6 Restoran Makanan Jepun di Lembah Klang (Status Halal Disemak)
Mencari restoran makanan Jepun di Lembah Klang? Berikut kami senaraikan 6 restoran makanan Jepun di Lembah Klang yang status halalnya disemak pada 11 November 2026. Hanya 1 sijil halal JAKIM untuk premisnya yang dapat kami sahkan; baki 5 belum disahkan…

Kandungan
Mencari restoran makanan Jepun di Lembah Klang? Tidak dinafikan, kebanyakan orang kita memang menggemari makanan Jepun. Hidangan seperti sushi, ramen, bento dan sashimi merupakan antara yang boleh membuat sesiapa sahaja terliur jika terbayangkannya. Jadi, berikut kami senaraikan 6 restoran makanan Jepun di Lembah Klang yang menarik. Teruskan membaca!
Sijil halal yang disebut dalam artikel ini kami baca terus dalam direktori JAKIM pada 11 November 2026. Untuk premis lain, kami mencari salinan direktori e-Halal mengikut nama dan alamat, yang boleh terlepas sijil yang didaftarkan atas nama syarikat lain — jadi ‘belum disahkan’ bukan bermakna premis tersebut tiada sijil halal; sijil boleh tamat tempoh, jadi semak sijil di premis sebelum datang.
| Tempat | Status halal |
|---|---|
| Fujiyama Japanese Restaurant | Sijil JAKIM (sah hingga 15 September 2027) |
| Konichiwa Cafe | Belum disahkan |
| Suki-Ya Paradigm Mall | Belum disahkan |
| Sushi Jiro @ Mid Valley Megamall | Belum disahkan |
| Express Teppan-Yaki @ Pavilion KL | Belum disahkan |
| Restoran Jepun Miyagi | Belum disahkan |
Fujiyama Japanese Restaurant
Alamat: No 21, Jalan SS21/60,, Damansara Utama, 47400 Petaling Jaya, Selangor Waktu Operasi: Setiap hari, 11 am - 12 am Sebut sahaja tentang restoran makanan Jepun, mungkin ada sesetengah pembaca beranggapan yang hidangan di restoran sebegini ditawarkan pada harga yang mahal. Namun, tidak di Fujiyama Japanese Restaurant. Yang menarik tentnag restoran ini ialah ianya menyediakan sushi yang bukan sahaja beraneka jenis, malah berpatutan harganya. Siap ada happy hour lagi, di mana harga sushi ialah serendah RM 0.80.

Selain sushi, anda boleh cuba Salmon Sashimi. Isi ikan salmon yang cukup segar menggandakan lagi keenakkan hidangan ini. Bento juga turut digemari ramai pelanggan restoran ini, anda wajib cuba!
Status halal: Halal — sijil JAKIM untuk IKU YAMA (PJ UPTOWN) SDN. BHD., premis No. 21, Jalan SS21/60, Damansara Utama, 47400 Petaling Jaya, Selangor, sah hingga 15 September 2027.
Sumber: Rekod JAKIM
Konichiwa Cafe
Alamat: Jalan 6/7b, Seksyen 1, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Isnin, 12 - 10 pm manakala Jumaat 2.30 - 11 pm Konichiwa Cafe ini menyajikan hidangan Jepun. Konsep dekorasi yang cantik dan santai membuatkan ramai pengunjung selesa berada di sini.

Sushi merupakan hidangan terlaris di sini. Anda boleh cuba Tamago, Tuna Mayo, Unagi, Tako, Ebi, Ebikko, Inari dan banyak lagi. Harga bagi setiap 2 ketul sushi juga berbeza. Selain sushi, menu lain seperti Okonomiyaki, Cheesy Tori Karaage, Agedashi Tofu dan Salmon Teriyaki Bento juga turut disediakan. Rugi kalau anda tak cuba kesemua menu ini!
Status halal: Belum dapat kami sahkan — kami tidak menemui rekod sijil halal untuk premis ini dalam carian kami setakat 11 November 2026.
Sumber: e-Halal (ManaHalal)
Suki-Ya Paradigm Mall
Alamat: Lot UG-13, Upper Ground Floor, No.1, Jalan SS7/26A, 47301 Petaling Jaya, Selangor Waktu operasi: Setiap hari, 11.30 am - 10 pm Bagi yang ingin menikmati hidangan steamboat ala-ala Jepun, bolehlah anda singgah di Suki-Ya. Cawangannya ada banyak, Paradigm Mall merupakan salah satunya.

