Colek bermakna bahan yang digunakan untuk mencicah terutamanya menggunakan buah buahan. Colek ala Thai, walaupun merupakan resepi yang dipinjam dari negera jiran kita ini, menggunakan bahan-bahan yang amat mudah dan sinonim dengan masyrakat kita. Kali ini kami bawakan resepi colek ala thai, versi air gula, amat sesuai untuk dihidangkan bersama ayam bakar dan nasi putih.

Ianya amat mudah untuk disediakan serta merupakan perencah yang amat digemari. Bahan-bahannya pula mudah didapati dan anda boleh mencuba resepi yang dibawa didalam perkongsian kali ini. Pastinya, anda tidak akan rugi dan menyesal!

Resepi ini juga sesuai buat mereka yang sibuk, jadi anda hanya perlu sediakan sekali sahaja dan simpan untuk kegunaan di lain hari!

Resepi Colek Air Gula

Resepi ini dikongsikan oleh Cikk Rubyy dan mendapat banyak komen positif serta likes di media sosial. Perkongsiannya pula telah mencecah 2.5 ribu! Apa tunggu lagi, jom kita tengok!

Colek-Air-Gula
Imej via Facebook

Bahan – bahan:

Bahan A (kisar halus):

  • 10 biji cili padi (nak pedas boleh lebihkan lagi)
  • 10 biji cili masak / cili besar merah (potong kecil-kecil)
  • 1/2 labu bawang putih
  • 1 cawan cuka
  • 2 cawan gula
  • 1 sudu teh garam

Bahan B (masak hingga jernih):

  • 1 cawan cuka
  • 1/2 cawan gula

Cara – cara memasak:

  1. Kisar bahan A sehingga halus.
  2. Masak bahan B sehingga jernih.
  3. Kemudian, masukkan bahan A yang telah dikisar halus.
  4. Masak sehingga warna jernih.

Nota: Jika letak daun ketumbar pun boleh lagi sedap.

Colek Buah Thai

Berbeza dengan resepi colek air di atas, resepi yang dikongsikan oleh Siti Qeesyara ini menggunakan belacan. Bukan itu sahaja, beliau menggantikan gula biasa dengan nisan. Lebih manis dan kaw. Ini bahan-bahan lain:

Bahan-bahan:

  • 5 pcs nisey kerek
  • 1 kg gula
  • 2 sb garam
  • 2 sb cuka
  • Cili padi segenggam (ikut pedas masing)
  • 10 ulas bawang merah
  • 1 sb belacan
  • Air secawan
  • 1 paket udang kering

Cara memasak :

  1. Masukkan air secawan dalam periuk dan bubuh nisey kerek, masak sampai cair.
  2. Apabila sudah mendidih, masukkan semua bahan-bahan yang lain.
  3. Kacau perlahan-lahan sampai colek menjadi pekat dan likat.
  4. Apabila sudah sejuk, colek akan jadi bertambah pekat.

P/s: Colek tahan lama dan boleh di simpan dalam peti ais.

Colek Thai (Nam Pla Wan)

Resepi ketiga ini mempunyai tekstur colek air yang lebih pekat berbanding sebelum ini. Ada sedikit kelainan pada penggunaan bahannya. Resepi ini telah dikongsikan oleh Eyna Mukminah di Facebook.

Bahan-bahan:

  • 1 nisan kerek besar
  • 4 biji bawang merah hiris
  • 7 cili padi tumbuk kasar/ hiris (nak pedas letak lebih)
  • 2 sudu udang kering tumbuk hancur
  • 1/2 cawan sos ikan
  • 1/2 cawan air
  • 1/2 cawan gula (optional)

Cara penyediaan:

  1. Masak sos ikan, air dan nisan sampai mendidih.
  2. Masukkan bahan lain dan kacau sampai pekat.
  3. Perasakan. Tak perlu tambah gula jika sudah sedap.

Resepi – resepi lain yang menarik:

Mudah kan resepi ini? Ada lagi variasi resepi yang pastinya boleh anda cuba. Jangan lupa untuk mervariasikan resepi hasil air tangan anda! Oh, pastikan anda menekan butang kongsi dan kongsikan kepada rakan – rakan anda ya!

Penulis: Nur Dini Abd Aziz

Seorang yang suka cuba makan di tempat-tempat viral yang ada.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.