Mencari lokasi sarapan di Alor Setar?

Alor Setar merupakan ibu negeri di Kedah yang juga merupakan sebuah bandaraya. Nama pun bandar, semestinya ianya mempunyai banyak tarikan.

Antara tarikannya ialah tempat makan yang menarik. Sebut sahaja genre makanan kesukaan, pasti ada di Alor Setar.

Ini termasuklah dengan lokasi sarapan. Masih tercari-cari? Jangan risau, berikut kami senaraikan 14 lokasi sarapan di Alor Setar untuk anda. Teruskan membaca!

#1 Restoran Mikamal

Alamat: Jalan Anak Bukit, Istana Anak Bukit, 05150 Alor Setar, Kedah

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Jumaat, 6.30 am – 9.30 pm

Ingin menikmati hidangan mi dan rojak yang sangat terkenal di Alor Setar? Singgah sahaja di Restoran Mikamal untuk menikmatinya.

sarapan alor setar mikamal
Imej via Foursquare

Restoran Mikamal ini menyajikan hidangan mi seperti mi goreng dan mi rebus yang laku keras dan menjadi rebutan ramai.

Selain mi goreng, roti canai juga merupakan menu sarapan yang turut dipuji. Disajikan dengan kuah banjir, menu ini dijamin padu!

#2 Alor Setar Breakfast Station

Alamat:  24, 3, K8, Taman Puspa Kencana, 05460 Alor Setar, Kedah

Waktu Operasi: Setiap hari, 7.30 am – 12.30 pm

Nama pun breakfast station, semestinya restoran ini dikenali sebagai port sarapan di Alor Setar.

alor setar breakfast station alor setar sarapan
Imej via Foursquare

Alor Setar Breakfast Station menyajikan hidangan sarapan berasaskan selera Barat dan tempatan yang kena dengan citarasa ramai.

Anda boleh cuba menu sarapan seperti nasi lemak, Kayatop, Oletto, Roti Goyang, Breakfast Set, Roti Arab dan Roti Jala. Sangat beraneka!

#3 Roti Canai Celaru

Alamat: Lorong Teknik, Taman Gunung Perak, 05400 Alor Setar, Kedah

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Ahad, 7.30 am – 1 pm

Jika anda sukakan roti canai berkuah banjir, ini merupakan antara restoran yang wajib anda kungi – Roti Canai Celaru.

Terletak di Taman Gunung Perak, restoran ini dibuka seawal 7.30 pagi. Memang sesuai disinggah untuk sarapan pagi.

srapan alor setar roti canai celaru
Imej via Foursquare

Roti Celaru merupakan hidangan yang terjual laris di sini. Kuah banjir serta telur mata yang disajikan di atasnya memang terlajak sedap!

#4 Mee Abu

Alamat: 2968-R, Jalan Sultanah, 05350 Alor Setar, Kedah

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Jumat, 7 am – 8.30 pm

Restoran Mee Abu ini merupakan antara restoran yang tertua di Alor Setar. Ianya juga turut dikenali sebagai antara lokasi sarapan terbaik di Alor Setar.

sarapan alor setar mee abu
Imej via Foursquare

Hidangan sarapan yang wajib anda cuba jika ke sini ialah roti canai, mi goreng dan mi rebus.

Yang menarik tentang restoran ini ialah mereka menggunakan dapur arang untuk menyediakan makanan. Semestinya rasanya lebih sedap, memang legend!

#5 Nasi Lan Peruda (kedai lorong)

Alamat: Bandar Alor Setar, 05200 Alor Setar, Kedah

Waktu Operasi: Setiap hari, 7 am – 2 pm

Nasi Lan Peruda ini juga merupakan antara kedai makan yang sudah berpuluh tahun beroperasi di Alor Setar.

Dibuka seawal jam 7 pagi, kedai makan ini terletak di lorong berdekatan dengan kompleks Peruda.

sarapan alor setar lan peruda
Imej via Foursquare

Lauk-pauk yang boleh anda pilih ialah sambal sotong, ayam madu dan telur sotong. Jangan lupa minta kuah campur, lebih istimewa!

#6 Sate Bakaq Susu

Alamat: Kopitiam Ukir Mall, Jalan Sehala, Bandar Alor Setar, 05200 Alor Setar, Kedah

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Isnin, 8 am – 12.30 pm

Teringin untuk menikmati menu lain daripada biasa untuk sarapan pagi? Apa kata anda singgah di restoran Sate Bakaq Susu untuk tujuan itu?

sate bakaq susu
Imej via Instagram

Sate Bakaq Susu ini menyajikan sate ala Thai. Ianya bukan sahaja enak, malah murah dan tebal isinya.

Antara sate yang boleh anda cuba ialah Sate Set Biasa dan Sate Set Jumbo. Menu lain seperti Sangkayaku dan Thai Roll Salad turut disajikan.

#7 Restoran Mee Faroq Roti Doll

Alamat: Al Hidayah, No 9,Kompleks Perniagaan, Jalan Hutan Kampung, 05350 Alor Setar, Kedah

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Jumaat, 7 am – 10 pm

Pernah terdengar nama Roti Doll? Ianya merupakan roti canai berkuah banjir yang isajikan dengan telur mata di atasnya.

Salah satu lokasi sarapan di Alor Setar yang terkenal dengan Roti Doll ialah Restoran Mee Faroq Roti Doll.

mee faroq roti doll sarapan alor setar
Imej via Fourquare

Kuahnya memang banjir habis, sangat enak dinikmati bersama roti canai dan telur mata.

Selain Roti Doll, restoran ini turut menyajikan mee goreng yang tidak kurang hebatnya. Rugi tak cuba!

