Mencari idea menu potluck?

Semasa sesebuah jamuan diadakan sama ada di tempat kerja atau sekolah, semestinya kita ingin membawa makanan yang menarik dan disukai ramai. Jenis makanan juga seharusnya sesuai dengan citarasa mereka.

Tiada idea tentang menunya? Jangan risau, berikut kami senaraikan 10 idea menu potluck yang berbagai citarasa untuk anda. Teruskan membaca!

#1 Sandwic Mentega Kacang

idea menu potluck
Imej via Facebook

Kebanyakan kanak-kanak sememangnya menggemari mentega kacang, jadi hidangan ini sesuai dibawa untuk jamuan akhir tahun! Resepi ini dikongsikan oleh Syahirah Adnan di laman Facebook.

Bahan-bahan:

  • Roti coklat kismis
  • Roti butterscotch
  • Inti strawberi
  • Mentega kacang coklat

Cara-cara:

  1. Sapukan mentega kacang coklat pada dua keping roti coklat kimis.
  2. Sapukan inti strawberi pada roti butterscotch.
  3. Letakkan roti butterscotch tadi di atas roti coklat kismis, dan tutupkan dengan kepingan kedua roti coklat kismis tadi.
  4. Ulang langkah 1-3 untuk roti lain.

#2 Kek Batik Indulgence

idea menu potluck
Imej via Facebook

Jika kebanyakan tetamu merupakan penggemar coklat, anda wajib cuba resepi kek batik indulgence yang manis dan berlemak ini untuk menu potluck. Resepi ini dikongsikan oleh Azreena Fadzair di laman Facebook.

Bahan-bahan:

Bahan A – kek:

  • 800 g biskut marie
  • 250 g mentega
  • 200 g serbuk Milo
  • 2sb serbuk koko
  • 1 cawan susu pekat
  • 1 cawan susu segar
  • 1 biji telur
  • 1 sudu kecil esen vanila

Bahan B – krim:

  • 250 g krim keju
  • 2 cawan krim putar

Bahan C – chocolate ganache:

  • 250 g dark chocolate
  • 2 cawan krim putar
  • 2 sudu besar minyak

Cara-cara:

  1. Untuk bahan A, cairkan mentega.
  2.  Masukkan susu segar , susu pekat, serbuk Milo & serbuk koko. Kacau sebati.
  3. Seterusnya, masukkan telur yang telah dipukul bersama esen vanila.
  4. Bila sos coklat mula memekat, masukkan biskut marie yang telah dipatahkan. Kacau sehingga keseluruhan biskut disaluti dengan sos coklat.
  5. Alas loyang 10×10″ dengan kertas pembakar. Lebihkan kertas pembakar sebanyak 2″ pada setiap sudut loyang bagi memudahkan proses mengeluarkan kek batik nanti.
  6.  Padatkan adunan biskut tadi. Sejukkan.
  7. Untuk bahan B, putar krim keju dan krim putar.
  8. Tuangkan adunan B di atas bahan A tadi.
  9. Untuk bahan C, satukan krim putar, dark chocolate dan minyak masak ke dalam mangkuk.
  10. Panaskan dalam ketuhar selama 2 jam. Kacau sebati.
  11. Lapiskan chocolate ganache di atas indulgence cream.
  12. Sejukkan kek batik indulgence sekurang kurangnya 4 jam di dalam peti sejuk di bahagian chiller.

#3 Dadih

idea menu potluck
Imej via Facebook

Dadih merupakan antara menu potluck yang cukup popular. Bahan-bahannya ringkas dan cara penyediannya juga mudah! Resepi ini dikongsikan oleh Novelis Afieyza Isahak di laman Facebook.

Bahan-bahan:

  • 1 liter susu kotak
  • ⅓ agar-agar tali (20 g)
  • Gula ikut kemanisan yang diinginkan
  • Garam secubit rasa
  • 1 liter air masak/tapis ( untuk masak agar-agar)

Cara-cara:

  1. Masak agar-agar bersama air masak sehingga larut.
  2. Masukkan gula, garam dan susu kotak. Kacau sebati dan suaikan dengan citarasa.
  3. Setelah naik wap, padamkan api.
  4. Biarkan sejuk sedikit, kemudian tapis ke dalam bekas dan simpan dalam peti ais.

#4 Bingka Ubi Kayu

idea menu potluck
Imej via Facebook

Kuih bingka atau bengkang merupakan hidangan tradisi yang sangat popular. Ianya juga sesuai dijadikan sebagai salah satu idea menu potluck. Resepi ini dikongsikan oleh Yuzaina Yusoff di laman Facebook.

