Untuk kali ini, kami kongsikan resepi sayur bayam khas buat anda yang tidak mempunyai idea untuk memasak bayam atau tak tahu nak masak apa untuk makan tengahhari ini.
Ada bermacam jenis bayam yang ada di Malaysia namun yang ketara semestinya bayam merah, bayam hijau dan bayam brazil. Senang sahaja nak membezakan jenis-jenis baya mini kerana mempunyai bentuk dan warna yang berlainan.
Buat penggemar bayam, ini 10 resepi sayur bayam yang boleh anda ikuti. Kesemua resepi ini diperolehi dari Facebook dan mendapat perkongsian ramai. Mesti sedap kalau cuba!
Resepi ini adalah antara menu yang baik untuk kesihatan dan sesuai untuk ibu yang sedang berpantang. Bukan sekadar sayur goreng biasa, resepi milik Kamariah Othman ini mempunyai kelainan kerana beliau memasukkan jus lemon. Sayur pasti terasa sedap dengan rasa masam, masin dan sedikit pedas.
Bahan-bahan:
Cara-caranya:
1. Panaskan kuali. Masukkan minyak zaitun dan bawang putih. Gorengkan bawang putih sehingga keperangan.
2. Kemudian masukkan sayur bayam dan masakkan sehingga sedikit mengecut.
3. Masukkan garam dan lada hitam dan jus lemon. Gaulkan semua bahan sehingga rata.
4. Sedia untuk dihidangkan.
Noor Leeda telah berkongsi resepi bayam tumis di Facebook. Resepinya cukup mudah dan sesuai untuk mereka yang baru belajar memasak. Beliau menggunakan bayam hijau yang pasti disukai ramai dan mudah dicari. Ini bahan-bahan dan cara memasak:
Bahan-bahan:
Cara memasak:
1. Tumis bawang putih, ikan bilis, bawang besar dan cili api sehingga naik bau wangi atau warna bawang bertukar coklat.
2. Masukkan sedikit kiub ayam.
3. Masukkan sayur bayam dan gaul rata (tutup periuk jika anda mahu bayam masak dengan cepat).
4. Apabila bayam sudah layu, letak garam dan sedikit lada hitam.
5. Biar sayur mendidih untuk seketika.
6. Apabila sudah masak, tutup api dan siap untuk dihidangkan.
Bagi yang menggemari bayam Brazil, apa kata anda membuat sedikit kelainan dengan menumisnya seperti resepi yang dikongsikan oleh Syuhada Syuda. Bayam brazil sememangnya rangup dan sedap dibuat ulam. Namun kali ini, cuba menumisnya pasti lebih sedap.
Bahan tumbuk:
Bahan lain:
Cara-caranya:
1. Panaskan kuali dan masukkan minyak.
2. Masukkan bahan tumbuk dan masak hingga garing.
3. Masukkan bayam brazil.
4. Masukkan sedikit air.
5. Masukkan sedikit garam dan gaul rata.
6. Biarkan seketika dan tutup api apabila sudah masak.
Bayam Brazil juga sedap untuk dibuat kerabu. Bagi mereka yang menggemari ulam-ulaman atau sayur yang sedikit rangup, resepi yang dikongsikan oleh Iedya Fariedya ini pasti membuatkan anda berselera.
Bahan-bahan:
Bahan Kisar:
Cara memasak:
1. Bahan kisar dikisar bersama isi ikan sardine yang telah direbus.
2. Tumis bahan tersebut sehingga masak.
3. Apabila sudah masak, biarkan seketika agar bahan tersebut sejuk.
4. Letakkan ke dalam mangkuk yang mempunyai bayam brazil dan taugeh.
5. Perasakan dengan sedikit garam, perahan limau dan cili potong.
6. Gaul hingga rata.
Bayam Brazil memang sedap dijadikan ulaman kerana rangup. Namun jika anda mahukan yang lebih rangup dan sedikit pedas, ikut saja resepi bayam brazil celup tepung yang dikongsikan oleh Siti Khadijah Binti Mohammad di laman Facebooknya.
Bahan-bahan:
Cara memasak:
1. Rendam dan basuh bayam brazil sehingga bersih lalu toskan.
2. Gaul bayam dengan sebiji telur sampai sebati.
3. Masukkan 3 atau 4 sudu tepung bestari pedas dan 1 sudu tepung jagung lalu gaulkan sebati.
4.Panaskan minyak, goreng adunan bayam sehingga kekuningan atau masak.
