Tak sangka dekat Malaysia ada sebuah cafe viral yang berkonsepkan hantu! Ianya ala-ala cafe hipster yang menyajikan menu makanan western tetapi keunikannya membuatkan ia berbeza dengan restoran cafe yang lain.

Imej via [fb]

Betulkah restoran ini menyeramkan? Ianya adalah konsep seram, jadi semestinya karakter hantu itu ada. Untuk anak-anak yang takut dan orang tua yang berkerosi roda tidak disarankan datang kerana tiada kemudahan yang sesuai untuk mereka.

Setibanya di sini, pelanggan perlu menaiki tangga untuk ke bahagian tempat makan. Yang pasti, Bunian The Haunted Cafe ini adalah salah satu tempat makan yang menarik di Melaka boleh anda kunjungi. 

Suasana Restoran Bunian The Haunted Cafe

Imej via [vulcanpost]

Sangat menyeronokkan bagi anda yang sukakan kelainan. Bayar di kaunter, mengambil pesanan makan, semua staff di sini adalah karakter hantu. Di tempat makan pula, ada patung hantu pocong yang digantung. Sangat kreatif suasana Bunian The Haunted Cafe ini.

Selain suasana restoran berkonsep hantu ini, menu makanan yang dihidangkan juga tidak kurang hebatnya. Harganya juga lebih kurang sama sahaja seperti kafe hipster di luar sana.

Menu Makanan Restoran Bunian The Haunted Cafe

Imej via [fb]

Antara kategori makanan yang dihidangkan di sini adalah pasta, salad, chicken chop, fries, pencuci mulut dan banyak lagi. Untuk minuman pula, air yang disediakan adalah ice blended dan minuman buah-buahan. 

Contoh menu makanan pilihan ramai adalah lamb chop, meatball, spaghetti, fish and chips, ayam korea, wedges dan banyak lagi. Sama ada makanan ringan atau berat, anda boleh makan di sini.

Imej via [fb]

Untuk anda yang sangat mementingkan rasa makanan, mengikut review makanan dari Restoran Bunian  The Haunted Cafe ini, kami syorkan untuk anda merasai keenakan Crispy Chicken with Fries, Deep Fried Chicken Chop.

Imej via [fb]

Kemudahan Dan Keseronokan Bunian The Haunted Cafe

Kemudahan di restoran ini adalah ia tidak memerlukan anda membayar parking, terdapat tempat letak kereta yang mudah untuk anda. 

Bagi mereka yang suka bergambar, di sini mempunyai ruang untuk bergambar dan sesuai untuk koleksi gambar anda. Anda juga boleh melihat persembahan dari hantu-hantu sepanjang menikmati hidangan di sini. 

Imej via [vulcanpost]

Bagi mereka yang inginkan tempat untuk berparti, boleh juga untuk menempah tempat di restoran Bunian The Haunted Cafe ini, tetapi anda perlu maklumkan awal kepada mereka untuk booking meja terlebih dahulu. Jika tidak, takut penuh tempat nanti. 

Sekiranya teringin nak rasa pengalaman makan di restoran Bunian The Haunted Cafe atau kafe seram berhantu ini, boleh datang pada hari dan waktu mereka operasi.

Jom baca juga Restoran Bijan Kuala Lumpur.

Lokasi:  No 159 & 161, Jalan Kubu, Kubu, 75300 Melaka

Waktu Buka:  6 Petang – 12 Malam (Setiap Hari kecuali selasa)Telefon: 011-11499897

Penulis: Rina

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.