Bahan-bahan:

  • 1 kg ubi kayu (disagat)
  • ½ kg santan
  • 1 bii telur
  • Gula mengikut kemanisan
  • Garam mengikut citarasa

Cara-cara:

  1. Adunkan ubi bersama air ubi yang telah disagat.
  2. Campurkan dengan santan, telur, gula dan garam secukup rasa.
  3. Tuangkan ke dalam loyang yang telah
  4. disapu mentega.
  5. Bakar dalam ketuhar pada suhu 180°C selama 1 jam setengah, menggunakan api atas bawah atau mengikut kepanasan ketuhar masing-masing.
  6. Setelah setengah masak, keluarkan dan sapukan mentega di atas permukaan bingka tersebut.
  7. Sambung bakar sehingga ia garing.

#5 Aglio Olio Seafood

idea menu potluck
Imej via Facebook

Teringin membawa pasta sebagai menu potluck? Cubalah resepi Aglio Olio Seafood ini! Untuk resepi ini, anda boleh tambah apa-apa sahaja makanan laut. Resepi ini dikongsi oleh Lina Kasmani di laman Facebook.

Bahan-bahan:

  • 1 kg makanan laut
  • 500 g spagetti
  • 3 ulas bawang putih (dicincang)
  • 3 sudu besar serbuk oregano
  • 3 sudu besar serbuk parsli
  • 3 sudu besar serbuk chili (kalau tak mahu pedas, tak perlu tambah)
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil lada hitam (tumbuk)
  • 1 kiub pati ayam
  • 2 sudu sos seafood *optional
  • Minyak mengikut keperluan
  • Brokoli
  • Lobak
  • Tomato ceri

Cara-cara:

  1. Rebus spaghetti sehingga masak dan toskan.
  2. Rebus makanan laut selama 3-4 minit, tak perlu tambah air. Tos dan simpan air rebusan (pastikan tidak terlebih masak).
  3. Menggunakan api perlahan, tumis bawang putih yang dicincang.
  4. Masukkan serbuk parsli, serbuk cili, serbuk oregano, kiub pati ayam, sos seafood dan lada hitam. Gaul sebati.
  5. Masukkan 1 cawan air rebusan makanan laut (kurangkan sukatan jika tidak mahu basah).
  6. Masukkan sayur-sayuran dan spagetti. Gaul rata.
  7. Tambahkan makanan laut yang direbus.

#6 Apam Nasi

Imej via Facebook

Untuk jamuan akhir tahun, sesuai juga jika anda sediakan apam nasi untuk anak-anak atau untuk diri sendiri. Ianya sesuai dinikmati oleh semua golongan umur! Resepi ini dikongsikan oleh Alang Outer di laman Facebook.

Bahan-bahan:

  • 2 cawan nasi
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 cawan tepung beras
  • 2½ cawan air
  • 1½ cawan gula
  • 2 sudu kecil yis mauripan (tak perlu bancuh dgn air)
  • Kelapa muda parut (digaul dengan sedikit garam)

Cara-cara:

  1. Kisar nasi dan air sehingga halus. Masukkan gula dan sambung kisar.
  2. Dalam bekas yang lain, masukkan tepung gandum, tepung beras dan yis mauripan.
  3. Tuangkan adunan yang dikisar ke dalam tepung. Gaulkan hingga rata.
  4. Bahagikan kepada 3 bahagian untuk warna yang berbeza.
  5. Kemudian, perapkan selama sejam setengah. Adunan akan menjadi kembang.
  6. Panaskan pengukus dan balut penutupnya dengan kain supaya wap air tidak jatuh ke atas kuih.
  7. Kemudian, oles acuan dengan sedikit minyak dan tuangkan adunan (jangan terlalu penuh).
  8. Kukus sehingga masak selama 10 minit.
  9. Siap dihidang bersama kelapa parut.

#7 Ladu Ayam


Imej via Facebook

Ladu atau lebih dikenali dengan nama dumpling merupakan antara hidangan yang sesuai dijadikan idea menu potluck. Resepi ini dikongsikan oleh Zaty Zulkiefly di laman Facebook.

Bahan-bahan:

  • Kulit ladu
  • Sedikit air untuk membalut ladu

Bahan inti:

  • 2-3 ulas bawang putih (dicincang)
  • Serbuk lada hitam
  • Garam
  • Perasa
  • 2 sudu tepung jagung

Cara-cara:

  1. Letakkan kulit ladu pada tapak tangan, kemudian letakkan satu sudu kecil inti,
  2. Letak air di sekeliling ladu dan lipatkan.
  3. Ulang langkah 1-2 hingga adunan habis.
  4. Kukuskan sehingga masak.

#8 Kek Cawan Coklat

Imej via Facebook

Kek cawan coklat pasti akan menarik perhatian ramai tetamu. Selain rupanya yang cantik, rasanya juga manis dan sedap! Resepi ini dikongsikan oleh Ruby Dzul di laman Facebook.