#8 Kafe Adik Kakak

Alamat: No. 30, Batu 2, Jln Langgar, 05460 Alor Setar, Kedah

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Isnin, 7.30 am – 1.30 pm, 5.30 – 11 pm manakala Jumaat 7.30 am – 1 pm, 5.30 – 11 pm

Sesetengah tempat makan menyajikan beberapa jenis hidangan sahaja terutamanya untuk sarapan. Berlainan pula dengan Kafe Adik Kakak ini.

kafe adik kakak
Imej via Foursquare

Hidangan sarapan di sini berasaskan selera Barat dan tempatan. Untuk hidangan ringan, anda boleh cuba Scrambled Eggs, Omelette dan Hotdog Aci Lut.

Untuk hidangan yang lebih berat, burger iaitu Burger Zero Point, Roti Jala dan Roti Telur Leleh turut disajikan. Semuanya sedap-sedap belaka!

#9 Kopi & Roti

Alamat: Kampung Lubok Peringgi, 05150 Alor Setar, Kedah

Waktu Operasi: Setiap hari, 9 am – 10 pm

Ini merupakan antara kafe moden di Alor Setar yang memang popular – Kopi & Roti.

Dibuka seawal jam 9 pagi, kafe ini sesuai disinggah untuk sesiap yang ingin menikmati sarapan mahupun brunch.

kopi & roti
Imej via Foursquare

Antara menu sarapan yang boleh anda cuba ialah Croissant, French Toast, Scrambled Eggs dan Brioche Kaya Toast.

#10 Warung Klasik

Alamat: Jalan Kangar – Alor Setar, Kampung Padang Lalang, 06250 Alor Setar, Kedah

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Rabu, 7.30 am – 1 pm

Nama pun klasik, semestinya hidangan sarapan di sini legend. Jika anda ingin mencuba hidangan sarapan terkenal di Alor Setar, anda wajib siggah di Warung Klasik.

pek nga warung klasik
Imej via Foursquare

Warung Klasik menyajikan menu seperti pek nga, sejenis lempeng tradisional yang popular di Alor Setar.

Pek ga di sini disajikan berama kuah kari ikan yang secukup rasa atau susu pekat, engikut pilihan anda.m

Menu lain seperti pulut ikan lengat turut disajikan di sini. Ianya juga menjadi rebutan ramai, jadi anda patut cuba.

#11 Medan Selera Alor Merah

Alamat: Alor Merah, 05250 Alor Setar, Kedah

Waktu Operasi: Setiap hari 7 am – 12 pm

Syurga sarapan pagi – ini merupakan antara ulasan yang sesuai untuk menggambarkan Medan Selera Alor Merah.

medan selera alor merah
Imej via Foursquare

Restoran ini menyajikan pelbagai jenis menu sarapan tempatan dan kuih-muih yang beraneka.

Anda boleh cuba menu-menu seperti capati, nasi lemak, roti jala, apam lenggang dan roti bom.

#12 Wawasan Kopitiam Kanchut

Alamat: 140, 134, Jalan Darul Aman, Kampung Lubok Peringgi, 05100 Alor Setar, Kedah

Waktu Operasi: Setiap hari, 7 am – 3 pm

Lokasi sarapan yang santai juga memainkan peranan dalam mengambil hati pelanggan. Salah satu lokasi sarapan yang cukup santai di Alor Setar ialah Wawasan Kopitiam Kanchut.

roti goyang wawasan kopitiam kanchut
Imej via Foursquare

Restoran ini menyajikan hidangan sarapan selera tempatan dan Barat. Anda boleh cuba lontong, roti goyang, nasi lemak dan roti canai.

Selain itu, mi kari di sini juga turut menjadi rebutan ramai. Saiz hidangannya sederhana, namun masih mengenyangkan.

#13 Mat Cucur Udang

Alamat: Alamat: 919, Jalan Sultan Badlishah, Bandar Alor Setar, 05000 Alor Setar, Kedah

Waktu Operasi: Setiap hari, 9 am – 9.30 pm

Mahu menikati cucur udang sebagai menu sarapan? Singgah sahaja di restoran Mat Cucur Udang.

cucur udang
Imej via Foursquare

Cucur udang di sini diakui rangup di luar dan lembut di dalam. Kuah kacangnya pula merupakan satu bonus untuk hidangan ini.

Cucur udang di sini turut disajikan dengan tauhu, fish cake dan timun. Semestinya anda akan meninggalkan restoran ini dengan perut yang kenyang.

#14 Ikhwan Corner Alor Setar

Alamat: No. 6, Taman Desa Aman, Jalan Sultanah, 05350 Alor Setar, Kedah

Waktu Operasi: Setiap hari, 8 am – 6 pm

Satu lagi lokasi sarapan di Alor Setar yang wajib anda kunjungi ialah Ikhwan Corner Alor Setar.

ikhwan corner
Imej via Foursquare

Menyajikan hidangan sarapan selera tempatan, anda boleh cuba menu-menu seperti roti sardin, bubur, roti canai, mi goreng dan bihun goreng.

Servis serta kebersihan restoran juga amat memuaskan dan mendapat pujian ramai, memang terbaik!

Kesimpulan

Sudah jumpa port sarapan di Alor Setar yang ingin anda lawati? Semua tempat makan yang kami senaraikan ini memang terbaik, jadi singgah sahaja satu-persatu.

Semoga artikel ini memberi manfaat kepada anda dalam mencari tempat makan yang sedap. Jangan lupa kongsikan kepada rakan-rakan dan di media sosial. Selamat menjamu selera!

Artikel Menarik Lain

Penulis: Nurul Hani

Berminat untuk berkongsikan tempat makan menarik berbagai genre di seluruh Malaysia.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.