Langkau ke kandungan

10 Restoran Makanan Korea (Status Halal Disemak)

Berikut 10 restoran makanan Korea di KL & Selangor; hanya 1 daripada 10 mempunyai sijil halal JAKIM untuk premisnya yang dapat kami sahkan pada 11 November 2026, 9 lagi belum disahkan. Semak sijil di premis sebelum datang.

Kuala LumpurDikemas kini 11 November 2026oleh Nurul Hani8 minit bacaan
Pelbagai hidangan makanan Korea yang sedap di restoran
Kandungan

Tercari-cari restoran makanan Korea sekitar KL & Selangor? Tidak dinafikan, selain makanan Barat dan makanan Thai, makanan Korea juga merupakan makanan luar yang kena dengan citarasa orang kita. Tambah pula dengan pengaruh K-pop dan K-drama, lagilah ramai mahu mencuba makanan Korea! Berikut kami senaraikan 10 restoran makanan Korea buat anda. Teruskan membaca untuk mengetahui dengan lebih lanjut!

Sijil halal yang disebut dalam artikel ini kami baca terus dalam direktori JAKIM pada 11 November 2026. Untuk premis lain, kami mencari salinan direktori e-Halal mengikut nama dan alamat, yang boleh terlepas sijil yang didaftarkan atas nama syarikat lain — jadi ‘belum disahkan’ bukan bermakna premis tersebut tiada sijil halal; sijil boleh tamat tempoh, jadi semak sijil di premis sebelum datang.

TempatStatus halal
Sweetree RestaurantSijil JAKIM (sah hingga 15 September 2028)
K StreetBelum disahkan
Mr. DakgalbiBelum disahkan
Eid Authentic Korean Cuisine - BangiBelum disahkan
OW:L EspressoBelum disahkan
B. bap Korean FoodBelum disahkan
Gangnam Station RestaurantBelum disahkan
Kung Jung Korean RestaurantBelum disahkan
B.stationBelum disahkan
Medini’sBelum disahkan

Sweetree Restaurant

Alamat: Jalan Ampang Putra, Taman Putra Sulaiman, 68000 Ampang, Selangor Waktu Operasi: Setiap hari, 11 pagi -  11.30 malam Restoran Sweetree ini merupakan antara restoran yang paling popular di Ampang. Sebut sahaja namanya, pasti orang Ampang pernah terdengar atau makan di sini.

hidangan makanan Korea di restoran
Imej via Foursquare

Ada berbagai jenis makanan Korea yang boleh dicuba. Antaranya ialah Gochujang Glazed Fried Chicken. Ketulan ayam goreng pedas ini disediakan bersama bersama keju. Sedap tak terhingga! Selain itu, menu lain seperti Kimchi Jigae dan Dak-galbi juga merupakan antara yang terlazat. Alang-alang singgah di sini, pesan sahaja kesemua ini sekali. Lebih meriah!

Status halal: Halal — sijil JAKIM untuk FLYING TURTLE SDN BHD, premis 11L-1, 12L-1, 12L-2 & 13L-1, 13L-2 Jalan Ampang Putra, Taman Putra Sulaiman, 68000 Ampang, Selangor, sah hingga 15 September 2028.

Sumber: Rekod JAKIM

K Street

Alamat: 28, Jalan SS 15/8, Ss 15, 47500 Subang Jaya, Selangor Waktu Operasi: Setiap hari, 11 pagi -  11 malam Restoran yang dahulunya dikenali sebagai The Street Cafe ini merupakan antara restoran yang terkenal sekitar SS15.  Yang penting, makanan Korea yang disajikan memang sedap.

hidangan makanan Korea di restoran
Imej via Foursquare

Menu-menu yang boleh anda cuba di sini ialah kimchi, bibimbap, bulgogi, dakgalbi, jajangmyeon dan ramen. Hidangan-hidangan ini bersaiz besar, jadi ianya bukan sahaja menyelerakan, malah mengenyangkan. Suasana restoran ini juga cukup santai. Dekorasinya ringkas dan cantik. Dari segi servis dan kebersihan pula, memang terbaik. Rugi kalau tak singgah!

Status halal: Belum dapat kami sahkan — kami tidak menemui rekod sijil halal untuk premis ini dalam carian kami setakat 11 November 2026.

