Sekiranya anda ingin mencari resepi pencuci mulut yang lain dari yang lain, resepi ini khas buat anda. Disini, kami menyediakan resepi pudding oreo milo yang jarang terdapat di pasaran. Malahan, resepi ini mudah, serta menjaminkan rasa yang lazat.

Bahan – bahan bagi menghasilkan hidangan ini amat mudah untuk didapati. Hanya pergi ke pasaraya berdekatan anda untuk mendapatkan bahan – bahan ini. Cara pembuatannya juga tidaklah susah, jadi sesiapa sahaja boleh menyediakannya.

Anda juga boleh hidangkan pencuci mulut ini kepada tetamu anda. Pasti mereka akan menggemari pudding hasil tangan anda. Resepi ini dikongsikan oleh Adlina Musa dan pastinya mendapat banyak perkongsian di media sosial.

Resepi Puding Oreo Milo

Resepi Puding Oreo Milo

image via Facebook

Bahan – bahan:

  • 1 bungkus agar-agar @ 25g
  • 2000 ml air
  • 2 cawan gula (kurangkan sekiranya tidak suka manis)
  • 2 kotak kecil susu low fat milk (Dutchlady)
  • 1 cawan serbuk Milo
  • 2 bungkus Oreo

Cara – cara memasak:

  1. Panaskan agar-agar bersama air hingga agar-agar larut, kemudian masukkan gula, kacau dan biarkan gula larut baru masukkan susu hingga mendidih, kacau betul-betul ya.
  2. Asingkan 2 bahagian ke dalam periuk yang lain dan campurkan serbuk milo, kacau hingga sebati.
  3. Tuangkan susu dulu, kemudian susun ore0 yang dipatah 2/4..Masa ini api untuk periuk Milo dikecilkan dan sentiasa di kacau untuk elak agar2 membeku.
  4. Apabila permukaan agar-agar susu dalam acuan sudah mengeras, tuangkan kesemua adunan milo dalam acuan. (Versi saya 2 lapis shj, nak 3 lapis selang seli pun boleh, ikut kerajinan masing-masing)
  5. Biarkan membeku dalam suhu bilik, kemudian bila sejuk baru masukkan dalam peti ais

Tips untuk melapis:

  • Jangan tunggu sehingga lapisan membeku, takut tidak melekat dengan lapisan berikutnya, jika mengeras guriskan permukaan lapisan dengan hujung pisau sebelum tuang lapisan seterusnya.
  • Pastikan adunan agar-agar sentiasa panas diatas api supaya dalam melekat dengan baik dengan adunan sebelumnya..

Resepi – resepi lain yang menarik:

Ada pelbagai lagi resepi lain yang anda boleh cuba dan menambah idea masakan anda! Jangan lupa untuk tekan butang share dan kongsikan resepi ini!

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.