5. Siap untuk dimakan bersama sos.
Jika tadi keropok bayam Brazil, ini pula resepi keropok bayam yang menggunakan bayam hijau dan merah. Resepi milik Sakinah Rahim ini memang perlu diikuti untuk mendapatkan bayam yang rangup dan secukup rasa. Hanya menggunakan 3 bahan, anda boleh menghasilkan kudapan enak.
Bahan-bahan:
Cara memasak:
1. Campur tepung bestari dan air. Jangan terlalu pekat kerana nanti akan masin.
2. Asingkan helaian daun bayam dar batang.
3. Celup bayam di dalam adunan tepung.
4. Goreng dengan minyak banyak dan panas supaya tepung tidak menyerap minyak semasa menggoreng.
5. Angkat apabila sudah kekuningan dan rangup.
Kali ini Mimi Mahmud berkongsi resepi kerabu dengan sedikit kelainan kerana beliau menambahkan mempelam. Resepi ini tentu sedap dan cukup rasa manis, masam dan pedas. Kerangupan bayam juga pasti membuatkan anda puas untuk mencubanya.
Bahan-bahan:
Cara memasak:
1. Tumbuk cili padi,cili besar, belacan, seulas bawang merah dan kelapa parut.
2. Gaul kesemua bahan tumbuk dengan mempelam, bayam brazil (nak hiris bayam brazil pun boleh) udang kepal, bawang merah yang dimayang serta santan.
3. Perasakan dengan garam, gula dan ajimoto.
4. Siap untuk dihidangkan.
Bayam goreng belacan antara menu simple dan mudah untuk dimakan lebih-lebih lagi bersama ikan goreng. Jika anda kesuntukan masa untuk memasak, ikuti resepi oleh Farha Mohd Fadzli yang dikongsikannya di Facebook.
Bahan kisar:
Cara memasak:
1.Tumiskan bahan kisar sehingga bau wangi dengan api yang perlahan.
2. Letak bayam seikat dan gaul rata.
3. Letak air jika anda mahu.
4. Perasakan dengan garam.
5. Siap untuk dihidangkan.
Selain goreng belacan, ramai juga yang sering menggunakan bayam untuk masak air bersama keledek. Ikut sahaja resepi dari Zarini Jaafar, pasti menjadi dan puas hati.
Bahan-bahan:
Cara memasak:
1. Tumis bawang merah dan bawang holland sehingga naik bau.
2. Kemudian masukkan buah tomato dan lada hijau lalu tumis sehingga layu.
3. Masukkan ubi keledek dan air. Masak sehingga ubi lembut.
4. Masukkan lada hitam, garam dan bayam.
5. Masak sekejap sehingga bayam layu.
Resepi dari Idan Azizan Kbsb ini pasti jarang dijumpai. Jika anda penggemar gulai lemak, anda semestinya perlu cuba resepi enak ini. Sedap hingga menjilat jari. Ini bahan-bahan dan resepi yang perlu anda ikuti.
Bahan-bahan:
Cara memasak :
1. Panaskan minyak masak dan masukkan bawang kisar, cili padi, jintan tumbuk serta serbuk kunyit ke dalam periuk. Tunggu hingga bahan kisar kering airnya.
2. Masukkan santan dan tunggu hingga mendidih dan masukkan carrot serta fishball. Tunggu hingga empuk.
3. Masukkan soo hoon. Masukkan garam dan perasa.
4. Akhir sekali masukkan cili merah dan bawang merah. Gaul dan tunggu sehingga kuah pekat sedikit dan tutup api.
5. Tunggu kuah sejuk sedikit sambil sediakan bayam Brazil di dalam mangkuk dan kemudian siram kuah tadi ke atasnya. Jadi bayam akan sentiasa rangup ketika dimakan.
Dah ada resepi sayur bayam yang berkenan? Jom beli sayur bayam jika tiada di rumah dan cubanya sekarang. Pasti sedap dan menambah selera lebih-lebih lagi makan dengan nasi dan lauk yang panas.
Tiada idea untuk memasak menu tengahhari? Apa kata anda cuba menu di bawah yang sesuai dipadankan dengan sayur bayam.