Mr. Dakgalbi

Alamat: Soho KL, No. J - G _ 02, Jalan Solaris, Solaris Mont Kiara, 50480 Kuala Lumpur Waktu Operasi: Setiap hari, 11 pagi -  11 malam Alanag-alang singgah di Soho KL, apa kata anda cuba makanan korea di Mr. Dakgalbi ini? Restoran makanan Korea ini mempunyai beberapa cawangan di seluruh Malaysia, memang popular!

hidangan makanan Korea di restoran
Imej via Foursquare

Menu yang paling popular di Mr. Dakgalbi ialah Cheese Ring. Ianya merupakan menu bersaiz besar yang menyajikan ramen bersama keju yang mengelilinginya. Soal memasak jangan risau, kerana staf akan menyediakannya buat anda. Selain itu, anda juga boleh mencuba Dak-galbi. Ada set makanan laut dan set daging, pesan sahaja set yang anda berkenan. Set yang berlainan namun masih sama keenakkannya!

Status halal: Belum dapat kami sahkan — kami tidak menemui rekod sijil halal untuk premis ini dalam carian kami setakat 11 November 2026. Sijil JAKIM yang ditemui didaftarkan untuk MR DAKGALBI SDN BHD di alamat No.10, Jalan 4/152 Taman Perindustrian OUG, 58200 Kuala Lumpur, bukan untuk outlet Solaris ini.

Sumber: Rekod JAKIM

Eid Authentic Korean Cuisine - Bangi

Alamat: 8-19-01, Jalan Medan Pb 7A, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor Waktu Operasi: Setiap hari, 11 pagi -  11.30 malam “Rasa seperti makanan di negara Korea” merupakan antara ulasan yang ditinggalkan oleh salah seorang pengunjung restoran ini.

hidangan makanan Korea di restoran
Imej via Foursquare

Antara menu yang paling banyak menerima pesanan di sini ialah beef bulgogi. Saiz hidangannya agak besar dan harganya juga tidak terlampau mahal. Sangat berbaloi!

Status halal: Belum dapat kami sahkan — kami tidak menemui rekod sijil halal untuk premis ini dalam carian kami setakat 11 November 2026.

OW:L Espresso

Alamat: Jalan SS 15/8, Ss 15, 47500 Subang Jaya, Selangor Waktu Operasi:  Setiap hari, 12 tengah hari - 12 tengah malam manakala Jumaat & Sabtu bermula 12 tengah hari - 1 pagi Sukakan bingsu? Patbingsoo atau lebih dikenali dengan nama ‘bingu’ merupakan makanan pencuci mulut negeri Korea. Dari luaran, nampak seperti ABC pun ada!

bingsu owl esspreso
Imej via Foursquare

Untuk menikmati bingsu sesedap patbingsoo di Korea, lekaslah serbu kafe OW:L Esprsso yang terletak di SS15 ini. Ianya bukan sahaja manis dan menyegarkan tekak, malah saiznya juga besar. Ada beraneka jenis bingsu yang boleh dicuba. Anda boleh memesan bingsu mango cheese , chocolate brownie, cookies and cream & matcha.

Status halal: Belum dapat kami sahkan — kami tidak menemui rekod sijil halal untuk premis ini dalam carian kami setakat 11 November 2026.

B. bap Korean Food

Alamat: Lot GF08, Nu Sentral,, 201, Jalan Tun Sambanthan, Brickfields, 50470 Kuala Lumpur Waktu Operasi: Setiap hari, 10 pagi - 10 malam Dari nama restorannya sahaja anda mungkin sudah boleh teka menu apa yang paling top di restoran B.bap Korean Food ini - semestinya bibimbap!

hidangan makanan Korea di restoran
Imej via Foursquare

Sambil membeli-belah di NU Sentral, singgah sahaja di restoran ini. Ramai pelanggan mengakui yang bibimbap di sini rasanya persis bibimbap di Korea. Asli dan enak! Selain bibimbap, kimchi juga merupakan antara menu yang wajib anda pesan. Kimchi-jigae, kimchi pancake dan kimchi friend rice merupakan antara menu yang tersedap.

Status halal: Belum dapat kami sahkan — kami tidak menemui rekod sijil halal untuk premis ini dalam carian kami setakat 11 November 2026.

