Mencari resepi sup sayur yang menyelerakan dan menyihatkan?
Sup sayur merupakan sejenis hidangan yang terkenal dengan khasiatnya. Berbanding makanan yang digoreng, ianya lebih menyihatkan dan bagus untuk sesiapa yang berdiet secara sihat.
Sup sayur ini bukan sahaja sihat, malah keenakannya juga merupakan satu nikmat. Jadi, berikut kami senaraikan 10 resepi sup sayur yang anda boleh cuba. Teruskan membaca!
#1 Sup Cendawan Shitake bersama Jejari Ketam
Cendawan shitake sememangnya terkenal dengan khasiatnya, terutamanya dalam bidang perubatan. Ianya juga boleh dibuat sup, lebih menyihatkan! Resepi ini dikongsikan oleh Laila Aznam di laman Facebook.
Bahan-bahan:
1 paket jejari ketam (disiat halus)
Cendawan shitake (dihiris & direndam hingga lembut)
Beberapa batang jagung muda ( potong kecil2 )
Lobak (dipotong dadu)
Beberapa keping isi ayam (dipotong dadu dan direbus, ambil airnya buat air rebusan)
4 ulas bawang putih cincang
½ inci halia hiris
1 biji telur (dikocok)
2 -3 sudu besar sos tiram
Serbuk lada sulah
Lada hitam hancur
Sedikit minyak bijan
Garam secukup rasa
Bancuhan air tepung jagung
Cara-cara:
Panaskan minyak. Tumis halia dan bawang putih cincang hingga naik bau.
Masukkan air rebusan ayam secukupnya bersama isi ayam, jagung muda, lobak, cendawan shitake, sos tiram, minyak bijan, serbuk lada sulah, lada hitam hancur secukupnya dan biar mendidih.
Perasakan dengan garam jika kurang rasanya dan masukkan jejari ketam. Kacau hingga mendidih.
Masukkan jejari ketam dan kacau lagi hingga mendidih.
Masukkan bancuhan tepung air tepung jagung, kemudian masukkan bancuhan air tepung jagung.
Masukkan telur, kacau dengan segera dan biar seketika. Tutup api.
Siap dihidangkan semasa masih panas.
#2 Sup Brokoli
Di negara Barat, sup brokoli ini agak terkenal di kalangan orang sana. Rasanya yang berkrim menambahkan keenakannya! Resepinya juga agak mudah untuk dicuba. Resepi ini dikongsikan oleh Cik Mawar Qaleesya di laman Facebook.
Bahan-bahan:
1 biji brokoli
4 ulas bawang putih
1 biji labu bawang besar
1 kiub pati ayam
1 sudu mentega
1-2 sudu tepung jagung
1 kotak susu segar
Lada hitam
Garam
Gula
Cara-cara:
Panaskan mentega. Tumis bawang besar dan bawang putih.
Masukkan brokoli dan tambahkan sedikit air.
Masukkan secubit lada hitam dan garam.
Setelah brokoli layu, tutupkan api dan biarkan sejuk.
Kisar bahan tadi bersama sedikit air.
Tuangkan dalam periuk dan masak semula.
Setelah menggelegak, tambahkan susu segar.
Masukkan kiub pati ayam, lada hitam, gula, garam dan serbuk perisa jika mahu
Masukkan air tepung jagung sedikit demi sedikit sehingga mencapai kepekatan yang diinginkan.
Sedia untuk dihidangkan.
#3 Sup Cendawan
Ini juga merupakan salah satu sup yang popular bukan sahaja di negara Barat, malah di negara kita juga – sup cendawan! Memang enak dinikmati begitu sahaja atau bersama roti bawang putih. Resepi ini dikongsikan oleh Ain Azmi di laman Facebook.
Bahan-bahan:
Cendawan butang
1 biji bawang besar (dicincang)
1 cawan susu segar
1 sudu besar mentega
1 sudu tepung jagung
Lada hitam
1 kiub pati ayam (dilarutkan dalam air)
Cara-cara:
Cairkan mentega dan tumis bawang.
Selepas sedikit kuning, masukkan tepung jagung. Kacau.
Masukkan cendawan butang dikuti dengan air kiub pati ayam.
Kisarkan bahan yang dimasak tadi, kemudian masukkan ke dalam kuali semula. Buka api perlahan.
Masukkan susu segar.
Masukkan serbuk lada hitam dan sedikit cendawan butang.
Sedia untuk dihidang.
#4 Sup Sayur Kurus
Jangan hairan pula dengan namanya, ianya sebenarnya sejenis sup sayur yang sesuai dicuba oleh mereka yang ingin menurunkan berat badan. Resepi ini dikongsikan oleh Nora Adila di laman Facebook.
Bahan-bahan:
6 ulas bawang putih ditumbuk. (Bakar lemak, buang kolestrol)
2 biji cili padi ditumbuk. (Bakar lemak)
2 batang serai diketuk
100 g dada ayam
7 keping cendawan tiram
1 sudu minyak jagujg / minyak biasa
5 batang sawi
Garam Himalaya
Cara-cara:
Panaskan minyak.
Masukkan serai, cili padi dan bawang putih. Tumis hingga kekuningan dan naik bau.
Masukkan ayam dan kacau-kacaukan hingga sedikit masak.
Masukkan air, sukatan mengikut kesukaan. Biarkan mendidih.
Masukkan cendawan, sawi dan garam secukup rasa.
Masukkan gula kelapa, lebih baik jika dikurangkan kuantitinya.
Sedia untuk dihidangkan.
