Makanan ini terasa simple, sederhana namun sedap. Isinya boleh diadjust mengikut selera, mahu bebola ikan, daging, sosej, tauhu goreng mahupun sayur-sayuran sahaja pun boleh. Terutamanya untuk vegetarian ataupun orang yang tengah berdiet boleh menambahkan sayuran sahaja mengikut selera.
Yong Tau Fu merupakan sejenis sup cina yang selalu dijumpai di Malaysia atau Singapura. Bermakna ia ialah makanan tauhu yang dibubuh ataupun sekarang sudah berkembang menjadi aneka sayur-sayuran dan masakan goreng yang dibubuhi pes ayam atau daging.
Rasanya sangat bersahabat dengan lidah orang yang tidak suka pedas. Kanak-kanak banyak suka yong tau fu. Kalau anak anda ramai beli sedikit-sedikit mana cukup kan. Lebih baik buat sendiri lebih puas makan.
Maka kami hadirkan untuk anda resepi yong tau fu yang sedap teramat. Konfirm kalau mengikuti resepi famous di Facebook yang dikongsikan oleh Razzyatt ini, sesiapapun yang memakan yong tau fu anda akan menyungkah hingga kering kuah. Sila cubakan resepi ini.
1. Panaskan minyak.
2. Tumis bahan blend yang bertanda *.
3. Jika sudah pecah minyak masukkan semua bahan blend yang pertama,
4. Kemudian masukkan gula melaka.
5. Tambah air secukupnya, masak dengan api perlahan.
6. Selepas itu, masukkan air tepung jagung, masak lagi sampai betul-betul hilang rasa tepung jagung.
7. Perasakan garam jika perlu. Siap.
Selain resepi yong tau fu, kami juga menulis resepi sedap dan mudah lainnya yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya.