Percik ini merupakan satu lagi resepi popular di sebelah pantai timur. Lazimnya ia menggunakan ayam sebagai bahan utama, namun begitu bahan utama yang digunakan kali ini ialah ikan. Percik diambil nama dari cara kuahnya dipercik diatas ayam atau ikan panggang. Ia menggunakan bahan-bahan yang mudah didapati seperti cili,santan,serai dan bawang. Bukan saja ianya ringkas namun ia juga sedap dan anda boleh mencuba sendiri resepi ini.

Cara pembuatan ikan percik ini perlu menggunakan jaring dan bara api supaya rasanya lebih lazat dan asli. Ianya juga sesuai untuk dihidangkan bersama dengan nasi panas, ataupun nasi kerabu, bergantung kepada selera masing – masing. Yang pastinya, ianya sangat mudah untuk disediakan serta rasanya pasti digemari ramai.

Resepi ini dikongsikan oleh Afy Al Habibi dan mendapat banyak perkongsian di media sosial. Jadi, jom kita lihat!

Resepi Ikan Percik

Imej via Facebook

Bahan – bahan:

Perapan ikan:

  • 5 ekor ikan kembung
    (basuh bersih dan kelar ikan)

Bahan kisar:

  • 2 batang serai
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 1/2 inci kunyit hidup
    (Semua bahan di hiris nipis)
  • 3/4 sudu besar garam
  • 1 sudu kecil serbuk perasa

Kuah percik:

Bahan kisar:

  • 5 biji bawang merah saiz syiling 20 sen
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 hiris nipis halia
  • Secubit belacan
  • 1/2 sudu besar serbuk ketumbar (disangai dan dikisar halus)
    (Kisar semua bahan hingga lumat)
  • 6 senduk santan segera
  • 1 senduk air kosong
  • 1 1/2 sudu besar cili kisar
  • Sehiris limau nipis
  • 2 1/2 sudu besar gula
  • 1/2 sudu besar garam
  • Secubit serbuk perasa

Cara – cara memasak:

Perapan ikan:

  1. Masukkan bahan kisar kedalam mesin pengisar.
  2. Tambahkan garam dan serbuk perasa.
  3. Kisar sehingga lumat.
  4. Lumur rata bahan kisaran pada ikan.
  5. Perapkan selama 20 minit.
  6. Kemudian, bakar ikan di atas bara api.
    Nota: Jangan bakar sehingga kering garing supaya isinya kekal berjus.

Kuah percik:

  1. Kisarkan bahan kisar sehingga lumat.
  2. Masukkan bahan kisar dalam periuk.
  3. Tambahkan santan dan air kosong.
  4. Masukkan cili kisar.
  5. Letakkan periuk ke atas dapur dan buka api perlahan.
  6. Perahkan sehiris limau nipis.
  7. Masukkan gula, garam dan serbuk perasa.
  8. Kacau kuah dengan api sederhana.
  9. Tutup api selepas kuah berbuih mendidih.
  10. Sendukkan kuah percik tadi dan ratakan atas badan ikan.
  11. Salut sebanyak dua kali untuk hasil yang cantik.
  12. Salai sekali lagi di atas bara api.
  13. Siap!
Imej via Facebook

Resepi – resepi lain yang menarik:

Ingin mencuba lagi resepi lain? Di sini kami sertakan beberapa lagi resepi yang boleh anda cuba. Confirm menjadi punya! Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini!

Penulis: Nur Dini Abd Aziz

Nur Dini Abd Aziz

Seorang yang suka cuba makan di tempat-tempat viral yang ada.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.