Gangnam Station Restaurant

Alamat: No G45, Block 6, Laman Seri Business Park, Persiaran Sukan, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor Waktu Operasi: Setiap hari, 11.30 pagi - 10.30 malam Dari nama restoran pun kita boleh teka makanan  apa yang disediakan di sini - semestinya makanan Korea.

hidangan makanan Korea di restoran
Imej via Foursquare

Ada beberapa hidangan set dan ala carte  yang boleh didapati. Untuk hidangan set, ada set Happy Family, Couple, BBQ Exclusive & Special. Pesan sahaja set yang bersesuaian, yang pasti saiz hidangannya memang besar. Untuk hidangan ala carte  pula, cubalah sundubu-jjigae, tteokbeokki, spicy squid, dan bulgogi. Sesuai juga dijadikan menu sampingan untuk hidangan set, pasti berganda keenakkannya!

Status halal: Belum dapat kami sahkan — kami tidak menemui rekod sijil halal untuk premis ini dalam carian kami setakat 11 November 2026.

Kung Jung Korean Restaurant

Alamat: Lot No 3.1 Level 3 PNB Perdana, Jln Binjai, 50450 Kuala Lumpur Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Selasa, 11.30 pagi - 2 petang & 6 petang - 10 malam Tak perlu jauh-jauh sampai ke Korea untuk mencuba makanannya, kerana anda juga boleh menikmati hidangan Korea yang asli dan lazat di Kung Jung Korean Restaurant. Set BBQ merupakan hidangan yang menjadi pilihan ramai bila singgah di sini. Ada berbagai jenis lauk yang boleh diambil. Daging di sini sangat dipuji ramai dek kerana kesegarannya.

kung jung korean restaurant
Imej via Instagram

Hidangan sampingan seperti kimchi dan bibimbap juga mampu membangkitkan selera sesiapa sahaja. Sedap dan mengenyangkan!

Status halal: Belum dapat kami sahkan — kami tidak menemui rekod sijil halal untuk premis ini dalam carian kami setakat 11 November 2026.

B.station

Alamat: C14, 1, Jalan Ampang Utama 1/1, One Ampang Avenue, 68000 Ampang, Selangor Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Isnin, 10.30 pagi - 10 malam Bukan sahaja hidangan Korea yang menjadi tarikan utama di restoran ini, malah dekorasinya juga turut dipuji. Comel dan santai, persis kafe di Korea!

bstation
Imej via Foursquare

Antara menu yang boleh didapati di restoran B.station ini ialah sundubu-jjigae,kimchi jigae, spicy beef soup, kimchi soup dan seafood pancake. Untuk minuman pula, kopi merupakan minuman yang disyorkan oleh ramai pelanggan.

Status halal: Belum dapat kami sahkan — kami tidak menemui rekod sijil halal untuk premis ini dalam carian kami setakat 11 November 2026.

Medini’s

Alamat: 1, Jalan Lingkaran Tengah 2, 54200 Kuala Lumpur, Selangor Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Isnin, 12 tengah hari - 11 malam manakala Jumaat dan Sabtu bermula 12 tengah hari - 12 tengah malam Restoran Medini’s ini pula merupakan sebuah restoran BBQ khususnya Korean BBQ di KL. Jika anda teringin untuk mencuba set BBQ Korea yang lazat, ini merupakan salah satu tempatnya.

hidangan makanan Korea di restoran
Imej via Foursquare

Ada tiga jenis set makanan tengah hari - Seafood Set, Beef Set & Lamb Set. Seafood Set ini mempunyai pelbagai jenis makanan laut yang segar-segar, pilih sahaja yang mana anda berkenan. Kalau anda ingin makan untuk seorang, cubalah Set for 1 pax. Lauk yang ditawarkan agak banyak, jadi kekenyangan memang dijamin. Harganya juga kurang RM 20, sangat berbaloi!

Status halal: Belum dapat kami sahkan — kami tidak menemui rekod sijil halal untuk premis ini dalam carian kami setakat 11 November 2026.

Kesimpulan

Anda pasti sudah tak sabar-sabar mahu serbu restoran makanan Korea sekitar KL & Selangor yang kami senaraikan ini, bukan? Lekaslah singgah jika berpeluang! Ingat, semak sijil setiap premis seperti yang dinyatakan di atas sebelum datang — sijil boleh tamat tempoh. Kami juga ingin nasihatkan agar anda datang pada waktu yang sesuai, kerana pada waktu kemuncak selalunya ramai pelanggan yang menyerbu. Takut nanti ruang dalam restoran dan ruang parkir penuh pula. Selamat menjamu selera!