#5 Sup Labu Kuning
Sup berkrim memang sedap. Biasanya kita cuba sup cendawan, apa kata kali ini anda cuba sup labu kuning pula? Rasanya sesedap sup cendawan, lemak berkrim! Resepi ini dikongsikan oleh Myna AR di laman Facebook.
1 kotak cooking cream /200 ml susu cair 200ml/ 200 ml susu krim penuh
2 sudu marjerin / mentega
Cara-cara:
Panaskan kuali dan cairkan mentega.
Masukkan bawang hollang dan bawang putih. Goreng hingga kekuningan.
Masukkan air, kiub pati ayam, labu kuning dan lobak. Masak hingga labu dna lobak empuk.
Tunggu suam, kemudian kisar semua bahan yang dimasak.
Panaskan semula bahan yang dikisar di dalam periuk, dan masukkan krim atau susu. Tunggu masakan sedikit panas.
Kalau mahu masin, boleh tambah sedikit garam. Kalau kurang pekat, tambahkan susu.
Tabur lada hitam di atasnya dan sedia untuk dihidang.
#6 Sup Timun Tua
Cuaca yang panas pasti membuatkan anda teringin untuk menikmati sesuatu yang menyejukkan tekak. Apa kata anda cuba buat sendiri sup timun tua? Selain menyejukkan tekak dan badan, ianya juga menyihatkan. Resepi ini dkongsikan oleh Jes Tham di laman Facebook.
Bahan-bahan:
1 biji timun tua (dibuang biji dan dibersihkan)
3 ketul ayam bahagian peha
3 biji kurma merah
2 inci sotong kering
Air
Garam
Cara-cara:
Didihkan air secukupnya.
Masukkan timun, ayam, kurma dan sebagai bahan perasa, tambahkan sotong kering.
Rebus selama satu setengah jam dan perasakan dengan sedikit garam.
Sedia untuk dihidangkan.
#7 Sup Sayur dengan Suhun
Nampak seperti sup sayur yang biasa kita makan, tetapi resepi ini adakelainan sikit. Ada yang mengatakan rasanya seperti sup ketam, memang sedap! Resepi ini dikongsikan oleh Noor Ashikin Saerah di laman Facebook.
Bahan-bahan:
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
2 inci halia
4 biji cili padi
1.5 L stok udang
1 ketul kiub ayam
2 biji kentang
1 batang lobak merah
1 mangkuk cendawan tiram
Segenggam daun kucai
1 biji tomato
Secekak suhun
2 biji telur
Daun bawang
Garam secukup rasa
Cara-cara:
Hiris bawang besar, bawang putih & halia.
Panaskan sedikit minyak. Tumis bahan-bahan yang telah dihiris sehingga sedikit layu.
Masukkan stok udang, kiub ayam, cili padi, kentang & lobak merah. Didihkan & biar sehingga kentang & lobak merah sedikit empuk.
Masukkan pula cendawan tiram & hirisan daun kucai. Perasakan dengan garam.
Seterusnya, masukkan tomato yang telah dipotong & suhun. Biar seketika sehingga suhun lembut.
Akhir sekali, masukkan telur & kacau rata.
Taburkan dengan hirisan daun bawang & sedia untuk dihidangkan.
#8 Sup Sawi Pahit
Lebih pahit lebih baik – pasti anda selalu terdengar ayat ini, bukan? Tak salah untuk anda cuba menikmati sayur yang pahit, tetapi jika kena dengan cara, supnya akan terasa sedap juga dan masih berkhasiat! Resepi ini Mary Teo Lee Na dikongsikan oleh di laman Facebook.
Bahan-bahan:
Ayam
Sayur sawi pahit (batang sahaja)
Sedikit halia
Sedikit pati serbuk ayam *optional
Sedikit lada hitam sulah
Garam secukup rasa
Cara-cara:
Rebus ayam hingga empuk bersama bahan-bahan lain.
Perasakan dengan garam dan masukkan lada sulah.
Sedia untuk dihidangkan.
#9 Sup Jagung
Bagi penggemar jagung, anda pasti akan menggemari resepi sup sayur ini yang turut dilengkapi dengan sayur-sayuran lain. Cubalah sendiri di rumah, resepinya juga mudah! Resepi ini dikongsikan oleh Nur Law di laman Facebook.
Bahan-bahan:
Ayam
Jagung
Kentang
Carrot
Bawang merah/bawang holland
Kiub ayam
Sedikit garam
Bahan lain (optional):
Tauhu pok
Brocoli
Tomato
Bebola ikan
Krim sup cendawan
Cara-cara:
Masukkan setiap bahan satu-persatu.
Perasakan dengan garam jika mahu. Jangan terlalu banyak.
Masukkan bahan lain yang optional, boleh tambah jika suka.
Sedia untuk dihidangkan.
#10 Sup Sayuran dan Barli
Barli merupakan bijirin yang kaya dengan pelbagai khasiat, ianya juga mampu menyejukkan badan. Jika ditambah dalam sup sayur, pasti berganda khasiatnya. Resepi ini dikongsikan oleh Jessica Ham di laman Facebook.
Bahan-bahan:
Barli
Ayam (tanpa kulit dan lemak)
Kurma cina
Lobak
Sedikit bai he *optional
Cara-cara:
Panaskan air dan masukkan semua bahan tersebut.
Masak selama satu setengah hingga dua jam.
Apabila air sup dah keruh dan barli dah kembang, perasakan dengan garam.
Resepi Menarik Lain
Selain koleksi resepi sup sayur, kami juga ada menulis tentang resepi lain yang menarik. Jangan lupa untuk komen dan kongsikan kepada rakan-rakan. Selamat mencuba!