Mahu cuba resepi sup tauhu telur ? Tauhu telur atau tauhu jepun memiliki tekstur yang lembik dan lembut. Berbeza dengan tauhu biasa, rasa tauhu telur pun tidak terlalu masam dan tidak keras.
Tauhu telur sedap dimasak dengan pelbagai resepi, ada tauhu telur masak sambal, masak sos tiram atau masak sup seperti resepi yang kami kongsikan di bawah ini. Biasanya sup tauhu telur dicampur dengan sawi. Justeru, masakan ini sesuai untuk orang yang ingin berdiet kerana ia tidak berlemak dan berkhasiat.
Sup tauhu telur boleh dimakan bersama nasi. Sup tauhu telur juga dapat dijadikan makanan alternatif untuk individu yang tidak suka makan daging. Kanak-kanak pula sangat menyukai sup tauhu telur kerana rasanya sama sekali tidak pedas.
Anda yang teringin menghidangkan sup tauhu telur untuk keluarga anda di rumah, ada baiknya anda mencuba resepi yang dikongsikan oleh Salina Ismail di Facebook. Resepi ini sangat senang dan tidak memakan masa. Sila dicuba.
1. Tumis bawang putih dengan sedikit minyak. Masukkan udang/ayam dan serbuk lada hitam.
2. Masukkan sos tiram, air dan cendawan.
3. Bila sudah mendidih, masukkan lobak merah dan perasakan dengan garam. Sambil kacau kuah sup tuang bancuhan tepung ubi. Jangan sampai bergentel.
4. Masukkan tauhu yang sudah digoreng
5. Perlahankan api. Tuangkan telur yang sudah dipukul tadi secara lingkaran (maksudnya jangan tuang setempat).
6. Biarkan dalam dalam beberapa saat. Tutup api kemudian baru dikacau. Tujuannya supaya telur nampak seperti bertali.
7. Akhir sekali baru tabur daun bawang dan kacau rata.
Selain resepi Sup Tauhu Telur, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Oh ya, jangan lupa share dan like resepi ini ya.