Hehe, kalau sebut Restoran Azura ini jadi semangat kami jadinya. Ianya restoran nostalgia untuk kami. InsyaAllah akan kami kongsikan mengenai rstoran ini sebaik mungkin.

Restoran Azura

6, Jalan 3/69 (Seksyen 3)

Bandar Baru Bangi, Selangor 43650

Restoran ini sememangnya menjadi tempat pilihan pelajar UKM. Tetapi bukan sekadar UKM, pelajar kolej sekitar,  tenaga kerja yang berhambiran seperti warga klinik, pekerja pejabat lot-lot kedai turut datang ke sini. Sebabnya harganya yang murah dan pelbagai lauk yang disediakan.

 

restoran-azura

Terletak di seksyen 3 Bangi

 

restoran-azura-2

Nasi goreng ketam

 

restoran-azura-3

Pelbagai jenis lauk dengan harga sekitar RM4. Mana mahu dapat?

Restoran Azura memang murah berbanding kedai lain. Sebab itulah ianya menjadi hampir rutin kebiasaan untuk datang makan ke sini.Betul! Lauknya pula enak-enak  dan pelbagai. Ikan bakar yang dijual juga murah. Harga sekitar RM3-4 seekor untuk ikan cencaru yang besar juga saiznya. Atupun ambil sahaja pari.

Pada malam pula, makanan berbentu ala carte disedaiakan. Semua ada. Boleh cuba nasi goreng ketamnya atau nasi goreng sotongmya. Kedai ini seperti kedai mamak yang lain. Roti canai, burger semua ada disediakan. Cuma yang menjualnya Melayu. Boleh juga layan perlawanan bola di sini. 🙂

 

Kredit gambar : Foursquare

Penulis: Awal Faiz

Sebahagian daripada Tim saji.my yang menulis tempat makan menarik di Malaysia. Penggemar makanan pedas dan western. Agak-agaknya ada tak kedai yang menjual makanan seperti di dalam 'Master Chef' ?

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.