Jika anda berkunjung ke Nilai dan tidak singgah di restoran Semangkuk Batang Benar, anda memang rugi!
Mana tidaknya, menu-menu di restoran ini memang terlajak sedap! Buktinya, idak putus-putus menerima kunjungan daripada orang ramai, bukan sahaja dari Nilai malah dari luar negeri pun ada!
Agak-agak apa yang membuatkan restoran Semangkuk Batang Benar ini begitu istimewa ya? Teruskan membaca untuk mengetahui dengan lebih lanjut!
Selalunya bila ke kedai makan, pasti ada sesetengah yang buat anda sedikit lali. Bukan apa, kalau menu yang istimewa di situ ada 2 – 3 jenis sahaja, memang buat pelanggan rasa nak lari!
Isu tersebut tidak akan anda hadapi jika anda ke Semangkuk Batang Benar! Hal ini kerana restoran ini menyajikan variasi jenis menu. Dari makanan berat ke pencuci mulut, semuanya ada.
Antara menu yang boleh didapati ialah Mee Kari Ketam, Bakso, Mee Bandung Muar Gearbox Kambing, Nasi Lemak Ayam Kampung dan Laksa Claypot. Bagaimana? Tidak tahu nak rasa yang mana dahulu, bukan?
Cuaca panas-panas begini, semestinya anda mengidamkan minuman atau pencuci mulut yang menyegarkan tekak. Kami yakin pasti minuman pencuci mulut yang terlintas di minda anda ialah cendol, bukan?
Di Semangkuk Batang Benar, cendol di sini memang lain daripada lain. Biasanya cendol dihidangkan dalam mangkuk, namun di sini cendolnya disajikan di dalam tempurung kelapa, sangat unik!
Rasanya? Semestinya lebih enak dan menyegarkan! Antara cendol yang disediakan ialah cendol durian, cendol pulut, cendol tapai, cendol aiskrim dan cendol ‘special’. Kesemuanya sedap-sedap belaka, anda wajib cuba!
Selain cendol, minuman ini juga kerap dipesan oleh ramai pelanggan. Mengapa? Semestinya kerana minuman hasil gabungan buah kelapa, lemon dan laici ini enak dan menyegarkan tekak.
Mungkin anda jarang terdengar tentang minuman yang menggabungkan ketiga-tiga buah ini namun usah gundah! Ini tidak bermaksud yang rasanya tidak ‘kena’. Malah, minuman ini cukup laku keras di sini.
Dihidangkan di dalam baldi, saiznya juga besar dan harganya ialah RM 5.50 sahaja. Bukan sahaja mampu menghilangkan dahaga, malah menyihatkan. Anda wajib cuba!
Teringin minuman yang manis? Semangkuk Batang Benar juga turut menyediakan Ais Kepal dan ABC. Selain itu, Shake seperti Coconut Shake, Oreo Milkshake dan Durian Milkshake juga turut disediakan. Dijamin sedap!
Untuk snek pula, hidangan seperti Pisang Goreng dan Durian Goreng juga boleh didapati. Ada pelbagai jenis cara hidangannya, antaranya ialah Pisang Cheese dan Durian Goreng Aiskrim. Memang bikin kecur air liur!
Fuh, banyak juga menu yang menarik di restoran Semangkuk Batang Benar ini. Patutlah ramai yang selalu keliru kerana tidak tahu mahu pesan yang mana satu. Kadang-kadang sampai penuh meja dengan variasi menu!
Sudah mula memasang niat untuk ke Semangkuk Batang Benar? Singgah sahaja sebelum terlepas peluang. Berikut kami sertakan alamat restoran dan waktu operasinya. Selamat menjamu selera!
Alamat: 3265, Kawasan Perindustrian Nilai, 71800 Nilai, Negeri Sembilan
Waktu Operasi: Setiap hari, Isnin – Khamis dibuka bermula 8.45 pagi – 6 petang. Pada Jumaat, dibuka bermula 8.45 pagi – 1 tengah hari dan dibuka semula pada 2 – 6 petang. Pada hujung minggu, dibuka bermula 8.30 pagi – 6.30 petang.