Restoran Selera Malam Terminal pada awalnya membuka gerai Nasi Ayam di  kawasan Pasar Malam Cina, Taiping suatu tika dahulu. Namun, setelah beberapa tahun berniaga di kawasan tersebut, akhirnya pemilik gerai nasi ayam tersebut terpaksa berpindah ke tempat lain kerana kawasan tersebut hendak dibangunkan oleh pihak Majlis Perbandaran Taiping.

Pemilik gerai tersebut telah memulakan perniagaan dengan menyewa sebuah rumah kedai sebagai langkah meneruskan legasi Nasi Ayam di bandar Taiping ini. Nama Restoran Selera Malam Terminal cukup terkenal oleh penduduk Taiping kerana keenakan Nasi Ayamnya malah, rasanya masih kekal sama seperti dahulu.

Maka tidak hairanlah jika restoran ini sering dipenuhi pelanggan dari kawasan sekitarnya. Malah, masyarakat berbangsa asing turut menggemari Nasi Ayam yang terdapat di restoran ini.

Nasi Ayam

Imej via facebook

Menu Menarik Semuanya

Restoran ini tidak hanya menyajikan nasi ayam seperti suatu tika dahulu. Jika dahulu hanya nasi ayam sahaja yang dijual, namun kini setelah beralih ke sebuah restoran, pemilik restoran telah menambahkan menu hidangan di restorannya.

Antara menu yang terdapat di sini adalah nasi ayam special + aiskrim goreng, nasi goreng ayam special + ais krim goreng, nasi goreng chicken chop + ais krim goreng, nasi goreng fish and chip + ais krim goreng, nasi goreng udang, nasi arab mandy dan banyak lagi menu yang boleh di cuba.

Western Food

Imej via facebook

Setiap set makanan diberikan air mineral botol 500 ml percuma. Aiskrim yang dijual di sini sangat sedap dan harganya juga tidaklah mahal. Hanya RM 2.80 sahaja. Gabungan rasa panas di luar dan sejuk di dalam membuatkan anda merasai satu feel yang baru tatkala merasainya.

Nasi Arab Pun Ada Daging Lembut Tidak Terkata

Nasi arab mandy yang disajikan di restoran ini sering mendapat permintaan ramai. Ini adalah kerana daging kambing yang digunakan untuk hidangan ini menggunakan daging lembu segar dan bukannya daging lembu frozen. Malah, dagingnya juga terasa begitu lembut dan tidak liat. Senang dicarik dengan tangan sahaja.

Lembutnya daging kambing yang dimasak membuatkan ia mudah dihadam oleh pelanggan. Tambahan pula ia dimasak menggunakan rempah ratus yang begitu sempurna.

Nasi goreng chicken chop nya pula merupakan antara inovasi yang diperkenalkan buat orang – orang di Taiping. Nasi goreng ini dihidangkan bersama chicken chop, kentang goreng dan juga coleslaw buat yang sememangnya sedap. Turut mendapat permintaan oleh para pelanggan yang datang menjamu selera di sini.

Nasi Arab

Imej via facebook

Tiga Cawangan Restoran

Restoran ini turut mempunyai cawangan di 3 lokasi berbeza iaitu Selera Malam Terminal (berhampiran petronas kamunting), Selera Malam sebelah Pejabat Pos Taiping dan Selera Malam dihadapan Kem Askar Kamunting.

Pelanggan yang ingin menjamu selera hidangan di restoran ini bolehlah datang ke salah satu cawangan Restoran Santai Malam yang terletak di kawasan berhampiran. Tidak perlu risau tentang kualiti makanan di cawangan restoran yang berbeza kerana standard kualiti makanan yang disajikan kepada pelanggan amatlah dititikberatkan oleh pemilik restoran ini.

Restoran ini dibuka setiap hari mulai jam 2.30 petang hingga jam 1.00 pagi.

Alamat : 6024 Jalan Stesen Kamunting, 34600 Kamunting Perak.

Penulis: Itawrah

Seorang yang rajin mencari tempat makan yang viral dan menarik di Malaysia.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.