Bahan-bahan:

  • 2 biji telur gred B
  • 2 cawan gula kastor
  • 1 cawan serbuk koko
  • 1 cawan minyak
  • 1 cawan susu cair / susu segar / susu krim penuh
  • ½ sudu teh garam
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 sudu teh soda bikarbonat
  • 2 sudu teh serbuk penaik
  • 1 cawan air panas

Bahan topping chocolate:

  • 300 g coklat compound / chocolate coin
  • 200 g krim putar
  • 1 sudu besar mentega (untuk mengilatkan kek)

Cara-cara:

  1. Putar semua bahan mengikut urutan dari atas sehingga sebati.
  2. Masukkan pada acuan kek cawan.
  3. Panaskan oven 170°C selama 10 minit.
  4. Masukkan adunan ke dalam ketuhar dan bakar menggunakan api atas bawah selama 40 minit atau sehingga masak.
  5. Untuk ganache, dengan cara double boil krim putar sehingga panas (jangan mendidih).
  6. Kemudian, masukkan coklat dan gaul sebati. (jika gunakan chocolate compound, potong dadu supaya mudah cair).
  7. Setelah sebati dan tiada ketulan, tutup api dah alihkan mangkuk coklat dari periuk berisi air tadi.
  8. Masukkan mentega pada campuran coklat  dan gaul sebati.
  9. Biarkan sejuk. Setelah coklat agak kental, barulah paipkan mengikut bentuk yang digemari.

#9 Bergedil Popia Daging

Imej via Facebook

Selalunya kita menikmati tauhu bergedil, namun pernahkah anda cuba resepi popia bergedil? Ianya menaik dan rasanya juga sangat sedap, pasti ramai akan menyukainya! Resepi ini dikongsikan oleh Ana Kefli di laman Facebook.

Bahan-bahan:

  • Kulit popia
  • Air masak (agen pelekat)
  • 3 biji telur
  • 1 sudu tepung jagung
  • Perasa

Bahan bergedil:

  • 5 biji kentang (digoreng dan dilenyek)
  • 1 biji cili besar merah (dihiris halus)
  • Secekak daun bawang (dihiris halus)
  • 1 senduk bawang goreng
  • Dagin lembu kisar *optional
  • Serbuk lada putih
  • Perasa

Bahan sos:

  • 10 biji cili  pi Vietnam
  • 10 biji cilia pi hijau
  • Sebelah bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • Kicap pekat
  • Kicap cair
  • Perasa
  • Sedikit air

Cara-cara:

  1. Untuk bergedil, gaul semua bahan dan bentukkan menjadi bebola.
  2. Untuk sos, goreng semua bahan. Sejukkan sedikit.
  3. Kemudian, kisar semua bahan.
  4. Masukkan perasa, sedikit air, kicap pekat dan kicap cair, gula ikut kesesuaian/kemampuan pedas dan sedikit perahan limau.
  5. Untuk popia, ambil sehelai kulit popia.
  6. Jadikan lipatan pertama lipat 1 besar. Sebelah lagi lipat sedikit sahaja.
  7. Letakkan begedil, dan isikan air di hujung lipatan sebagai agent pelekat. Gulungkan.
  8. Bancuhkan telur, tepung jagung dan perasa.
  9. Celupkan popia bergedil tadi ke dalam bancuhan telur dan goreng kekuningan.

#10 Samosa Daging

idea menu potluck
Imej via Facebook

Samosa merupakan pastri Arab yang cukup digemari orang kita. Jadi, ianya pasti menepati citarasa ramai dan sesuai dijadikan menu potluck. Resepi ini dikongsikan oleh Siti Mariam di laman Facebook.

Bahan-bahan:

  • Kulit popia
  • Gam tepung
  • Minyak masak
  • Kentang / keledek kuning (dipotong dadu)
  • Ayam / daging cincang
  • Bawang putih (ditumbuk)
  • Bawang kecil (ditumbuk)
  • Serbuk kari
  • Daun sup
  • Daun kari
  • Garam
  • Gula
  • Perasa
  • Air secukupnya
  • Minyak untuk menggoreng

Cara-cara:

  1.  Panaskan minyak dan tumis bawang yang telah ditumbuk.
  2.  Masukkan serbuk kari dan tumis sehingga pecah minyak.
  3. Masukkan ayam / daging cincang serta kentang / keledek.
  4. Masukkan air untuk mengelakkan kentang hangus.
  5. Masak sehingga kentang dan ayam / daging menjadi lembut.
  6. Kemudian, masukkan daun kari dan daun sup.
  7.  Ambil kulit popia dan gulung inti menjadi samosa yang berbentuk tiga segi.
  8.  Panaskan minyak masak dan goreng sehingga garing.

Resepi Menarik Lain

Selain koleksi resepi idea menu potluck, kami juga ada menulis tentang resepi lain yang menarik. Jangan lupa untuk komen dan kongsikan kepada rakan-rakan. Selamat mencuba!

Penulis: Nurul Hani

Berminat untuk berkongsikan tempat makan menarik berbagai genre di seluruh Malaysia.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.