Sup tulang merupakan hidangan yang amat popular di Malaysia untuk makan malam. Selalunya, sup tulang didapati di restoran Siam di sekitar kita. Walaubagaimanapun, harganya juga boleh tahan jika kita hendak makan beramai – ramai.

Jangan risau, kini kami sediakan buat anda khas resepi Sup Tulang Thai. Resepi ini amat sesuai dihidangkan buat seisi keluarga. Sekarang bolehlah anda makan hidangan ini puas puas!

Resepi ini telah dikongsikan oleh Sarra Ahmad Kamal dan mendapat banyak perkongsian di Facebook. Jom kita lihat!

Resepi Sup Tulang Thai

Resepi Sup Tulang Thai

image via Facebook

Bahan – bahan:

  • 1 kilogram tulang (rebus dahulu dengan halia sampai empuk)
  • Serai ketuk
  • Lengkuas ketuk
  • Bawang putih ketuk
  • Bawang besar hiris
  • Halia ketuk
  • Akar ketumbar ketuk
  • Daun limau purut

Cara penyediaannya:

  1. Tumis semua bahan. Kemudian, masukkan tulang yang telah direbus bersama air rebusan.
  2. Apabila sudah mendidih, masukkan air lemon, saderi, tomato, perasa dan daun ketumbar.
  3. Siap!

Resepi – resepi lain yang menarik:

Ha senang kan resepi kali ini. Selain daripada resepi ini, ada variasi jenis resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda!

Penulis: Nur Dini Abd Aziz

Seorang yang suka cuba makan di tempat-tempat viral yang ada.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.