Mengidam nak makan ayam geprek, bakso dan makanan Indonesia yang lain tetapi tak tahu restoran mana yang sedap? Jangan runsing lagi, restoran Indorosso yang terletak di Melaka ini menyediakan pelbagai jenis makanan asli Indonesia.
Sekali sekala makan makanan jiran kita yang berbaloi harganya pun seronok tau. Cita rasanya kena dengan tekak orang Malaysia kerana kita kan adik beradik serumpun.
Bahagian dalam restorannya teratur, bersih dan selesa. Dekorasi dan hiasan dalaman pun menarik. Restoran ini bukan saja direkemenkan oleh orang tempatan, malah orang Indonesia juga suka ke sini kerana pasti akan mengingatkan mereka akan kampung halaman.
Anda boleh datang bersama keluarga dan kawan-kawan untuk santapan tengah hari atau malam.
Restoran Indorosso menyediakan pelbagai masakan asli Indonesia. Makanan indonesia ini terdiri dari set untuk individu dan juga untuk berkumpulan.
Bagi hidangan yang berasaskan ayam, disediakan makanan indonesia seperti set Ayam Geprek, Ayam Kremes, Ayam Penyet atau Ayam Penyet Cincang, Ayam Jingkrak dan Ayam Bakar.
Semua jenis set ini akan datang bersama nasi putih, sambal, tauhu, tempe dan sambal. Lengkap sebuah hidangan yang mengenyangkan.
Manakala set berunsurkan ikan pula adalah seperti set Ikan Bandeng, Lele, Bawal serta Talapia. Anda boleh pilih sama ada mahu masakan menu penyet, jingkrak atau geprek. Selain itu, terdapat juga set bebek (itik), daging iga dan daging empal.
Di samping itu, terdapat hidangan berunsurkan bakso dan mee ayam. Antaranya adalah Bakso Goreng, Bakso Setan, Bakso Super, Bakso Tulang, Bakso Beranak dan lain-lain lagi. Sangat rugi jika anda tidak mencuba makanan yang boleh dikatakan signature orang Indonesia ini.
Seterusnya, Restoran Indorosso juga menyediakan set Soup Jowo seperti Soto Ayam Jawa, Gule Kambing Campur, Nasi Bamboo dan Tong Seng Kambing Daging.
Sekiranya anda mahu makan juadah atau makanan Indonesia yang ringan-ringan, anda boleh mencuba Snack Indorosso. Antara snack yang ditawarkan adalah Ketoprak Tahu Campur, Gado-Gado, set Pecel Sayur dan Tahu Gejrot Kicap. Pelbagai aneka pau juga ada di sini.
Sudah makan yang panas-panas sudah tentulah mahukan minuman yang menyegarkan tekak. Antara pilihan minuman istimewa yang menjadi kegemaran pelanggan di sini adalah Jus Markisa, Es Cao, Es Campur, Es Dawet, Es Buah dan macam-macam lagi.
Restoran Indorosso juga ada menyediakan makanan Indonesia frozen seperti Risoles Ayam dan Tahu Sumbat untuk anda bawa pulang dan masak di rumah.
Apa lagi, Restoran Indorosso adalah salah satu restoran yang dapat anda nikmati kelazatan makanan Indonesia. Walaupun berada di Malaysia, sensasi rasanya pasti menerbangkan anda ke Indonesia.
Lokasi: No. B-4, Jalan Rumah Pangsa, 75350 Batu Berendam, Melaka
Waktu Operasi: Setiap hari kecuali rabu (11 am – 10 pm)
No Telefon: 011-23441766
Jom baca juga Jom baca juga Shell Out KL Ala Garden Di AL AZMI ZK GARDEN, Restoran Jepun Halal Selangor, Fujiyama Japanese Restaurant dan Soru Station.