Ada berbagai jenis lauk yang anda boleh pilih - dari daging, ikan ke makanan laut, semuanya ada. Jangan lupa ambil sushi bersama. Sushi yang disajikan juga ada beraneka, memang membuat ramai rambang mata!
Status halal: Belum dapat kami sahkan — kami tidak menemui rekod sijil halal untuk premis ini dalam carian kami setakat 11 November 2026. Menurut Halalketak, 3 Ogos 2026, tiada rekod untuk ‘Suki-Ya’ dalam kategori premis makanan.
Sumber: Halalketak, 3 Ogos 2026 · e-Halal (ManaHalal) · Laman pemilik
Sushi Jiro @ Mid Valley Megamall
Alamat: Lot No. LG-012A, Lower Ground Floor, Mid Valley Megamall, 59200 Kuala Lumpur Waktu Operasi: Setiap hari, 1o am - 10 pm Alang-alang membeli belah di Mid Valley Megamall, apa kata anda singgah di restoran Sushi Jiro untuk mencuba hidangan Jepun yang asli ini? Pasti akan puas hati! Sushi di sini dihidangkan di atas conveyor belt, jadi lebih mudah untuk pelanggan-pelanggannya memilih sushi kegemaran masing-masing.

Antara sushi yang boleh anda pilih ialah Chuka Lidako, Salmon, California Maki, Inari Kani Mayo Maki, Ebi, Unagi dan banyak lagi. Memang berbagai betul pilihannya!
Status halal: Belum dapat kami sahkan — kami tidak menemui rekod sijil halal untuk premis ini dalam carian kami setakat 11 November 2026. Menurut Halalketak, 3 Ogos 2026, tiada sijil halal JAKIM yang ditemui untuk jenama Sushi Jiro.
Sumber: Halalketak, 3 Ogos 2026 · Laman pemilik · Halaman penyewa mal
Express Teppan-Yaki @ Pavilion KL
Alamat: Level 1 Food Republic Pavilion KL, 168 Jalan Bukit Bintang, Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur Waktu Operasi: Setiap hari, 10 am - 10 pm Restoran ini merupakan antara restoran yang sudah lebih 10 tahun beroperasi di Pavilion. Restoran ini memang sangat terkenal dengan cara hidangan Jepun iaitu Teppanyaki. Teppanyaki ini ialah cara masakan untuk hidangan yang dimasak di atas teppan atau kuali rata, selalunya kuali besi yang digunakan.

Antara menu yang wajib anda cuba jika ke sini ialah Sliced Beef with Chili and Garlic, Squid or Chili Prawn with Garlic dan Salmon Fish Semua ini ialah hidangan set yang berbeza harganya.
Status halal: Belum dapat kami sahkan — kami tidak menemui rekod sijil halal untuk premis ini dalam carian kami setakat 11 November 2026. Sijil JAKIM yang ditemui atas nama TEPPANYAKI SDN BHD didaftarkan ke alamat No. 102, Jalan Talalla, Off Jalan Maharajalela, 50460 Kuala Lumpur, bukan premis Pavilion ini.
Sumber: Rekod JAKIM (TEPPANYAKI SDN BHD) · e-Halal (ManaHalal)
Restoran Jepun Miyagi
Alamat: No 2A, Jalan Medan PBI, Seksyen 9, Bandar Baru Bangi, 43650 Bangi, Selangor Waktu Operasi: Setiap hari, 11:30 am – 3 pm, 5:30 – 9:30 pm Restoran Jepun Miyagi merupakan antara restoran makanan Jepun yang enak di Bangi.

Jenis-jenis menu yang boleh didapati termasuklah Sashimi, Hoso Maki, Sushi, Maki Roll, Temaki, Teppanyaki dan banyak lagi. Sangat sedap dan beraneka jenis!
Status halal: Belum dapat kami sahkan — kami tidak menemui rekod sijil halal untuk premis ini dalam carian kami setakat 11 November 2026.
Sumber: e-Halal (ManaHalal)
Kesimpulan
Bagaimana? Anda pasti sudah mula berkeroncong perut dek kerana terbayang keenakkan sushi, sashimi dan teppanyaki, bukan? Jangan berlengah lagi, singgah sahaja sebelum rugi! Kami juga ingin menasihatkan agar anda datang pada waktu yang sesuai, kerana kebanyakan restoran ini sentiasa penuh dengan pelanggan. Selamat menjamu selera!
