Apa menu makanan anda hari ini? bagaimana jika anda menmbuat salah satu masakan ala thai iaitu Ikan Tiga Rasa. hmm macam sedap tu. Serius memang sedap pun, apalagi kalau menggunakan ikan talapia yang besar. Satu ikan talapia besar boleh untuk mengisi perut sampai 5-6  orang.

Seperti namanya, ikan tiga rasa ini mempunyai rasa yang unik. Makanan ini memilik rasa pedas, manis dan masam. Hidangan ini sangat sesuai untuk menjamu selera keluarga anda. Tentu and bosan dengan masakan yang itu-itu sahaja, ikan goreng kunyit kalau tak ikan tepung. Ada kalanya anda haru menukar resepi harian anda.

Ditambah lagi, kalau makan ikan tiga rasa di restoran harganya untuk satu ikan besar tidak kurang dari RM 50-60, belum lagi pakai ini dan itu nya. Lebih anda memasak sendiri di rumah, boleh makan sepuas selera. Dan yang pastinya sangat jimat.

Di bawah ini ialah resepi ikan tiga rasa yang dikongsikan oleh Yusma Mustafa di facebook. Sebetulnya untuk membuat ikan tiga rasa boleh menggunakan ikan jenis apapun, tak kisah. Namun dalam resepi ini menggunakan ikan talapia sebagai bahan utama. Sila mencubanya…

Resepi Ikan Talapia Tiga Rasa

resepi ikan masak tiga rasa

Imej via facebook

Bahan-bahan :

  • Seekor ikan talapia sederhana besar.
  • Lepas siang, terus mekapkan dengan garam kunyit.
  • Tomato, timun, nenas. (Agak agak je nak guna sebanyak mana). Potong dadu.
  • Sos cili, sos tomato, sos tiram.
  • Sesudu besar tetiap satu. Jangan tertukar dengan senduk pulak ye.
  • 2 ulas Bawang putih, dan
  • 2 ulas bawang merah.(Tak kisah nak tumbuk atau nak kisar).
Resepi ikan tiga rasa

Imej via facebook

Cara Membuat Ikan Talapia Tiga Rasa

1. Goreng ikan sampai garing kedua-dua belah.
2. Pastikan minyak betul-betul panas.

Resepi ikan masak tiga rasa

Imej via facebook

3. Tumis bawang putih dan bawang yang sudah siap ditumbuk. Sampai naik         bau.
4. Masukkan semua sos.
5. Masa ini boleh kalau tambah gula dan garam secukup rasa.
6. Jiruskan secawan air bagi sedikit berkuah.
7. Masukkan timun, nenas dan tomato.
8. Biar sekejap dalam 2-3 minit bagi lembut sikit.

Resepi ikan masak tiga rasa

Imej via facebook

9. Bila dah mendidih, boleh masukkan ikan yang sudah siap digoreng tadi.
Siap.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi Ikan Talapia Tiga Rasa, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Oh ya, jangan lupa share dan like resepi ini ya..

Penulis: Jejemiko

Jejemiko

Pelajar yang memiliki ketertarikan kepada kartun dan muzik, serta menginterpretasikan rasa dalam tulisan.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.