berlainan untuk setiap hidangan shell out, bukan?

let's seafood puncak alam shell out lembah klang
Imej via Foursquare

Restoran Let’s Seafood yang terletak di Puncak Alam ini menyajikan cara masakan seperti asam pedas, masak buttermilk, masak kamheong dan masak cili padi, sangat beraneka!

#7 Sue & Tuya Sea Food Subang

Alamat: No 13, Jalan Tasik Raja Lumu K U4/4 Section U4, 40150, Shah Alam, Malaysia

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Isnin, 5 pm – 12 am

Mencari restoran shell out di Lembah Klang yang menawarkan harga yang murah dan berpatutan untuk hidangan shell out?

Salah satu restoran yang boleh anda kunjungi untuk tujuan itu ialah restoran Sue & Tuya Sea Food Subang.

shell out lembah klang sue & tuya
Imej via Foursquare

Terletak berdekatan dengan Manbai Ikan bakar, harga yang ditawarkan untuk hidangan shell out biasa ialah RM 50, saiz hidangannya besar dan boleh dikongsi untuk 2-4 orang.

Mereka mempunyai 4 set utama. Setiap set ini menyajikan makanan laut yang bukan sahaja sedap, malah juicy!

#8 Ocean Hauz

Alamat: Persiaran Bangi, Seksyen 8, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

Waktu Operasi: Setiap hari, Isnin – Jumaat 4.30 – 11 pm, Sabtu -Ahad 12 – 12 am

Jika anda menetap di Bangi, pasti anda pernah terdengar nama restoran shell out ini – Ocean Hauz.

Restoran ini memang cukup popular dengan kepelbagaian hidangan shell out serta kualiti makanan laut yang baik.

ocean hauz
Imej via Foursquare

Makanan laut bersaiz besar seperti King Crab dan King Squid ada disajikan di sini. Jenis kuah juah beraneka, rugi jika tak cuba!

#9 Coboroy

Alamat: Rimba Jaya, 41300 Shah Alam, Selangor

Waktu Operasi: Setiap hari, 12 – 11.30 pm

Restoran Coboroy ini bukan sahaja terkenal dengan hidangan butter chicken, malah shell out di sini juga kerap menerima pesanan.

coboroy shah alam
Imej via Foursquare

Untuk harga RM 20 bagi setiap orang, anda dapat menikmati lala, ketam, sotong dan udang yang banyak.

Bukan sahaja bersaiz besar, malah kesegaran makanan laut juga turut diakui ramai. Rugi jika tak pesan!

#10 Haji Abu’s Food Court and Car Wash

Alamat: 43, Jalan Kota Raja, Kawasan 1, 41000 Klang, Selangor

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Rabu, 12 am – 12 pm, 6 pm – 12 am

Berada sekitar Klang dan ingin mencuba hidangan shell out? Jika ya, singgah sahaja di Haji Abu’s Food Court and Car Wash.

haji abu klang car wash food court shell out
Imej via Foursquare

Set hidangan shell out di sini mengikut jumlah orang. Ada set untuk 4 orang dan lebih, jadi pilih sahaja yang sesuai dengan anda.

Anda akan disajikan dengan ikan siakap goreng, sambal lala, ketam dan udang yang bersaiz besar. Sangat berbaloi dengan harga yang ditawarkan!

#11 Kg. Baru Shell Out

Alamat: tadium kampung@laman selera, Jalan Raja Uda, Kampung Baru, 50300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Setiap hari, 3 – 10 pm

Di Kampung Baru, restoran shell out ini memang sentiasa disebut-sebut namanya oleh pencinta makanan laut – Kg. Baru Shell Out.

Menyajikan hidangan shell out yang berkualiti tinggi, kuah Thai yang disajikan juga dikatakan enak sekali.

shell out kg baru
Imej via Foursquare

Ada tiga jenis set utama untuk hidangan shell out – Set A untuk 1-2 orang, set B untuk 3-4 orang dan set C pula untuk 3-8 orang.

Anda akan disajikan dengan kerang, kepah, udang dan sotong. Set B dan C juga ada hidangan tambahan seperti ketam dan siakap, sangat menarik!

#12 Ombak Kitchen

Alamat: 5.G.01, D’Vida Business Centre, Jalan Bazar U8/101, Bukit Jelutong, 40150 Shah Alam, Selangor

Waktu Operasi: Setiap hari, 12 – 10.30 pm

Jika anda berkunjung ke Bukit Jelutong, anda wajib cuba hidangan shell out di restoran Ombak Kitchen ini.

ombak kitchen shell out
Imej via Foursquare

Keistimewaan utama makanan laut yang disajikan terletak kepada kesegaran serta saiznya yang besar.

Ingin mencuba King Crab atau King Prawn bersaiz XXXL? Ianya ada disajikan di sini. Kami berani jamin yang anda akan berpuas hati!

Kesimpulan

Sudah jumpa tempat makan shell out di Lembah Klang yang ingin anda lawati? Semua tempat makan yang kami senaraikan ini memang terbaik, jadi singgah sahaja satu-persatu.

Semoga artikel ini memberi manfaat kepada anda dalam mencari tempat makan yang sedap. Jangan lupa kongsikan kepada rakan-rakan dan di media sosial. Selamat menjamu selera!

Artikel Menarik Lain

Penulis: Nurul Hani

Berminat untuk berkongsikan tempat makan menarik berbagai genre di seluruh Malaysia.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.