Restoran Tuu Dia Pak Tam – dari namanya sahaja anda pasti boleh teka restoran ini terkenal dengan makanan apa. Semestinya makanan Utara!

Agak-agak restoran ini terkenal tak? Kalau dah ada sehingga 12 cawangan di serata negeri, semestinya ya! Restoran yang pada awalnya beroperasi secara kecil-kecilan ini kini sudah berjaya menempa nama sebagai restoran yang maju dan terkenal.

Popular sejak tahun 1994, Restoran Tuu Dia Pak Tam masih relevan sehingga kini. Anda pasti tertanya-tanya apa yang membuatkan restoran ini begitu terkenal, bukan? Teruskan membaca ya!

Rojak Pasembor, Sesedap Pasembor di Penang!

Teringin pasembor yang rasanya seenak pasembor di Penang? Tak perlu susah-susah ke Penang, kerana di Selayang pun anda boleh jumpa!

pasembor rojak @ tuu dia pak tam

Imej via Instagram

Rojak pasembor di restoran ini merupakan antara menu utara yang terlaris. Agak-agak mengapa rojak pasembor di sini cukup digemari ramai?

Rata-rata pengunjung memuji rojak pasembor yang bukan sahaja enak malah asli resepinya ini. Bukan senang untuk jumpa kuah pasembor yang betul-betul sedap namun di sini, rasanya lebih kurang dengan kuah pasembor mamak!

pasembor rojak @ tuu dia pak tam

Imej via Instagram

Selain itu, cucur udangnya juga rangup di luar dan lembut di dalam. Antara pasembor yang disediakan di sini ialah Rojak Pasembor Biasa, Rojak Pasembor Sotong dan Rojak Pasembor Mee, wajib cuba!

Bihun Sup Utara, Setanding Bihun Sup Kedah!

Jika ke Kedah pula, hidangan ini sentiasa menjadi sebutan – bihun sup Utara! Tidak dinafikan dalam banyak-banyak bihun sup, bihun sup Utara merupakan antara yang tersedap.

bihun sup utara tuu dia pak tam

Imej via Instagram

Antara bihun sup yang boleh anda nikmati ialah bihun sup ayam dan bihun sup daging. Dua hidangan ini sentiasa dipesan ramai, memang laku keras!

Rata-rata pelanggan memuji daging lembu dan daging ayam yang cukup lembut. Supnya pula cukup berempah dan aromanya juga harum. Jika dimakan panas-panas, pasti lebih lazat!

Servis Restoran Terbaik & Kebersihan Terjamin

Kualiti sesebuah restoran itu tidak terletak semata-mata pada keenakan makannya mahupun harganya. Dua aspek ini semestinya dititikberatkan oleh pelanggan – servis dan kebersihan restoran.\

Jangan risau! Jika anda baca ulasan di Internet, kebanyakan pelanggan meninggalkan komen yang positif-positif belaka.

Selain daripada menawarkan harga yang berpatutan, servis restoran dikatakan memang terbaik. Dari segi kebersihan pula, memang ‘tiptop’!

Banyak Lagi

mi rebus

Imej via Foursquare

nasi bukhari @ tuu dia pak tam

Imej via Instagram

Bukan hidangan Utara sahaja yang boleh didapati di sini. Hidangan lain seperti nasi lemak, nasi Bukhari, mi rebus, hidangan bersup dan masakan panas juga boleh anda cuba.

chocolate blended smoothie @ tuu dia pak tam

Imej via Instagram

Untuk minuman pula, minuman berais, Smoothie dan kopi juga turut disajikan. Sambil-sambil anda pekena bihun sup Utara, pasti berganda keenakan jika anda cuba Chocolate Blended Smoothie mereka.

Kesimpulan

Bagaimana? Sudah mula berkeroncong perut memikirkan rojak pasembor dan bihun sup Utara asli di Restoran Tuu Dia Pak Tam?

Usah berlengah lagi! Jika berpeluang ke Selayang, singgah sahaja sebelum terlepas peluang. Berikut kami sertakan alamat dan waktu operasi restoran. Selamat menjamu selera!

Alamat: 3, 5 & 7, Jalan 2/10, Bandar Baru, 68100 Selayang, Selangor

Waktu Operasi: Setiap hari, 7 pagi – 12 tengah malam

Penulis: Nurul Hani

Berminat untuk berkongsikan tempat makan menarik berbagai genre di seluruh Malaysia.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.